Jumlah Pengunjung

Showing posts with label 1malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1malaysia. Show all posts

Monday, 16 November 2015

RAHSIA BESAR TUN M HAMPIR NAJIB DEDAHKAN !!!



Atas sebab serangan Tun Mahathir terhadap Datuk Seri Najib tidak akan henti bahkan akan di pertingkatkan , maka Ds Najib dikhabarkan akan membuat anjakan kepada tindak balas nya.

Sumber menyatakan selama serangan Tun Mahathir di lakukan, DS Najib masih lagi berbatas didalam serangan balas nya atas sebab mahu meredakan kepanasan dan atas sebab masih ada rasa hormat lagi.

Namun , dari apa yang kita perolehi dari sumber terdekat dengan Ds Najib, perkara ini tidak akan berterusan kerana Ds Najib tiada lagi mahu dilihat sebagai bertahan dalam menerima fitnah dan keaiban.

Kebenaran akan di dedah kan oleh pihak PM.

Apa yang kita difahamkan adalah terlalu banyak permintaan berdasarkan kehendak peribadi dari pihak mantan PM itu sehingga jika ia dilaksana kan , akan kelihatan seperti ia ada lah keputusan yang di buat oleh Ds Najib sedang kan ia ada lah permintaan Tun Mahathir.

Di andaikan , pasti ramai rakyat akan terkejut kerana selama ini imej mantan PM itu di lihat seperti sorang yang sudah berada di “advance age” dan tidak mungkin dia hendak apa apa lagi melainkan kesejahteraan negara sahaja.

Pendedahan ini akan membutirkan kehendak kehendak Tun Mahathir yang banyak juga pernah di suruh laksanakan ketika zaman Tun Abdullah menjadi PM.

Paling mengejutkan rakyat pasti nya apabila tahu permintaan Tun Mahathir itu kebanyakan juga berbentuk verbal dan tidak bertulis kerana apabila nanti di sampaikan kepada rakyat , maka pasti sekali Tun Mahathir akan berkata “kemuka kan lah bukti ” sebagai pertahanan nya.

 

Namun, sumber terdekat ini menyatakan Ds Najib sudah tidak kisah lagi sama ada dia akan kalah atau tidak , asal kan kebenaran dapat di bongkar kan bahawa Tun menyuruh dia letak jawatan ada lah atas sebab tidak melayan kehendak peribadi Tun Mahathir dan 1MDB itu cuma kaedah atau alat sahaja.

Seperti yang di kata kan oleh Ds Najib di dalam blog nya , bahawa jika tiada isu 1MDB , isu lain akan tetap di cari hanya sebab Tun mahu pengganti yang boleh di arah itu dan ini.

Turut akan di dedah kan juga ada lah tuntutan yang sudah di layani seperti dalam hal Petronas, MB Kedah dan banyak lagi.

Maka rakyat akan di hidang kan dengan 2 tatapan, ia itu permintaan yang belum di layan dan juga yang sudah di layan.
Jadi moral nya pada hal ini ada lah , jika Tun Mahathir sudah hilang hormat kepada Perdana Menteri maka perasaan itu ada lah 2 hala dan bukan sehala.

SUMBER

Monday, 9 November 2015

SEKOR LAGI KOMUNIS BUAT SEDIH DISAMAN KERANA FITNAH NAJIB !!!



Akhirnya didakwa dimahkamah,itulah Ng Wei Aik atau lebih terkenal dengan gelaran gengster tong gas Ahli parlimen Tanjong yang memfitnah Datuk Seri Najib.

Ng Wei Aik orang kuat Lim Guan Eng memang cukup terkenal dengan sikap rasis ultrakiasu chauvanis ,beberapa tindakan beliau di Pulau Pinang mencetuskan kontroversi dengan mengambil tindakan sendiri menghalau para peniaga bukan cina malah beliau juga didapati berbohong beberapa kali.

Ramai pemimpin haprak pakatan perlu didakwa fitnah kerana merekalah punca negara menjadi tidak stabil dan mencetuskan suasana tidak harmoni pelbagai kaum di negara kita.


Georgetown: Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Februari lalu.

Ng dituduh mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 berikutan tulisan menerusi kolumnya yang disiarkan akhbar Bahasa Mandarin pada 10 Februari lalu.

Dalam artikel yang diterbit akhbar harian Kwong Wah Yit Poh itu, beliau dilapor menuduh Datuk Seri Najib Razak mempunyai agenda peribadi dalam kes liwat membabitkan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ng yang mengaku tidak bersalah diwakili peguam, Ramkarpal Singh Deo, manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Razali Che Ani.

Hakim Ibrahim Osman menetapkan 8 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan menetapkan Ng dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dan seorang penjamin.

SUMBER

Monday, 1 July 2013

PERCAYAKAH KORANG KEWIBAWAAN NAJIB SATUKAN RAKYAT MALAYSIA !!!




MELBOURNE - Seorang komentator terkemuka Malaysia berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memiliki "wibawa dan kuasa" untuk menyatukan seluruh masyarakat selepas pilihan raya umum baru-baru ini.

"Beliau begitu jujur, dan bila beliau berkata "Saya berhasrat mentadbir untuk semua rakyat Malaysia. Ini cukup menggalakkan," kata Tan Sri Robert Phang, pengasas dan pengerusi Yayasan Penyayang Sosial kepada Bernama di sini.

"Najib adalah orang yang paling tepat untuk mengesani punca sebenar berlaku kegelisahan politik, terutama di kalangan masyarakat Cina.

"Satu post-mortem perlu dijalankan bagi mengenalpasti sebab-sebab mengapa MCA dan parti-parti komponen Cina lain dalam BN ditolak oleh masyarakat mereka sendiri.

"Mereka gagal mengadakan hubungan dengan pengundi kawasan mereka dan ini satu malapetaka. Tidak ada perwakilan Cina dalam Kabinet. Ini amat mengecewakan. Jadi sesuatu perlu dilakukan," katanya.

Phang berada di sini untuk berucap di dewan Perniagaan Cina Victoria hujung minggu ini.

"Najib telah menunjukkan dengan begitu meyakinkan bahawa beliau mahu meneruskan rancangan dan program untuk menambahbaik kehidupan rakyat Malaysia.

"Tetapi beliau perlu mendapat sokongan dan kepercayaan masyarakat Cina dan India. Ini saya yakin, akan beliau capai," tambahnya.

"Kerana warisan keluarganya, latihan Britain, keterbukaan minda dan begitu reseptif kepada cadangan, saya yakin Najib adalah tokoh zaman ini yang mampu menyatukan negara.

"Najib banyak kali berkata "ubah, atau diubah'. Beliau memahami keseriusan situasi dan kita boleh jangkakan reform dalam Umno dan BN.

"Walaupun terdapat pengkritiknya, perdana menteri mendapat mandat besar pada pilihan raya dan beliau boleh maju ke depan dengan yakin dan dengan kuasa."

Phang berkata walaupun penting untuk mempunyai pembangkang yang kuat untuk tujuan semak dan imbang, "mereka mestilah konstruktif dan berkesan dan tidak setakat melaungkan slogan dan berarak di jalan raya".

Beliau berkata perhimpunan yang dirancang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak produktif, memusnah dan mengelirukan dan akan mengusir keluar pelaburan asing.

"Malaysia adalah sebuah negara indah. Saya ingin melihatnya berkembang dan makmur," kata Phang. - Bernama




Thursday, 13 June 2013

SEJARAH ANWAR MEMBABIKAN RAKYAT MISKIN MALAYSIA !!!



Ini al-kisahnya sewaktu anwar mnjadi menteri kewangan satu ketika dulu. Ramai rakyat miskin yg menjadi semakin papa kedana waktu tu krn kepandaian anwar sesangat mentadbir duit malaysia. Pada sesiapa yg tak tahu lagi cerita ni sila baca di bawah. Mungkin lpas ni cerita ini boleh di sampaikn kpd yg lain2 terutama penyokong pembangkang yg telah di bengapkan oleh pemimpin mereka. Cerita ini boleh dijadikan pengajaran dan panduan bila tiba pilihanraya yg akan dtg... bAca kt bawah ler...






BANK NEGARA RUGI 1993
Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah bilion ringgit.

Lim Kit Siang, Ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenunya di atas kerugian tersebut.

"Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!" kata Kit Siang ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993.

Ahmad Shabery Chik bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang ketika itu Setiausaha Politik Tengku Razaleigh Hamzah turut menyalahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan sebagai punca kerugian Bank Negara tersebut.

"Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata.

"Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terangapabila ia menemui kegagalan,"katanya.

Lim Kit Siang di Parlimen, Selasa, 27 April 1993 yang menyebut, "Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini. Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing."

Untuk selanjutnya sila klik link di bawah -

http://www.anwaraidc.com/?p=25079

KRISIS EKONOMI 1997

Sebagai Menteri Kewangan Anwar juga gagal menangani krisis ekonomi pada tahun 1997. Dalam menangani krisis itu, Anwar lebih cenderung menggunakan resipi Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF, yang di belakangnya ketika itu dibayangi oleh penyangak matawang Yahudi, George Soros.

Dr Mahathir menceritakan pengalamannya menangani krisis ekonomi 1997 dalam bukunya, "Doktor Umum-Memori Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia.

"Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.

"Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang," kata Dr Mahathir.

Menurut Dr Mahathir lagi, Anwar sebagai Menteri Kewangan juga rapat dengan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus.

"Saya pernah bertemu dengan Camdessus sebelum itu dan beliau nampaknya seorang yang baik. Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lebih kerap berjumpa beliau.

"Saya meminta Anwar merayu kepada Camdessus supaya berusaha menghentikan dagangan mata wang. Saya berkata, kegiatan itu tidak perlu dan merosakkan ekonomi negara membangun. Saya tidak tahu sama ada Anwar menyatakan atau tidak hal itu kepada Camdessus, tetapi tidak ada usaha diambil bagi menghentikan kegiatan tersebut,"katanya.

Wikipedia Anwar Ibrahim menyebut, "Semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Anwar sebagai Menteri Kewangan, menyokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) rancangan untuk pemulihan…Walaupun banyak syarikat Malaysia menghadapi kebankrapan, Anwar menyatakan: Kerajaan tidak akan campur tangan dalam menyelamatkan mana-mana bank untuk melindungi diri mereka dan Anwar menyokong pendekatan pasaran bebas (free-market approach), termasuk pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan".

Kenyataan di atas itu sama dengan kenyataan Dr Mahathir dalam buku memorinya itu.

"Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan.

"Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kakitangan awam.

"Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul.

"Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.

"Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus,"katanya.

Untuk selanjutnya sila klik link di bawah -

http://www.anwaraidc.com/?p=28095 —  withAsmah Karamin AskaraAktivis Umno Pekan Naka IIMd Fauzi AliYeoman BieJeyHaFeez GekkoBusk AliTiger NilamHanum Marvelous,Bo GaMegat PanjialamAlang PelikatMK SatarKang NasirMarchioness Medusa,Taming KuatKhalijah As-SughraWan Rahim,Yusuf AhmadYasmin HanifahKak YattAida BaharomNana AbuyaaAnuwar XLayak Jadi PMMd JafrieDato'Seri ZaienalPergerakan Wira Perkasa MelakaMohd Fauzi Mohd ShariffUmno Matang GerduGhazali Mohd Salleh and Cili Kasi Taruk




Saturday, 6 April 2013

ANWAR GERUN BERTANDING DI PERAK DAN KEMBALI BERTANDING DI PERMATANG PAUH !!! Baru ada akaii...



Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini berhasrat bertanding kerusi Parlimen di Perak, malam tadi mengumumkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) ini.

Beliau mengumumkan perkara itu ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penyokongnya pada satu ceramah pakatan pembangkang di Padang Awam Taman Pauh di sini.

Anwar berkata, sebelum ini beliau membuat pertimbangan untuk bertanding di kerusi Parlimen Tambun, Perak bagi mengukuhkan sokongan rakyat terhadap PKR di sana selain melonjakkan sokongan terhadap calon-calon pakatan pembangkang.

"Tujuan saya hadir di Parlimen Tambun adalah bagi melonjakkan sokongan terhadap calon-calon pakatan dan menawan semula Perak dari tangan UMNO dan Barisan Nasional.

"Tapi apabila balik Permatang Pauh, saya kena ubah suai keputusan itu dan hari ini atas semangat kekeluargaan insya-Allah saya akan pertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh," katanya.


Friday, 22 March 2013

NIK AZIZ SESAK NAFAS BILA DAPAT BERITA SASARAN GTP & ETP TERCAPAI !!! #JANJI DITEPATI





Ketika ini pasti ramai yang sedang meneliti laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beberapa hari yang lalu.


Tidak kurang juga pasti ada dikalangan pimpinan pembangkang yang sedang mengkaji angka-angka yang diberikan bagi memastikan semua maklumat yang diberikan adalah fakta dan bukan sekadar omong kosong bagi mengelaburi mata rakyat. Ini kerana ia adalah merupakan peluang terbaik yang akan digunakan mereka, untuk terus menghentam kerajaan bagi membolehkan rakyat memilih pakatan dalam pilihanraya akan datang.


Namun apa yang penting, walau apapun yang cuba dilakukan, masakan mereka mampu menipu angka dan fakta yang dibentang kerajaan. Kerana rakyat ketika ini semakin bijak dan cerdik dalam menilai kerana ternyata usaha kerajaan ketika memperkenalkan GTP dan ETP pada tahun 2010 dan 2011 yang diwujudkan bersama-sama dengan Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial telah membuahkan hasil. 


Usaha kerajaan untuk membentuk Dasar Transformasi Nasional juga telah memberikan kesannya, taraf dan kualiti hidup rakyat menjadi semakin baik, ekonomi negara menjadi semakin berkembang manakala kewangan negara terus kukuh hari demi hari.


Yang lebih membanggakan kesemua insiatif yang diperkenalkan sebelum ini untuk memastikan negara mencapai matlamat menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020 semakin berjaya. Tambahan pula ia merupakan satu eksperimen paling berani kerajaan pimpinan Perdana Menteri dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban terhadap rakyat.


Malah semua sikap sinikal dna prejudis yang ditunjukkan oleh pimpinan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim suatu ketika dahulu terhadap Dasar Transformasi Nasional nyata tidak berasas dan bakal kehilangan punca.


Tambah menarik perhatian, apabila portal pembangkang seperti Malaysian Insider turut memberikan laporan yang positif berhubung laporan yang dibentangkan itu walaupun sebelum ini mereka boleh dikatakan seperti media rasmi pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan dalam semua hal.


http://www.themalaysianinsider.com/litee/malaysia/article/muhyiddin-says-could-hit-etp-gtp-targets-before-2020/
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/3/20/nation/12863149&sec=nation


Antara yang paling menarik perhatian ialah, kecemerlangan prestasi kerajaan boleh disaksikan melalui peningkatan pendapatan negara kasar (PNK) perkapita sebanyak 4,000 peratus iaitu daripada hanya AS$257 (RM802) pada 1957 kepada AS$9,970 (RM31,111) tahun lalu. Malah kadar kemiskinan negara yang berada pada kadar hanya 1.7 peratus pada 2012 berbanding 60 peratus di awal tempoh kemerdekaan sebelum ini. Kadar inflasi negara juga terus kekal berada pada paras 1.2 peratus iaitu yang terendah di rantau ini.


Inisiatif yang diperkenalkan kerajaan juga dilihat berkesan apabila mampu mengeluarkan kira-kira 100,000 rakyat daripada belenggu kemiskinan. Tidak ketinggalan sebanyak 100,000 unit rumah mampu milik juga didirikan supaya setiap rakyat berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri. 


Menurut Datuk Seri Najib, dengan kecemerlangan prestasi negara itu,  rakyat diharapkan dapat terus bersama-sama memberi sokongan kepada kerajaan supaya setiap apa yang dirancangkan demi masa depan negara tersebut dapat dilaksanakan.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk blog YAB Datuk Seri @Najib Razak yang disiarkan dalam blog 1Malaysia, 


http://www.1malaysia.com.my/blog/dasar-transformasi-negara-berjaya/


Sunday, 10 March 2013

Cina MCA Tunjuk Belang Sebenar Di KAMPUNG MELAYU !!!


Bertempat di kampong Tok Chendang Ipoh di dalam DUN TEBING TINGGI telah berlansungnya satu Majlis penyerahan bantuan kotak makanan pada penduduk kampong. Antara tetamu yang telah hadir untuk menyampaikan bantuan tersebut adalah Dato Radhuan (Timbalan Ketua UMNO Ipoh Timor) En. Kelvin (MCA Ipoh Timor) Pak Sheikh (Ketua Kampung Tok Chendang) Tok Sidang Arshad (Ketua Kampung Cempaka Sari) Dan Pemangku Ketua Polis Pasir Puteh.

Majlis telah bermula pada pukul 8.30 pagi. Menurut dalam ucapan dari Tok Sidang Arshad “ Selama 5 Tahun DUN Tebing Tinggi telah di menangi oleh DAP, namun sehingga sekarang tidak pernah walau sekali pon pemimpin DAP datang untuk melawat dan mengambil tahu tentang masalah di Kampong Tok Chendang ini ”.  Menurut kata Pak Sheikh dalam ucapannya “ janganlah kita sebagai melayu menjadi bodoh untuk memilih DAP dalam pilihanraya akan datang, lihatlah sendiri dengan apa yang terjadi sekarang, Parti PAS yang kononnya memperjuangkan ISLAM lansung juga tidak pernah berani menegur kebiadapan DAP untuk menggunakan kalimah ALLAH. Semenjak dari dulu lagi hingga sekarang BARISAN NASIONAL tidak pernah berhenti dari member bantuan untuk penduduk kampong disini “.

Apa yang di perhatikan, rata-rata penduduk di kampong Tok Chendang sentiasa percaya dan bersyukur kepada ALLAH kerana  kepimpinan Pak Sheikh dalam menjalankan tanggungjawab terhadap setiap masalah kampong tidak pernah berubah. 






















Member BSK