Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ANWAR DI TAHAN. Show all posts
Showing posts with label ANWAR DI TAHAN. Show all posts

Friday, 24 May 2013

ESOK ANWAR AKAN DI TAHAN PIHAK POLIS ???



Kedegilan Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan meneruskan siri perhimpunan 'blackout 505' walaupun tiga aktivitis mereka ditahan polis, tidak menggentarkan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya.
 
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mendengar ratusan kali kenyataan Anwar yang tidak gentar ditahan polis dan akan terus berjuang bersama rakyat membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya tak kisah apa yang nak dia (Anwar) cakap. Saya serahkan kepada polis untuk ambil tindakan bukan sahaja terhadap Anwar tetapi mereka yang cuba huru-harakan negara.

"Apa yang telah dilakukan polis (menahan tiga aktivitis pembangkang) bukan satu langkah pembendungan secara politik tetapi ia adalah tindakan profesional polis selepas melakukan penyiasatan sebelum tangkapan dibuat,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Syuhadah, Kem Terendak, Sungai Udang di sini hari ini.





Member BSK