Jumlah Pengunjung

Showing posts with label Adi putra. Show all posts
Showing posts with label Adi putra. Show all posts

Friday, 6 September 2013

SIAPA ARTIS TERLEBIH STIM WhatsApp GAMBAR "BIRD" SENDIRI NI !!!



Seorang artis lelaki tanah air yang baru-baru ini menggemparkan negara apabila rumah tangganya bergolak kini sekali lagi terbabit dengan kontroversi apabila didakwa menghantar gambar alat sulitnya melalui aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada seorang wanita berstatus isteri orang.
Difahamkan, artis berkenaan menjalin hubungan terlarang itu sejak hujung Julai lalu dan berlarutan hingga Ogos lalu.


Artis lelaki dan wanita dipercayai berusia awal 30-an itu dikatakan pada mulanya hanya bertukar mesej berbaur cinta sebelum artis berkenaan bertambah berani dan memberi mesej lucah menggunakan WhatsApp.

Walaupun dikatakan tidak pernah bertemu, artis itu dikatakan semakin intim hingga sanggup menghantar gambar lucah sebelum dikesan suami wanita berkenaan.


Suami wanita itu dikatakan menyedari hubungan artis berkenaan dengan isterinya selepas menemui perbualan dan gambar alat sulit artis lelaki itu kepada isterinya.



Keadaan itu menyebabkan pengadu berusia 50-an itu tertekan sebelum membuat laporan polis di sebuah balai di sekitar Johor Bahru, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) Asisten Komisioner Ruslan Hassan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes berkenaan.


Menurut beliau, pihaknya menerima laporan polis pada 23 Ogos lalu yang dibuat di sekitar Skudai.

“Berikutan itu, kami memanggil artis lelaki berkenaan untuk direkodkan keterangan selepas laporan berkaitan dakwaan itu dibuat seorang individu.


“Artis terbabit memberi kerjasama dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (mengaibkan kehormatan),” katanya.


(nantikan kemunculan filem KL GANGSTER 2 di pawagam pada bulan oktober ini... hahaha...)

Tuesday, 20 August 2013

PELAKON ADI PUTRA MENINGGAL DI HOSPITAL INDONESIA ???



Pelakon popular Adi Putra, 32, dimasukkan ke hospital hari ini berpunca daripada bebanan kerja dan kurang istirehat.
Pelakon dan pengarah filem Suami Aku Ustaz itu bukan dimasukkan ke hospital tempatan tetapi sedang menjalani rawatan di salah sebuah
hospital di Surabaya, Indonesia.

Menurut Presiden 1 Hotlovers, Che Zaipah Abdul, pelakon tersebut berada
di sana bagi menjalani klip video untuk lagu yang bakal dimuatkan dalam
filem Suami Aku Ustaz.

"Ya memang benar Adi dimasukkan ke hospital pagi tadi. Kejadian berlaku
sewaktu dia sedang menjalani penggambaran klip video untuk filem Suami Aku Ustaz.

"Setakat ini saya difahamkan yang Adi mengalami keletihan melampau hingga kesihatannya terganggu. Sejak dia balik daripada umrah sebelum raya
hingga sekarang, dia tidak henti bekerja," kata presiden kelab peminat
pelakon itu kepada Utusan Online hari ini.
Turut berada di sisi Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim
adalah isterinya, Zuhaidah Yusof, 38.


Psss...  La.. Ingatkan ape la tadi... Bukannya meninggal dunia... Rupanya meninggalkan lakonan sebentar untuk berehat...




Member BSK