Jumlah Pengunjung

Showing posts with label BR1M. Show all posts
Showing posts with label BR1M. Show all posts

Friday, 20 October 2017

HARGA SEWA KEDAI DI SURIA KLCC !!!

Gambar Sekadar Hiasan

Mesti ramai antara kita yang selalu lepak dan makan2 di KLCC tapi tak tau berapa harga sewa di kedai2 dalam Suria Klcc.

Ok. Pada tahun 1998 masa itu kadar sewa adalah RM12,000 sebulan untuk kedai sebesar 700 sq. Itu harga masa 20 tahun sudah. Bayangkan untuk kedai2 yang keluasan yang lebih besar? Sudah tentu lebih mahal.


So masa tu hanya company yg brand yang ternama saja yang mampu menyewa seperti COACH, GUCCI, SWATCH dan lain2. Masa tu (1998) zaman kegawatan ekonomi. So tak ramai lah orang kita mampu berniaga dalam tu disebabkan sewa yang mahal.

Pada tahun 2015 kadar sewa naik kepada RM100 per square feet, sama dengan RM70,000 sewa sebulan keluasan 700 square feet. Naik dekat RM58,000..!

Setiap hari kena buka/tutup kedai tepat masa, kalau lambat kena denda sebanyak RM300. Setiap bulan perlu hantar sales report kepada Suria KLCC Management. Kalau diorang tengok sales kedai korang tak bagus, bila tempoh perjanjian sewa dah tamat je pihak pengurusan akan suruh korang keluar, walaupun korang mampu bayar sewa yang mahal setiap bulan.



Gerai- gerai kecil yang jual makanan dan minuman di tingkat 2 kawasan food court setiap bulan kadar sewa adalah RM40,000. 

Kalau anda ingin buka kedai di KLCC perlu bayar sewa deposit 4 bulan + 2 bulan. Kalau sewa rm70,000 kena siapkan duit upfront RM420,000. Mampu?

Nak niaga buka kedai di shopping mall tidak mudah, sebab terlalu banyak peraturan kena ikut dan kadar sewa sangat mahal. Kalau kedai anda nak buat renovation mesti dapatkan contractor yang ada dalam senarai nama panel pihak pengurusan mall sahaja. Maksudnya kau tak boleh nak panggil kawan2 kontraktor kau atau pakcik kau untuk renovate kedai. Setiap kali sebelum renovation perlu bayar deposit dalam RM 15K kepada management.

Kalau penyewa mall adalah brand yang famous seperti Ralph Lauren , Uniqlo, Hermes, Louis Vuitton, Coach dan lain2 yang sewaktu dengannya, walaupun kedainya di tingkat bawah, mungkin kadar sewa mereka tidak mahal sangat sebab pihak pengurusan mall perlukan mereka untuk tarik pelanggan2 yang kaya raya, walaupun kedai mereka besar lebih dari 1000 sq ft.

6 tahun dulu, kedai ” Roti Boy” yang kecil tu kadar sewa dah sampai RM70,000 sebulan , tapi tidak pasti sama ada sekarang masih kadar sewa yang sama.
Boleh dikatakan, dalam kesemua lot kedai dalam Suria KLCC, tak sampai 15% pun yang disewa usahawan Bumiputera. Kalau ada yg berminat sewa pun mungkin direject pihak pengurusan kerana mungkin brand itu tidak dapat tarik banyak "crowd" ke Suria KLCC.

Kebanyakkan lot2 kedai disewa oleh usahawan Cina dan usahawan dari luar.
Persoalannya, apa gunanya kita ada bangunan ikonik negara jika di dalamnya tiada ruang untuk produk2/brand bumiputera/Melayu? At least 50% reserve la utk produk Bumiputera.


Monday, 30 September 2013

KERAJAAN BERI BR1M DUA KALI TAHUN DEPAN ? ALHAMDULILLAH...



Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
 
Beliau berkata, selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.

Sungguhpun begitu, beliau berkata, nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, 25 Okt ini.

"Kita telah menyediakan draf pertama yang telah dibentangkan kepada perdana menteri, jadi sekarang kita sedang memperkukuhkan lagi pemberian BR1M. 

"Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di sini hari ini.

Katanya, kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.
Ahmad Husni berkata, apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.

"Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti," katanya.

Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan pada 2012.

Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. - BERNAMA




Wednesday, 13 March 2013

KERAJAAN Zalim Pada BELIA ???



Sebanyak 2,600 golongan muda berumur 21 tahun ke atas menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Berangan di sini hari ini.
Majlis penyerahan BR1M itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.

Shabudin berkata, golongan muda yang menerima BR1M 2.0 untuk DUN Permatang Berangan adalah yang paling ramai berbanding kawasan lain.
"Kita terpaksa buat dua sesi iaitu 1,300 orang untuk terima BR1M pada sebelah pagi dan bakinya diberikan pada sebelah petang bagi memastikan perjalanan pemberian bantuan ini berjalan dengan lancar.

"Pemberian ini juga membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin tanpa meminggirkan mana-mana pihak termasuklah generasi muda yang berumur 21 tahun ke atas dan yang masih belum berkahwin," katanya dalam sidang akhbar sempena majlis itu di Kompleks Komersial Tasek Gelugor di sini hari ini.

Menurut Shabudin, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan bagi mendekati golongan itu melalui beberapa saluran termasuk bantuan keusahawanan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional.

"Sekarang ini orang muda yang ingin terlibat dalam perniagaan sama ada berniaga burger, atau bundle sekalipun tidak perlu bimbang kerana kita sediakan platform keusahawanan dengan pemberian pinjaman TEKUN kepada mereka yang berminat.

"Di DUN Permatang Berangan sendiri, kita kenal pasti lebih daripada 70 peratus permohonan terlibat dalam bidang keusahawanan terdiri daripada mereka yang berumur 37 tahun ke bawah," jelasnya.

Tambah beliau, peratusan itu menunjukkan gerakan keusahawanan dalam kalangan generasi muda di kawasan itu semakin berkembang dan pihaknya sangat menggalakkan budaya tersebut.

Dalam pada itu, Shabudin berkata, bantuan juga diberikan kepada masyarakat yang kesempitan hidup dan tidak mampu bekerja kerana sakit atau mengalami kecacatan fizikal kekal.

"Bagi golongan yang mempunyai masalah kesempitan hidup kita ada peruntukan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Lebih daripada 600 orang sudah menerima bantuan sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun barangan dan peralatan.

"Kita juga mendapat peruntukan daripada Zakat Pulau Pinang dan sebab itu saya minta sesiapa yang mempunyai masalah supaya tampil beritahu kita, jangan diam sahaja kerana kalau kita tidak dapat maklumat, macam mana kita nak membantu," katanya.


Member BSK