Jumlah Pengunjung

Showing posts with label GAZA. Show all posts
Showing posts with label GAZA. Show all posts

Saturday, 2 August 2014

TERKINI.. SITUASI SEBENAR DALAM NEGARA ISRAEL !!!




Salam jihad semua..
DOAKAN SEMOGA  HAMAS TIDAK TUNDUK PADA RAYUAN TEL AVIV, PBB ATAU LIGA ARAB...
Jelas sekarang Tel Aviv dan Benjamin Netanyahu khususnya dan zionis israel umumnya takut dan bimbang dgn situasi skg. Situasi yg x pernah terlintas di benak israel zionis bhw negara yg sebelum ini dikatakan paling kebal di rantau arab..tapi hakikatnya kini ia hny cerita dongeng apabila Hamas dgn sayap tenteranya Briged Izzudin Al Qassam telah membuktikan negara israel bukanlah sebuah negara kebal..faktor dan fakta inilah membuatkan israel takut dan mula brfikir utk mempertimbangkan cadangan mesir utk pelan damai Gaza-israel...israel.zionis,yahudi skg amat2 takut..malah US selaku kekasih israel pn x berani mnghntar bantuan apabila obama hny sekadar mengecam Hamas tetapi tidak menawarkn sebarang bantuan ketenteraan...krn dia tahu kekuatan briged al Qassam x dpt digambarkan..ini mmbuatkn tel aviv smakin stress dan kecut...bermula dgn kemunculan skuad komando elit amfibia al qassam yg mnyerang pengkalan navy israel..dan serangan roket ke lapangan terbang ben gurion..airport ini mnjadi sasaran Hamas krn di sini terdapat pengkalan tentera udara/airforce...semasa serangan pertama al qassam hny mnggunakn roket M75..ini roket versi lama ciptaan al qassam..namun roket ini telah mmpu melumpuhkan airport BG ini..dan kita semua tahu roket M75 ini jarak sampainya dlm lingkungan 50-75 km..dan bila dilancarkn dr Gaza, ia hny mmpu sampai ke bandar2 israel yg bersempadan dgn gaza...spt ashklon. Tapi skg al qassam telah melancarkn roket buatannya yg terbaru yg dinamakan R160(Randisi 160..mengambil sempena nama bekas pimpinan Hamas, Dr. Randisi) yg mana roket ini mampu sampai malah telah menghujani bandar Haifa..iaitu sebuah bandar yg terletak paling utara israel...namun mimpi buruk israel tidak terhenti di situ..krn dalam siri serangan roket yg seterusnya, al qassam telah menggunakn roket terbaru dan tercanggih yg dinamakan Jabari 80 atau J80..yg mana ditujukan ke ibukota tel aviv..ini menyebabkn siren kecemasan tel aviv berbunyi tanpa henti memaksa seluruh rakyat israel mencari tempat perlindungan..rakyat israel menjadi bingung dan tertanya2..apa dah jadi dgn penangkis roket iron dome kebanggaan mereka? Roket J80 bergerak dlm keadaan berayun dan tidak tetap, ini mnyebabkn iron dome israel gagal menangkis dan penganalisis tentera israel melalui saluran Ibrani melaporkan J80 mmg dihasilkn dgn teknology utk mengelak dari iron dome. Al qassam juga telah berjaya menjatuhkn 10 J80 ke Tel Aviv dan Beit Bam. Ada yg mengenai kem tentera zionis di Nablus. Ini telah memaksa Tel Aviv memohon maaf kpd rakyatnya krn Iron Dome mereka x dpt menghalang roket Al Qassam... Al Qassam telah melakukan sesuatu yg x pernah dilakukan oleh mana2 negara Arab sebelum ini.
Jika beberapa hari lepas kita semua umat islam teruja dgn kehebatan briged al qassam melancarkan roket J80 yg sgt canggih dan hebat itu, kini (semalam) Al Qassam membuat kejutan terbaru dgn melancarkan pesawat tanpa pemandu(drone) ciptaan sendiri yg dinamakan ABABIL..pesawat kawalan jauh ini dilengkapi roket kecil dan kamera pengintip berresolusi tinggi..ini belum lagi saya menerangkn ttg skuad elit darat..yg mana kita tahu terdapat skuad sniper atau penembak tepat, skuad RPG yg mnghancurkn kreta kebal, skuad penanam bom tepi jalan..dan hacker sistem telekomunikasi...ini semua mnjadikn israel berada dlm mimpi ngeri..dan juruckp al qassam mengalu-alukn serangan darat dari zionis..krn al qassam tahu, tentera zionis bakal mnggali kuburnya sendiri..pada hemat saya, israel akan berhenti mnyerang dan berusaha mnjayakn pelan damai dgn Hamas atas alasan kemanusiaan dan keselamatan org awam...malah mesir mmberi nasihat kpd israel spy melakukan gencatan senjata sebelum israel mnjadi padang jarak padang terkukur...dan mklumat terkini Aqsa Syarif melalui laman FB rasminya melaporkan bhw lapangan terbang Tel Aviv sesak dgn rkyat israel yg mahu melarikan diri.
Dgn apa yg sy nyatakn,jelas Tel Aviv sgt takut sekarang hingga memaksa mereka berdamai dgn Hamas..tetapi kita semua tahu, apabila melibatkan pihak ke tiga sama ada dr UN atau liga arab sendiri, psti palestine mnjadi mngsa ketidakadilan atau resolusi berat sebelah..apa yg psti mereka takut, mereka takut dan mereka takut..marilah kita sama2 berdoa semoga Hamas tidak tunduk pada rayuan israel atau mesir atau pbb sekalipn..teruskan menghentam bumi haram israel...alang2 mnyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan..dan kita juga brharap sayap2 tentera pertubuhan lain di palestine akn bersama al qassam dlm memerangi yahudi laknatullah itu...Allahu akbar..bangkitlah Fatah dgn sayap tenteranya briged Martir al Aqsa, PRC dgn briged Nasir Salahudin, FLP dgn briged Abu Ali Mustapha, Jihad Islami dgn briged Al Quds dan briged2 lain yg sama2 siap sedia utk syahid mmpertahankn akidah dan bumi anbiya ini...
Takbirrr
Allahu akbar
#HidupMuliaAtauMatiSyahid
Jazakumullahi khoiran kathira
Katakan kpd israel..KAMU BERPERANG UNTUK HIDUP, KAMI BERPERANG UNTUK MATI..
ALLAHU AKBAR.. Syarikat2 KFC, McDonalds, Hardees, Burger King, Pizza Hut & Starbucks tlh memutuskan untuk membeli produk2 dari Denmark untuk jimatkan kerugian mereka. Boikotlah Produk2 dari Denmark dan edarkan berita ini kpd sesiapa shj yg anda boleh!!!!! Negara Denmark hendak membakar Kitab suci Al Qur'an pd hari Sabtu d Copenhagen, ibu negara Denmark, sbg reaksi kpd pemboikotan orang2 Islam terhdp produk2 mereka. JOM kita bersatu memboikot produk2 mereka, dan berdo'a kpd Allah agar membalasi niat jahat mereka itu. Ini akan menjadi pengajaran kpd seluruh dunia. Panjangkan mesej ini kpd seramai kawan2 yg mungkin. Jgn biarkan mesej ini terhenti di talipon n komputer anda.
Harap anda tahu ttg suratkhabar Denmark yg memomokkan Nabi Muhammad saw dan sehingga sekarang, mereka tidak menyesal. Kita nak mereka menyesal selama2nya akan tindakan mereka. Duta Denmark, Perdana Menterinya n Channel Nasional Denmark, sdg membuat sesuatu untk memberhentikan pemboikotan oleh org Islam sejak bulan lps. Mereka tlh rugi 4 billion Euro. Sekiranya kira terus memboikot produk2 Denmark, 7 bln lagi, kerugian mereka blh mencecah lbh kurang 80 billion Euro.
Blh anda luangkan 15 minit untuk menyebarkan mesej ini kpd org2 Islam dgn segera? Ingat, Allah swt akan tanya kita pd Hari Pembalasan, "Apa yg anda buat utk membela Islam?
Produk2 dgn nombor barcode bermula dgn (57) adalah produk dari negara Denmark. Tlg yakinkan semua Muslim untk menyebarkan mesej ini kpd ummah untuk tidak membeli/ mengharamkan produk2
 dari Denmark.

Monday, 1 July 2013

TERGAMAK ADA YANG PERKECILKAN PERJUANGAN ISLAM RABBANI !!!




NIAT murni kumpulan nasyid terkenal Rabbani menghulurkan bantuan ke bumi Palestin selama ini nampaknya sudah disalah anggap oleh sesetengah pihak yang mempertikaikan usaha tersebut.

Namun, ia tidak mematahkan semangat Rabbani untuk terus membantu umat Islam di sana sehabis daya.

Usaha mereka bersama Mapim untuk mengadakan Majlis Minum Petang Amal, Rebuild Gaza For A Nation semalam turut dipertikaikan pihak tertentu.

"Memang hasrat untuk mengadakan Majlis Minum Petang Amal 'Rebuild Gaza For A Nation' ini juga ada insan-insan yang pertikai.

Mereka kata, 'sudah-sudahlah Rabbani. Jangan buat lagi. Entah duit itu sampai ke tidak'. Tapi hari ini bukti, acara ini berjalan dengan lancarnya," kata salah seorang anggota kumpulan Rabbani, Azadan Abdul Aziz.

Azadan meyakinkan bahawa usaha mereka telus tiada penipuan.

"Insya-ALLAH, saya yakin dengan usaha-usaha Mapim ini dan apa yang kami buat bukan tipu. Kami pun tak mampu nak makan duit haram... tidak ada yang bocor-bocor. Kita pun tahu makan duit haram itu memang haram.

"Kenapa kita perlu bersangka buruk? Sedangkan orang yang mengata itu tidak mengeluarkan satu sen pun," katanya.

Tambahnya, "orang kata biarlah menderma dan tutup mulut."

Azadan berkata pihak Mapim ada memanggil pihaknya bermesyuarat sekali dua setiap bulan bagi membentangkan pelaksanaan bantuan kemanusiaan di Gaza itu.

"Alhamdulillah kami dah buktikan isu Gaza ini bukan bermusim. Kami akan pastikan isu itu dikongsikan rakyat Malaysia dan tidak bermusim.

"Mapim selalu memanggil kami bermesyuarat sebulan sekali atau dua kli a ntuk menunjukkan perancangan-perancangan dan projek-perojek yang mereka telah lakukan," katanya.

Rabbani telah dilantik menjadi duta Rebuild Gaza Mapim.

Rabbani juga merancang untuk ke Gaza pada Hari Raya Haji nanti




Sunday, 27 January 2013

Kisah Benar Di Gaza Palestin !!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Mat ingin berkongsi kisah-kisah keajaiban yang berlaku di negara saudara sesama Islam kita iaitu di Gaza.Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:
Peristiwa 1
Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!
Peristiwa 2
Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???
Peristiwa 3
Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.
Peristiwa 4
Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik! Allahu Akhbar!
Peristiwa 5
Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel!
Peristiwa 6
Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, “Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?”, lalu baginda menjawab, “Aku mahu berperang di Gaza!!!”. MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, di manakah kita? Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan.Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui. Allahu Akbar!!!
Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program “Malam Selamatkan Palestin” di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel. Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.
2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.
3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.
4. Enam roket dilancarkan dan berjaya membunuh musuh sedangkan ketua belum lagi mengeluarkan arahan agar roket dilancarkan. Apabila ditegur oleh ketua, para mujahideen menafikan mereka melancarkan apa-apa roket. Apabila diperiksa, memang keenam-enam roket tersebut masih ada di tempat pelancarnya.
5. Apabila seorang tentera Yahudi disoal oleh wartawan talivisyen kenapa matanya menjadi buta. Dia menjawab datang seorang memakai pakaian putih dan melemparkan pasir ke matanya.
6. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.
7. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.
8. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki. Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.
Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. ” (Fussilat:52).




Thursday, 24 January 2013

ALLAH TAALA sentiasa bukakan pintu hati Ustaz NASHARUDIN !!!



Tahniah dan syabas buat YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ustaz Nasharudin kerana kerjasama yang sudah dibuktikan ini merupakan tindakan yang paling baik khususnya kepada seluruh rakyat Malaysia.aku suka menyatakan inilah sebenarnya IKON kepada kemakmuran seluruh Malaysia bahkan juga kepada agama Islam.

Di saat pihak pembangkang begitu asyik menghentam kerajaan dalam apa jua keadaan Najib dan Nasharudin membuktikan mereka berada di kelas tersendiri dan mampu bekerjasama dalam misi melibatkan negara dan kerajaan.

Pertamanya Najib sebagai Perdana Menteri dilihat berlapang dada dan dalam keadaan ini mengambil pendekatan yang cukup luar biasa apabila boleh bekerjasama dengan pemimpin pembangkang khususnya melibatkan urusan negara dan kerajaan.

Manakala Nasharudin pula merupakan seorang pemimpin pembangkang yang dilihat sudah memahami konsep menjadi pembangkang profesional.

Rakyat perlu difahamkan bahawa menjadi pembangkang dalam satu-satu kerajaan bukanlah bererti membangkang segala-galanya dan melakukan pula tindakan untuk merampas kerajaan dengan cara yang tidak mengikut undang-undang.

Pembangkang yang baik sebenarnya mempunyai hubungan dan jaringan yang baik dengan pihak kerajaan supaya segala perancangan untuk kebaikan negara dan rakyat dapat dipikul bersama khususnya dalam memberikan kefahaman kepada rakyat bukannya dengan melakukan fitnah dan berbohong sana sini.

Aku hormat kepada tindakan Nasharudin kerana beliau sudah membuktikan kepada mereka di luar sana bahawa kerjasama sesama kita selagi ianya benar,ikhlas dan jujur harus diteruskan.

Soal permainan politik diketepikan kerana kini Nasharudin tahu gerak kerja yang baik dan kerjasama bersama merupakan titik tolak kepada satu perubahan besar yang mungkin akan berlaku dalam sedikit masa lagi.

Kepada juak-juak Pakatan Haprak khususnya yang berbangsa Melayu dan mengaku Islam belajarlah untuk fahami tindakan berdasarkan nafsu dan dendam tidak akan membawa kamu ke mana.Malah kesan daripada tindak tanduk kamu sebelum ini sudah cukup untuk menyesatkan sebahagian daripada kita.

Alangkah ruginya bangsa dan agama kita kerana kita sentiasa berbalah sesama sendiri dan paling menyedihkan ada dikalangan mereka yang kini tunduk dan layu dengan bukan Islam atau dalam bahasa mudahnya sanggup menjadi pencacai kepada DAPigs.

Kawan2 aku kini sedang menantikan respon daripada juak-juak PAS berkenaan kehadiran Nasharudin bersama PM di GAZA.Tindakan dan kenyataan mereka bakal menentukan segala-galanya.Sama-sama kita nantikan.




Member BSK