Jumlah Pengunjung

Showing posts with label GHB. Show all posts
Showing posts with label GHB. Show all posts

Friday, 4 September 2015

SELAMBER JE PAS KENA KENCING DENGAN KHALID SAMAD & THE GENG !!!



Senang hidup Khalid samad dan bekas pemimpin-pemimpin PAS yang telah berpaling tadah untuk setia pada perjuangan DAP berbanding setia pada perjuangan PAS. Untuk menghalalkan perbuatan mereka untuk setia pada DAP mereka mula memilih jalan mudah untuk menghalalkan cara mereka sekarang. Jika dahulu semasa mereka bersama PAS jika ada pemimpin PAS yang mahu keluar parti dan mahu bersama Barisan Nasional, agaknya adakah mereka akan bersetuju dengan tindakan sebegini ? ikuti kisah dibawah..



SHAH ALAM: Dua ahli PAS yang menyertai parti baru, Parti Amanah Negara (Amanah) – Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam) dan Dr. Mariah Mahmod (ADUN Kota Raja) – mengesahkan akan membayar kafarah dengan menjamu golongan fakir miskin di Shah Alam esok.

Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, mereka mengambil tindakan itu bagi membayar kafarah berikutan tindakan mereka keluar PAS yang melanggar baiah mereka ambil ketika menjadi calon PAS pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Oleh itu, kafarah yang mereka pilih adalah dengan menjamu makan malam kepada 100 fakir miskin dengan nasi briyani kambing di Dewan Merbau Sekyen 17, Shah Alam, katanya.

"Oleh kerana ini, saya dan rakan termasuk Dr. Mariah, kita akan membuat majlis kafarah dengan memberikan makanan kepada fakir miskin pada malam esok mulai jam 8 malam dan kita jemput dan akan bawa orang-orang miskin daripada kawasan Shah Alam dan Klang sebagai majlis kafarah langgar baiah yang telah kita lakukan," katanya.

"Pendirian saya dan rakan-rakan berhubung baiah ini telah saya nyatakan dalam blog saya berhubung persoalan letak jawatan sebagai Ahli Parlimen dan pelanggaran baiah.

“Saya telah jelaskan maksud dan sebab kenapa tidak perlu letak jawatan dan kenapa ianya tidak dilihat sebagai satu kesalahan bagi kami untuk tubuh parti baru dan sertai parti baru."

Isu baiah diperkatakan apabila sebelum ini PAS mewajibkan semua calon mewakili parti itu dalam pilihan raya mengucapkan ikrar untuk taat.

Ikrar itu dianggap dilanggar apabila mereka memilih untuk menyertai parti lain dan keahlian dalam PAS tergugur secara automatik.





Friday, 21 August 2015

SIDANG DUN PERAK.. PAS TIDAK DUDUK DALAM KANDANG BABI DAP LAGI !!!



DAP kalau tidak bersikap nakal adalah sesuatu yang agak aneh. Begitu juga beberapa wakil rakyatnya. Sama juga seorang lagi wakil rakyat PAS.
Kalau setakat nakal, masih boleh dimaafkan tetapi bagaimana kalau mereka bersama-sama rakan pembangkang menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tempoh hari?

Kalau pagi Rabu ketika berlangsung sidang DUN ke13 hari kedua, mereka sekadar menyindir, dalam sidang  yang lalu mereka bertindak beramai-ramai memakai baju serba hitam.

Mereka enggan memakai uniform nombor satu persidangan pada hari Sultan Perak merasmikan persidangan berkenaan.

Agak ironi, lima wakil rakyat PAS ikut telunjuk DAP ketika itu.

Tetapi rasanya sejak tidak lagi “sekandang”, mereka tidak lagi terpegaruh dan lebih banyak bersikap berkecuali.

Kalau kesemua puak pembangkang ini  ingat rakyat lupa, lupakan. Perbuatan mereka bukan saja masih dalam ingatan pihak lstana, juga rakyat Perak.

Pada Selasa sewaktu hari pertama sidang DUN ke13, ia berjalan dengan lancar sehingga Menteri Besar Dato’ Seri Dr.Zambry Abd Kadir  dapat membentang Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negeri Perak (2016-2020) dengan begitu selesa.

Pendek kata wakil-wakil rakyat pembangkang turut memberi perhatian kerana kawasan mereka juga turut sama memperoleh buah-buah pembangunan.

Contoh Sitiawan kini, dan dalam penggal lalu dikuasai ADUN DAP (Ngeh Koo Ham) namun kerajaan tidak pinggirkan dari segi pembangunan.

Begitu juga parlimen Lumut, dianggap kubu traditional BN menyaksikan dalam PRU ke13 lalu jatuh ke tangan pembangkang.

Namun demikian Lumut dan Sitiawan memperoleh projek mega seperti pembangunan pusat pengumpulan dan pengedaran bijih besi oleh Syarikat Vale Malaysia Manufacturing Sdn. Bhd. daripada Brazil di Teluk Rubiah, Manjung.

Kerajaan juga memilih Kampung Acheh di Lumut bagi mewujudkan Kampung Acheh Free Zone (KAFZ) yang terletak berhampiran Lumut Maritime Terminal untuk memudahkan urusan import eksport kargo-kargo.

Kerajaan Persekutuan juga bercadang membina Sekolah Berasrama Penuh di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) di Segari, Lumut.

Kita ingatkan apabila segala-gala berjalan licin dan lancar seperti hari pertama, ia bakal  berterusan atas semangat “kekeluargaan.”

Sebaliknya tidak seperti disangkakan.  Apabila Nga  bangun bertanyakan soalan (dan soalan tambahan), lain pula ceritanya.

Ia menyindir Perdana Menteri DS Najib Razak dengan menimbulkan soal RM2.6 billion. Walaupun ia seperti “humour” (berseloroh) tetapi di dalam sidang DUN, ia boleh ditafsirkan pelbagai termasuk dianggap berniat jahat.

Begitu juga dengan Nizar Jamaluddin (PAS-Changkat Jering), yang sering menggunakan strategi “buat dakwaan kemudian baru bertanya soalan.”

Sering sangat berlaku sepanjang menjadi Ketua pembangkang. Dulu, beliau ialah MB Perak 11 bulan sahaja.

Tetapi sebelum itu menjawab soalan, Menteri Besar yang juga ADUN Pangkor memberitahu, rizab kerajaan negeri berakhir pada 31 Julai 2015 sebanyak RM867.5 juta.

Baki hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat  sebanyak RM62.1 juta.

Menurut Dr.Zambry  pinjaman ini untuk rancangan perumahan awam sebanyak RM44 juta, rancangan pembangunan perusahaan dan ladang hutan (RM1.2 juta) pelbagai projek iaitu bangunan kerajaan (RM16.9 juta).

Beliau berkata,  pinjaman bagi projek bekalan air dengan kerajaan Persekutuan di mana kerajaan negeri menjadi penjamin bagi Lembaga Air Perak, ia berjumlah RM508.1 juta.

Mengenai pinjaman  pengstrukturan semula bagi fasa kedua di mana hutang tersebut akan diambil alih oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) selepas pelaksanaan projek-projek bekalan air di seluruh negeri disiapkan.

Beliau berkata demikian menjawab soalan pertama dikemukakan  Nga Kor Ming. Katanya projek-projek itu ialah penaiktarafan loji bekalan dan penggantian paip-paip utama yang lama.

Selesai menjawab, Nga bangun bertanya soalan tambahan. Dr Zambry kemudian menyifatkan soalan tambahan ADUN DAP itu “ sebagai melucukan apabila wakil pembangkang itu bertanyakan mengapa kerajaan negeri tidak meminta Perdana Menteri untuk membayar hutang negeri daripada derma RM2.6 bilion.”

“Bagi saya soalan itu agak melucukan, saya tidak boleh menjawabnya kerana ia tiada kena mengena dengan hutang kerajaan negeri,” ujarnya.

Menjawab soalan Lee Chuan How (DAP-Pasir Pinji), Menteri Besar menjelaskan LAP mencatatkan keuntungan RM795 juta, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNPk) RM140 juta dan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) lebih RM100 juta.

Cerita  Nizar bermula apabila dakwaan mengenai pinjaman ratusan ribu diberikan kepada seorang individu oleh Yayasan Perak. Tentulah “tuduhan” tanpa bukti adalah sesuatu dianggap fitnah.

Justeru, anggota EXCO juga ADUN Kamunting, Datuk Mohamed Zahir Khalid bangun membidasnya kerana ia dakwaan  melulu dibuat tanpa mengemukakan sebarang fakta. Bila ditanya kepada Nizar,dia kelihatan kantoi.

Nizar yang turut membahas Rancangan Pembangunan Lima tahun Perak kelihatan gagal menyokong dengan fakta bahawa Yayasan Perak tidak membantu pelajar tempatan. Seperti biasa, apabila diasak Zahir, Nizar cuba berdolak dalik dengan berkata, “saya hanya bertanya”.

Dakwaan Nizar akaun pembangunan dan sains negeri Perak diarah ditutup dan bakinya sejumlah RM430,000 dipindahkan kepada akaun peribadi seorang wanita ditegor Timbalan Speaker, Datuk Nasarudin Hahim.

Sementara itu pada hari pertama, Dr.Zambry berkata 23 lot daripada 48 lot tanah telah dirampas oleh Pentadbiran Tanah Daerah Pengkalan Hulu kerana gagal membayar cukai tanah.

Katanya  Majlis Daerah Pengkalan Hulu (MDPH) turut menolak permohonan kelulusan kebenaran merancang pada 30 Jun yang lalu bagi sebahagian tanah yang telah dicadangkan untuk pembangunan Northgate.

 “Bagi tanah yang telah dirampas, sebahagiannya telah diletakkan di bawah kawalan MDPH dan dijadikan tempat pemunggahan buah-buahan dan barangan.

“Caj pemunggahan telahpun berkuatkuasa pada 1 April 2015 terhadap pemilik-pemilik kenderaan yang menjalankan pemunggahan buah-buahan dan barangan di sekitar sempatan Pengkalan Hulu – Betong,” katanya.

Member BSK