Jumlah Pengunjung

Showing posts with label KES LIWAT ANWAR. Show all posts
Showing posts with label KES LIWAT ANWAR. Show all posts

Wednesday, 2 October 2013

RAYUAN KES ANWAR BERJUBOR DENGAN LELAKI !!!



Mahkamah Rayuan menetapkan 11 dan 12 Disember depan bagi mendengar rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, lima tahun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan pada sesi pengurusan kes di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif hari ini.

Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar selepas mendapati tiada bukti kukuh bagi menyokong keterangan Mohd. Saiful Bukhari selain tidak selamat untuk mahkamah bergantung kepada bukti asid deoksiribonukleik (DNA).

Anwar, 66, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.





Thursday, 14 March 2013

ANWAR Terketar Bila Di SUMPAH !!!




Menanti Anwar Melakukan Sumpah Laknat

Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.

Habis sidang akhbar secara tertutup, sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR. Hebat sandiwara yang dimainkan, seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.

Walhal bukan satu rahsia pun, sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.

Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya, Saiful.

Waima sebelumnya, semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat), si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T.

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya, timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa, Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam?

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir, dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam.

"Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim, Wallahi, Watallahi, Wabillahi, bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat".

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main, jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.

Ibn Hajar Al Salam as Qalani, seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman, sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong, dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah. Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid, dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan."

Manakala seorang ulama dari India, al-Syeikh Abi al-Wafa’ Thana’ al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.

Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa, ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah s.w.t akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun.

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang, sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya, ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.

Tinggal lagi sekarang, sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah s.w.t. Peliknya, akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah.

Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah, pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain, kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.

Apa pun, sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.








Wednesday, 23 January 2013

SAH.. MAT SALLEH PON KATA ANWAR MEMANG SEORANG PELIWAT !!!




Hah! Macam mana? Berani tak Si Ketua Penipu tu nak ambik tindakan terhadap penulis yang bernama Michael Backman ni? 

Atau adakah dia sekadar berani ambik tindaka terhadap media kata Malaysia je? Dengar cerita, buku yang ditulis oleh Backman ni dapat sambutan hangat. 

Bermakna, sekarang ni bukan di Malaysia je yang orang tau cerita pasal Si Ketua Penipu tu seorang Kaki Liwat. Habis satu dunia pun dah tau. Pun dia masih ada hati nak jadi Perdana Menteri jugak ke? Buat malu Negara je dia ni!!!
MICHAEL BACKMAN mendedahkan keputusan persidangan tiga hakim Mahkamah Persekutuan pada 2 September 2004 mengesahkan Anwar Ibrahim terlibat dalam aktiviti homoseksual di Tivoli Villa, pada satu malam, pukul 7.45, antara Januari hingga Mac 1993, tetapi Anwar dibebaskan kerana percanggahan dari segi ‘tarikh sebenar kejadian’ tersebut.

Secara kritis, majoriti hakim berkata, “Kami menemui bukti yang perayu-perayu iaitu Anwar Ibrahim dan Sukma Darmawan Sasmitaat Madja telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual” dan kenyataan penting ini telah terlepas pandang oleh pengamal media khususnya di luar Malaysia. 

Apa yang hakim-hakim tidak dapat menemui bukti adalah ‘tarikh-tarikh’ kejadian sebenar aktiviti homoseksual itu kata penulis dari Australia ini dalam bukunya, “Inside Knowledge: Streetwise in Asia’  yang diterbitkan oleh Palgrave-Macmillan, 2005.

Michael Backman selain penulis buku terlaris di dunia juga pernah diiktiraf sebagai penulis yang cemerlang dalam strategi-strategi perniagaan serantau oleh Rowan Callick, Australian Financial Review itu, telah melakukan satu penyelidikan khusus berkenaan dengan pembebasan Anwar pada tahun 2004, dan menulis di bukunya di dalam bab ketujuh yang bertajuk "Anwar Ibrahim: Awan Gelap di Malaysia”(Anwar Ibrahim : Malaysia Dark Cloud)

 Bagi beliau kenyataan hakim yang berbunyi “we find evidence to confirm  that the appellants were involved in homosexual activities” (kami menemui bukti yang perayu-perayu telah terlibat dalam aktiviti-aktiviti homoseksual] amat penting kerana hakim-hakim sendiri mengesahkan mereka mempercayai aktiviti homoseksual di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku seperti didakwa.

 Di dalam penghakiman ini, Anwar Ibrahim dirujuk untuk sebagai `perayu pertama' (the first appellant) manakala Sukma Darmawan Sasmitaat Madja dirujuk untuk sebagai `perayu kedua'(the second appellant).

"Walaupun Keputusan Mahkamah Persekutuan Malaysia pada tahun 2004, menterbalikkan hukuman bersalah melakukan aktiviti homoseksual, yang membolehkan Anwar keluar daripada penjara, tetapi keputusan hakim itu tidak dapat membersihkan dirinya daripada melakukan aktiviti homoseksual itu”

 "Kebanyakan penganalisis dan wartawan yang melaporkan tentang keputusan hakim Mahkamah Persekutuan, tidak membaca keseluruhan keputusan hakim-hakim yang setebal 36 muka surat itu,” kata Michael Backman yang kini menetap di London.

Maksud ‘menterbalikkan hukuman’ adalah Mahkamah Persekutuan menterbalikkan hukuman bersalah yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, kepada tidak bersalah.

Pada 8 Ogos 2000, Datuk Arifin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan Anwar bersalah meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun. Adik angkat Anwar, Sukma Darmawan yang didakwa sebagai rakan subahat turut didapati bersalah dan dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali.
Pada 21 Januari 2004, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi 8 Ogos 2000 serta menolak ikat jamin supaya dibebaskan yang dipohon oleh Anwar dan Sukma. 

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Pajan Singh Gill, bersama dengan Hakim Datuk Richard dan Hakim Datuk Hashim Yusoff.

Kemudian, Mahkamah Persekutuan bersidang pada 2 September 2004 yang diketuai oleh Datuk Abdul Hamid Mohamad (Hakim Mahkamah Persekutuan) bersama dengan Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud (Hakim Mahkamah Rayuan) dan Datin Paduka Rahmah Hussain (Hakim Mahkamah Persekutuan) untuk meneliti semula rayuan Anwar dan Sukma itu.

Michael Backman adalah seorang penulis dan penceramah yang terkenal berkenaan isu Asia berkaitan dengan ekonomi dan politik serta pandangannya menjadi rujukan kepada golongan korporat dan pelabur yang berminat berbisnes di Asia.

Beliau merupakan penulis Asian Eclipse: Exposing the Dark Side of Business in Asia (Kejatuhan Asia: Pendedahan Sisi Gelap Bisnes di Asia) yang merupakan buku paling laris di dunia dan dinamakan oleh Majalah The Economist sebagai salah satu buku yang ‘paling hebat’ serta disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu Thaksin Shinawatra sebagai suatu buku yang harus dibaca oleh semua orang Thailand. Buku tersebut kini dimasukkan dalam senarai bacaan di London School of Economics dan Wharton Business School.





Member BSK