Jumlah Pengunjung

Showing posts with label KLI HOTEL. Show all posts
Showing posts with label KLI HOTEL. Show all posts

Wednesday, 1 June 2016

BUFFET RAMADHAN BUY 1 FREE 1 DI KLI HOTEL !!!



Sempena Ramadhan 2016, Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) menawarkan baucer 1 percuma 1 untuk buffet Ramadhan pada kali ini.


Sehubungan itu, pihak KLI turut menawarkan baucer 2 percuma 1 dimana orang ramai berpeluang mendapatkan tawaran baucer percuma sekali gus dapat menikmati buffet Ramadhan bersama keluarga tersayang.

Dengan buffet yang menepati citarasa, KLIH yang menyediakan hidangan berbuka puasa ini mengutarakan masakan Melayu sejati atau sajian traditional dari hari pertama Ramadhan sehingga menjelang hari raya.

Antara hidangan yang menjadi tarikan di KLIH iaitu 30 jenis kerabu, 15 jenis sambal, dan 5 jenis sup setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.
Tambahan pula, hidangan buffet ini turut menyajikan Murtabak, Lok-lok, Ikan Bakar, disamping tidak melupakan hidangan makanan goreng panas yang mengetengahkan masakan tradisional serta juadah istimewa.


Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sagu Gula Melaka, Agar-agar campur, Tapai, Lopis, ‘hot plate’ dan ubi rebus turut menjadi tarikan sajian tradisional di sini.

Hidangan popular di bulan Ramadhan ini sudah tentunya menjadi tarikan kepada peminat setia masakan kampung. 

Untuk tempahan hubungi KLIH di talian:03-26978833/016-2108833/016-9108831, atau layari www.klitel.com.my atau terus ke www.facebook.com/klihotel


Oleh: Wan Nasrah Abdul Rahim

Tuesday, 24 May 2016

JOM LAYAN EURO SAMBIL BERSAHUR DI KLI HOTEL !!!



KUALA LUMPUR – Bersempena dengan Kedatangan bulan Ramadhan dan Euro 2016 bulan depan, pihak Kuala Lumpur International Hotel mengambil inisiatif dengan mengadakan promosi EURO-Sahur.

Menurut Penolong Pengurus Besar KLIH, Azli Ariffin, pihak hotel akan menyediakan 3 jenis pakej untuk memeriahkan suasana dan menarik pengunjung.

“Sempena euro 2016, kami menyediakan skrin besar di coffee house dan menyediakan 3 jenis pakej iaitu pakej Combo Supper, Pakej Buffet Sahur dan Pakej Nasi Rames dengan harga bermula dari  Rm15,” katanya ketika sidang media Promosi Buffet Ramadhan Buffet di sini tadi.

Tambah beliau lagi, pakej ini akan bermula pada hari pertama Ramadhan sehingga akhir Ramadhan bermula dari 1 pagi sehingga waktu imsak.

Bagi pakej ini, pengunjung akan disajikan dengan tayangan langsung di skrin besar di Toppot Cafe di aras 4 KLIH.

Sebagai salah satu cara memeriahkan pakej EURO 2016 ini, pihak KLIH turut mengadakan pertandingan bola sepak PS4 dari 15 Jun sehingga 2 Julai ini bermula jam 10 malam sehingga 12 tengah malam.

Pihak KLIH hanya mengenakan bayaran pendaftaran sebanyak RM120 dimana setiap pendaftaran akan diberikan sebuah booklet kupon bernilai 50 ringgit dan perlu dibayar sebelum 28 Mei ini dan terhad kepada 50 penyertaan.

Bagi pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah bernilai RM2 000 bagi tempat pertama, manakala bagi tempat kedua, ketiga dan keempat masing-masing akan menerima hadiah bernilai RM1000, RM800 dan RM600.




Thursday, 19 May 2016

BERBUKA PUASA MASAKAN IBU DI KLI HOTEL SEMPENA RAMADHAN !!!



Pergh..... meleleh air liur melihat sajian-sajian yang bakal disediakan. Tak sabar dah rasanya nak berpuasa. Sudah pasti ramai yang merindui dan membayangkan juadah berbuka puasa pembuka selera yang ‘rare’ atau mempunyai kelainan, sehebat masakan ibu di kampung halaman. 

Sehubungan itu, sempena Ramadhan ini, Kuala Lumpur International Hotel menyediakan masakan yang pasti menepati citarasa sekali gus dapat mengimbau juadah berbuka puasa ‘ala kampung’.

Menurut Penolong Pengurus Besarnya, Azli Ariffin berkata, pihaknya akan menyediakan hidangan berbuka puasa yang mengutarakan masakan melayu sejati atau sajian traditional dari hari pertama Ramadhan sehingga menjelang hari raya.



“Semua hotel akan mengutarakan masakan melayu sejati atau sajian tradisional dan ‘ala kampung’, namun apa kelainan kami boleh katakan, chef kami sudah berkhidmat di sini lebih 30 tahun yang akan menyediakan 30 jenis kerabu, 15 jenis sambal, dan 5 jenis sup setiap hari sepanjang bulan Ramadhan.

“Kita adalah satu-satunya hotel yang memulakan dengan idea ini dan ia adalah merupakan hidangan popular kami,”katanya.

Selain itu, hidangan yang turut disajikan termasuklah Murtabak, Lok-lok, Ikan Bakar, dimana ia antara hidangan istimewa berbuka puasa di samping hidangan makanan goreng panas yang mengetengahkan masakan tradisional serta juadah istimewa mereka.

Berkonsepkan hidangan bufet, segala juadah berbuka puasa juga turut ditawarkan dengan harga yang berpatutan dengan pelbagai pilihan makanan tradisional.

Tidak ketinggalan, hidangan pencuci mulut tradisional Melayu seperti Sagu Gula Melaka, Agar-agar campur, Tapai, Lopis, hot plate dan ubi rebus turut menjadi tarikan sajian ala kampung di sini.






Thursday, 12 May 2016

BUDAK AUTISME MEMBANGGAKAN KLI HOTEL !!!



KUALA LUMPUR –  “Kenapa saya ada anak begini! apa dosa yang saya buat, kenapa saya ada anak begini,” itu luahan hati seorang ibu kepada seorang pesakit Autisme.

Menurut Chan Kim Lan, ibu kepada Dan Lo Tjun Liem yang menghidapi Autisme, beliau tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau mempunyai anak seperti ini.

Gara-gara itu, beliau telah menjauhkan diri dengan masyarakat setelah anaknya disahkan menghidapi Autisme.

“Bila dah tahu, saya rasa sedih betul, dan bila pergi kemana-mana saya tak cakap dengan orang dan saya selalu tutupkan diri saya, tak suka cakap dengan orang , tak suka campur dengan orang,” katanya ketika ditemui oleh SuaraTV.

Menurut Wanita berusia 53 tahun ini, setelah anaknya meningkat dewasa, beliau mengalamai perubahan sikap dan ini menyebabkan beliau bersyukur mempunyai anak istimewa seperti ini.



“Bila ada anak begini, tuhan ada tujuannya yang tersendiri dan bila saya ada anak begini, dia beri kasi compare anak seperti ini dengan yang normal.

“Memang ada kebaikkan dia dan daripada dia kita boleh belajar dan saya selalu cakap dengan anak sulung saya, tengok kelakuan dia, baik daripada anak yang normal,”  ujarnya.

Dan Lo kini telah bekerja di Kuala Lumpur International Hotel (KLIH) sebagai pelayan dan tinjauan mendapati beliau seorang yang rajin terhadap tugas yang diberikan kepada beliau.

Menurut Pengurus bahagian Penyediaan dan Makanan KLIH, Syed Zulkarnain, ketika beliau baru memulakan tugas sebagai seorang pelayan di situ, ia agak sukar untuk dapat penyesuaian.

“Pada mulanya nak dapatkan penyesuaian itu agak mengambil masa lama sedikit, namun lama-kelamaan dia dah tahu bagaimana kerja yang harus dilakukan ketika dia masuk kerja, dan kita yang senior ini akan follow up.

“Buat masa ini dia boleh terima arahan,” katanya kepada SuaraTV.

Bercerita mengenai sepanjang Dan bertugas sebagai pelayan, beliau pernah beberapa kali membuat kesilapan dan dimarahi pelanggan namun pekerja senior akan memantau situasi berkenaan.

“Kadang-kadang saya perasan, saya akan inform dan minta maaf kepada pelanggan tersebut dan menjelaskan kepada pelanggan bahawa beliau merupakan pekerja OKU,”  ujarnya.

Terdahulu, Syaril A. Kadir, bekas wartawan jenayah mendedahkan isu pengambilan pekerja Autisme ini oleh KLIH di akaun Faceook miliknya. – SuaraTV


Tuesday, 10 May 2016

GELANDANGAN KL JADI TETAMU VIP KLI HOTEL MALAM INI !!!



KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur International Hotel akan memberi layanan 5 bintang kepada golongan gelandangan dengan menyediakan makanan serta minuman kepada mereka.

Menurut Pengurus Pemakanan KLI Hotel, Syed Zulkhairanain, mereka akan memberi layanan yang terbaik kepada semua lapisan masyarakat walaupun mereka daripada golongan gelandangan.

“Jabatan kami biasanya akan menyediakan makanan kepada semua pelanggan kami tidak kira mereka daripada seluruh masyarakat di Kuala Lumpur ini dan termasuk gelandangan walaupun mereka seperti hidup tidak sehaluan walaubagaimanapun  mereka akan disajikan seperti rakyat Malaysia yang lain.



“Yang mana kita tekankan halal, kebersihan  dan kualiti tidak kira mereka dari golongan daripada atasan atau bawah janji dia adalah pelanggan kami dan kami akan layan mereka secara sama rata.” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya sangat berbangga kerana dapat memberi layanan kepada semua golongan masyarakat.

“Kita ambil peluang ini untuk layan mereka juga kerana mereka juga adalah manusia yang perlukan makanan yang sihat, makanan yang bersih.

“Kita memang berbangga untuk memberi layanan kepada semua lapisan masyarakat tak kira mereka dari kehidupan yang bagaimana, kita akan tetap layan dan kami ambil peluang untuk memberi layanan yang terbaik sama ada di dalam hotel mahupun diluar.” ujarnya.

Dalam pada itu, KLI Hotel bersama Darling Idola Kecil 5 akan mengadakan program bersama gelandangan pada malam ini berhadapan CIMB Bank, Jalan Tunku Abdul Rahman. 



Monday, 9 May 2016

KLI HOTEL BAWA ARTIS IDOLA KECIL BERTEMU GELANDANGAN !!!



KUALA LUMPUR – Kuala Lumpur International (KLI) hotel bersama pemenang tempat kedua Idola Kecil 5, Wan Adzlin atau lebih dikenali sebagai Darling akan bersama membantu menjayakan program sosial bersama golongan gelandangan.

Program ini dilaksanakan atas dasar keprihatinan terhadap kemelut kehidupan yang kian memberi tekanan terutamanya kepada golongan kurang berkemanpuan itu.

Menurut jemputan media yang dihantar, program tersebut bakal berlangsung di Jalan Tunku Abdul Rahman yang akan mengagihkan pek makanan dan minuman yang dimasak sendiri oleh kakitangan hotel.

Program tersebut bakal dilaksanakan pada 10 Mei ini, Selasa bermula jam 9.30 malam sehingga 11 malam. – SuaraTV



Dalam perkembangan lain, KLI Hotel juga akan menyediakan pakej sahur yang amat berpatutan pada bulan puasa nanti. Apa yang lebih menarik, KLI akan mengadakan pakej Sahur EURO 2016 serta pertandingan PES 2016 buat peminat bola di negara ini.








Saturday, 16 April 2016

DARLING IDOLA KECIL DI TAJA KLI HOTEL !!!



KUALA LUMPUR – Penyanyi baharu Wan Azlyn atau dikenali sebagai Darling, 16 bersyukur dapat meluangkan masa bersama peminatnya dalam satu majlis yang diadakan di ibukota, petang tadi.

Bekas naib juara pertandingan nyanyian Idola Kecil pada tahun 2012 itu berkata, gembira dan teruja kerana dapat berjumpa dengan mereka yang tidak pernah jemu untuk menyokong kerjaya muziknya sebelum ini.

“Saya begitu berpuas hati dan gembira dengan penganjuran majlis yang diadakan ini kerana dapat berjumpa dan beramah mesra dengan mereka semua.

“Tidak dilupakan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak KLI yang begitu bermurah hati untuk menaja majlis perjumpaan ini,” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.



Program yang dihadiri sekitar 50 orang peminat itu ditaja oleh pihak hotel Kuala Lumpur International (KLI) yang turut bertindak sebagai penganjur majlis.

Menurut Wan Azlyn atau nama penuhnya Wan Azlyn Maashah, paling menarik pejumpaan yang diadakan itu begitu meriah apabila semua yang hadir begitu mesra seperti sebuah keluarga meskipun tiada pertalian darah.

“Rata-rata yang hadir begitu ‘sporting’ malah mereka turut menyertai acara yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

“Saya juga sedang merancangkan untuk mengadakan majlis perjumpaan seperti ini di negeri kelahiran saya Kedah dalam masa terdekat,” ujarnya lagi.

Selain cabutan nombor bertuah, para peminat Darling turut dihiburkan dengan beberapa buah lagu dari single pertamanya berjudul Takkan Ada.

 
Sementara itu Eksekutif Jualan dan Pemasaran, Siti Aishah Yahaya berkata, pihak KLI amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk menjayakan majlis tersebut.

Penyanyi berbakat besar yang berasal dari Kedah itu sebelum ini tampil dengan lagu duet bersama kumpulan Viral ciptaan komposer, DJ Fuzz.

Walaupun masih lagi bergelar pelajar di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah, Darling berkebolehan menyanyi dalam 10 bahasa berbeza termasuk bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, Kantonis, Hokkian, Hindi, Thailand, Jepun, Korea dan Arab. – (SUMBER)

Member BSK