Jumlah Pengunjung

Showing posts with label Majlis Belia Negeri Perak. Show all posts
Showing posts with label Majlis Belia Negeri Perak. Show all posts

Monday, 25 January 2016

MASJID PALOH TUMPUAN KELUARGA MISKIN !!!

Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah (kiri) berkenan menyampaikan bantuan makanan sempena majlis perasmian Soup Kitchen Masjid Paloh, dekat Ipoh.
Assalammualaikum semua..

Rasanya dah terlalu lama aku tidak menulis dalam blog ini, entah tiba-tiba terdetik hati aku untuk menulis pada malam ini, mungkin kerana sebuah artikel yang amat menyentuh hati aku. Tak sangka pula aku dalam keadaan negara kita yang semakin maju membangun, ada keluarga yang pada aku amat memerlukan bantuan makanan setiap hari. Masjid kampung Paloh ini bagi aku adalah sebuah masjid lama yang mempunyai sejarahnya tersendiri dan pernah juga beberapa kali aku singgah disini solat zohor ketika aku tersangkut dalam hujan lebat sebelum ini. 

Pujian aku berikan pada pengurusan masjid ini kerana apa yang aku baca, masjid ini selalu membuat program bantuan makanan percuma pada golongan miskin untuk penduduk miskin sekitar ipoh pada setiap hari rabu dan jumaat. Ternyata pemberian makanan percuma ini telah dimanafaatkan sebaiknya oleh golongan keluarga yang berpendapatan rendah. 

Terfikir juga aku, hari-hari yang selainnya bagaimana keluarga ini dapat menyediakan makanan untuk anak dan keluarga mereka. Mungkin anak mereka juga mempunyai perasaan sebagaimana anak-anak keluarga lain yang dapat merasai makanan seperti KFC, Mcdonald, Pizza Hut dan makanan-makanan enak yang lain. 

Bangkrupkah kita jika kita bersatu bersama memberikan makanan percuma setiap hari pada mereka ? Mungkin kita tidak pernah terfikir jika kita berada di tempat mereka. Apa perasaan kita bila kita lapar kita hanya dapat melihat orang lain makan dalam keadaan tenang dan gembira. Ada yang sangat kaya sehingga sanggup membayar denda lelongan rakan sendiri dengan harga rm100.000.00 yang kononnya mempertahankan kalimah ALLAH, namun bayangkan jika wang tersebut diberikan kepada pihak masjid kampung Paloh, berapa banyakkah perut keluarga susah akan dapat diisi ? Berapa ramaikah anak-anak yang menangis kelaparan dapat ditutup tangisan mereka ? 

Bangkitlah semua pemimpin masyarakat tidak kira dari parti mana atau pon mana-mana NGO, bergabunglah dengan Nama ALLAH dan agama ISLAM, bantulah mereka ini.

Akhir kata, aku mohon dan merayu pada semua yang membaca artikel aku ini, agar bersama menyumbang wang kepada pihak Masjid Kampung Paloh ini agar mereka dapat meneruskan program bantuan makanan percuma ini setiap hari kepada keluarga yang amat memerlukan.


IPOH - Ketiadaan mata pencarian tetap selain terpaksa membesarkan dua cahaya mata bersendirian menyebabkan seorang ibu muda sanggup pergi ke Masjid Paloh, di sini setiap Rabu dan Jumaat bagi mengambil makanan yang diedarkan secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan.

Norfakirah Nurbaladin, 27, berkata, bantuan itu membolehkan dia dan dua anaknya yang berusia lapan tahun dan lapan bulan mengalas perut.
"Saya hanya kerja sambilan cuci rumah dan ada juga terima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi tak cukup nak tanggung kami tiga beranak.

"Saya bersyukur ada bantuan sebegini dan kalau boleh biarlah dibuat setiap hari," katanya ketika ditemui pada majlis perasmian 'Soup Kitchen' Masjid Paloh, baru-baru ini.
Terdahulu, majlis itu disempurnakan oleh Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris.

Ketha Kaur, 52, pula berkata, dia sanggup berjalan kaki kira-kira 30 minit dari rumahnya di Buntong ke masjid itu setiap kali bantuan makanan diedarkan.
“Makanan yang saya dapat ini akan dikongsi bersama anak-anak di rumah,” katanya.
Menurutnya, pendapatan sekitar RM900 sebagai tukang cuci tidak mencukupi untuk menampung hidupnya bersama empat orang anak yang berusia 15 hingga 35 tahun.

“Anak sulung saya menghidap kanser hati dan terlantar di rumah, yang lain pula masih bersekolah,” katanya.
Program dianjurkan bersama tiga badan bukan kerajaan (NGO) itu bertujuan meringankan sedikit bebanan yang ditanggung golongan kurang berkemampuan tanpa mengira kaum dan agama.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Bakti Gunung Kledang (KBGK), Azman Yeop Junior berkata, 100 bungkusan makanan diedarkan kepada golongan berkenaan pada program itu.
“Program ini mendapat kerjasama tiga NGO iaitu KBGK, Kelab Lions Antarabangsa Ipoh dan For Wisdom And Revolutionary Development (Forward).

“Program yang telah bermula sekitar 2010 itu juga akan dijalankan tiga kali seminggu, iaitu pada setiap Isnin, Rabu dan Jumaat selepas solat Asar,” katanya.

SUMBER


Sunday, 26 April 2015

BOOTH PALING RARE DALAM KARNIVAL BELIA PERAK 2015 !!!



Semperna Festival Belia Perak 2015 yang berlangsung di perkarangan Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, P.O.R.T. (PEOPLE OF REMARKABLE TALENT) telah hadir memeriahkan lagi aktiviti di dalam Festival Belia Perak ini. 

P.O.R.T. merupakan hasil inisiatif kerajaan negeri Perak sebagai lokasi atau hub bagi seluruh karyawan dan peminat-peminat bidang seni Negeri Perak. Segala jenis seni seperti tarian, lukisan, grafik, lakonan, pementasan, muzik, suara dan pelbagai lagi merupakan fokus P.O.R.T. untuk menghasilkan dan membantu seluruh rakyat Negeri Perak untuk mendapatkan pendedahan dan mendapat peluang untuk di ketengahkan pada industri masing-masing.
Peranan P.O.R.T. juga untuk memelihara seni dan budaya negeri Perak dan memberi pendedahan kepada belia Perak. Fokus P.O.R.T. ialah untuk 'Penyatuan Melalui Seni' bertujuan menyatupadukan seluruh masyarakat negeri Perak dalam pelbagai kaum dalam bidang seni. Ini akan menjaminkan kemajuan ekonomi dan keunikan tumpuan dan hala tuju Negeri Perak.
Syed Zarul Shah

Menurut Syed Zarul Shah Bin Syed Khairuddin selaku penolong pengurus P.O.R.T., penyertaan P.O.R.T. pada Karnival Belia kali ini adalah untuk memberi fokus kepada pembangunan insan khasnya untuk anak-anak muda yang tinggal di dalam kampung mempelajari seni-seni baru seperti T.Shirt, Printing, Muzik, Kalikatur dan belbagai lagi, agar anak muda mendapat pendedahan yang lebih frofesional. Ini juga merupakan salah satu stok kami yang berada di bawah daerah kinta agar dapat kami memberi ilmu secara percuma kepada anak muda, contohnya bagaimana mereka mahu membuat motor klasik, bagaimana mereka mahu mempelajari muzik dengan lebih teratur dan tersusun tidak kira apa jenis alat muzik yang mereka mainkan.

Antara aktiviti yang P.O.R.T. sediakan dalam Festival Belia kali ini, pada 25 April semalam P.O.R.T. telah membawa dua group Buskins dari Kuala Lumpur MBC (Malaysian Buskins Conner) dan telah membuat persembahan di Booth P.O.R.T. dan telah berjaya memeriahkan lagi suasana di Booth P.O.R.T. Di Booth P.O.R.T. juga kami menyediakan Kalikatur dari Boy PJ dan Gie dari PPP membuat lukisan muka, Sadat membuat live inai, dari pekan kartun juga hadir menjual buku-buku kartun yang sangat popular sebelum ini hingga sekarang. Terdapat juga kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh anak muda disini.

Harapan P.O.R.T., dapatlah sekiranya anak muda terus menyokong P.O.R.T., kerana P.O.R.T. adalah satu-satunya tempat anak muda Perak belajar dan mempamirkan bakat mereka kerana P.O.R.T. sememangnya sentiasa fokus pada pembangunan seni anak muda Perak.

Untuk anak-anak muda, sekiranya anda mempunyai idea dan cadangan untuk diketengahkan, anda digalakkan untuk hadir ke pejabat P.O.R.T. di alamat, No 9 & 11, Jalan Sultan Azlan Shah 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan. No telefon 05-2412287 Faks 05-2412394  Email :  portipoh9@gmail.com

















Anda juga boleh melawati lawan web P.O.R.T. disini..   (P.O.R.T.)


KEPUTUSAN WARNA WARNI BELIA PERAK BUKA MATA PEMUZIK FROFESIONAL !!!



Telah berlangsung satu program warna warni belia Malaysia peringkat negeri perak di Festival Belia Perak 2015 di pentas utama karnival. Pertandingan telah bermula pada pukul 9.00 pagi dan telah tamat pada pukul 12.30 tengahari.  Menurut penyelaras program tersebut Mohd Rozidi Bin Abdul Kadir, tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memilih peserta yang benar-benar berbakat untuk di pilih mewakili negeri Perak membuat persembahan di perkampungan warna warni Belia Malaysia  di Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung pada 21 Mei 2015 hingga 24 Mei 2015 di Putrajaya akan datang.



Sememangnya peluang ini kami bukakan khas untuk seluruh belia negeri perak agar bakat-bakat terpendam mereka selama ini dapat kami tonjolkan di peringkat pusat. Kami tahu banyak bakat anak muda negeri Perak yang terpendam selama ini di biarkan begitu sahaja tanpa mendapat pendedahan di peringkat yang lebih tinggi. Adalah menjadi harapan kami pada masa akan datang agar lebih ramai lagi anak muda dapat mempamirkan bakat mereka kepada kami.

Majlis telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran KSU belia dan Sukan Malaysia Dato Jamil.

Dibawah merupakan keputusan yang telah diumumkan oleh pihak juri.
TARIAN

Tempat Pertama  (PERSATUAN SENI BUDAYA DATO’ HJ MOHAMAD TAIB)
Tempat Kedua   (KUMPULAN WARISAN JELAPANG JAYA)
Tempat Ketiga  (KELAB KEBUDAYAAN SMK BERCHAM)

NYANYIAN LAGU PUSISI
Tempat Pertama  (SENANDUNG SUARA LAYAR)
Tempat Kedua   (SENIMAN ANAK PERAK)

Tempat Ketiga  (EDA FAZILAH)





























Saturday, 25 April 2015

FESTIVAL BELIA PERAK KASI GEMPAK BANDAR IPOH !!!


Alhamdulillah, sempat aku bertemu Presiden Majlis Belia Negeri Perak saudara Hasnul Fairuz semperna Festival Belia Perak 2015 yang sedang berlangsung di perkarangan Stadium Bola Sepak Perak. Dibawah merupakan ucapan ringkas darinya dan harapan untuk Festival yang sedang berlangsung sekarang.


Syukur kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin-nya dapat saya dan semua yang terlibat melaksanakan Program Festival Belia Perak 2015 pada tahun ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi pernghargaan dan jutaan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Perak dalam menganjurkan Festival Belia Perak 2015. Sekalung syabas dan tahniah juga kepada gerak kerja dalam memastikan pelancaran program ini dengan jayanya. 

Sambutan Hari Belia yang diadakan pada setiap tahun merupakan platform kepada perpaduan, keharmonian dan keamanan sejagat khususnya golongan belia bagi memastikan suara belia didengari hingga ke akar umbi.

Program ini telah bermula pada 23 April 2015 sehingga 26 April 2015. Program pertama telah diadakan “Malam Indahnya Munajat  pada 23 April 2015 pukul 8.00 malam hingga 11.00 malam yang telah dihadiri seramai 900 orang. Antara artis jemputan yang kami jemput kumpulan “In Team”, Ustaz Khairil Al-Gayauwi,  Al-Ansori dan Al-Ridhuani. YB Datuk Shahrul Zaman Bin Datuk Hj. Yahya telah hadir sebagai tetamu VIP pada malam tersebut bersama En Azahari (Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak).





Program selama tiga hari ini akan banyak menonjolkan bakat belia dari seluruh Negeri Perak untuk kami ketengahkan keperingkat kebangsaan di Festival Belia Putrajaya yang akan berlangsung di Putrajaya pada 21 Mei 2015 sehingga 24 Mei 2015. Banyak bakat-bakat akan ditonjolkan sepanjang program ini berlansung dan antara aktiviti-akviti tersebut  

(1)    Qiamulai
(2)    PameranButik Pengantin
(3)    Karnival Pendidikan dan Kerjaya
(4)    Pameran Pertanian Kerjaya Pilihan
(5)    Pameran Motorsikal Berkuasa Tinggi
(6)    Pameran Kereta Klasik / Moden
(7)    Pameran Buku
(8)    Pameran Perumahan Belia
(9)    Pameran Agensi Kerajaan
(10)Majlis Perasmian dan Anugerah Belia
(11)Pertandinga Muay Thai
(12)Pertandingan Futsal (Lelaki dan Wanita)
(13)Booth Belia Berniaga
(14)Mentor Rakan Muda
(15)Silveryourth Ride
(16)Senamrobik
(17)Sukan Tradisional
(18)Zumba
(19)RC Buggy Car Race
(20)Mini RC Car Race
(21)Xgame (Wall Climbing / BMX / Skateboard )
(22)Battle Of The Band
(23)Drum Festival
(24)PORT
(25)Selfie Wefie Challenge
(26)Cabutan Bertuah
(27)Hi Tea
(28)Wall Of Fame (Photo Booth)
(29)Perkhemahan ARP (Anugerah Remaja Perdana)
(30)Pertandingan Masakan dan Gubahan
(31)Pertandingan mewarna Kanak-kanak
(32)Pertandingan Uji Bakat
(33)Puisi dan Tarian (Warna-warni)
(34)Radio Amatur (ASTRA)

Adalah menjadi harapan saya agar semua pengunjung dan semua belia yang hadir akan mendapat manfaat sepanjang program ini berlansung dan secara tidak langsung ini adalah merupakan cara kami mendekatkan diri kami kepada belia dari akar umbi. 

Suka saya katakan bahawa aspek penting dalam memperkasakan sinergi iaitu dengan mencari titik-titik persamaan bukan titik=titik perbezaan  di samping peranan setiap pihak dalam apa jua bidang sekalipun. Mudah-mudahan Allah Subhanahu Wata’la sentiasa memudahkan serta mengurniakan kejayaan terhadap segala usaha yang telah kita lakukan.

Akhir kata, sekali lagi ucapan terima kasih saya kepada semua pihak yang telah mencurahkan segala cetusan idea dan keringat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan Program Festival Belia Perak 2015 ini. 
“CECAH KEBUMI MENYANTUMI HATI BELIA”
















Member BSK