Jumlah Pengunjung

Showing posts with label PEMIMPIN PAS. Show all posts
Showing posts with label PEMIMPIN PAS. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

BANGANGNYA PEMIMPIN PAS SAMPAI KENA SOUND LAGI DALAM DEWAN !!!




Pemimpin-pemimpin Pas Kelantan ditempelak kerana masih menabur tuduhan dan cuba meracun fikiran rakyat dengan dakwaan kononnya Kerajaan Pusat menganaktirikan negeri ini daripada menerima pelbagai jenis bantuan.
 
Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) kawasan Nenggiri, Yusof Mat Ghani berkata, ia adalah tuduhan tidak berasas jika melihat kepada laporan Kementerian Kewangan yang menunjukkan Kelantan merupakan penerima bantuan terbanyak daripada Pusat di Pantai Timur berbanding Pahang dan Terengganu.

Selain itu katanya, bantuan Pusat sebanyak RM381 juta yang dikeluarkan tahun lalu telah dimasukkan terus ke dalam akaun Kerajaan Pas Kelantan, justeru tidak timbul masalah Kelantan diabaikan seperti yang didakwa.
"Macam mana jadi anak tiri kalau Kelantan menerima bantuan lebih banyak daripada Pahang yang hanya menerima RM359 pada tahun lalu, manakala negeri jiran kita, Terengganu hanya menerima RM277 juta setahun.

"Semua wang ini pula diberikan secara terus kepada Kerajaan Pas Kelantan melalui pelbagai sektor malah ia adalah bantuan yang diberikan setiap tahun," katanya ketika membahaskan Titah Ucapan Sultan Kelantan, Sultan Muhamad V, pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Thursday, 4 April 2013

PANAS... APA CERITA PEMIMPIN PAS KENA TUMBUK DEPAN ORANG RAMAI NI !!!




Barangkali memikirkan dia adalah seorang ahli Majlis Ketua Kampung (MKK), seorang pemimpin PAS setempat, Ishak bin Ismail membuat SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG yang bernama Wan Jak binti Mat. Suami Wan Jak, Baharuddin bin Abdul Rashid yang tidak dapat menahan sabar, akhirnya menumbuk muka Ishak di hadapan sebuah kedai makan yang dimiliki oleh Baharom Bahar bin Osman yang juga merupakan ahli MKK Padang Lumat.
Kejadian tersebut berlaku pada 31 Mac lalu, lebih kurang 50 meter dari Pejabat PAS Kawasan Jerai.
 
pemimpinpasseks
Lelaki dalam bulatan merah itu adalah Ishak bin Ismail yang dibelasah oleh suami Wan Jak dan kemudian membuat laporan polis kerana ditumbuk.
Menurut maklumat, Baharuddin sudah lama mengesyaki yang Ishak ada hati dan syok dengan isterinya, Wan Jak. Bagaimanapun, disebabkan tidak mempunyai bukti, sekalipun telah diberitahu oleh ramai orang, Baharuddin menyimpan perasaan dan menaruh dendam terhadap Ishak. 
Ishak Ismail berusia 58 tahun, manakala Baharuddin pula berusia 56 tahun. Wanita yang menjadi 'rebutan' itu pula berusia 47 tahun. 
Ketiga-tiganya tinggal di Simpang Tiga, Sungai Daun, Yan, Kedah.
Setelah sekian lama menjeruk rasa, akhirnya Baharuddin terjerembab dengan pasangan berkenaan. Kemesraan keterlaluan antara Ishak bin Ismail dengan Wan Jak, yang bekerja di kedai makan Baharom Bahar, menyebabkan Baharuddin tidak dapat menahan sabar. Berlaku pertengkaran kecil di hadapan kedai makan Baharom Bahar dengan Wan Jak cuba menyebelahi Ishak dan menyatakan mereka sekadar berbual-bual dan tidak melakukan apa-apa yang tidak sepatutnya. Wan Jak cuba memberitahu Baharuddin bahawa dia hanya menjalankan tugas sebagai PELAYAN KEDAI MAKAN. 
Namun cabaran daripada Ishak membuatkan Baharuddin tidak dapat menahan kemarahan. Muka Ishak ditinjunya menyebabkan Ishak tertungging di atas tanah. Orang ramai yang berada di kedai makan tersebut berjaya menyelamatkan Ishak daripada parah dibelasah Baharuddin yang sedang kemarahan. Kedua-duanya dileraikan. 
Pun begitu, ketika diselamatkan oleh orang ramai, Ishak menyatakan sesuatu yang Baharuddin tidak akan lepas begitu sahaja. 
Justeru, tidak lama selepas kejadian tersebut, Ishak membuat laporan polis di Balai Polis Guar Chempedak.
Insiden berkenaan turut dikaitkan dengan pertembungan antara kuasa dalam politik PAS di Jerai. Menurut sumber, Ishak merupakan penyokong kuat Phahrolrazi Zawawi manakala Baharuddin pula menyokong kuat Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah. Dicampur dengan perasaan cemburu dan kegatalan serta kemiangan yang ditunjukkan oleh Ishak, Baharuddin melepaskan geramnya yang sudah lama ditahan. 
Itu baru satu kes. Sebenarnya terdapat banyak kes yang hampir serupa di seluruh Kedah. 
Kes mengacau dan mengurat isteri orang di kalangan puak-puak PAS amat menjadi-jadi. Seringkali mereka berasa selamat untuk berbuat begitu kerana mereka adalah ahli PAS. Bukan sedikit di kalangan ahli-ahli PAS yang beranggapan, apabila mereka menjadi ahli PAS, maka segala dosa mereka akan terampun dan mereka akan masuk syurga dengan mudah kerana telah berjihad menolong agama Allah Taala.
Lebih menakjubkan lagi ialah apabila mereka berfikiran, mereka tidak lagi tertakluk dengan sebarang hukum di atas dunia ini kerana PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS. PAS diredhai Allah Taala dan secara tidak langsung mereka juga telah diredhai dan dirahmati.
Kesan daripada fahaman sesat itulah, terlalu ramai puak-puak PAS yang melanggar batas dan tatasusila orang beragama, walaupun di atas kepala mereka ada kepiah putih dan mulut mereka tidak lekang-lekang daripada zikir Hudud, Negara Islam, Kepimpinan Ulama dan yang serupa dengannya. 
Menariknya, walaupun sibuk memperjuangkan Islam, rupa-rupanya si suami terpaksa mengharapkan kederat bini untuk menambahkan pendapatan keluarga. 
Islam apa lagu tu?

Member BSK