Jumlah Pengunjung

Showing posts with label PRU14. Show all posts
Showing posts with label PRU14. Show all posts

Wednesday, 2 May 2018

HAMZAH KASIM BANTU TIGA MASJID SUNGAI RAPAT !!!


Parlimen Gopeng menerima peruntukan khas berjumlah hampir RM9 juta bagi bina baru dan menaiktaraf masjid di tiga kawasan itu.

Ketua UMNO Bahagian Gopeng yang merupakan calon N.44 Sungai Rapat Datuk Hamzah Kasim berkata, peruntukan berkenaan bagi bina baru masing-masing di Changkat Larang dan Seri Jaya, Batu Gajah sementara Masjid Sungai Rokam (naik taraf).

"Kerja-kerja bina dan naik taraf telah dimulakan di Masjid Sungai Rokam melibatkan peruntukan RM3.5 juta dan di Masjid Seri Jaya RM2.5 juta. Turut disediakan disitu adalah kemudahan dewan untuk pelaksanaan aktiviti masyarakat setempat, katanya ketika ditemui pada majlis doa selamat di Masjid Al-Ahmadiah Kampung Changkat Larang, Lahat. Hadir sama, Pengerusi Masjid Mas Saud Md Isa.

Beliau berkata lagi, bagi Masjid Changkat Larang, kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi sebelum ini telah mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM3 juta.

Katanya, dana itu bagi meneruskan hasrat kariah untuk bina baharu masjid, selepas masjid sedia ada tidak mampu menampung jumlah jemaah terutamanya pada solat jumaat.

Masjid ini telah beberapa kali dinaik taraf, kedudukannya yang hampir dengan kawasan perkuburan dan rizab jalan telah menjadikan ruang semakin sempit. Sebab itu kariah berusaha mencari tapat baru dan Alhamdulillah ada insan yang mewakafkan tanahnya seluas hampir dua ekar bagi tujuan bina baru masjid ini dan lokasinya tidak jauh dari tapak asal.

Monday, 30 April 2018

HAMZAH KASIM PILIHAN PENGUNDI SUNGAI RAPAT!!!


IPOH – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi N44 Sungai Rapat setelah meletakkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kasim yang disifatkan sebagai calon paling sesuai untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hasil tinjauan mendapati, Hamzah merupakan calon terbaik untuk BN kerana merupakan anak tempatan, selain kerusi Dun itu merupakan kawasan tradisi parti UMNO yang mempunyai 48, 000 pengundi.
Menurutnya, selain itu, Hamzah juga merupakan Senator lebih mengetahui apa yang pengundi Sungai Rapat khususnya dan Parlimen Gopeng mahukan.
Kita perlu akui bahawa faktor calon akan menentukan kemenangan bagi sesebuah parti yang bertanding.
Pemilihan calon oleh pucuk pimpinan telah dilakukan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab kerana calon yang dipilih kali ini benar-benar berkualiti dan diterima oleh rakyat.
Barisan Nasional telah meletakkan calon yang boleh menang (winnable candidate) untuk bertanding dan bukan calon yang pandai melobi atau calon yang melompat dari satu kawasan ke kawasan lain. Inilah langkah yang telah diambil perhatian oleh UMNO dan BN untuk terus kekal berkhidmat untuk rakyat.
Semua pihak mula menerima hakikat bahawa trend pengundi sekarang sudah jauh berubah dan kegagalan meletakkan calon yang betul akan menyebabkan parti tersebut tewas dengan pihak lawan meskipun di kawasan tradisi.
Kini Barisan Nasional telah meletakkan calon yang paling sesuai dan dilihat mampu memberikan saingan kepada pembangkang di Dun tersebut yang dilihat kehadapan daripada semua aspek.
Hamzah merupakan pilihan terbaik dan paling sesuai untuk BN merampas semula kerusi Sungai Rapat yang sebelum ini menjadi milik UMNO.
Walaupun sebelum ini beliau tidak dipilih dan memberi laluan kepada orang lain terlebih dahulu, beliau tidak melatah kerana sudah lama berkecimpung dalam dunia politik.
Ramai yang percaya dengan kerjasama dan sokongan padu daripada semua jentera pilihan raya, PRU14 kali ini Hamzah akan berjaya memenangi pilihanraya N.44 Sungai Rapat dengan majoriti yang lebih besar.

Monday, 23 April 2018

CALON MELAYU DAP TEBING TINGGI PERTAHANKAN MURTAD???


KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah undang-undang, Dr. Abdul Aziz Bari antara contoh bagaimana DAP berjaya memesongkan pemikiran segelintir orang Melayu tentang sekular supaya menyokong parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberi contoh Abdul Aziz dalam bukunya pada tahun 2009 pernah menegaskan negara ini tidak sekular dan tidak pernah disekularkan.

Kata beliau, Abdul Aziz dalam buku itu malah menegaskan tiada sepatah perkataan dalam Perlembagaan Negara menyebut Malaysia negara sekular dan perlembagaan `menaikkan’ kedudukan Islam.

Namun, dakwa beliau, sesiapa yang pernah membaca buku bertajuk “Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis” itu pasti dapat membandingkan bahawa Abdul Aziz sejak menyertai DAP bukan lagi Abdul Aziz yang dulu.

“Abdul Aziz yang kini menyertai DAP akur sepenuhnya dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular”.

“Kini turut sama berjuang bersama-sama para pemimpin DAP lain untuk mecapai matlamat yang dinyatakan oleh Perlembagaan DAP iaitu untuk `mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Aziz Bari yang pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja merupakan calon Melayu tunggal DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak Pakatan Harapan baru-baru ini.

Kamarul berkata, Aziz Bari dalam bukunya pernah juga menyebut murtad boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana gejala murtad akan mengelirukan dan merubah definisi Melayu di bawah perlembagaan.

Tambah beliau, Aziz Bari juga menyatakan murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama, manakala orang ateis tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Negara.

“Bagaimanapun, Abdul Aziz sudah akur sepenuhnya dengan pendirian pemimpin DAP lain mahupun pendirian pemimpin parti komponen Pakatan Harapan lain serta senyap tidak terkata bila rakan-rakan beliau seperti Tony Pua dan Mohamad Hanipa Maidin melaungkan murtad adalah hak asasi yang dilindungi oleh perlembagaan dan bahawa orang ateis mempunyai hak di bawah perlembagaan kita,” dakwanya.

Tuesday, 10 April 2018

PPBM MALUKAN DIRI TARIK SEMULA SAMAN TERHADAP ROS!!!



KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menarik balik saman pemula difailkan terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi menuntut deklarasi berhubung status pendaftaran parti itu.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili PPBM memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi S. Nantha Balan membenarkan saman itu ditarik balik tanpa kos selepas pengurusan kes saman berkenaan di dalam kamarnya hari ini.

Peguam itu berkata PPBM menarik balik saman pemula itu berikutan parti berkenaan telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim membubarkan sementara parti berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 5 April lepas. Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said esok.

Pada 22 Feb lepas, PPBM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh selaku plaintif memfailkan saman pemula dengan menamakan RoS sebagai defendan.

Dalam saman pemula itu, PPBM yang ditubuhkan pada 8 Sept 2016, memohon deklarasi bagi menuntut RoS mematuhi segala prosedur dan tidak boleh membatalkan parti berkenaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.....

Member BSK