Jumlah Pengunjung

Showing posts with label TUKAR. Show all posts
Showing posts with label TUKAR. Show all posts

Thursday, 9 May 2013

JANJI PALING HARAM JADAH DARI ANWAR UNTUK BANGSAT-BANGSAT PAS & PKR !!!




Kalah PRU-13:  Anwar Perlu Lepaskan Jawatan Ketua Pembangkang 

Sejak dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri 15 tahun dahulu, Anwar tidak pernah berhenti berkempen untuk dirinya.  Selama 15 tahun, Anwar telah ke seluruh dunia dan ke seluruh pelusuk kampung berceramah untuk menarik sokongan rakyat.  Selama itu juga media-media antarabangsa memberi liputan kepadanya, sekali gus membantu kempennya.  

Namun, setelah 4 pilihanraya berlalu, Anwar masih lagi ‘bakal Perdana Menteri Malaysia’.  Dan sudah dua kali 16 September berlalu sejak beliau ‘hampir menjadi PM’, tetapi Anwar masih lagi berada di pihak pembangkang.   

Lebih malang baginya ialah bukan sahaja sokongan terhadap partinya merosot iaitu dari 31 menjadi 30 kerusi tetapi majoriti undi terhadapnya juga merosot teruk walaupun tandingannya Dr. Mazlan b. Ismail bukanlah tokoh lama dalam politik.  Dr. Mazlan telah berjaya mengurangkan majoriti Anwar sehingga hampir 4,000.  Dalam PRU-12 Anwar mendapat majoriti 15,671 tetapi kali ini hanya mendapat majoriti sebanyak 11,721 sahaja.    

Kemerosotan sokongan tentunya merupakan tamparan hebat kepada seorang politikus tegar seperti Anwar.  Apatah lagi yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.   Dengan keputusan yang memalukan itu, Anwar seharusnya melepaskan jawatan Ketua Pembangkang sebagaimana seorang pemimpin yang bermaruah.  

Namun, kita tahu bahawa ‘maruah’ sama sekali tidak ada dalam kamus hidup Anwar.  Anwar mungkin mempunyai ‘ego’, tetapi bukan ‘maruah’.   Malah, walaupun kekalahannya adalah jelas, Anwar tidak segan silu menerajui protes keputusan pilihanraya dengan berdegil menyatakan bahawa partinya telah menang dari segi populariti.  

Sedangkan, kemenangan populariti langsung tidak relevan dalam sebuah pilihanraya kerana undian dibuat oleh rakyat bukan sahaja atas faktor parti tetapi juga calon.  Undian populariti hanya relevan dalam pertandingan bagi menentukan satu faktor sahaja seperti bakal Perdana Menteri.  Bagaimanapun, Anwar terus menggunakan hujah ini bagi menjustifikasi bantahannya.  

Bagi seorang yang popularitinya sendiri telah merosot di tempat sendiri, Anwar seharusnya berfikir dua kali sebelum membawa hujah ini.    Ini kerana jika mengikut undi terhadap dirinya sendiri, sudah jelas bahawa Anwar tidak popular lagi, begitu juga dengan partinya.  Malah, media antarabangsa yang sebelum ini memujinya juga sudah mula sinis terhadapnya.  

Dalam dua tiga hari sebelum dan selepas pilihanraya, media barat pantas menyedari perwatakan Anwar yang penuh dengan ‘lakonan’ sehinggakan Financial Times menggambarkannya sebagai penghibur kelab malam.  Seorang wartawan lain, Nile Bowie pula mendedahkan strategi politik Anwar yang dirujuknya sebagai ‘mempolitikkan penipuan’ kerana terlebih dahulu menuduh SPR tidak telus dan menggerakkan protes, lama sebelum pilihanraya berlangsung lagi.  

Nampaknya sebagai ‘penghibur’ juga Anwar tidak popular kerana tidak mampu menarik hati wartawan barat itu.  Justeru, sebagai pemimpin tentulah jauh lebih tidak layak lagi.  

Namun, menjangkakan Anwar akan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang tentulah merupakan sesuatu yang mustahil.  Sedangkan jika mengikut populariti, jawatan tersebut perlu diserah kepada DAP yang memenangi sehingga 38 kerusi iaitu satu peningkatan yang banyak dari 28 kerusi dalam PRU-12.  

Oleh itu, sebelum Anwar mengerahkan penyokongnya memprotes di jalanraya, beliau harus terlebih dahulu menyerahkan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP.  Apa gunanya berhujah atas alasan populariti jika tidak berani bertindak berdasarkan hujahnya sendiri?




Monday, 25 March 2013

MAKIN RAMAI PENGUNDI MUDA KELANTAN LUDAH GAMBAR NIK AZIZ !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta. 

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis. 

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu. 

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu. 

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu? 

Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? 

Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu. Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? 

Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat. 

Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan. Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan’. 

Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya. Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura. 

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min. 

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu. Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!


Sunday, 24 March 2013

NIK AZIZ RAMPAS TANAH 300 PENDUDUK GUA MUSANG KELANTAN !!! #rempuh243 #jomsokongbn






Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.


Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ‘ulama’ bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.


Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.


Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.


Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ‘ulama’ tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?


Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.


Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh ‘Ular Dalam Semak’ yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.


Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan. 



Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu ‘kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan’. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan “Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh” namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.


Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan ‘Tok Guru’ pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.


Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.


Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Buat rakyat Kelantan – Bo La Weiiii!!!




Friday, 22 March 2013

AMY SEARCH KENCING NIK AZIZ ???





Siapa tidak kenal Amy Search, artis terkenal di Malaysia. Satu ketika dahulu, arena politik negara pernah gempar apabila gambar Amy Search bersama Nik Aziz secara peribadi tersebar di internet.

Gambar Amy Search bersama Nik Aziz satu ketika dahulu

Namun, pertemuan itu cuma sekadar pertemuan biasa. Walaupun pernah duduk bersama Nik Aziz secara peribadi, namun Amy Search tidak pernah bersama PAS. Sebaliknya, beliau membuat keputusan untuk menyertai UMNO bersama beberapa lagi rakan-rakan artis.

Amy Search bersama rakan-rakan artis menyerahkan borang keahlian UMNO

Bukan sekadar pertemuan dengan Nik Aziz, malah Amy juga pernah meminta Nik Aziz untuk mencukur jambul anaknya satu ketika dahulu. Amy pandai membezakan agama dan politik. Baginya, Barisan Nasional adalah parti yang paling relevan di Malaysia.

Kini, Amy Search bukan sahaja bergelar ahli UMNO, malah turut menyokong usaha rakyat Kelantan untuk menukar kerajaan PAS Kelantan!

Beliau hadir memenuhi jemputan untuk membuat persembahan di program Sambutan Jelajah Budaya Anak Muda peringkat negeri Kelantan yang berlangsung jam 3 petang tadi bertempat di Sekolah Kebangsaan Othman Talib, Tendong, Pasir Mas.


Beliau sempat melaungkan 'Hidup BN, BN okay' di atas pentas. Tambahnya lagi, beliau tidak pernah membelakangi kerajaan Barisan Nasional sepanjang 30 tahun karier beliau dalam industri hiburan tanahair.

Program berkenaan mendapat sambutan rakyat Kelantan terutamanya anak-anak muda. Hampir 3000 orang hadir dan rata-ratanya hadir dengan semangat gelombang merah.

Anak-anak muda kebanyakannya mengharapkan perubahan besar berlaku di Kelantan demi masa hadapan mereka yang lebih terjamin. Mereka sangat memerlukan peluang pekerjaan dan pembangunan di negeri kelahiran mereka.

Gerakan TUKAR juga telah mengadakan kembara pada hari tersebut dan singgah di program berkenaan. Mereka sempat meluangkan masa di sana dan mengagihkan barangan-barangan seperti risalah, stiker, belon dan sebagainya.

Lihat gambar-gambar sekitar program tersebut.






Sunday, 10 February 2013

Nik Aziz Tunjuk FUCK !!!



Perkarangan Bangunan SUK Negeri Kelantan pagi tadi dikejutkan dengan kehadiran sekumpulan pemuda yang memakai t-shirt tertera huruf 'T', kumpulan pemuda yang diketuai oleh Kamarudin Kasim bertindak menyerahkan satu memorandum yang menuntut kerajaan memberikan penjelasan kepada anak-anak Kelantan terhadap isu tanah yang melanda negeri tersebut.


Demontrasi aman ini merupakan demontrasi yang kedua sepanjang saya di Kelantan, sebelum itu satu demontrasi turut diadakan oleh mangsa kezaliman PAS Kelantan di Pasir Pekan.



Dalam perhimpunan tersebut beberapa mangsa tampil memberikan penjelasan selain menunjukkan bukti-bukti bahawa tanah mereka telah diambil oleh kerajaan negeri sekaligus menafikan hak mereka sebagai anak Kelantan.



Adakah ini petanda bahawa rakyat Kelantan mula membuka mata mereka di atas segala pembohongan yang dilakukan oleh PAS sejak mereka memegang tampuk pemerintahan negeri?



Ikuti Kenyataan Pengerusi Gerakan TUKAR di blog Tukar-Kelate :


Memorandum ini merujuk kepada isu pajakan tanah milik YAYASAN ISLAM KELANTAN (YIK) kepada Syarikat UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. seluas 10,526 ekar di RELAI, GUA MUSANG. 
Syarikat UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. kini dimiliki kepentingannya oleh dua pemimpin DAP PERAK iaitu Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming. 
Kami rakyat Kelantan ingin menuntut Kerajaan Negeri Kelantan menjelaskan kepada kami beberapa perkara berkenaan isu pajakan tanah milik negeri kepada mereka yang berkepentingan dalam GABUNGAN PAKATAN RAKYAT. 
1) Sudah tiadakah syarikat2 milik bumiputra atau syarikat milik bukan bumiputra peranakan Kelantan yang mampu menjayakan satu satu projek usahasama seperti ini sehingga terpaksa dipajakkan kepada sebuah syarikat yang hanya baru berusia setahun? 
Apakah kaedah penilaian yang digunakan oleh pihak Lembaga Pengarah YIK yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan pada ketika itu dalam mewajarkan tawaran kepada SYARIKAT UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD. pada OGOS 2005?




Member BSK