Jumlah Pengunjung

Showing posts with label anwar ibrahim dayus. Show all posts
Showing posts with label anwar ibrahim dayus. Show all posts

Friday, 22 March 2013

RAHIM TAMBY CHIK HAMPIR DI BUNUH !!!




Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang terlibat dalam pendedahan rakaman video seks seorang lelaki didakwa pemimpin pembangkang dengan wanita dipercayai pelacur dari China mendakwa diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang untuk menandatangani akuan bersumpah supaya membuat 'pusingan U' mengenai pendedahan tersebut.

Tan Sri Rahim Tamby Chik yang juga terlibat dalam pendedahan video seks itu bersama-sama Datuk Shuaib Lazim dan menggelarkan diri mereka trio "Datuk T" itu berkata, Shazryl Eskay cuma perlu menandatangani akuan berkanun yang telah disiapkan.

"Saya telah diberitahu oleh Shazryl Eskay bahawa jika beliau bersetuju (membuat pusingan U), dia akan diberi ganjaran wang dengan jumlah yang ditentukan sendiri oleh beliau," kata Rahim dalam sidang akhbar di ibu pejabat RISDA di sini hari ini.

Bagaimanapun, kata Pengerusi Gagasan Ekonomi Melayu (Gabem) itu, ketika ini hanya Shazryl Eskay yang diekori dan dipujuk dengan ganjaran tersebut oleh individu yang tidak dikenali.


"Apa yang kita perjuangkan untuk menegakkan kebenaran, ini bukan untuk dijual beli... Jangan buang masa (menganggap) bahawa trio Datuk T ini bukan seperti sesetengah orang yang membuat 'pusingan U' dan mudah dibeli," tegas Rahim.

Menurutnya, Shazryl Eskay yang pada awalnya dijadualkan hadir sama pada sidang akhbar itu terpaksa membatalkan hasrat kerana bimbang dengan keselamatannya.

Pendedahan video seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang itu dibuat trio Datuk T pada 21 Mac 2011 di Hotel Carcosa Seri Negara.

Malahan Shazryl Eskay turut membuat sumpah laknat di Masjid Amrul Al-as, Bandar Baru Sentul, di sini pada 29 April 2011 bagi membuktikan pendedahan tersebut adalah benar.


Thursday, 21 March 2013

TERKINI...ANWAR ARAH ORANG UPAHANNYA BUNUH AZZUMUDIE ???




Berita yang kami terima, Pengganas Azumudie yang mengepalai lebih kurang 250 pengganas Kiram dilaporkan telah terbunuh. Ianya sesuatu yang sukar dipercayai apabila kematiannya bukan disebabkan oleh tembakan pasukan Perajurit Negara kita, sebaliknya kematian Pengganas Azumudie kerana ditembak oleh salah seorang pengawalnya sendiri.

Tidak ramai yang tahu, Pengganas Azumudie yang menggunakan Tangkal bersaiz besar di lehernya dikelilingi oleh kira-kira 60 pengawal peribadinya yang lengkap berpakaian tentera dan bersenjata. Tiada siapa boleh mendekatinya.

Kepungan oleh pasukan Perajurit Negara telah membunuh semangat mereka. Semangat pengawal elit Azumudie jatuh menjunam kerana perancangan awal mereka semuanya tidak menjadi.

Sebelum kematian Azumudie, diberitakan kepada kami bahawa pengawal elit Azumudie terlebih dahulu menembak mati anggota-anggota mereka yang belot dan ingin menyerah diri. 

Terdapat banyak kubur-kubur besar dan sederhana besar dipenuhi mayat-mayat mereka, sama ada mati semasa pertempuran atau mati kerana dibunuh oleh mereka sendiri.

Segala Mitos kononnya Azumudie boleh berjalan di atas air laut menyeberangi lautan ke pulau-pulau di selatan Filipina hanya kepercayaan kurafat. Semuanya tidak menjadi.

Sehingga kini tiada siapa tahu di mana mayat Azumudie. Sama ada dia telah ditanam di mana-mana kawasan hanya diketahui oleh 60 pengawal elitnya yang kini berpecah-pecah menjadi kumpulan kecil 10 dan 15 orang.

Jika sumber kami ini benar, maknanya Perang ke atas pengganas Kiram sudah sampai ke kemuncaknya. Perjuangan mereka sia-sia sahaja.

SALAH PERKIRAAN

Rancangan Pengganas Azumudie ialah, apabila dibubarkan sahaja Parlimen pada 28 Februari 2013 atau 1 Mac 2012, mereka akan melakukan serang hendap ke atas kedudukan strategik seperti Balai Polis Lahad Datu dan Balai Polis Semporna. 

Rancangan asal mereka ialah untuk mencolek seberapa banyak tokoh-tokoh politik untuk dijadikan tebusan dalam tuntutan mereka kelak. 

Pada 19 Februari 2013, mereka mula menaikkan bendera kononnya kerajaan Jamalul Kiram di pesisir Kg. Tandou, Tg. Batu, Tg. Labian dan sekitar Sungai Nyamuk. Mereka mula berlatih berkawad. 

Namun begitu, berlaku kesilapan apabila Parlimen tidak dibubarkan pada masa mereka mendarat.

Di pihak Anwar, kesilapan turut berlaku bila mana Rancangan Anwar mahu melihat Porak-Peranda berlaku di Lahad Datu menjelang Pembubaran Parlimen pada 1 Mac 2013 tidak menjadi.

Anwar mendapat maklumat yang tidak tepat tentang tarikh pembubaran parlimen.

Anwar tahu, untuk berkuasa beliau mesti Menghuru-harakan Sabah kerana Sabah merupakan Fix Deposit BN. Anwar tahu jika PRU13 Digantung di Sabah, Anwar yakin untuk menang di Semenanjung.

Perancangan Anwar semakin parah apabila Presiden Filipina dan Agensi Risikan Filipina menemui Bukti pembabitan Anwar dalam insiden di Lahad Datu. Ianya merupakan proses "give and take" dan "win-win situation" antara pihak ANwar dengan pihak Jamalul Kiram (melalui Nur Misuari).

Kesilapan semakin besar apabila, orang kanannya Tian Chua melakukan Kesilapan awal bilamana memperolok dan memperlekeh insiden di Lahad Datu sebagai "Sandiwara". Malang kepada mereka, apabila hari ini di mana saja Tian Chua pergi Rakyat Bangun menentangnya dan menghalaunya.




Wednesday, 20 March 2013

BELIA PERAK Mengaku Akan Di LIWAT Oleh ANWAR !!!




Keldaian daily hari mengeluarkan kenyataan Anwar Ibrahim@Raja Goyang 360, bahawa beliau mendapat tawaran daripada kepimpinan PKR Perak supaya bertanding dalam kerusi Parlimen di negeri Perak.

Ada sumber dalaman PKR sendiri kemungkinan RajaGoyang360 akan bertanding Parlimen Gopeng.




Ini terpaksa dibuat kerana Parlimen Permatang Pauh tidak lagi selamat dan sudah termasuk dalam zon bahaya buat Anwar, sekiranya Anwar Ibrahim@RajaGoyang bertanding juga di Parlimen Permatang Pauh beliau sukar menang di kerusi yang dahulunya menjadi kubu kuatnya.

Jika benar ini terjadi maka Barisan Nasional tidak perlu bekerja terlalu kuat kerana beberapa video RajaGoyang360 terkini bakal akan keluar yang lebih jelas menunjukkan mukanya. Biar rakyat yang membuat keputusan samada tergamak untuk memilih pemimpin yang jijik atau sebaliknya.

Takkan rakyat di negeri Perak terutamanya umat Islam mahu pemimpin mereka yang terlalu cenderung melakukan perbuatan jijik, jika ada pun hanya penyokong yang bodoh yang dijanjikan berbagai jawatan yang belum pastisahaja.



Sementara itu Anwar Ibrahim hanya mempunyai beberapa jam sahaja bagi menarik balik 'saman main-mainnya' terhadap individu yang kononnya blogger papagomo atau menerima satu tayangan Perdana percuma perlakuan jijik antara Anwar dengan seorang mahasiswa di Hotel Hilton.

Tidak habis dengan itu, menurut daripada sumber dalaman ada satu lagi perlakuan sumbang dalam versi berwarna antara Anwar dan seorang lagi mangsanya di hotel Kingwood Hotel di Sarawak dan ini membuatkan kempen di negeri Perak akan menjadi lebih menarik.

Jika benar Anwar akan bertanding di negeri Perak Pas Perak perlu mengumpulkan semua ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh digunakan untuk mempertahankan peliwat seperti yang dilakukan oleh Nik Aziz.

Diharap impian RajaGoyang360  untuk bertanding di negeri Perak akan menjadi kenyataan dan semua rakyat di negeri Perak menanti-nanti kedatangan video RajaGoyang360seterusnya.



Monday, 18 March 2013

Terpaksa Sokong ANWAR Kerana Nak Dapatkan TENDER & PROJEK !!! Takee..Beerrrrrrrrrr.............



Para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat cuba membuat gambaran, kononnya gambar-gambar individu yang kelihatan seperti Anwar Ibrahim melakukan hubungan sejenis itu disebarkan oleh UMNO. Tidak cukup di blog, bahkan di Facebook, ianya jauh lebih meriah.

Walhal, dalam keadaan sekarang, UMNO sebenarnya langsung tidak memerlukan gambar-gambar itu untuk mendapatkan pengaruh. Anwar Ibrahim berada dalam keadaan yang sangat terdesak ekoran pelbagai portal dan agensi berita asing melaporkan, dia merupakan salah seorang dalang yang terlibat dalam pencerobohan lanun-lanun Sulu di Lahad Datu dan Semporna. Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat berada dalam keadaan yang tidak memihak apabila lanun-lanun Sulu membunuh anggota-anggota keselamatan dan para pemimpin Pakatan Rakyat, bertepuk tangan dan bersorak-sorai apabila mendapat tahu kematian anggota pasukan keselamatan negara ini di tangan musuh.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sudah dibenci oleh majoriti pengundi apabila mempermain-mainkan agama demi mendapat undi apabila menyokong KALIMAH ALLAH dan Bible versi Bahasa Melayu disebarkan di seluruh Malaysia dan tidak lagi terhad di kalangan Bumiputera Sabah serta Sarawak yang beragama Kristian sahaja.

Terlalu banyak pendedahan berhubung kaitan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dengan pemodal-pemodal Zionis yang telah menaja kebanyakan gerakan subversif sepertimana dalam demonstrasi BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, Himpunan Kebangkitan Rakyat dan sebagainya.

Begitu juga, rakyat dapat menilai sendiri pentadbiran Pakatan Rakyat di empat buah negeri yang sangat kelam-kabut dan tidak selayaknya langsung dinamakan sebagai sebuah Kerajaan Negeri. Lain yang dijanjikan, lain yang dibuat. Kesejahteraan rakyat yang dilaung-laungkan, kesengsaraan rakyat pula yang menjadi amalan. Ketelusan dan amanah yang didendangkan, sebaliknya rasuah, penyelewengan dan penyonglapan wang peruntukan termasuklah peruntukan pembaikian serta penyelenggaraan jalan raya pun disapu untuk parti, dapat dinilai oleh seluruh rakyat.

Justeru, tidak ada cara lain yang mampu dilakukan oleh pecacai Anwar Ibrahim, melainkan mencari-cari sesuatu yang disangkakan akan menjadi isu besar, dan menenggelamkan segala isu yang berbangkit kebelakangan ini, terutama sekali ketidakpuasan hati yang ditunjukkan oleh sebilangan besar rakyat Selangor yang baru sedar, mereka telah ditipu dan dipergunakan oleh Pakatan Rakyat.

Gambar-gambar lucah tersebut, kurang menyengat dan kurang diperkatakan oleh media massa dan elektronik, tidak sebagaimana yang diharapkan oleh pecacai Anwar Ibrahim. Misi mereka sudah gagal bahkan gambar-gambar tersebut semakin menyerlahkan bahawa Anwar sememangnya seorang pengamal budaya liwat meliwat!!!

MEREKA MERANCANG TETAPI PERANCANGAN ALLAH TAALA LEBIH BIJAKSANA DAN TIDAK TERLAWAN!!!


(SUMBER)

Tuesday, 12 March 2013

AuuWw...!!!!

alt


Bapa Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tidak akan melakukan sumpah mubahalah bagi memperkukuhkan dakwaan beliau yang mendakwa kes Liwat II membabitkan anaknya itu sebagai konspirasi UMNO.

Menurutnya ia (sumpah) tidak relevan dan membiarkan mahkamah menentukan setiap perkara yang melibatkan persoalan benar atau salah.

"Ini soal sumpah-sumpah, kita tengok sejarah dalam Malaysia sudah banyak orang melakukannya."

"Saya tidak akan bersumpah."



Azlan berkata demikian dalam sidang media penyerahan borang keahlian menjadi ahli Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) secara rasmi di Ibupejabat parti itu di sini hari ini.

Borang berkenaan diserahkan kepada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution.

Turut hadir, Ahli Parlimen (MP) Sungai Petani Datuk Johari Abdul dan MP Shah Alam Khalid Samad.

Sebelum ini, Saiful yang merupakan bekas pembantu peribadi kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa dirinya diliwat oleh majikan beliau.

Bagaimanapun tertuduh (Anwar Ibrahim) dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Januari tahun lalu selepas didapati tidak bersalah.




Monday, 11 March 2013

PANAS... BALA Di Culik ???

bala2nov11


Bala Pernah Terlibat Kes Culik

Apabila disampaikan sesuatu berita, maka perkara pertama yang dilakukan oleh seorang yang rasional tentulah memeriksa ketepatannya.  Jika ketepatan diragui, maka tentulah kita akan mula mempersoal sipembawa berita untuk memahami motifnya.  

Begitulah halnya dengan berita mengenai penglibatan Dato’ Seri Najib dan isteri dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene.   Berita ini telah pun terbukti sebagai palsu sehingga memaksa pihak yang menjadi ‘juaranya’, iaitu SUARAM, menyepi diri kerana malu, manakala Balasundram (Bala) dan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang menjadi pembawa berita utama, melarikan diri ke luar negara.    Penglibatan pembangkang sebagai dalang terserlah seluas-luasnya selepas itu.  

Malangnya, setelah SUARAM mengaku kalah apabila penipuannya terdedah, pihak pembangkang tidak berputus asa cuba memainkan isu yang sama dengan berbagai alat dan cara, antaranya dengan menggunakan si penjual karpet, Deepak Jaikishan.  

Deepak, si pembawa berita untuk pusingan kedua ini, telah turut dibuktikan sebagai bermasalah dan mempunyai agenda tersendiri untuk mengenakan Dato’ Seri Najib.  Wang, merupakan motif utama, selain publisiti, memandangkan Deepak mengalami masalah besar dalam perniagaannya yang telah dibina berbelas-belas tahun.   Cakap-cakap Deepak yang berbelit dan bertentangan dengan kenyataannya sendiri sebelum ini dengan sendiri membuktikan karektornya yang gemarkan publisiti murah dan bahawa berita yang dibawanya tidak harus dipercayai.  

Kedudukan pembangkang yang terdesak akibat terkantoi menjadi dalang keganasan puak Sulu, serta kegagalan mereka menangani isu-isu berbangkit seperti Kalimah Allah, hudud, Amanat Hadi, Pemilihan DAP yang kotor, selain isu-isu semasa mengenai skandal pemimpin-pemimpin mereka yang tidak kunjung henti, telah memaksa pembangkang mengitar semula isu Altantuya walaupun hakikatnya ia telah selesai dengan keputusan kalah mati di pihak pembangkang.    

Pembangkang dikatakan kalah mati dalam isu ini bukan sahaja kerana terbukti berita yang dibawakan adalah palsu, tetapi juga kerana semua pembawa berita yang diupah mereka turut dibuktikan sebagai tidak punya kredibiliti.  

Seperti juga Deepak dan SUARAM, pembawa berita dalam pusingan pertama iaitu Bala dan RPK juga mempunyai kredibiliti yang lemah.  RPK yang telah pun dibuktikan sebagai pernah dirawat kerana sakit jiwa di waktu muda, kini telah pun membuat U-turn mengakui bagaimana beliau sebenarnya bukanlah seorang yang mempunyai integriti seperti yang diwar-warkannya.  Malah, beliau hanyalah penulis upahan yang sanggup mereka-reka apa saja cerita berdasarkan arahan atau dengar cakap.   

Namun, mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai Bala iaitu tentang siapakah sebenarnya Bala dan kenapakah beliau sanggup memfitnah pemimpin negara?   Sedikit maklumat yang umum tahu mengenai Bala ialah beliau merupakan bekas pegawai polis.  

Lebih dari itu, tahukah anda bahawa Bala menjadi ‘bekas’ pegawai polis bukan kerana beliau bersara atau berhenti secara sukarela, tetapi kerana mempunyai sikap yang bertentangan dengan nilai-nilai kepolisan mahupun kemanusiaan.  Dalam ertikata lain, Bala yang dilahirkan dengan ciri-ciri seorang penjenayah.  

Nama sebenar Bala ialah Balasubramaniam A/L Perumal, No. Kad Pengenalan:  600928-08-6235, lahir di Batang Padang, Perak.  Beliau menyertai PDRM pada 3 Mei 1981 dan disahkan dalam jawatan pada 3 Mei 1984.   Sebagai Konstabel, beliau pernah bertugas dalam unit semboyan daripada tahun 1982 hingga 1984.  Pada tahun 1992, beliau yang berpangkat Lans Koperal, bertanggungjawab atas  Tugasan Am dalam cawangan pentadbiran di Balai Polis Sentul, sebelum bertukar ke Cawangan Khas di Petaling Jaya pada 1994.  

Pada tahun 1995, bagaimanapun, Bala telah dikenakan tindakan tatatertib dengan gajinya ditahan atas siasatan jenayah bersabit Pantai Repot 4434/95 Kes Sek. 3(1) Akta Culik oleh Ketua Polis Selangor, dengan merujuk kepada PKS 498/95 bertarikh 1/11/1995.  

Kes tersebut bukanlah satu-satunya kes jenayah yang melibatkan Bala. Hakikatnya, Bala telah terlibat dengan banyak kes sebelum ini yang turut membawa kepada tindakan tatatertib.   

Jelaslah bahawa Bala bukanlah jenis manusia yang boleh dipercayai, seperti juga Deepak, RPK, SUARAM dan keseluruhan Pakatan Pembangkang yang menjadi dalang mereka.  Logiknya, hanya orang-orang yang jahat atau berniat jahat sahaja yang akan terlibat dengan bekerjasama dengan penjenayah seperti Bala.  

Atas rentetan kesalahan yang berbagai dan tidak lagi dapat diampunkan, maka pihak atasan membuat keputusan bahawa Bala tidak lagi wajar diberi peluang.  Akhirnya, Bala telah dipaksa meletakkan jawatan dalam masa 24 jam dengan notis sebulan gaji pada 2 Februari 1998.  

Dari situ, Bala kemudiannya beralih kepada dunia Penyiasat Persendirian yang tentunya lebih bebas dan lebih mudah untuk mendekati penjenayah, termasuk pengkhianat negara.   Penglibatannya dalam kes Altantuya pastinya dilihat sebagai peluang terbaik untuk menjadi kaya dengan sekelip mata.   Namun, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya Bala lari keluar negara.   

Dan rasanya tidak perlulah dipersoalkan kehidupan Bala di sana yang tampak mewah dan selesa seperti juga RPK, berdasarkan gambar-gambar mereka di London yang diedarkan dengan megah sebelum ini, adalah atas tajaan siapa….  




Kenapa ANWAR Sanggup Lacurkan Anak Sendiri !!!




Rakyat diseru supaya berfikir dan menilai "perangai tak selakuan" terbaru Anwar. Antara "perangai tak selakuan" yang dilakukannya untuk minggu ini adalah seperti berikut;

1. Kenyataan terbaru Anwar bila bersemuka dengan pihak Australia, "Dia tak kisah pun pasal projek Lynas Australia yang dibangunkan di Kuantan tu jika ia disahkan selamat oleh pakar". 
Kalau dalam ceramah, seolah-olah macam penduduk Kuatan "bakal maut bila-bila masa" disebabkan bahaya nuklear dari projek Lynas ni, walhal pakar nuklear dari PAS sendiri kata projek Lynas selamat.

2. Pendekatan Anwar yang sering mengguna pihak ke3 sebagai alat untuk mensucikan diri berlaku lagi minggu ini. Anwar baru saja berjaya memperalatkan ayah mangsa liwatnya membuat "wayang minta maaf" kononnya Anwar difitnah dan anaknya diperalatkan oleh tak lain tak bukan, orang yang berkait dengan Perdana Menteri.

Bagaimana "cara" Pegawai Khas PM "mengeluarkan" air mani Anwar dan bagaimana pegawai PM ini "melehetkan" air mani Anwar yang disahkan oleh pakar ke dubur Saiful, adalah sesuatu yang sangat menarik untuk diketahui. Kepakaran pegawai PM ini sangat luar biasa.

Itulah 2 "kerja tak selakuan" Anwar untuk minggu ini. Rakyat harus "menunggu dan melayan" dengan penuh sabar "kerja tak selaku Anwar" ni kerana ada banyak lagi "benda yang pelik-pelik dan gempar" bakal diletupkan oleh Anwar hinggalah sampai ke hari pengundian PRU13 ini.

"Apa bendenya, bila nak diletupkan dan siapa yang ana nak jadikan alat pulak..., itu jangan tanya.... Saudara saudari hanya perlu "percaya" apa saja yang bakal ana letupkan". 

Kerja ana dedah saja sebab ana pakar dedah. Jawaban jangan tanya ana. Tanya sama Najib.

"U Banyak Tanya I Saman U". 





Friday, 8 February 2013

ALLAH Buktikan PAS Parti Dayus Kepada Rakyat Malaysia !!!



PAS perlu keluar daripada pakatan pembangkang dan bergerak secara bersendirian bersandarkan kekuatannya jika ingin terus kekal relevan sebagai parti yang memperjuangkan Islam.


Ketika membuat desakan itu, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, berkata walaupun PAS menjalin hubungan dengan DAP dan PKR berasaskan konsep tahaluf siyasi atau muafakat politik, pelanggaran beberapa syarat dalam ikatan itu jelas mengusik kesucian Islam. 

Malah, katanya, kerjasama dengan PKR yang membabitkan pengaruh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam hal ehwal dalaman dilihat mula melunturkan kekuatan PAS. 




Berikutan itu, katanya, PAS perlu menjarakkan diri daripada anasir luar berkepentingan peribadi termasuk pihak yang memiliki ikatan tahaluf siyasi jika mahu mengekalkan asas perjuangannya.

PAS itu hebat bersendiri, PAS pernah bersendiri, saya rasa ramai juga orang menyokong PAS jika bersendiri, katanya ketika ditemui selepas sesi temu bual eksklusif bersama BHOnline di sini, semalam.

Nasharudin menegaskan kelantangan DAP bersuara dalam isu membabitkan kepentingan Islam, terutama mengenai penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu menjadi kewajaran untuk PAS mengkaji semula tahaluf siyasi mereka.




Beliau berkata, ketika bekas Presiden PAS, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor menerajui parti itu, satu pertemuan dengan pemimpin gerakan Islam sedunia diadakan di Liecester, United Kingdom, menetapkan beberapa syarat untuk bertahaluf siyasi.

Antara syaratnya ialah kita jangan mudah lunturkan dasar Islam, jangan biarkan mereka yang bertahaluf mudah sangat mengusik Islam, hendak cubit Islam, tetapi saya lihat mutakhir ini ia berlaku.

Jadi bagi saya, jika benda itu berlaku, ia melanggar syarat walaupun ada tahaluf dan apabila sudah melanggar syarat ia harus dikaji semula.

Jika tidak ditulis dalam syarat tahaluf, tetapi secara umumnya jika orang lain itu menegur agama kita secara terbuka dalam bentuk cabaran, saya rasa tanpa tahaluf pun orang Islam kena bangkit nyatakan pendirian, katanya.

Nasharudin berkata, dalam isu kalimah Allah, PAS perlu bersuara dan menyatakan pendiriannya yang jelas kerana kenyataan Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama kepemimpinan pakatan pembangkang lain jelas bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama PAS.

Sementara itu, ketika sesi temu bual eksklusif secara online bersama pembaca BH, beliau turut menjawab beberapa persoalan membabitkan Anwar sama ada pemimpin pembangkang itu turut campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran PAS.

Beliau berkata, kemungkinan itu memang ada dan ia tidak sewajarnya berlaku dalam PAS.

Timbul beberapa isu berkaitan Anwar Ibrahim yang menimbulkan keraguan. Saya berpandangan sebagai ahli PAS, sudah tentu kepimpinan tertinggi parti saya adalah calon terbaik untuk memimpin, katanya.






Member BSK