Jumlah Pengunjung

Showing posts with label balckout505. Show all posts
Showing posts with label balckout505. Show all posts

Tuesday, 25 June 2013

32 BABI LIAR DI TAHAN DI HADAPAN PARLIMEN !!!





Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen semalam 'tercemar' dengan tindakan biadab kumpulan penyokong parti pembangkang yang merusuh dan mahu merempuh masuk ke bangunan itu.

Selain berhimpun seawal pukul 8.45 pagi, kumpulan perusuh itu mencetuskan kekecohan apabila berbaring di atas jalan kira-kira 500 meter dari pintu masuk Bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Mereka turut memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak adil serta melemparkan kata-kata kesat meminta pemimpin suruhanjaya itu meletak jawatan.
Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipimpin Adam Adli Abdul Halim cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.

Rempuhan ganas kumpulan itu mengakibatkan beberapa anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor cedera selepas diserang dan dipukul oleh perusuh tersebut.

Polis terpaksa menahan beberapa perusuh kumpulan itu dan pada masa yang sama peserta perhimpunan lain menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang berkawal menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.
Insiden ganas yang berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan Adam Adli menyerah diri kepada polis.

Kumpulan perusuh itu mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok pada pukul 12.05 tengah hari selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan pihaknya menahan sebanyak 32 perusuh kerana membuat kecoh dan merempuh kawalan polis di sekitar Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita termasuk Cikgu Bard dan Adam Adli.
"Peserta perhimpunan telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan tersebut dan meneruskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di Bangunan Parlimen terjamin," katanya dalam laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan di Padang Merbok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula kelmarin.
Himpunan yang gagal mendapat sambutan itu turut dicemari insiden ganas termasuk kejadian dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari.





Sunday, 23 June 2013

PERHIMPUNAN NIAT BUNUH ANGGOTA POLIS GAGAL !!!




Perhimpunan haram anjuran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diuar-uarkan sebagai kebangkitan rakyat bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PR-13) ternyata gagal apabila dihadiri hanya kira-kira 20,000 orang.

Jumlah kehadiran peserta yang berhimpun di tujuh lokasi sebelum berarak ke Padang Merbok ternyata jauh daripada sasaran pemimpin pembangkang iaitu 500,000 orang.

Berikutan keadaan itu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa memberi alasan bahawa ia berlaku kerana masalah jerebu yang melanda ibu negara.

Bagaimanapun alasan Anwar itu ternyata sekadar untuk menutupi kegagalan pakatan pembangkang semata-mata kerana sebahagian besar peserta mula meninggalkan lokasi utama di Padang Merbok seawal pukul 4 petang iaitu sebelum beliau berucap.

Kegagalan untuk menarik lebih ramai peserta menyertai perhimpunan itu dikatakan berlaku berikutan perasaan kecewa penyokong-penyokong pembangkang yang berasa dipermainkan apabila pemimpin-pemimpin mereka membuat keputusan untuk menghadiri majlis angkat sumpah anggota Parlimen.

Tindakan itu dilihat bertentangan dengan kenyataan mereka sebelum ini bahawa PRU-13 dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) melalui penipuan.

Kekecewaan itu diluahkan oleh sesetengah peserta yang berkhemah di padang berkenaan apabila mereka memaparkan tulis mengkritik sikap hipokrit pemimpin-pemimpin pembangkang.

Berikutan itu juga ia memungkinkan jumlah kehadiran peserta di tujuh lokasi yang ditetapkan oleh penganjur mengecewakan mereka.

Sebagai contoh, tinjauan Mingguan Malaysia di pekarangan Universiti Malaya (UM) yang tersenarai sebagai salah satu lokasi berhimpun peserta hanya disertai kurang daripada 300 penyokong mahasiswa dan golongan muda.

Keadaan itu jelas menunjukkan mahasiswa tidak termakan pujuk rayu dan provokasi pembangkang diketuai Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mat Akin supaya mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Di enam lagi lokasi, situasi juga sama biar pun ia dimulai dengan ucapan oleh beberapa pemimpin pembangkang termasuk Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Selain itu, kebijaksanaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengawal keadaan dengan menempatkan jumlah minimum anggotanya memungkinkan hasrat sesetengah peserta untuk melakukan provokasi dengan tujuan mencetuskan huru-hara terbantut.

Bagaimanapun perhimpunan itu tetap menyaksikan sikap biadab sesetengah peserta apabila mereka bukan sahaja membawa sepanduk memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetapi juga pemimpin negara dan media arus perdana.







Monday, 13 May 2013

PAS MENUNJUK SOLAT SEBELAH PEREMPUAN SEPARUH BOGEL !!!



Gambar ini di ambil semasa perhimpunan Blackout 505 di stadium kelana jaya baru-baru ini.

Hairan aku, apa yang cuba totok PAS ni buat sebenarnya...  SOLAT ? Memang tak salah, malahan ia adalah satu kewajipan untuk setiap umat islam. Tapi cuba korang lihat dalam gambar di atas, solat bersebelahan dengan perempuan yang tidak menutup aurat, tetek pon dh nak terkeluar pulak tu...  Ini yang PAS katakan DAP memang memahami ISLAM ? 

Cina MCA sendiri tidak pernah sebiadap begini, fikirkanlah wahai umat islam sekalian, apa akan jadi sekiranya golongan begini dapat memerintah malaysia? ALLAH TAALA yang menaikkan sesebuah kerajaan dan ALLAH TAALA jua lah yang menjatuhkan sesebuah kerajaan. Jika berterusan beginilah cara PAS, aku rasa sampai kiamat pon ALLAH TAALA tidak akan izinkan PAS menjadi kerajaan di malaysia. 

Sedarlah wahai pemimpin dan pengikut PAS, jalan yang ada untuk kamu menjadi kerajaan di malaysia adalah dengan bergabung bersama UMNO dan duduk dalam satu barisan di dalam BARISAN NASIONAL...

PETUNJUK TELAH LAMA ALLAH TAALA BERIKAN...


Member BSK