Jumlah Pengunjung

Showing posts with label dap komunis. Show all posts
Showing posts with label dap komunis. Show all posts

Thursday, 1 August 2013

KJ SAHKAN GUAN ENG BANGANG NAK MAMPOS !!!




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menempelak Lim Guan Eng berikutan kegagalan Setiausaha Agung DAP itu membezakan antara pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Komunis China (PKC) yang memerintah republik itu hari ini.

Beliau berkata, tindakan Guan Eng mempertikaikan kerjasama antara Pemuda Barisan Nasional (BN) dan parti pemerintah China itu jelas menunjukkan Ketua Menteri Pulau Pinang itu sengaja melakukan tuduhan yang tidak berasas kepada UMNO.

Menurutnya, tujuan Pemuda BN memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Parti Komunis China adalah untuk meneruskan kesinambungan hubungan diplomatik terutama dalam usaha meningkatkan pelaburan antara kedua-dua negara.

Katanya, jauh beza dengan PKM yang telah melakukan tindakan ganas terhadap rakyat Malaya dan Malaysia, sebelum serta selepas kemerdekaan.

"Saya tidak faham kenapa dia (Guan Eng) tidak boleh membezakan antara kedua-dua entiti tersebut.

''Memang benar pada asalnya ideologinya sama tetapi Parti Komunis China telah melalui perubahan dan setelah Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak memulakan hubungan dengan negara China maka mereka telah pun berhenti memberi sokongan kepada parti-parti luar negara terutamanya di Malaysia," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majli Berbuka Puasa Pergerakan Pemuda UMNO yang turut dihadiri Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid dan Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Ulama Muda (Ilmu) Fathul Bari Mat Jahya.

Beliau mengulas kenyataan Guan Eng hari ini yang mempertikaikan hubungan diplomatik antara kedua-dua Pemuda UMNO dan Parti Komunis China yang disifatkan beliau telah menyerlahkan sikap kepura-puraan dan dwistandard parti terbesar Melayu tersebut dalam usaha-usaha menangani anasir komunisme di negara ini.

Mengulas lanjut, Khairy menjelaskan, soal utama yang tidak ditekan Guan Eng ialah mengenai filem The New Villageyang berdasarkan sedutan yang dilihat memberi gambaran positif terhadap pengganas PKM.
"Beliau sentiasa tidak menjawab isu pokok iaitu sensitiviti rakyat Malaysia yang masih lagi sensitif terhadap isu pengganas komunis," tegasnya.

Katanya, perkara tersebut menimbulkan kemarahan pelbagai pihak justeru, Pemuda UMNO meminta Lembaga Penapisan Filem (LPF) mengkaji semula kelulusan yang diberikan kepada filem itu.

"Tindakan Kementerian Dalam Negeri tepat untuk menangguhnya dahulu. Ini kerana kita lihat Tanda Putera, maka filem itu ditunda dan ditangguh selama satu tahun selepas penilaian semula.

"Dalam hal The New Village, kita mahu perkara sama dibuat juga. Itu perkara yang tidak disentuh Guan Eng kerana dia tidak faham perbezaan PKM dan Parti Komunis China hari ini dalam isu hubungan diplomatik," katanya.






Sunday, 28 July 2013

SEBUAH FILEM YANG AKAN MENGHINA POLIS DI RAJA MALAYSIA AKAN DI TAYANGKAN !!!




Sebuah filem yang mengangkat Parti Komunis Malaya (PKM) sebagai hero berjudul The New Village bakal ditayangkan di pawagam tanah air mulai 23 Ogos nanti iaitu di bulan kemerdekaan negara.

Perkara itu didedahkan sebuah blog, http://mymassa.blogspot.com selepas tayangan trailer filem tersebut yang menceritakan kisah masyarakat Cina di Kampung Baru mula tersebar sejak minggu ini.

Blog itu seterusnya mempersoalkan bagaimana filem yang mengangkat perjuangan komunis itu boleh ditayangkan apatah lagi di bulan kemerdekaan sedangkan filem Tanda Putera terpaksa ditangguh penayangan beberapa kali.

Menurut mymassa, sepatutnya semua pihak yang terlibat dalam penghasilan filem berkenaan termasuk penerbit bersama, Astro Shaw sensitif terhadap penderitaan mangsa kekejaman komunis terutamanya bekas perajurit.

Sehubungan itu blog berkenaan mendesak Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan mengambil tindakan sewajarnya jika benar filem tersebut mengagungkan komunis seperti dalam tayangan trailer.

"Apa nak jadi dengan negara ini. Filem macam ini pun akan ditayangkan ke? Tengok bertapa terhinanya filem sejarah negara seperti Tanda Putera yang terpaksa ditangguh beberapa kali akibat desakan bukan Melayu.

"Namun filem The New Village ini begitu mudah pula mendapat hak tayangan dan apa yang lebih malang bila ia bakal ditayangkan pada bulan kemerdekaan negara," jelas blog tersebut sebagaimana dipetik hari ini.

Sebelum ini filem Tanda Putera yang mengisahkan persahabatan dan perjuangan Perdana Menteri Kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan timbalannya, Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dalam mendepani tragedi 13 Mei 1969 tiga kali ditunda.

Alasan yang diberi pihak berwajib di sebalik arahan penangguhan tayangan tersebut ialah tidak mahu menimbulkan konflik dan kontroversi ketika negara sedang dalam persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 Mei lalu.





Friday, 1 February 2013

DAP Ludah Wartawan !!!


DAP akan menjadi jaguh dalam menyekat kebebasan bersuara terutama melibatkan media jika pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat dalam pilihan raya umum akan datang.
Mengingatkan perkara itu, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) berkata, DAP tidak kisah atau melompat jika media menyiarkan laporan yang 'menghentam' Pas atau PKR.
Tetapi katanya, kepemimpinan parti itu akan melenting kalau mereka diusik meskipun laporan itu berlandaskan fakta.
"Kebebasan media ala Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Pulau Pinang memperlihatkan cara beliau mendominasi satu-satu media.
"Itu bukan pendirian beliau sahaja tetapi sebenarnya kepemimpinan DAP. Dia bagi alasan semua media arus perdana adalah alat UMNO untuk menjatuhkan Kerajaan DAP Pulau Pinang, sedangkan media membuat tugas hakiki mereka melaporkan kebenaran.
"Jika media yang dikatakan alat UMNO itu melaporkan sesuatu penyelewengan di Pulau Pinang, isu tersebut akan diputarbelitkan oleh Guan Eng hanya kerana media tersebut bukan 'tokong' kepada Guan Eng," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Guan Eng yang mengelak untuk memberi sebarang ulasan ketika berhadapan dengan akhbar The Star dan memilih memberi kenyataan secara bertulis sahaja kerana bimbang kenyataannya akan diputar belit.
Menurutnya, Guan Eng sentiasa 'mencabul' hak kebebasan media yang kononnya diperjuangkan oleh pemimpin pembangkang selama ini dengan mengadakan sekatan terhadap beberapa media di Pulau Pinang.
"Slogan kebebasan bersuara hanya retorik murahan DAP dan pakatan pembangkang. Bayangkan, baru empat tahun memerintah pelbagai sekatan luar biasa telah dikeluarkan oleh mereka terhadap media yang menyokong kerajaan.
"Sebelum 2008, mereka cuba menjadi jaguh kebebasan media, kebebasan bersuara dan sebagainya, kenapa pula sekarang ini tiba-tiba mereka menjadi marah dengan kebebasan media yang diamalkan oleh media arus perdana," jelasnya.
Tunku Aziz juga mendakwa, sekatan terhadap media akan bertambah parah sekiranya pakatan pembangkang diberi mandat penuh untuk memerintah negara.
"Kebebasan media yang ada kini akan terus lenyap sekiranya pembangkang memerintah, mereka akan cuba untuk memansuhkan media arus perdana yang sedia ada atas alasan media tersebut berat sebelah," ujarnya.






Member BSK