Jumlah Pengunjung

Showing posts with label dap pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label dap pulau pinang. Show all posts

Friday, 2 August 2013

MASJID PULAU PINANG JADI TEMPAT MELEPAS DENDAM !!!




Nasib golongan kurang berkemampuan di negeri ini yang masih belum menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri mendedahkan kepincangan Kerajaan DAP Pulau Pinang dalam mentadbir hal ehwal agama Islam khususnya pengurusan masjid.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri, Datuk Jahara Hamid berkata, masjid merupakan institusi yang penting dalam menyalurkan bantuan zakat kepada golongan yang memerlukan.

Sehubungan itu tegasnya, sebarang masalah yang timbul perlu diselesaikan segera supaya tiada pihak yang teraniaya terutama mereka yang amat mengharapkan bantuan zakat sebagai persiapan menyambut 1 Syawal.
"Segala masalah yang timbul janganlah dibiarkan tergantung begitu sahaja terutama menjelang hari raya.

"Kerajaan negeri khususnya Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) tidak boleh berlengah, minta mereka segera selesaikan segala kemelut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas nasib 76 penerima zakat MAIPP majoritinya warga emas yang masih belum menerima bantuan berkenaan pada tahun ini berikutan jawatankuasa kariah masjid yang menguruskan perkara itu kini 'digantung'.
UMNO negeri baru-baru ini melahirkan kekesalan dengan proses pilihan raya bagi memilih jawatankuasa masjid yang sedang berlangsung kerana didapati tidak telus dan tidak mengikut prinsip demokrasi yang sering dilaung-laungkan oleh pembangkang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya menerima maklumat ada dalam kalangan calon yang kalah tetap dipilih memegang jawatan dalam jawatankuasa kariah masjid.
Sebaliknya calon yang menang pula disingkir dan tidak mendapat tempat dalam jawatankuasa berkenaan.

Sementara itu, Yang Dipertua MAIPP, Datuk Mohd. Salleh Man memberitahu, isu sedemikian tidak sepatutnya ditimbulkan memandangkan pihaknya telah meletakkan tanggungjawab menyalurkan bantuan zakat kepada pegawai masjid.

"Disebabkan jawatankuasa kariah masjid digantung tugas maka peranannya kini dimainkan oleh pegawai masjid seperti imam dan bilal.

"Penduduk terbabit boleh rujuk kepada mereka," katanya yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.



Friday, 28 June 2013

PERCUBAAN BUNUH BERITA MELAYU DI PULAU PINANG !!!




Berita yang mengejutkan aku terbaca di blog simens melayu maju tentang perkhabaran di sidang dun pulau pinang bila pemberita dari utusan malaysia tidak dibenarkan memasuki dewan. Memang semakin besar kepala bila DAP dapat mengekal pemerintahan di pulau pinang sekarang.

Inikah demokrasi yang di ungkapkan oleh parti pembangkang selama ini ? Kita sedia maklum bahawasanya utusan malaysia adalah surat khabar utama bangsa melayu di tanah melayu ini. Nampak sangat DAP cuba membunuh berita untuk bangsa melayu mengetahui perkembangan di tanah air sendiri. 










Monday, 25 March 2013

LIM GUAN ENG BERI MELAYU PULAU PINANG MAKAN BABI !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi alasan terpaksa mengenakan bayaran tol bagi terowong dasar laut yang mahu dibinanya kerana takut kalah kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya kes berkenaan dibawa ke mahkamah.

Menurut Guan Eng, projek berkenaan adalah untuk kemudahan rakyat dan Kerajaan DAP Pulau Pinang mahu ia disiapkan tanpa gangguan.
"Kerajaan negeri tidak mahu dituduh cuba mensabotaj projek kerajaan Pusat sekiranya tidak mengenakan bayaran tol untuk terowong sepanjang 7.2 kilometer (km) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam.

"Kita tiada pilihan, sekiranya tidak mengenakan tol, Kerajaan Persekutuan ada alasan untuk halang perjalanan projek ini dan mungkin tidak ada orang akan guna Jambatan Kedua Pulau Pinang.

"Ini akan menjadi alasan kukuh untuk kerajaan Pusat halang projek ini," katanya ketika sesi dialog projek itu bersama penduduk Seberang Perai di Dewan Besar Sungai Dua di sini hari ini.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, pihaknya tidak mahu berkonflik dengan Barisan Nasional (BN) dalam isu tersebut dengan alasan akan kalah.

"Kalau nak berperang dengan mereka, biarlah kita tahu ada peluang untuk menang. Kalau dengan cara macam ini, sudah pasti kita akan kalah," katanya.
Projek bernilai RM6.3 bilion termasuk tiga pakej lebuh raya itu mendapat bantahan penduduk negeri ini yang bimbang perlaksanaannya bakal memberi pelbagai impak buruk.

Sementara itu, Guan Eng juga dilihat menggunakan forum tersebut untuk menyalahkan BN dalam beberapa projek di Pulau Pinang sebelum ini.


Member BSK