Jumlah Pengunjung

Showing posts with label jusuf kalla. Show all posts
Showing posts with label jusuf kalla. Show all posts

Sunday, 30 June 2013

MAMPOS LA ANWAR IBRAHIM BILA KARPAL SINGH DAH MENGAKU SEKARANG NI !!!





Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.
"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.
"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jusuf turut mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.
Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan.

"Beliau harus menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu," katanya.




Wednesday, 29 May 2013

Jusof Kalla Perlu Dedahkan Butiran Perjanjian Najib-Anwar !!!



Bekas Naib Presiden Indonesia, Jusof Kalla ada sebab untuk merasa kecewa apabila rakan baiknya, Anwar Ibrahim gagal mematuhi perjanjian bertulis yang dibuat dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.

Antara terma pernjanjian yang sudah diketahui ramai ialah perlunya kedua-dua pihak menerima dan menghormati keputusan PRU-13, yang mana ia dicadangkan sendiri oleh Ketua Umum PKR namun akhirnya Anwar sendiri yang memungkiri janji.

Anwar seperti sengaja melupakan perjanjian yang dimeterainya dan cuba berdolak-dalih menyalahkan SPR yang didakwanya sebagai punca pakatan pembangkang yang diketuainya melakukan siri bantahan terhadap keputusan PRU-13.

Walhal umum tahu, jika wujud penipuan seperti yang didakwa, tentu sahaja prestasi BN jauh lebih baik dari sekarang manakala PR di negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang akan memboikot acara angkat sumpah.

Sebagai orang tengah yang bertanggungjawab menguruskan perjanjian tersebut, tentulah Jusof berasa seperti dipermainkan apabila rakan baiknya sendiri bertindak demikian sedangkan Dato' Seri Najib sehingga kini mematuhinya.

Inilah keperibadian sebenar Anwar yang terkenal dengan sikap hipokrit dan mungkir janjinya yang gagal difahami oleh bekas Naib Presiden Indonesia itu.

Difahamkan, antara isi kandungan perjanjian itu turut melibatkan isu pencerobohan Lahad Datu, dendam politik dan persaraan Anwar seandainya pakatan pembangkang yang diketuainya kalah.

Perkara ini memerlukan pengesahan rasmi dari Jusof Kalla. Anwar sudah mungkir janji maknanya tiada guna lagi untuk Jusof menyimpan rahsia yang berada dalam pengetahuannya.

Berikutan itu, amatlah wajar sekali untuk Jusof tampil mendedahkan keseluruhan butiran kandungan perjanjian tersebut supaya rakyat lebih memahami dan dapat mengenali betapa munafiknya Anwar Bin Ibrahim.




Monday, 27 May 2013

MENGAPA ANWAR KENCING SEMUA MANUSIA ???



Pendedahan terbaru tentang anwar ibrahim kali ini memang menggemparkan seluruh dunia. Mana tidaknya, lepas satu satu janji yang di tabur oleh anwar tak pernah hendak tunaikan, bagi aku inilah manusia akhir zaman yang nabi pesan, " pemimpin yang bila berjanji dia akan memungkirinya" .
sampai bila akan berakhirnya episod huru hara yg anwar sedang lakukan skrg. Terkini rupa rupanya sebelom pilihanraya di adakan, anwar berjanji lagi dihadapan bekas presiden indonesia. Apa pon korang baca bukti trbaru di bawah..




Pemimpin dan penyokong pakatan pembangkang perlu melihat pendedahan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla berhubung kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim menghormati keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sebagai 'satu bentuk amaran bahaya yang menanti' jika Ketua Pembangkang itu terus diberikan sokongan.
 
Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong berkata, pendedahan tersebut jelas menunjukkan mimpi Anwar untuk menjadi Perdana Menteri tidak pernah padam malah sanggup melakukan apa sahaja termasuk menipu dan memfitnah bagi mencapai cita-citanya.

"Saya sendiri pernah menemui Jusuf sebelum menjadi Naib Presiden Indonesia dan tahu beliau merupakan sahabat baik Anwar sejak dahulu.
"Jika Jusuf sendiri yang telah lama menjadi kawan baik Anwar pun telah ditipu, apatah lagi rakyat biasa di bawah. Sebab itu rakyat perlu menilai semula sokongan mereka kepada Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Jusuf kepada The Wall Street Journal (WSJ) bahawa Anwar telah mengingkari sebuah perjanjian damai bagi menghormati keputusan PRU-13 lalu.

Perjanjian damai yang melibatkan Ketua Pembangkang itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digerakkan Jusuf pada April lalu.
WSJ juga melaporkan Jusuf berkata, beliau telah menghubungi Anwar sehari selepas PRU-13 dan meminta supaya menghormati komitmen dan 'melihat realiti'.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PKR, Ruslan Kassim menyifatkan pendedahan Jusuf itu sebagai bukti jelas Anwar hanya berjuang untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata dan bukannya bagi memperjuangkan nasib rakyat.

Katanya, tindakan menolak keputusan pilihan raya cuma alasan bagi mengheret rakyat berhimpun kononnya pakatan pembangkang telah menang.
"Sepatutnya Anwar kena terima keputusan rakyat seperti janjinya kepada Jusuf serta percaya kepada qada dan qadar.

"Jika janji dengan sahabat baik sendiri yang telah banyak membantu pun Anwar tidak mahu tunaikan, bayangkan pula janji dia kepada rakyat biasa. Langsung tiada nilai," ujarnya sinis.

Member BSK