Jumlah Pengunjung

Showing posts with label kalimah allah. Show all posts
Showing posts with label kalimah allah. Show all posts

Wednesday, 13 November 2013

PAS PASTI GEMBIRA KRISTIAN BUAT RAYUAN KES KALIMAH ALLAH !!!



Gereja Katolik memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang penerbitan mingguan gereja itu, The Herald, menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God".
 
Benjamin Dawson, seorang daripada peguam yang mewakili gereja itu berkata, mereka memfailkan permohonan itu semalam di pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan.

"Gereja mengemukakan 26 persoalan undang-undang dalam permohonan kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan," katanya kepada Bernama ketika dihubungi Selasa.

Dawson berkata, soalan undang-undang itu melibatkan tiga perkara iaitu persoalan perlembagaan, isu pentadbiran dan sama ada mahkamah boleh membuat keputusan ke atas isu perbandingan agama.

Katanya, persoalan penting termasuk sama ada Islam, sebagai agama Persekutuan, boleh mencabuli hak asasi dalam Bahagian II, Perlembagaan Persekutuan khususnya hak untuk menganut dan mengamalkan agama mereka dalam kumpulan agama minoriti.

Dawson berkata, satu lagi persoalan perlembagaan yang penting ialah sama ada negeri boleh campur tangan dalam soal hak kumpulan agama dalam mengendalikan hal ehwalnya sendiri.

Persoalan lain, katanya, ialah sama ada kekeliruan seperti didakwa oleh kumpulan agama tertentu merupakan alasan untuk membataskan hak kebebasan kumpulan agama yang lain.

Beliau berkata, persoalan mengenai undang-undang pentadbiran bertumpu ke atas kuasa Menteri Dalam Negeri iaitu sama ada keputusan Menteri Dalam Negeri atas alasan ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam dapat disemak semula oleh mahkamah.

Persoalan lain, katanya, adalah sama ada Mahkamah Rayuan boleh melakukan penyelidikan di Internet dan membuat rumusan tertentu terhadap isu perbandingan agama.



Beliau berkata, Gereja Katolik akan menyerahkan permohonan kebenaran itu ke Jabatan Peguam Negara untuk diserahkan kepada Menteri Dalam Negeri, kerajaan dan jabatan-jabatan agama negeri.

Dawson berkata, dijangka tarikh pengurusan kes akan ditetapkan dan selepas itu tarikh untuk mendengar permohonan kebenaran merayu itu pula akan ditetapkan.

Pada 14 Oktober, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara membenarkan rayuan kerajaan untuk melarang Herald menggunakan kalimah "Allah".

Mahkamah itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah "Allah".

Pada 16 Februari, 2010, Gereja Roman Katolik diketuai Archbishop Murphy Pakiam, memfailkan permohonan semakan kehakiman dengan menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, memohon antara lain, diisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan kalimah "Allah" dalam penerbitan Herald adalah salah di sisi undang-undang.

Penerbitan mingguan itu, diterbitkan dalam empat bahasa, telah menggunakan kalimah "Allah" untuk merujuk kepada "God" dalam Herald edisi bahasa Melayu, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Pada 31 Disember, 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald daripada menggunakan kalimah "Allah" adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal. - BERNAMA




Thursday, 17 October 2013

DAP TETAP HINA KALIMAH ALLAH !!!



DAP adalah parti politik yang paling galak mempolitikkan isu kalimah Allah ini, kita semua tahu pun, bukan rahsia lagi. Tukang bikin panas, Anwar Ibrahim, ini pun kita semua tahu juga. Yang jadi macai sokong buta tuli pun kita tahu, PAS – parti yang kononnya memperjuangkan Islam.

Tapi kita tak sangka DAP bersungguh betul mempolitikkan isu kalimah Allah ini sampaikan perintah Mahkamah pun nak dilanggarnya. ini penulis merujuk kepada kenyataan terbaru Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming yang berkeras mahu orang Kristian menggunakan kalimah Allah di gereja walaupun setelah perintah Mahkamah ini.



Ong Kian Ming dipetik sebagai berkata “Penganut Kristian di negara ini akan tetap menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada tuhan mereka meskipun keputusan Mahkamah Rayuan membuat keputusan sebaliknya dalam kes majalah mingguan terbitan gereja, The Herald semalam”.


Lagi tambah mendidih darah kita bila Mahkamah Rayuan tidak pun memberikan perintah penangguhan sementara menanti rayuan di Mahkamah Persekutuan. Maksudnya, sama ada Mahkamah Persekutuan buat keputusan atau tidak, perintah itu sudah terpakai dan orang Kristian dilarang guna kalimah Allah dalam gereja.


Itupun DAP berani langgar juga, kata ramai sangat peguam?


Juteru penulis mahu lihat DAP ini dikenakan tindakan, atau kalau kenyataan Ong Kian Ming itu tidak mewakili pendirian rasmi parti tersebut, maka dia tu yang dikenakan tindakan. Kalau tidak, kita anggap parti ini sudah bergerak dari jadi parti perkauman kepada parti yang mengapi-apikan sentimen keagamaan.


Tak payahlah penulis sebutkan bagaimana bahayanya perkara ini. Mahu tidak mahu, kita perlu tangani isu ini dengan segera sebelum menjadi lebih parah, yang akhirnya boleh menyebabkan keamanan dan keselamatan rakyat di negara kita terancam.


Hanya kerana DAP atau Ong Kian Ming tidak mahu patuh pada undang-undang.



Monday, 14 October 2013

HADIAH DARI UMNO UNTUK UMAT ISLAM SEMPERNA AIDILADHA !!! PAS BAGI APA ?



Semua pihak harus menerima keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang penerbitan mingguan Katolik, The Herald, menggunakan kalimah Allah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. 

Jamil Khir berkata, kerajaan menyambut baik keputusan Mahkamah Rayuan hari ini yang membenarkan rayuan kerajaan serta sembilan perayu lain untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 yang membenarkan penerbitan itu menggunakan kalimah 'Allah' sebagai merujuk kepada 'Tuhan'.
"Keputusan mahkamah itu dianggap sebagai hadiah untuk umat Islam Malaysia sempena hari wukuf di Arafah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam keputusan itu, panel tiga anggota hakim diketuai Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata: 

"Ia merupakan dapatan bersama kami bahawa penggunaan nama 'Allah' bukan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian". - BERNAMA

Psstt....  Apa PAS buat skrg ni ? Mesti tengah sedih sebab kena maki dengan DAP kaw kaw lepas ni...


Thursday, 19 September 2013

PANAS... SELEPAS KALIMAH ALLAH, KANDUNGAN KHUTBAH JUMAAT PULA CUBA DI GANGGU !!!



Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menempelak tindakan setengah pihak terutama orang bukan Islam yang membidas kandungan khutbah Jumaat disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam negeri pada 6 September lalu sebagai usaha mewujudkan kebencian agama yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.
 
Beliau berkata, pertuduhan mengatakan tindakan Jakim menggelar mereka yang bertegas menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kepada tuhan mereka sebagai 'musuh Islam' dalam khutbah itu tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana badan penguatkuasa Islam itu menjalankan tanggungjawab menjaga hal ehwal Islam.


"Khutbah tidak wajar dijadikan polemik sebab Jakim menjalankan tanggungjawabnya untuk menjaga hal ehwal berkaitan Islam di Malaysia.
"Malah perkara ini termaktub dalam Perlembagaan Perkara 3 Islam Agama Persekutuan serta Jadual 9 Perlembagaan Negara bahawa Islam harus dipelihara dan urusan menjaga hal ehwal Islam perlu dilaksanakan di setiap negeri. Sejak bila pula orang luar mencampuri urusan khutbah yang dikeluarkan Jakim?" katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kali kedua di sini hari ini.
Jamil Khir mengulas seorang pemimpin Pas yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Rev Dr. Eu Hong Seng yang membidas Jakim sebagai keterlaluan mempertahankan nama Allah daripada dipakai oleh bukan Islam di negara ini.

Menerusi kenyataan dipetik dalam The Malaysian Insider baru-baru ini, Khalid menganggap langkah Jakim itu tidak bertanggungjawab kerana cuba mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian, manakala Hong Seng pula mendakwa fakta khutbah Jumaat Jakim iaitu tuduhan dilemparkan mengenai apa yang dipanggil plot Kristian itu tidak mengikut fakta sebenar sebaliknya mengikut emosi.



Monday, 9 September 2013

ESOK KITA LIHAT PAS PILIH KALIMAH ALLAH ATAU 20SEN ???



Esok 10 Sept 13, jam 09:00 pagi Kes Kalimah Allah yang dituntut oleh pihak gereja Kristian akan didengar di Mahkamah Rayuan Putrajaya.

Saudara seagamaku sekalian, esok adalah penentuan kepada kesucian agama kita, Agama Islam yang agung lagi diredhai Allah. 

Marilah kita bersama-sama berdoa, bermunajat dan bertawakkal agar kemenangan diberikan oleh Allah s.w.t kepada kita yang selama ini berjihad mempertahankan kesucian kalimahNya dari kesyirikan dan kejahatan kaum harbi kafirin.

Ayuh kita turun berkumpul di hadapan Mahkamah Rayuan Putrajaya esok dengan berzikir, bertahmid, bertahlil dan laungkan takbir sambil menyatakan sokongan kepada barisan peguam Muslim yang berada di barisan hadapan mempertahankan kalimah Allah swt.

Jangan gentar saudara-saudaraku.. Jangan kita sesekali bersetuju atau membenakan kalimahNya digadai atau dibenarkan penggunaannya oleh kaum kafirin yang berniat jahat memurtadkan kaum muslimin. 

Marilah bersama-sama umat Islam sekalian berjihad berganding bahu menyatakan sokongan kepada seluruh umat yang mencintai agama Islam bersama-sama mempertahankan kesucian kalimah Allah Yang Maha Esa hingga ke akhir hayat. 

Sebarkan agar ramai orang islam ke sana esok sebagai tanda sokongan kepada kalimah Allah HANYA hak milik mutlak umat islam.-Tok Guru.



Psstt.... Esok aku nk tgok mamat dlm gambar kt bawah ni nk pertahankan kalimah ALLAH atau tidak... Jangan jadi munafik yer..

Jangan lebih islam dari org islam....










Saturday, 16 February 2013

PAS di Maki bagai anjing kurap !!!


Tiap2 hari aku dengar je cerita pasal PAS ni aku rasa makin menyampah skrg ni. Depan rakyat beria2 kata  PAS memperjuangkan agama ALLAH, tapi hakikatnya kita lihat la skrg ni, dah makin mcm GAMPANG... paling aku kesian pada budak2 muda yg BODOH main ikut jer...  tapi ALHAMDULILLAH kerana aku lihat semakin ramai anak muda yg sendiri berkata PAS dh makin mengarut... ini terbukti dengan pengakuan ahli PAS sendiri pada aku. Ayat ahli PAS tu yg selalu aku dengar adalah " PAS LEBIH ISLAM DARI ISLAM" hehe...  bukan aku kata... ahli PAS yg kata yer... sampai dia mintak aku baju BN la skrg ni... nak nampak lagi kemarahan rakyat kita boleh perhatikan skrg ni dari setiap negeri, ada jer...  paling membangkitkan kemarahan rakyat adalah berkenaan kalimah ALLAH..  di mana pendirian PAS skrg ni...  apa2 pon korang baca la kemarahan rakyat dari perbagai NGO skrg ni di bawah...


Sebanyak 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Selangor mendesak Pas membuat ketetapan berhubung isu kalimah ALLAH.

Presiden Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, perhimpunan aman di hadapan Pejabat Agung Pas bertujuan meminta Pas mengeluarkan satu kenyataan rasmi berkenaan isu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam.

Menurutnya, desakan tersebut secara jelas sebagai menghormati dasar perjuangan Pas selama ini.

“Himpunan hari ini  (semalam)  mewakili suara 120 NGO lain yang berharap Pas dapat menunjukkan pendirian mereka terutama isu kalimah ALLAH ini.

“Sekarang, masih ramai keliru kerana terdapat percanggahan mengenai sama ada ia boleh digunakan masyarakat bukan Islam atau tidak berikutan difahamkan Pakatan Rakyat (PR) membenarkan penggunaan tersebut walaupun Majlis Syura Ulama Pas kata tidak,” katanya kepada media, semalam.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut adalah sebagai solidariti untuk mengetahui keputusan Pas.

Sementara itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lum Yong berkata perkara yang melibatkan sensitiviti agama tidak pernah berlaku sejak merdeka sehingga ke saat ini.

“Tetapi kebelakangan ini, agama Islam dan Kristian dimainkan oleh sekumpulan ahli politik hanya untuk mendapatkan undi di kawasan tertentu,” katanya.

Menurutnya, perkara itu perlu segera dihentikan bagi memastikan rakyat di negara ini dapat hidup aman.

Himpunan itu disertai Persatuan Penyayang Komuniti Wanita Subang Jaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai), Angkatan Muda Dakwah Malaysia, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Persatuan Veteran Tentera Melayu, Jaringan Cina Malaysia, Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Persatuan Penyayang Komuniti dan Masyarakat Subang Jaya dan Suara Anak Muda 1Malaysia.





Friday, 15 February 2013

Ustaz Haron Din Beri Amaran Pada Anwar Ibrahim !!!



"Saya selama-lamanya akan tetap pertahankan kalimah Allah...tidak akan redha sama sekali kalimah itu diletak ditempat yang jijik(menggantikan 'God' dalam Bible versi bahasa Melayu).

"Boleh jatuh syirik dan (sesungguhnya) Allah tak ampunkan dosa orang yang lakukan syirik," kata Datuk Dr. Harun Din Al-Hafiz lagi.

"Kita walaupun didalam pakatan rakyat tetapi tidak semua yang dibuat oleh pemimpin tertinggi wajar disokong, jika perbuatan itu melampaui batas sehingga menyekutukan Allah," kata Haron lagi.

Di atas adalah kenyataan terbaru Datuk Dr. Haron Din dalam isu penggunaan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Bahasa Melayu untuk edaran kepada umat Islam di Semenanjung Malaysia.

Ramai umat Islam diluar sana terus tertanya-tanya, sudah berapa ramai orang dalam PAS yang sudah syirik?

Sebelum ini Hadi Awang, Pok Nik Ajis, Khalid Samad, Mat Sabu dan ramai lagi pemimpin PAS yang menyokong DAP yang mahu menggunakan kalimah "Allah" di dalam Bible versi Melayu itu.

Mereka ini semua sudah syirik? Adakah mereka sudah mengangkat syahadah semula yang membolehkan mereka kembali kepada Islam?

ALLAH tidak akan mengampunkan dosa syirik. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan diampuni oleh ALLAH di akhirat kelak jika seseorang itu tidak memohon ampun kepada-NYA semasa hayat. 




Thursday, 7 February 2013

Pertahankan DAP Lebih MULIA Dari Pertahankan KALIMAH ALLAH !!!


Pada 5 Januari lalu, satu demonstrasi  telah diadakan di Kemaman yang melibatkan kumpulan yang dipercayai penyokong PAS. Mereka berhimpun bagi menunjukkan perasaan marah terhadap kebiadapan DAP yang membangkitkan semula isu Kalimah ALLAH oleh Lim Guan Eng dan kemudian Karpal yang seolah tidak menghormati keputusan Majlis Syura Ulama PAS untuk tidak membenarkan kalimah tersebut digunakan oleh bukan ISLAM.



Mulanya Angin merasa begitu teruja apabila melihat gambar-gambar yang dikirimkan kepada Angin. Kembang rasa hati bila melihat PAS yang mahu berdemo sedemikian. (walaupun Angin tak akan pangkah PAS dalam mana-mana pilihanraya pun). 

Namun tiba-tiba Angin mendapat berita bahawa dua laporan polis telah dibuat oleh PAS Kemaman berkaitan demonstrasi tersebut. Laporan yang dibuat oleh Hanafiah Mat  dan Ismail Bin Harun yang masing-masing merupakan Penolong Setiausaha PAS Terengganu dan  YDP PAS Kemaman. Turut hadir ketika laporan dibuat ialah Hazri Bin Jusoh iaitu Timbalan YDP Pas Kemaman dan Alias Hamid yang merupakan Setiausaha PAS Kemaman. Mereka menafikan penglibatan PAS Kemaman dalam demonstrasi tersebut yang kononya boleh mencetuskan permusuhan kaum.
Kadang-kadang tertanya jugak, bila ada ahli yang pijak gambar pemimpin  DAP mereka kata akan mencetuskan ketegangan antara kaum. tapi bila ada yang pijak gambar Perdana Menteri yang sebangsa dengan mereka, kenapa pulak mereka diam tak bersuara pun??

Mungkin naluri Angin benar untuk tidak akan menyokong PAS sampai bila-bila kerana laporan penafian yang dibuat itu membuktikan bahawa PAS sebenarnya tidak ikhlas dalam mempertahankan kalimah Allah. 

PAS membuktikan bahawa parti itu hanya parti picisan yang telah dicucuk hidung oleh PKR dan DAP. Pasti ada suara-suara ghaib yang "sound" pada mereka-mereka ini supaya membuat penafian kerana takut mereka kehilangan undi bukan islan. Walaupun mungkin ada dikalangan ahli-ahli mereka yang berani seperti pendemo-pendemo yang hadir diperhimpunan tersebut namun mereka rupa-rupanya tidak mendapat restu dari pemimpin-pemimpin mereka sendiri.

Inilah wajah sebenar pemimpin PAS yang tidak berpendirian. Mereka hanya ingin menjaga periuk nasi mereka, mereka tidak hargai perjuangan ahli-ahli yang bersungguh-sungguh seperti peserta perhimpunan tersebut. Malah ini adalah bukti bahawa PAS sebenarnya tidak mempertahankan kalimah suci itu. 

Sepertimana yang pernah Angin katakan dalam artikel terdahulu bahawa kejujuran PAS dalam berjuang mempertahankan kalimah ALLAH amat meragukan. Kejadian ini seolah-olah membuktikan kebenarnya. Mana tidaknya Haji Hadi selaku presiden telah membuat kenyataan ahkbar bersama Anwar bahawa bukan ISLAM boleh memggunakan kalimah itu. Majlis Syura Ulamak yang membuat pendirian sebaliknya selepas itu tidak mendapat respon yang baik dari Karpal Singh. Kemudian Haji Hadi hanyalah berdiam diri dan tidak mengeluarkan kenyataan untuk mempertahankan Majlis Syura. 

Kini apabila laporan polis dibuat untuk menafikan penglibatan PAS dalam demostrasi membantah DAP dan mempertahankan Kalimah ALLAH  maka ianya mengesahkan bahawa keputusan Majlis Syura Ulama sebenarnya tidak digunapakai oleh Pemimpin PAS. Mereka sebenarnya tidak akan mempertahankan kalimah ALLAH.

Angin : Nak tanya Nik Aziz, keputusan Majlis Syura yang diketuai oleh tuan sebenarnya tak laku pun. Mungkin sebab tuan dah tua.... cakap tuan tak boleh dipakai dah....tak terasa ke???



Tuesday, 29 January 2013

Lim Guan Eng Mesti Mati !!!



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng digesa bertanggungjawab dan menjelaskan kepada semua ahli DAP mengapa selepas 40 hari beliau masih belum menyerahkan keputusan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk pengesahan.
Naib Pengurusi DAP Cawangan Ladang Paroi, David Dass Aseerpatham berkata, perkara itu menunjukkan sikap angkuh dan sombong Guan Eng yang tidak menghormati undang-undang dan peraturan di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan 1966.
"Apakah Guan Eng ingat dia mengatasi undang-undang, sebagai tokong atau mahu ikut undang-undang hutan.
"Ahli-ahli DAP mahukan Guan Eng menghormati undang-undang di negara ini. Ini negara yang berdaulat dan ada peruntukan undang-undang bagi setiap satu perkara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.




Sunday, 27 January 2013

Umat ISLAM Boleh Kafir Jika Biarkan Perbuatan Menyekutukan ALLAH !!!



IPOH: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada Sabtu mengingatkan umat Islam di negara ini bahawa mereka akan menjadi kafir sekiranya membenarkan pihak lain menggunakan kalimah Allah.

Beliau menjelaskan jika umat Islam membenarkan kalimah Allah digunakan oleh agama lain, bermakna mereka bersetuju dengan tindakan pihak berkenaan mempersekutukan Allah.

"Maka persetujuan itu juga menjadikan kita (umat Islam) kafir. Justeru kita mesti bersatu mempertahankan aqidah kita."Kita tak boleh terima dan tidak boleh berkompromi dengan orang yang mempersekutukan Allah," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian pejabat Damara Care and Herbs Sdn Bhd di sini Sabtu.Harussani berkata hanya umat Islam jahil sahaja yang sanggup berkompromi dalam isu berkenaan.
Justeru beliau meminta pihak berkenaan menghentikan cadangan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu kerana ini akan mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Jika cadangan ini diteruskan, beliau bimbang akan menjejaskan keharmonian beragama serta perpaduan kaum di negara ini.




Wednesday, 23 January 2013

Tidak mustahil Kalimah ALLAH akan di jadikan tisu tandas suatu hari nanti !!!


Umat Islam perlu berterima kasih kepada Umno yang berjaya menyelamatkan kalimah Allah daripada dipergunakan oleh pakatan Rakyat demi undi dari penganut Agama Kristian.

Walaupun Umno dituduh kafir oleh Pas, parti zionis, parti zalim tetapi sekurang-kurangnya UMNO tidaklah sehina pemimpin Pas yang membiarkan kalimah Allah dipergunakan oleh Panganut Agama Kristian.






Bayangkan lah jika ketiadaan Umno, sudah pasti Kalimah Allah sudah ditulis di tisu tandas penganut cina DAP. Akibat tekanan demi tekanan daripada umat Islam yang berada dalam Umno, akhirnya pemimpin Pas yang dikatakan memperjuangkan Islam tunduk pada tekanan ini dan tidak membenarkan kalimah Allah digunakan oleh cina DAP dalam bible Kristian.

Pemimpin Pas dan pemimpin yang mengaku Islam sebelum ini membenarkan kalimah Allah dipergunakan oleh penganut Kristian wajib memohon maaf terhadap umat Islam di Malaysia kerana perbuatan mereka umpama mencabar kewibawaan umat Islam.





Monday, 21 January 2013

KALIMAH ALLAH, PAS tendang macam bola sepak !!!



Anggota Pas kini dalam kebingungan kerana sikap 'flip flop' pemimpin-pemimpinnya berhubung isu penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam.

Mereka merasa pemimpin Pas telah mempermainkan isu kalimah ALLAH yang berubah-ubah sehingga memalukan parti.

Pendirian terbaru Pas mengingatkan mereka bagaimana dalam isu penguatkuasaan syarat-syarat Lesen Kedai Gunting Rambut Majlis Perbandaran Kota Bharu terhadap Orang Bukan Islam, kerajaan Pas Kelantan tunduk menikus kepada tekanan Dap.

Peraturan yang sudah dikuatkuasakan selama 20 tahun boleh diketepikan dalam tempoh dua hari sahaja oleh Dap.

Inilah igauan ngeri yang dialami oleh ahli-ahli Pas kerana sikap pemimpin mereka yang pentingkan politik lebih daripada agama.

Pada 8 Januari lalu di sidang media pemimpin Pakatan Rakyat Presiden Pas, Abdul Hadi Awang menyatakan orang kafir bukan sahaja boleh menyebut nama ALLAH tetapi juga boleh di terjemahkan ke dalam Al-Kitab.

Tidak sampai seminggu berlalu, Pas bertukar nada pula apabila Majlis Syura Ulama parti itu membuat keputusan melarang terjemahan 'God' atau 'Lord' di dalam kitab Injil Melayu kepada ALLAH tetapi membenarkan penyebutanya.

Kalau dahulunya Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat bersetuju dengan keputusan parti itu membenarkan penggunaan kalimah ALLAH di dalam Al-Kitab berdasarkan pendirian yang dibuat pada tahun 2010 tetapi sekarang ia pula lantang melarangnya.

Beberapa minggu sebelum ini Nik Aziz berkata membenarkan orang kafir menggunakan kalimah ALLAH di dalam kitab agama mereka adalah sebahagian daripada usaha dakwah dan mendekatkan ajaran Islam dengan golongan itu.

Sebenarnya Nik Aziz secara tidak langsung menghina risalah dakwah Rasulullah SAW kerana meletakkan kepentingan orang kafir lebih daripada keutamaan orang Islam.

Pada saat bangsa Melayu berpecah kepada tiga kumpulan politik dek kerana Pas dan PKR gilakan kuasa, Nik Aziz tidak sekali pun menyentuh mengenai betapa pentingnya umat Melayu bersatu.

Sepatutnya dakwah menjurus kepada perpaduan sesama Islam perlu diutamakan oleh Nik Aziz tetapi beliau memilih untuk berdamping rapat dengan orang bukan Islam.

Bak kata pepatah, kerana di hutan disusukan, anak di riba mati kelaparan!

Kali ini Nik Aziz berdalih pula apabila beliau berkata bahawa penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam akan membawa kepada kekeliruan.

Bukankah dalam hal ini UMNO lebih konsisten daripada Pas kerana selama ini UMNO berpendirian bahawa ALLAH hanya eksklusif kepada Islam dan melarang ia digunakan di dalam Al-Kitab kecuali di Sabah dan Sarawak?

Pas 'flip flop' dan Nik Aziz juga 'flip flop' bukan sebab alasan agama tetapi demi kepentingan politik mereka.

Perubahan pendirian Pas yang bertukar-tukar sekelip mata membuktikan Islam hanya digunakan sebagai buah dadu atau soldadu dalam permainan catur parti itu.

Apabila bersesuaian dengan nafsu politiknya dan memberi keuntungan undi dan pengaruh, Islam akan ditunggangi.

Apabila peti undi Pas tergugat, dengan mudah sekalim Islam di campak ke luar tingkap malah turut dikorbankan.

Begitulah yang berlaku dalam isu kalimah ALLAH, disebabkan takut bangkangan Dap dan hilang sokongan daripada pengundi Cina dan kumpulan Kristian, Pas merelakan ALLAH dipermainkan.

Kini apabila anggota parti rata-rata tidak bersetuju dan membantah pendirian parti mereka, Nik Aziz dan kuncu-kuncunya dalam Majlis Syura Ulama boleh mengubah keputusan mereka untuk mengambil hati ahli-ahli parti pula.

Jadi Islam bagi Pas boleh di tendang ke sana ke sini asalkan Nik Aziz, Abdul Hadi dan pemimpin-pemimpin lain tidak hilang kedudukan politik mereka.

Namun sikap berbolak balik yang dipamerkan oleh Pas dan Nik Aziz akan memberim impak besar kepada imej dan kredibiliti parti itu dikalangan Dap dan PKR.

Sekiranya Pas boleh menjadi seperti sesumpah yang boleh menukar warna politiknya mengikut selera dan keadaan, tidak mustahil jika berkuasa parti itu juga boleh mengingkari janji taat setia yang dibuat dengan PKR dan Dap.

Jika sekarang Pas mengikat janji sehidup semati dengan kedua-dua sekutu politiknya, apakah tidak mungkin Pas juga boleh menikam belakang Dap dan PKR dalam keadaan terdesak dan apabila merasa ia sudah cukup kuat dan tidak memerlukan sekutunya?


Tuesday, 15 January 2013

HASAN ALI CABAR GUAN ENG, KIT SIANG DAN ANWAR TERIMA KEPUTUSAN MAJLIS SYURA PAS !!!



SYABAS dan tahniah kepada Majlis Syura yang telah membuat keputusan dengan tegas mengenai kalimah ALLAH tanpa tunduk kepada staitan yang mula menjelma menjadi manusia.

Majlis Syura memutuskan orang bukan Islam sama sekali tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam apa bentuk pun kerana kalimah tersebut adalah khusus untuk agama Islam dan orang Islam sahaja.

Ia tidak boleh diterjemah ke dalam apa bahasa sekalipun. Sebarang usaha untuk melakukan sesuatu yang berlainan dengan keputusan itu hendaklah dicegah.

Keputusan Majlis Syura tersebut menggambarkan bahawa Majlis Syura Pas masih berkuasa dalam menentukan dasar parti tidak dicemari.

Majlis ini bertindak sebagai badan pengawal untuk menentukan bahawa hala tuju parti itu sentiasa menepati asas-asas perjuangan asalnya.

Umum mengetahui masih terdapat banyak lagi isu yang tidak ditangani khususnya yang berkaitan dengan kedudukan Melayu-Islam seperti yang sering dibangkit dan dipersoalkan oleh DAP dan PKR.

Ketegasan Majlis Syura sekali gus menyanggah dan membidas (Setiausaha Agung) Lim Guan Eng, (Ketua Pembangkang Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan golongan parasit dalam Pas seperti Khalid Samad, Dzulkifli Ahmad dan banyak lagi.

Sekali lagi dalam isu kalimah ALLAH golongan parasit bertindak sebagai juru mengiakan permintaan dan desakan DAP.

Golongan parasit juga menjadikan Pas lunak dan tunduk kepada DAP dan PKR termasuk dalam isu-isu besar dan sensitif yang kedudukannya masih di awang-awang.

Sebenarnya banyak lagi perkara pokok yang masih tergantung dan belum dapat diselesaikan hingga menjadi beban yang tidak mampu lagi ditanggung oleh Pas.

Antaranya termasuklah isu negara Islam dan hudud, penguatkuasaan Enakmen Jenayah Syariah, keengganan DAP menerima peraturan-peraturan untuk menjamin keluhuran akhlak khususnya di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, isu pluralisme, liberalisme, LGBT dan sebagainya.

Saya ingin mencabar Anwar Ibrahim dan DAP atas dasar semangat setiakawan Pakatan yang mereka agung-agungkan supaya membuat kenyataan rasmi menerima keputusan Majlis Syura itu.

Kenyataan sedemikian boleh menghilangkan sebarang keraguan mengenai penerimaan PKR dan DAP terhadap Pas untuk meneruskan perjuangan Pakatan Rakyat seterusnya.

Apa pun, sekali lagi sekalung penghargaan patut diberi kepada Majlis Syura yang telah berupaya melenyapkan berbagai tanggapan mengenai kemampuan Pas menangani isu-isu sensitif seperti Kalimah ALLAH. Nun di hadapan masih banyak yang perlu dirungkaikan akibat daripada DAP dan PKR yang tidak henti-henti membolak balik isu-isu besar yang gariskan di atas.


Member BSK