Jumlah Pengunjung

Showing posts with label mengamuk. Show all posts
Showing posts with label mengamuk. Show all posts

Tuesday, 15 October 2013

SELEPAS UNTA KORBAN MENGAMUK KINI LEMBU KORBAN PULA MENGAMUK DI IPOH !!!



Ipoh: Seekor lembu betina yang sepatutnya dijadikan korban pada Aidiladha esok, naik minyak dan menyerang sekumpulan pelancong di sebuah gerai di Jalan Raja Muda Aziz, di sini petang, semalam hingga menyebabkan seorang pelancong warga emas cedera selain beberapa kenderaan rosak.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, lembu berkenaan yang dipercayai terlepas dari pusat penyembelihan di Falim, di sini, Jumaat lalu, tersesat hingga ke kawasan bandar raya dan menyerang orang ramai.


Saksi kejadian, A Maekaldas, 33, berkata, dia melihat lembu itu memasuki kawasan bandar yang sesak dengan kenderaan dan ketika sampai di depan gerai di Jalan Raja Muda, secara tiba-tiba haiwan itu menyerang pelanggan yang minum di beberapa meja di gerai berkenaan.

“Lembu berkenaan merempuh sekumpulan pelancong dari Singapura hingga menyebabkan meja terbalik dan seorang lelaki berusia 74 dari kumpulan pelancong terbabit terjatuh ketika mengelak serta cedera pada bahagian tangan.


“Kemudian lembu itu lari ke tengah jalan dan merempuh sebuah kereta Perodua Viva hingga menyebabkan cermin tingkap kereta itu pecah. Selain itu, lembu itu turut melanggar beberapa motosikal di persimpangan lampu isyarat berhampiran Balai Polis Pekan Baru, di sini,” katanya ketika ditemui.


Menurutnya, melihatkan keadaan itu dia kemudian menghubungi beberapa rakan yang juga penjaga lembu untuk menangkapnya sebelum perkara lebih buruk terjadi.

“Lembu itu kemudiannya berjaya ditemui di Jalan Chung Thye Phin, di sini dan saya bersama beberapa rakan yang datang selepas dihubungi, berusaha menghalaunya masuk ke kawasan gereja berhampiran bagi mengepungnya.


“Sebaik terkepung, lembu itu kemudian ditembak dengan ubat pelali untuk menenangkan dan menangkapnya. Tidak lama selepas itu sepasukan penguat kuasa dari Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) tiba untuk menangkap haiwan berkenaan dan terpaksa mengambil masa hampir dua jam sebelum berjaya memasukkannya ke dalam lori,” katanya.



Monday, 18 March 2013

Penyokong ANWAR Mengamuk Bila Rahsia ANWAR Di Dedahkan !!!

SEKUMPULAN penyokong parti pembangkang cuba merempuh masuk ke dewan bagi mengganggu ceramah yang dihadiri oleh Zulkfli Noordin dan Zahid Mat Arif, di Sekolah Menengah Guar Perahu, Penanti, Pulau Pinang malam tadi.




Polis menahan seorang lelaki kerana cuba mencetuskan provokasi bagi menganggu majlis ceramah "Di Sebalik Lahad Datu dan Kalimah Allah" yang diadakan di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guar Perahu, Penanti dekat sini malam tadi.

Lelaki terbabit yang hadir bersama sekumpulan lebih 60 lelaki dan wanita dipercayai penyokong parti pakatan pembangkang untuk mengganggu majlis itu sejak 9 malam, ditahan untuk siasatan lanjut.

Pada mulanya kumpulan tersebut berkumpul di luar pagar sekolah itu bagi menggagalkan ceramah yang dihadiri oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin dan Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip.

Bagaimanapun kumpulan tersebut bertindak agresif dengan merempuh masuk ke kawasan sekolah dan bertindak membaling telur dan terhadap orang ramai yang menghadiri majlis itu selain melemparkan kata-kata provokasi bertujuan menghentikan ceramah tersebut.

Tindakan penyokong pembangkang itu sedikit pun tidak mematahkan semangat kedua-dua penceramah tersebut yang menjawab fitnah yang dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan berhubung insiden Lahad Datu dan isu kalimah Allah.

Zulkifli dalam ceramah itu berkata, beliau tidak gentar untuk berhadapan dengan penyokong pembangkang kerana apa yang dilakukan itu adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanah air daripada menjadi mangsa kerakusan pihak-pihak tertentu.

"Saya akan terus berceramah dan tidak gentar dengan apa saja demi agama Allah," katanya.
Beliau juga menggesa pengundi khususnya di Permatang Pauh agar menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana pemimpin itu sanggup melakukan apa sahaja termasuk menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain semata-mata mahu memenuhi cita-cita politiknya.







Member BSK