Halamak ai!!! Kalau tengok dia wayang, bukan main lagi ye. Nampak macam zuhud sungguh orangnya. Sampai ambik air wudhuk pun kat tepi sungai.
Walhal banyak sangat paip yang ada kat surau. Tido pun boleh main tido kat atas rumput. Tapi, hakikatnya indah khabar dari rupa je.
Hari tu, Si Nizar Lilin tu dok komplen orang lain belanja mahal beli nombor pendaftaran kenderaan. Kata dia duit tu banyak lagi boleh buat benda lain.
Yang ni pulak macam mana? Si Nizar Lilin tu tak nak pertikaikan pulak ke? Tak nak pulak dia ungkit dan jadikan isu besar pasal nombor pendaftaran ni?
Dah terang - terang ditulis pada kereta tu, 'Menteri Besar Kelantan'. Gamaknya, berapa pulak dia habis duit beli nombor pendaftaran tu ye?
Hai!!! Nampak sangat la pemimpin PAS ni pun cakap tak serupa bikin. Kalau mengumpat pasal orang lain cukup pandai. Bila kena batang hidung sendiri, apa pulak alasan yang diorang nak bagi? Takkan nak tipu rakyat jugak kot!!!
Sempena sambutan Maulidur Rasul yang disambut hari ini, 1434 Hijrah, bagi memperingati peristiwa Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. utusan Allah S.W.T yang terakhir dilahirkan kedunia, marilah kita bersama-sama memperbanyakkan selawat ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. serta mengingati dan memperbanyakkan amal ibadah dan mengikut sunah-sunah yang menjadi amalan Nabi Muhammad S.A.W.
Namun masih terdapat seorang pemimpin yang mengecam serta melarang kita memperingati peristiwa yang sangat bersejarah tiada tolok bandingnya. Sehingga ke hari ini pemimpin tersebut tidak mengeluarkan kenyataan untuk menolak kenyataan beliau yang lalu
Dalam video tersebut Nik Aziz menerangkan, zaman kanak-kanak dan remaja Nabi Muhammad sama seperti pemuda-pemuda yang lain. Kata Nik Aziz, Nabi Muhammad tidak ada beza dengan pemuda-pemuda lain seusianya sebelum menjadi rasul. Nabi Muhammad sama macam budak-budak lain je sebelum jadi Rasul.
Nabi Muhammad tidak ada perkaitan dengan umat Islam sebelum baginda diangkat menjadi Rasul. Nabi Muhammad hanya dipandang tinggi setelah diangkat menjadi Rasul! Sebab itulah kata nik Aziz, sambutan maulid Nabi tidak perlu disambut beriya-iya dengan berarak dan berselawat di jalan.
Dalam ucapan Nik Aziz, yang gemar dipanggil Tuan Guru Besar, sambutan Maulud Nabi hanyalah bidaah kerana tidak pernah dilakukan pada zaman Nabi. Nik Aziz sekali lagi berkata, Nabi pun tak pernah sambut hari jadi dia, maka kita tidak perlulah beria-ria menyambut hari jadi Nabi Muhammad S.A.W.
Walaupun begitu nazaknya ucapan Nik Aziz terhadap personaliti Nabi Muhammad yang kita kasih dan cinta, walaupun begitu ceteknya pandangan Nik Aziz terhadap sambutan ulang tahun kelahiran Nabi kita, namun pengikut-pengikutnya tetap berdiri dibelakang Nik Aziz, tetap mengatakan Nik Aziz adalah pemimpin agama dan ilmuan ulama yang tersohor. Pengikut-pengikut Nik Aziz tetap kata Nik Aziz akan membawa mereka berbondong-bondong masuk syurga jika mengundi PAS, akan menghapuskan dosa-dosa mereka kerana menyokong PAS.
Nik Aziz mengecam perarakan dijalanan kerana menyambut kelahiran Nabi, tapi Nik Aziz dan pemimpin PAS ajak ramai orang berarak di jalanan kerana memperjuangkan Anwar Ibrahim. Nik Aziz membenarkan orang berhimpun di Bersih 1 Bersih 2.0, Bersih 3.0, Himpunan-himpunan Kebangkitan Rakyat,dan seterusnya di Himpunan 1 Juta 12 Januari lalu, itu semua boleh, malah keganasan serta pelanggaran undang-undang sivil turut dibenarkan. Namun Nik Aziz mengecam mereka yang berarak dan menyambut ulang tahun kelahiran junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Apa sudah terlalu benak akal pikir si tua ini?
Alhamdulillah, Ustaz Kazim tampil dan memberi penjelasan dan mempertahankan sebab-sebab dan munasabahnya mengapa ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. harus diperingati. Moga tidak ada yang terpesong dan masih mengikut ajaran Tuan Guru Besar Nik Aziz.
Apapun, aku dan rakan2 blogger kerajaan menyeru seluruh umat Islam agar perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W kerana selawat kepada baginda lah yang akan membawa syafaat nabi atas kita pada hari perhitungan di akhirat kelak.