Jumlah Pengunjung

Showing posts with label nizar bangkai. Show all posts
Showing posts with label nizar bangkai. Show all posts

Sunday, 17 March 2013

WAYANG TERBARU DARI NIZAR JAMALUDIN !!!




Belum pun tiba tempoh penamaan calon, Pemuda Pas Perak mengambil langkah berani dengan membuat pendedahan berhubung peletakan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Mohamad Nizar yang sebelum ini menyatakan kesediaan melepaskan kerusi parlimen dan hanya akan bertanding untuk kerusi Dun, diisytiharkan sebagai calon Dun Changkat Jering.

Pengumuman itu dibuat oleh Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss pada satu ceramah Suara Anak Muda di Batu 6, Changkat Jering, Bukit Gantang, semalam.

Dalam ucapannya, Raja Ahmad memaklumkan, pencalonan itu dilihat tepat dalam usaha Pakatan Rakyat (PR) mempertahankan kemenangan setelah wakil rakyat sebelum ini mengisytiharkan­ diri sebagai calon bebas.

Menurutnya, personaliti Bekas Menteri Besar Perak yang dilihat sebagai ikon masyarakat itu mampu mengukuhkan kepercayaan pengundi yang selama ini menyokong Pakatan Rakyat (PR).

“Tindakan Adun sedia ada melompat parti tidak memberi kesan terhadap sokongan rakyat kepada PR.

“Jentera Majlis Tindakan Dun (MTD) khususnya di kalangan pemuda berada dalam keadaan cukup bersedia untuk menghadapi misi mempertahankan kerusi ini,” katanya.

Pada PRU 2008, Kapten (B) Mohd Osman Jailu yang mewakili PKR menang di Dun Changkat Jering, mengalahkan calon Barisan Nasiional (BN), Datuk Mat Isa Ismail dengan majoriti 1,102 undi.

Bagaimanapun, kejayaan merampas kerusi yang sebelum ini disandang BN, tidak kekal lama apabila pada 2009, Mohd Osman memilih menjadi calon bebas bersama tiga wakil rakyat lain.

Setiausaha Jabatan Pilihan Raya Pas Perak, Salman Saleh pula berkata, Nizar merupakan pilihan terbaik sebagai calon Pas untuk bertanding di Dun Changkat Jering setakat ini.

“Kami yakin beliau dapat menggalas tugas ini dengan baik dan diharap, pengumuman ini dapat mengembalikan beliau sebagai menteri besar,” katanya.

Pendedahan Pemuda Pas ini dianggap masih kabur berikutan tiada pengumuman rasmi berhubung peletakan calon dikeluarkan Majlis Pimpinan PR Negeri dan Pusat.

Bagaimanapun, kemungkinan itu ada kerana Pengerusi Pimpinan PKR Negeri, Dr Muhamad Nur Manuty ada menyatakan bahawa semua pembahagian kerusi PR sudah dimuktamadkan kecuali Dun Changkat Jering yang menjadi pertikaian antara PKR dan Pas.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menganggap tindakan Pemuda Pas mengisytiharkan­ dirinya sebagai calon Dun Changkat Jering sebagai pendekatan yang ‘nakal’.

Beliau berkata, bukan setakat isu calon semata-mata, barisan kepimpinan Pemuda Pas sebelum ini dilihat agak ke hadapan dalam membincangkan pelbagai topik dan masalah setempat.

“Saya tidak rasa ia perkara serius kerana pengumuman itu dibuat secara dalaman dalam kalangan Pemuda. Kadang-kadang mereka ini bertindak secara nakal juga. Mendahului yang lain,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap Dun Pasir Panjang, iaitu kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).

Pssss........: kelakar... Pemuda pas lak yg umumkan calon. Pesuruhjaya pas negeri apa buat? Lagi kelakar PAS amik tempat PKR






Friday, 1 February 2013

Nizar Gelarkan Mayat Adik William sebagai Bangkai !!!


Ketika seluruh negara bersimpati dengan insiden malang yang menimpa William Yau Zhen Zhong, 6, parti pembangkang pula terus mempolitikkan isu tersebut sehingga pada tahap dilihat menghina kematian kanak-kanak malang itu.
Sebuah portal berita propembangkang, Malaysia Chronicle dalam satu artikelnya semalam menggunakan ayat dari kitab Matius 24:28 yang bermaksud 'di mana ada bangkai, di situ burung-burung hering akan berkumpul' bagi memperlekehkan belas kasihan pemimpin Barisan Nasional (BN) terhadap William.
Malah perasaan simpati yang ditunjukkan pemimpin BN digambarkan sebagai mengambil kesempatan meraih keuntungan politik dan menyalahkan kerajaan atas kematian tersebut.
Artikel itu kemudiannya dikongsi Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerusi laman Twitternya berbunyi: The Carcass Gatherers: BN politicians rush to cash in on William's death (Himpunan bangkai: Ahli-ahli politik BN berkejar raih keuntungan politik atas kematian William)."
Pemimpin Pas itu turut berkongsi pautan artikel berkenaan dalam laman sosial tersebut.
Tindakan Mohammad Nizar itu bagaimanapun dibidas seorang pengikut beliau yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertamadun.
"Showing sympathy is bad? You call William's remains a carcass. Uncivilized. (Tunjukkan simpati itu tidak baik? Kamu kata mayat William bangkai. Tidak bertamadun)," kata Rais Hussin seperti dipetik daripada akaun Twitter Mohammad Nizar.
Sementara itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir ketika mengulas mengenai kenyataan Mohammad Nizar itu berkata, walaupun pemimpin Pas berkenaan berkongsi pautan portal tersebut, beliau sepatutnya perlu lebih sensitif terhadap perasaan keluarga William.
Zambry turut mempersoalkan adakah tindakan pemimpin BN melahirkan rasa simpati terhadap keluarga William dianggap sebagai sesuatu yang amat teruk.
"Ini amat keterlaluan kepada keluarga mangsa. Adakah kita tidak ada jiwa kemanusiaan langsung. Kalau ikut cara dia, seolah-olah tidak ada rasa simpati, tidak kira sama ada anda pembangkang atau kerajaan, kita semua manusia," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Zambry, beliau tidak hairan dengan tindakan terbaharu Mohammad Nizar itu kerana pemimpin Pas berkenaan sememangnya merupakan seorang yang pelik.






Thursday, 31 January 2013

Nizar jamaludin gelarkan mayat adik william sebagai bangkai !!!



Kali ini dia cuba mempolitikkn isu kematian kanak2 hilang yg berusia 6 tahun William Yau Zhen Zhong dgn kenyataan yg menyerlahkn kebodohan & kedangkalan otak pemimpin pembngkang tersebut..Nizar menggunakn perkataan 'bangkai' sbg merujuk kpd kematian kanak2 tersebut. Gila babi kepala otak si Nizar ni.. 





Member BSK