Jumlah Pengunjung

Showing posts with label penamaan calon. Show all posts
Showing posts with label penamaan calon. Show all posts

Sunday, 21 April 2013

PANAS...KARPAL SINGH TERUS HINA PAS SELEPAS PENAMAAN CALON !!!




DAP tetap menolak hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini.

Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar-dasar Pas.

"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka.

 Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor di sini hari ini.




Saturday, 20 April 2013

PEMIMPIN PKR MANA YANG MENGGIGIL DI PENAMAAN CALON PAGI TADI ???



Baru ada akal...

Masa tak berjumpa, siap cakap, kalau jumpa akan ditenyeh dengan pelbagai pertanyaan. Akan diasak dengan pelbagai tuntutan termasuklah jawapan tentang Altantuya, cincin RM24 juta dan Scorpene.

Bila nama dicalonkan untuk menentang Najib Abdul Razak di kerusi Parlimen Pekan, bukan main juah lagi sembangnya. Konon, dia akan mendedahkan segala rahsia Najib dan Rosmah kepada penduduk serta pengundi Pekan. Konon, dia akan membuatkan Najib dan Rosmah menangis melahu di tepi longkang sebab semua penyokong Barisan Nasional dan UMNO khususnya akan meminggirkan Najib dan Rosmah.

Macamlah Rosmah akan bertanding di salah satu DUN dalam  Parlimen Pekan...

Konon-kononnya dia wakil NGO iaitu JINGGA 13, walaupun hakikatnya JINGGA 13 itu sebenarnya adalah sekumpulan beruk mat yeh yang dibayar gaji bulanan oleh Anwar Ibrahim dan cuba menguasai media maya dan penyebaran putar belit segala maklumat.

Namun JINGGA 13 kerap kali terkantoi kerana kebodohan mereka sendiri walaupun settingnya cantik dan sekali dengar, bukan sahaja Najib boleh tumbang, Malaysia pun boleh tungging terbalik.

Feriz Musa adalah Ketua JINGGA 13 yang sebelum ini bukan main lagi menerjah segala-gala isu yang boleh membantu Anwar Ibrahim. JINGGA 13 cuba berselindung di sebalik NGO walaupun mereka sebenarnya adalah jentera siber PKR.(BACA SETERUSNYA...)




WAJIB BACA...KUASA ALLAH TAALA TELAH MEMBODOHKAN PENYOKONG PAS DI PENAMAAN CALON PAGI TADI !!!


Inilah akibatnya bila dah sentiasa perasan diri sendiri sentiasa betul, bila perasaan busuk hati sentiasa berada di minda, bila ayat suci al-quran pon mereka rasakan seperti hak mereka sahaja, inilah jadinya... Allah maha kuasa.. Allah jua yang berhak menentukan setiap sesuatu...






Gambar dirakam semasa Penamaan Calon di Marang pagi tadi.

Dibawah pula kumpulan penyokong Pas .... semua bendera2 Pas itu dipasang malam sebelumnya.... Tapi di Ru Rendang, tidak ada satu pun bendera BN dibenarkan ..... diancam akan berlaku pertumpahan darah sekiranya dipasang juga !




Yang ini yang PALING MENARIK !

Semasa kumpulan sorak Pas melalak -

Hidup Hidup, Hidup Islam ! Hancur, Hancur, Hancur Barisan ! 




Tiba-tiba Tukang Karut TERSASUL -

Tukang Karut - Tumbang, Tumbang !

Disahut Jamaah - TUMBANG ! TUMBANG !

Tukang Karut - TUMBANG PAKATAN !

Disahut Jamaah - TUMBANG PAKATAN ! !


Riuh rendah dibuatnya selepas tu, teruk Tukang Karut marah... hahahahahahaha ........ tu la pasalnya... bila semangat di pengaruhi dendam syaitan itu la jadinya...



SIARAN LANGSUNG PENAMAAN CALON ( P 143 ) PAGOH !!!


SAKSIKAN SIARAN SECARA LANGSUNG PENAMAAN CALON ( P143 ) PAGOH.







Member BSK