Jumlah Pengunjung

Showing posts with label skandal mat sabu. Show all posts
Showing posts with label skandal mat sabu. Show all posts

Wednesday, 18 December 2013

NYAWA MAT SABU BERSAMBUNG DI PULAU PINANG !!!






Pas hari ini melakukan rombakan dengan mengumumkan pelantikan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu sebagai Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang baharu.
 
Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dilantik bagi menggantikan Datuk Mohd. Salleh Man yang memegang jawatan tersebut sebelum ini.





Friday, 4 October 2013

PANAS... MAT SABU DI TELANJANG AHLI PAS !!!



Sesuatu yang amat menarik tentang para penganut PAS ialah, apabila terkena ke batang hidung sendiri, mereka akan segera berselindung di sebalik dalil-dalil, nas-nas dan hadis-hadis yang berkaitan. Tetapi apabila mereka mengenakan orang lain, dalil-dalil, nas-nas dan hadis-hadis yang lain pula dicari dan digunakan.

Begitulah kisahnya apabila Setiausaha Dewan Ulama PAS, Khairuddin Azman Razali menyatakan bahawa Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, sebagai seorang yang tidak faqih agama, manakala kesemua anggota Dewan Ulama PAS pula adalah golongan yang fahamdengan agama.

Kenyataan Khairuddin ternyata telah menyakitkan hati golongan yang memuja-muja Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Pakatan Rakyat. Mereka segera memberikan ‘nasihat’ bahawa untuk menegur perlulah berhemah dan bukannya dengan cara menyakiti hati orang lain kerana itu adalah cara kerja Rasulullah s.a.w.

Persoalan yang paling baik boleh ditimbulkan ialah, selama ini teguran manakah yang dilemparkan kepada UMNO dan para pemimpin yang tidak sebulu dengan mereka mengikut uslub yang mereka sendiri takrifkan sebagai cara kerja Rasulullah s.a.w. itu? Apakah kerana teguran dan kenyataan tersebut dibuat terhadap Mat Sabu yang sememangnya tidak ada gerak kerja agama PAS padanya melainkan atas nama Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, maka penganut-penganut PAS yang memuja ketokohan Mat Sabu, segera memperingatkan tentang gerak kerja Rasulullah s.a.w?

Perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS, nampaknya semakin tidak berpihak kepada Mat Sabu. Meskipun Husam Musa yang sebelum ini dilihat lebih berketrampilan dan lebih berwibawa, kenyataan terbaru Husam Musa bahawa dia tidak akan bertanding untuk jawatan tersebut, masih tidak mampu memberikan kesenangan kepada Mat Sabu.

Dalam Multaqa Ulama PAS Se-Malaysia yang diadakan baru-baru ini, satu ketetapan telah dibuat untuk memisahkan dan menyingkirkan Syiah serta pengaruh Syiah yang sedang menguasai keseluruhan PAS. Syiah telah dilihat menjadi pengancam utama kepada PAS untuk bergerak lebih maju dalam politik negara memandangkan sebahagian besar orang Melayu beragama Islam di negara ini yang juga merupakan pengundi, merupakan pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan amat memusuhi Syiah.

Walaupun puak-puak Syiah dalam PAS cuba menunjukkan bahawa Syiah bukanlah pengancam sebaliknya yang mengancam adalah UMNO dan ‘Kerajaan UMNO-BN yang korup’ dalam usaha untuk menghalalkan Syiah dan amalan kaum Rafidhah yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadis agar golongan berkenaan DIBUNUH sekiranya ditemui, majoriti orang Melayu tetap tidak dapat menerima Syiah.

Dek kerana faktor Syiahlah menyebabkan PAS kehilangan pegangan di Kedah dengan Mat Sabu yang bertanding di kubu kuat Syiah di Malaysia iaitu Pendang, terpaksa menahan malu yang teramat sangat setelah begitu yakin sebelum itu untuk menegakkan SYIAR DAN DARUL SYIAH yang pertama di Malaysia menerusi PRU13.

Khairuddin hanya sekadar menzahirkan kesimpulan yang telah dibuat dalam Multaqa Ulama PAS Se-Malaysia selaku Setiausaha Dewan Ulama PAS. Kalau sebelum ini PAS seringkali mendabik dada bahawa mereka adalah pengikut dan penyayang ulama, sehinggakan sesiapa sahaja yang berjanggut, berserban, berjubah dan boleh membaca doa selain mengajar agama dengan menggunakan teks dari buku-buku agama dipanggil ULAMA, nampaknya sekarang ini ialah, sesiapa sahaja yang menentang SYIAH dan RAFIDHAH merupakan golongan yang tidak wajar wujud dalam PAS.



SUMBER

Monday, 4 February 2013

Mat Sabu JILAT iBU depan Mata BOBOiii !!!



Fuiiiyooo....  Aku ingatkan dah habis cerita skandal Mat Sabu dengan Normah ni. Rupanya tidak !!! Kali ini, seorang anak kepada wanita yang dikaitkan dengan Mat Sabu yang dikenali sebagai Boboi akan membongkarkan kisah skandal ibunya dengan Mat Sabu.

Mengikut pededahan yang dibuat oleh Boboi, rupanya skandal Mat Sabu dengan Normah yang tertangkap di Hotel Perdana tidak terhenti . Masih ada lagi cerita panas dan sensasi tentang perbuatan Mat Sabu dan skandalnya yang belum didedahkan. Boboi mendedahkan Mat Sabu sering berkunjung ke rumahnya semasa ketiadaan ayahnya dirumah. Boboi menambah lagi, Mat Sabu seperti menikam kawan dari belakang. Inilah jenis manusia, bertopengkan Islam, tapi berhati binatang..

Baca Cerita kt bawah ni,


Rupanya skandal Mat Sabu dengan Normah yang tertangkap di Hotel Perdana tidak terhenti setakat itu. Masih ada lagi cerita panas dan sensasi tentang perbuatan Mat Sabu dan skandalnya yang belum didedahkan.

Terbaru anak kepada si Normah yang lebih dikenali sebagai Boboi tak tertahan menanggung malu dan benci yang amat kepada perlakuan Mat Sabu yang menjijikkan.

Memang benar, Mat Sabu terlepas dari tindakan undang-undang. Namun hakikatnya beliau sedang berdepan dengan satu situasi yang amat berat memandangkan anak Normah bila-bila masa sahaja akan mendedahkan perihal beliau dengan ibunya sepanjang ketiadaan ayahnya. Mat Sabu memang jenis manusia yang tikam kawan dari belakang. 


Sebenarnya Mat Sabu tidak asing lagi kalau bertandang ke rumah Normah. Dibuatnya macam rumah sendiri...bukan rumah saja, isteri kawan tu pun dibuat macam isteri sendiri. Jahanam sungguh Mat Sabu. 

Anak Normah dikatakan bengang apabila Mat Sabu sering datang ke rumahnya. Tambah bengang lagi apabila dia kerap terserempak dengan Mat Sabu yang baru keluar dari bilik ibunya. Beliau hampir menumbuk Mat Sabu kerana tak sabar lagi dan menjadikan ibunya mangsa nafsu serakahnya. Tindakannya itu ditahan dan disabarkan oleh ibunya. Menurutnya, bukan sekali beliau terserempak Mat Sabu keluar masuk bilik ibunya sesuka hati, malah banyak kali si jantan sundal ini berbuat demikian.


Boboi juga sering terlihat kereta Mat Sabu yang diletakkan di belakang rumah ketika ayahnya tiada. Kenapa perlu disembunyikan keretanya kalau betul tujuannya untuk berceramah atas nama parti? Dan kenapa datang setiap kali ayahnya tiada? Jujurkah Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden parti Islam? Tapi sebagai seorang anak yang dah dewasa dan sering terserempak kelibat jantan sundal keluar masuk rumahnya semahunya, dia sudah dapat mengagak apa yang dilakukan oleh Mat Sabu. Ini ditambah pulak dengan 'phone sex' antara mereka yang tersebar meluas.

Patutlah baru-baru ini Mat Sabu mengumumkan yang beliau tidak akan bertanding dalam PRU13. Rupa-rupanya beliau takut dengan si Boboi yang akan mendedahkan rahsia besarnya. Hendak diapa-apakan budak ni, anak kepada kekasih gelap, kalau dibiarkan dia yang akan mampus. Sekarang ini Mat Sabu hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat...iaitu tunggu saat beliau akan dijatuhkan dan melihat orang lain yang akan mengambil jawatannya.

Tapi yang pasti, dendam si Boboi belum berakhir. Dia geram sangat dengan Mat Sabu. Masa dan saatnya akan tiba untuknya memberitahu dunia siapa sebenarnya Mat Sabu. "Mat Sabu ingat sikit...jangan kau fikir dahi kau yang jendul dan perut kau yang buncit, aku takut nak dedahkan rahsia kau. Bagaimana kau rosakkan kami sekeluarga, macam itu jugalah aku akan hancurkan kau" katanya kepada teman rapat penulis yang sememangnya amat mengenali si Boboi.

Nantikan cerita benar dan panas Mat Sabu yang akan didedahkan sendiri oleh anak skandalnya.

Penulis...itulah jangan ingat kita berketayap 24 jam kita termasuk dalam golongan maksum, walaupun Nik Aziz mampu menjanjikan syurga dan ampunkan dosa. Syurga dan keampunan dosa itu kerja Allah bukan kerja manusia






Member BSK