Jumlah Pengunjung

Showing posts with label tanah nik aziz. Show all posts
Showing posts with label tanah nik aziz. Show all posts

Wednesday, 22 May 2013

TANAH NIK AZIZ HARUS DI RAMPAS !!!




Lebih kurang tiga minggu lalu, rakyat Kelantan telah dikejutkan dengan pendedahan mengenai 14 lot tanah bernilai lebih RM4 juta yang dimiliki oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tika itu adalah Menteri Besar Kelantan.

Keluasan gabungan 14 lot tanah itu ialah 4.4 ekar (1.76 hektar) dan terletak di Jajahan Kota Bharu yang mana sekiranya status tanah itu dikomersialkan nilaiannya boleh mencecah harga RM10 juta.

Selain Nik Aziz, isterinya iaitu Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak turut memiliki 13 lot tanah juga di sekitar Jajahan Kota Bharu yang bernilai jutaan ringgit termasuk dua lot daripadanya yang terletak di Pulau Melaka.

Nik Aziz yang terkejut dengan pendedahan tersebut segera tampil menafikan dakwaan yang mana menurutnya tanah atas namanya itu sebenarnya adalah milik Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan beliau hanyalah pemegang amanah selaku MB Kelantan.

Bagaimana pun sehingga hari ini Nik Aziz atau wakilnya gagal menjelaskan status 13 lot tanah atas nama isterinya. Tiada jawapan mengenai pemilikan tanah atas nama isterinya itu, seolah-olah sengaja di diamkan untuk mengelakkan kontroversi.

Kini status Nik Aziz hanyalah sebagai bekas Menteri Besar Kelantan, jika diikutkan penjelasan Nik Aziz dan PMBK sepatutnya selaku pemegang amanah (jika benar), maka kesemua 14 lot tanah itu sudah bertukar nama kepada MB Kelantan sekarang iaitu Ahmad Yakob.

Namun sampai sekarang tiada pengumuman oleh Kerajaan PAS Kelantan menyebabkan timbulnya kebimbangan kalau-kalau kelak tanah itu akhirnya menjadi harta pusakan Nik Aziz sekeluarga.

Justeru itu amatlah perlu Kerajaan PAS Kelantan tampil segera membuat penjelasan kerana jika benar ianya hanya amanah maka amat perlu semua 27 lot tanah termasuk 13 lot tanah atas nama isteri Nik Aziz dipulangkan semula kepada Kerajaan Negeri Kelantan.




Saturday, 9 February 2013

Sekitar Tanah Pemberian Nik Aziz Kepada Cina Komunis DAP Nga & Ngeh !!!



Oleh kerana Tengku Razaleigh tak kasi Wanita UMNO membuat apa program berhubung skandal tanah-untuk-jawatan MB yang melibatkan tanah di Relai Gua Musang, maka Perkasa Kelantan tidak akan buat kecoh-kecoh atau bising-bising tapi hanya satu kunjungan kormat ke tanah kepunyaan YB Dato Ngeh dan Nga.
Konvoi sedang berkumpul sebelum memberi kunjongan hormat kepada Ngeh dan Nga ... penyumbang ekonomi Kelantan yang mana tanpa mereka orang kelantan pun tak tahu tanam getah, kelapa sawit dan urus balak.



Kunjungan hormat ini berupa konvoi dari Stadium Sultan Muhamad ke IV ke Kuala Betis Gua Musang.

Konvoi melibatkan 23 kenderaan dan 93 orang penumpang mula bertolak pada pukul 10 pagi tadi Mereka akan bertemu dengan kenderaan dari Gua Musang dan dijangka akan menjadikan jumlah kenderaan dalam konvoi seramai 400 buah kenderaan.


Konvoi Kuala Krai diketuai oleh Penyelaras DUN Mengkebang, Saudara Azizudin bin Husin. Mereka akan menanam 23 batang pokok cemara sebagai memperingati kunjungan hormat dan satu simbolik 23 tahun pemerintahan PAS di negeri Kelantan yang sungguh gilang gemilang dan penuh temberang.



Setakat maklumat yang diterima, konvoi berhenti sembahyang jumaat di Masjid Gua Musang dan akan meneruskan perjalanan ke Kg.Lalang, Kuala Betis.







Member BSK