Jumlah Pengunjung

Showing posts with label universiti putra malaysia. Show all posts
Showing posts with label universiti putra malaysia. Show all posts

Saturday, 14 May 2016

VIDEO RAMLI SARIP HIBURKAN HARI BELIA NEGARA !!!



SERDANG- Lagenda Rock tanah air, Ramli Sarip atau lebih dikenali sebagai Papa Rock sekali lagi berjaya menggegarkan Universiti Putra Malaysia sebentar tadi dalam persembahan diprogram Malam Gema Nusantara.

Walaupun hujan turun sejak petang hingga ke malam, ia langsung tidak menghalang kehadiran peminat-peminatnya. Ternyata, penonton sangat terhibur dengan lagu-lagu dendangan penyanyi pujaan ramai ini.

Antara lagu-lagu yang telah dipersembahkan adalah, ‘Bukan Kerana Nama’ ‘Doa Buat Kekasih’ ‘Teratai’ dan beberapa lagu lain yang sememangnya menjadi nyanian orang ramai.


Selain konsert Gema Nusantara malam ini, esok (Hari terakhir) di program Jelajah Kampus, akan menampilkan pula beberapa artis popular tanah air. Antaranya kumpulan Estranged, Najwa Latif, Monologue dan OAG.









Friday, 13 May 2016

#HBN2016 FESTIVAL NASYID INTERKOLEJ 2016



Bertempat di Padang Kawad Universiti Putra Malaysia Serdang Selangor, telah berlangsungnya festival Nasyid Interkolej semperna Hari Belia Negara yang berlangsung selama tiga hari disini dari 13 Mei 2016 sehingga 15 Mei 2016.

Pertandingan telah bermula pada pukul 2.45 selepas solat jumaat yang telah disertai oleh dua belas kumpulan yang berjaya mempamirkan persembahan yang amat menarik dan menghiburkan. Antara yang menjadi lebih tarikan pada persembahan pertandingan ini, adalah keunikan dalam setiap persembahan dan pakaian dalam kumpulan masing-masing.

Penonton-penonton nyata terhibur apabila setiap persembahan yang dipersembahkan setiap kumpulan akan mendapat sorakan dan tepukan gemuruh dari semua penonton. Sikap sporting setiap penonton yang hadir juga menjadikan semangat setiap kumpulan semakin meyakinkan dalam persembahan mereka, juga ditambah apabila juri yang mengadili pertandingan ini terdiri dari juri-juri profesional dalam kalangan persada artis Nasyid Malaysia. 

Antara nama-nama kumpulan yang berjaya menyertai pertandingan ini adalah:

1. KTDI. Soutul Ummah (Bicara Kata)
2. KTP
3. K14. Shoutul Fourteen (Muhasabah Cinta)
4. K5. Al-Falah (Sumaiyah)
5. KMR. Ar-Rayiddin (Ikrar)
6. KOSASS. Wildan (Fatamorgana)
7. KPZ. Zahirulhaq (Gemilang)
8. K11. Soutun-Najjah (Hambamu)
9. KC. DaVoice (Tangisan Sebatang Tamar)
10. K10. Al-Ikhwan (Di Kala Lena)
11. K17. 17 Voices (Bintang Syurga)
12. K2. Syummul Ukhwah (Seruan Pedoman)

Keputusan semua pemenang akan diumumkan pada malam selepas Isya.




















HARI INI HARI BELIA PALING GEMPAK !!!



KUALA LUMPUR – Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2016 dijangka bermula esok dan berakhir pada Ahad ini dimana Universiti Putra Malaysia (UPM) dipilih sebagai lokasi penganjuran pada tahun ini.

Menurut Encik Nor Azli Mohamad Daud, Ketua Sekretariat Hari Belia Negara 2016, penganjuran Hari Belia Negara tahun ini amat berlainan dengan penganjuran Festival Belia Putrajaya pada tahun sebelum ini.

Bercakap dalam rancangan Fokus Nasional 1 terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), Nor Azli berkata, antara kelainan yang dibawa pada HBN kali ini ialah penglibatan mahasiswa itu sendiri didalam penganjuran HBN.

“YB Menteri juga telah mengumumkan dalam Dasar Belia Negara akan berlaku peralihan kepimpinan dari segi pertubuhan belia itu sendiri.

Bagi menyahut, supaya seiring jadi kita membawa perlaksanaan HBN ini supaya ia dekat dengan golongan mahasiswa itu sendiri.

Kita percaya dan amat yakin dengan mahasiswa ini walaupun tidak seratus peratus,tetapi majoriti mahasiswa adalah golongan belia,” Nor Azli Mohamad Daud.

Menurut beliau lagi, sambutan HBN kali ini akan dilakukan dengan paling santai dengan beberapa konsep yang menghiasi beberapa lokasi penting dan utama didalam UPM.

Malam esok HBN 2016 akan membuka tirai dengan Malam Belia Berselawat di Padang Kawad UPM, diikuti dengan pelbagai acara yang disusun pada keesokan harinya sehinggalah hari Ahad.

“Satu pendekatan kerohanian, kita taknaklah nanti orang kata HBN semata-mata program hiburan, sukan. KBS sendiri cuba membezakan HBN dan Hari Sukan Negara.

Oleh itu HBN ini kita nak pengisian dari segi kerohanian, kepimpinan, volunteerisme dan sebagainya,” katanya lagi.

Timbalan Perdana Menteri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka hadir pada Ahad ini untuk majlis perasmian HBN 2016 dengan bertemakan “The Future Is Now”.





Member BSK