Korang baca kat bawah ni dulu...
Niat pasangan pelakon, Aeril Zafrel, 26,
dan Wawa Zainal, 22, untuk terus merahsiakan kelahiran anak pertama
mereka daripada pengetahuan umum sehingga ke tahun 2015 tidak
kesampaian, apabila mereka terpaksa membuat pengakuan sudah pun
berkahwin.
Hasil pendedahan media mengenai pernikahan 'rahsia' mereka, pasangan
artis ini akhirnya terpaksa berterus-terang sudah pun bernikah pada
tahun lalu sehingga melahirkan seorang anak lelaki bernama Ahmad
Fakharuddin Attar pada 24 Ogos.
"Saya dan Wawa telah bernikah secara sah pada 25 Februari 2012 dalam
satu majlis yang diadakan di rumah pengurus saya di Petaling Jaya,
Selangor.
"Pernikahan itu dijalankan oleh seorang juru nikah yang dibawa dari
Sabah, berwalikan bapa Wawa, Zainal Abidin Sulung dan disaksikan oleh
pengurus saya sendiri.
"Itu pernikahan pertama kami. Pernikahan yang pertama itu sebenarnya
adalah untuk menghalalkan hubungan kami kerana risau menghampiri zina.
Selain itu, pernikahan dirahsiakan kerana kami tidak mahu pihak
pengurusan Wawa mengetahui mengenai hubungan kami," jelasnya.
Bagaimanapun menurut Aeril, mereka terpaksa bernikah sekali lagi pada
4 Februari 2013 setelah mendapat tahu bahawa Wawa sudah pun mengandung.
Ini bagi membolehkan status anak mereka dapat didaftarkan dengan
namanya sebagai ayah.
Kenyataan yang diberikan oleh Aeril dalam sidang media itu telah
mengundang suasana 'panas' di kalangan media yang hadir. Soalan
provokasi telah diberikan media yang selama ini menganggap mereka telah
'ditipu' oleh kenyataan demi kenyataan tidak benar kedua-dua artis ini
yang sebelum ini telah menafikan berita pernikahan mereka.
Rata-rata wartawan yang hadir menyatakan kesangsian mengenai
kesahihan pernikahan kali pertama Aeril yang dikatakannya sebagai nikah
'syariah' kerana ia telah membelakangi Jabatan Agama Islam dan landas
undang-undang syariah negara.
Aeril lantas berkata, pernikahan kali pertama itu sudah cukup
mencukupi rukun nikah, cuma ia tidak disahkan dalam sebarang dokumen
hitam putih mengenai pernikahan itu.
Malah, tindakan Aeril yang memberi penjelasan bahawa dia menghormati
pendirian isterinya untuk menyorokkan perkahwinan itu kerana khuatir
isterinya akan dimarahi oleh pihak pengurusannya juga dilihat sebagai
satu alasan yang tidak kukuh oleh pihak media yang hadir.
Sementara itu, ketika ditanya sampai bila mereka mahu menyorokkan
bahawa mereka sudah mempunyai anak, jelas Wawa, dia mahu menyimpan
rahsia itu sehingga kontraknya bersama pengurusannya, Metrowealth
International Group (MIG) tamat pada 2015.
"Saya mahu menyorokkan kelahiran anak ini sehingga saya tamat
kontrak. Selepas itu baru saya akan beritahu kepada pihak media. Tetapi,
ada pihak yang telah membocorkan mengenai perkahwinan dan kelahiran
anak sulung kami.
"Pelbagai tohmahan telah dilemparkan berkenaan status sebenar anak
kami, dan sebab itu kami terpaksa menceritakan perkara sebenar
sekarang," ujarnya yang turut hadir bersama bapa di sidang akhbar itu.
Aeril dan Wawa juga di akhir sidang media telah melahirkan permohonan
maaf kepada pihak media kerana telah menipu dalam kenyataan mereka
sebelum ini.
Yang wartawan lebih-lebih nak marah apsal pulak ? Bagi aku lantak diorang la diorang nak rahsia ke nak ape ke... diorang buat benda baik... apa wartawan ni ingat diorang ke yang lahirkan artis ni ? Mak bapak diorang pon tak marah... Apa korang ingat korang ni wartawan korang ni bagus sangat sebab kononnya korang la yang menaikkan nama artis ni ? Phuuiii.... Bagi aku, korang la wartawan yang selalu memecah belahkan lagi orang ramai demi nak peminat artis baca cerita korang... korang fikir la kalau korang duduk tempat artis tu dan wartawan lain berlagak pada korang seolah-olah kononnya wartawan la yang naikkan nama korang selama ni, apa korang rasa ? wartawan...wartawan... jangan nak besar kepala yer... jangan jadikan fikiran peminat artis malaysia ni macam fikiran BAPOK BAPOK korang yer...
Betul cakap sorang artis dari raja lawak astro sorang ni, market artis di malaysia ni jadi macam gampang sebab di monopoli oleh wartawan bapok macam korang la...