Jumlah Pengunjung

Thursday 17 July 2014

AHLI PKR DEDAH KISAH BOGEL PARTI SENDIRI !!!



PUTRAJAYA 14 Julai - Buat kali pertama seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak berani tampil ke Pendaftar Pertubuhan (ROS) di sini bagi mengemukakan aduan berhubung manipulasi proses pemilihan parti tersebut.
Aduan berkenaan berkaitan proses pemilihan Cabang PKR Kuala Selangor pada 11 Mei lalu yang menyaksikan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam dalam merebut jawatan Ketua Cabang.

Arijan Osman yang mengemukakan aduan itu mendakwa berlaku penyelewengan ketika proses pemilihan Cabang Kuala Selangor dengan mengesyaki wujud penglibatan terdiri dalam kalangan petugas pemilihan.
Arijan turut mendakwa, bekalan elektrik terputus selama dua jam ketika proses pengiraan undi dibuat dan wakil-wakil calon telah dihalau ketika kejadian itu berlaku.

"Pada waktu tersebut, kertas undi bertaburan di tempat pengiraan dan dipercayai telah diusik dan diganggu.

"Malah selepas tamat pengundian, wakil-wakil calon tidak dibenarkan menyaksikan dan mengira jumlah kertas undi dikeluarkan sebaliknya hanya dapat melihat peti undi dibungkus untuk dibawa ke ibu pejabat PKR untuk pengiraan," katanya ketika ditemui hari ini.

Beliau turut mendakwa para petugas telah cop kertas undi terlebih dahulu sebelum menyemak butiran pengundi.
Ujarnya, tindakan itu boleh menyebabkan sesiapa sahaja boleh mengundi tanpa memastikan identiti sebenar pengundi sekali gus menimbulkan kekeliruan dalam proses pengundian.

"Dakwaan yang saya sebutkan sebentar tadi merupakan antara isi aduan yang dikemukakan kepada ROS dan banyak lagi kes telah berlaku pada hari tersebut.

"Saya mempunyai bukti dan saksi untuk menyokong aduan ini dan bersedia membantu ROS bagi menjalankan siasatan," katanya.
Dalam pada itu, Arijan berkata, terdapat ramai ahli PKR yang ingin membuat aduan berhubung penyelewengan pemilihan cabang masing-masing namun tidak berani berbuat demikian kerana takut dikenakan tindakan disiplin.

Ujarnya, beliau berkemungkinan berpotensi dipecat kerana membuat kenyataan terbuka kepada media selain bakal menerima pelbagai tohmahan termasuk didakwa menerima sogokan wang.

"Kita telah minta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR untuk menjalankan siasatan, namun mereka hanya menafikan sebelum siasatan dibuat," katanya.
Sementara itu, Arijan berkata, beliau mewakili ahli akar umbi Cabang Kuala Selangor menyatakan sokongan padu kepada Abdul Khalid untuk memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

"Kita menyatakan sokongan kepada Abdul Khalid untuk terus memegang jawatan berkenaan sehingga penggalnya habis kerana prestasi kepimpinan beliau tidak boleh dinafikan melalui pelbagai perubahan termasuk usaha merakyatkan ekonomi negeri Selangor," jelasnya.

ARIJAN Osman menunjukkan salinan laporan mengenai manipulasi proses ketika pemilihanPKR Cabang Kuala Selangor di Pejabat ROS, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/RASHID MAHFOF

SUMBER


Saturday 5 July 2014

AL-FATIHAH UNTUK BIDUANITA SHARIFAH AINI !!!



Al-Fatihah...
Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi ini di Pusat Perubatan Pakar Damansara...

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan bersama golongan yang dikasihi & diberkati...
In Shaa Allah, Aamiin...


Member BSK