Jumlah Pengunjung

Monday 30 April 2018

HAMZAH KASIM PILIHAN PENGUNDI SUNGAI RAPAT!!!


IPOH – Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk merampas semula kerusi N44 Sungai Rapat setelah meletakkan Ketua UMNO Bahagian Gopeng, Datuk Hamzah Mohd Kasim yang disifatkan sebagai calon paling sesuai untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Hasil tinjauan mendapati, Hamzah merupakan calon terbaik untuk BN kerana merupakan anak tempatan, selain kerusi Dun itu merupakan kawasan tradisi parti UMNO yang mempunyai 48, 000 pengundi.
Menurutnya, selain itu, Hamzah juga merupakan Senator lebih mengetahui apa yang pengundi Sungai Rapat khususnya dan Parlimen Gopeng mahukan.
Kita perlu akui bahawa faktor calon akan menentukan kemenangan bagi sesebuah parti yang bertanding.
Pemilihan calon oleh pucuk pimpinan telah dilakukan dengan bijak, telus dan bertanggungjawab kerana calon yang dipilih kali ini benar-benar berkualiti dan diterima oleh rakyat.
Barisan Nasional telah meletakkan calon yang boleh menang (winnable candidate) untuk bertanding dan bukan calon yang pandai melobi atau calon yang melompat dari satu kawasan ke kawasan lain. Inilah langkah yang telah diambil perhatian oleh UMNO dan BN untuk terus kekal berkhidmat untuk rakyat.
Semua pihak mula menerima hakikat bahawa trend pengundi sekarang sudah jauh berubah dan kegagalan meletakkan calon yang betul akan menyebabkan parti tersebut tewas dengan pihak lawan meskipun di kawasan tradisi.
Kini Barisan Nasional telah meletakkan calon yang paling sesuai dan dilihat mampu memberikan saingan kepada pembangkang di Dun tersebut yang dilihat kehadapan daripada semua aspek.
Hamzah merupakan pilihan terbaik dan paling sesuai untuk BN merampas semula kerusi Sungai Rapat yang sebelum ini menjadi milik UMNO.
Walaupun sebelum ini beliau tidak dipilih dan memberi laluan kepada orang lain terlebih dahulu, beliau tidak melatah kerana sudah lama berkecimpung dalam dunia politik.
Ramai yang percaya dengan kerjasama dan sokongan padu daripada semua jentera pilihan raya, PRU14 kali ini Hamzah akan berjaya memenangi pilihanraya N.44 Sungai Rapat dengan majoriti yang lebih besar.

Sunday 29 April 2018

NIZAR CALON PKR SUNGAI RAPAT KAKI FITNAH !!!


Nizar Jamaluddin yang merupakan calon N.44 Sungai Rapat sepatutnya berterima kasih kepada Dato Seri Najib Razak kerana telah memaafkannya dari di penjara 2 tahun atau pun denda pada tahun 2015 yang lalu. Kes tersebut berlaku pada tahun 2012 (BOLEH RUJUK DISINI) semasa nizar berceramah di Taman Desa Pakatan Ipoh. Bayangkan sekiranya Dato Seri Najib tidak menerima permohonan maafnya ketika itu ? Sudah pastinya nizar tidak layak sekarang bertanding di Dun Sungai Rapat.

Nizar sememangnya pandai berceramah memaki hamun pemimpin Barisan Nasional dalam ceramahnya untuk memberi pendengar dan penonton ketawa riang sambil meyakinkan rakyat kononnya apa yang diungkapkan olehnya semuanya adalah benar belaka.

Dalam misi Nizar untuk memenangi Kerusi Dun Sungai Rapat, mungkin Nizar terlupa bahawasanya dia adalah calon yang telah melompat sebanyak 3 kali pada setiap PRU yang bermula dari PRU12 (Pasir Panjang) PRU13 (Changkat Jering) dan kali ini PRU14 di Dun Sungai Rapat.

Dalam survey penulis kepada ramai pengundi Sungai Rapat, ramai memberikan komen bahawasanya pada kali ini mereka tidak mahu memberi kepercayaan kepada nizar, kerana contohnya mereka telah nampak bila nizar meninggalkan kawasan yang dimenanginya tanpa rasa bertanggungjawab, mereka tidak mahu nasib mereka menjadi seperti nasib penduduk Rantau Panjang dan nasib penduduk Changkat Jering.

Mereka lebih berkeyakinan dengan Calon dari Parti Barisan Nasional Datuk Hamzah Kasim, kerana Datuk Hamzah sememangnya penduduk Dun Sungai Rapat dan Datuk Hamzah juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Gopeng. Sudah pastilah Datuk Hamzah akan membela dan membangunkan kawasan mereka dan jasa-jasa Datuk Hamzah telah terbukti sebelum ini lagi walaupun Datuk Hamzah selama ini bukanlah ADUN Sungai Rapat sebelum ini. Dan pada PRU14 ini, apabila Datuk Hamzah menawarkan diri untuk bertanding, penduduk sungai rapat amatlah berbesar hati dan amat gembira dengan pencalonannya.

Mereka berharap, pada PRU kali ini Datuk Hamzah dapat mengalahkan Nizar dengan majoriti yang amat besar sebagai peringatan kepadanya agar bertanggungjawab bila memegang amanah yang telah diberikan rakyat setiap tempat.







Tuesday 24 April 2018

SENARAI PENUH CALON BARISAN NASIONAL PERAK PRU14!!!


Berikut merupakan senarai penuh nama-nama calon Barisan Nasional Negeri Perak yang baru sahaja diumumkan sebentar tadi oleh Pengerusi Barisan Nasional Negeri Perak dikediaman Rasmi Menteri Besar Perak. Ada nama yang tidak mengikut ejaan yang betul kerana kesuntukan masa untuk aku menaip, apa pun minta maaf kerana ini sahaja yang termampu aku sediakan buat masa ini.

Untuk ikuti semula siaran ulangan pengumuman calon sebentar tadi anda boleh KLIK DISINI untuk video pengumuman penuh. Terima Kasih.

Gerik Dato Hasbullah Osman
DUN Pengkanlan Hulu Aznel Ibrahim
Temenggor Salbiah Mohamad

P055 Lenggong Shamsul Anuar Nasarah
Kenering Daro Termizi Idris
Kota Tampan Shaharani Mohamad

P056 Larut Dato Hamzah Zainuddin
Selama Faizul Arbi Mohd Sohor
Kubu Gajah Saliza Bt Ahmad
Batu Kurau Dr Mohd Amin Zakaria

P057 parit Buntar Dto Seri Puhad Mat Nayan
Titi Serong Pn Nor Salewati Mat Norwani
Kuala Kurau Shahrul Nizam Razali

P058 Bagan Serai Dato Dr Norazmi Ghazali
N10 Alor Pongsu Dato sham bin Mat Shahar
Gunung Semanggol Zaini Cha
N12 Selinsing Mohd Nor Dawood

P059 Bukit Gantang Dato Syed Abu Husin Hafiz
Kuala Sepetang Mohd Kamaruddin Abu Bakar
Changkat Jering Ahmad Saidi Ahamd Daud
N15 Trong Pn Jamilah Zakaria

P060 Taiping Tan Keng Liang Gerakan
N16 Kamunting Dato Mohd Zahir Abdul Khalid
N17 Pokok Asam Lew Li Kuan
N18 Aulong Soo Kay Ping

P061 Padqng  Rengas Daro Sri Mohd Nazri Abdul Aziz
N19 Chenderoh Dqto Zainon bun Md Noor
N20 Lubuk Merbau Dr Jurij Jalaluddin

P062 Sg Siput Dato SK  Devamany
N21 Lintang Dato Zulkafly Harun
N22 Jalong Tan Liang Hoe

P063 Tambun Dato Sri Ahmad Husni Hanazdlah
N23 Manjoi Mohd Ziad Mohd Zainal
N24 Hulu Kinta Dato Aminuddin Md Hanapiah

P064 Ipoh Timor Kathleen Wong Mei Yin
N25 Canning Liew Kar Tuan
N26 Tebing Tinggi Tony Khoo Boon Chuan
N27 Pasir Pinji Ng Kai Cheong

P065 Ipoh Barat Dr Cheng Wei Yee
N28 BerCham Low Guo Nan
N29 Kepayang Chang Kok Aun
N30 Buntong Thangarani Thiagarajan

P066 Batu Gajah Leong Chee Wai
N31 Jelapang Thankaraj Krishnan
N32 Menglembu Wong Kam Seng
N33 Tronoh Yuen Chan How

P067 Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd Yazid
N35 Manong Mohd Zuraini Razali
N34 Bukit Chandan Maslin Sham Razman

P068 Beruas Pang Chok King
N36 Pengkalan Baru Dato Abdul Manap Hashim
N37 Ho Kean Wei
N38 Astaka Teng Keek Soong

P069 Parit Dato Kohd Nizar Zakaria
N39 Belanja Khairuddin Abu Hanipah
N40 Bota Khairul Sharil Mohd

P070 Kampar Dato Lee Chee Leong
N41 Malam Nawar Chang Gwo Chang
N42 Keranji Daniel Wa Wai
N43 Tuang Sekah Dato.Norlee Asirlin Mohd Radzi

P071 Gopeng Dato Heng Seai Kee
N44 Sg Rapat Datuk Hamzah Kassim
N45 Liew Yee Lin
N46 Teja Dato Chang Chun Cheun

P072 Tapah Dato N Saravanan
N47 Chenderiang Choong Shin Heng
N48 Air Kuning Dqto Shamsuddin Abu Hassan

P073 Kampung Gajah Dato Sri Tajuddin Abd Rahman
N49 Sg Manik Dati Zainol Padzi
N50 Kampung Gajah Dato Wan Norashikin

P074 Lumut Dato Seri Zambry Abd Kadir
N51 Pasir Panjang DatoRashid Ibrahim
N52 Pangkor Dato Seri Zambry Abd Kadir

P075 Bagan Datuk Datuk Sri Zahid Admad Hamidi
N53 Rungkup Dato Sharul Zaman Yahya
N54 Hutan Melintang Dato Khairuddin Tarmizi

P076 Teluk Intan Dato Sri Mah Siew Keong
N55 Pasir Bedamar Kong Sun Chin
N56 Changjat Jong Dato Mohd Azhar Jamlauddin

P77 Tg Malim Dato Dr Mah Hang Soon
N57 Sungkai Daro Elango Vadil Veloo
N58 Slim Daro Khusairi Abd Talin
N59 Behrang Dato Rusnah Kasim

Monday 23 April 2018

SYAMSUL DEBAT CALON BARISAN NASIONAL DUN SIKAMAT N.9!!!


Penceramah motivasi popular, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat hari ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat.

Beliau merupakan salah seorang daripada 16 muka baharu di DUN yang dicalonkan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pencalonan beliau diumumkan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan semasa Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon BN negeri bagi PRU-14 untuk Parlimen dan DUN di kediaman rasmi Menteri Besar di sini sebentar tadi.

CALON MELAYU DAP TEBING TINGGI PERTAHANKAN MURTAD???


KUALA LUMPUR – Bekas pensyarah undang-undang, Dr. Abdul Aziz Bari antara contoh bagaimana DAP berjaya memesongkan pemikiran segelintir orang Melayu tentang sekular supaya menyokong parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Pusat Kajian Politik Malaysia (Mapan) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff memberi contoh Abdul Aziz dalam bukunya pada tahun 2009 pernah menegaskan negara ini tidak sekular dan tidak pernah disekularkan.

Kata beliau, Abdul Aziz dalam buku itu malah menegaskan tiada sepatah perkataan dalam Perlembagaan Negara menyebut Malaysia negara sekular dan perlembagaan `menaikkan’ kedudukan Islam.

Namun, dakwa beliau, sesiapa yang pernah membaca buku bertajuk “Perlembagaan Malaysia: Teori & Praktis” itu pasti dapat membandingkan bahawa Abdul Aziz sejak menyertai DAP bukan lagi Abdul Aziz yang dulu.

“Abdul Aziz yang kini menyertai DAP akur sepenuhnya dengan peruntukan yang terdapat di dalam Perlembagaan DAP yang menyebut bahawa “Perlembagaan Merdeka merupakan satu dokumen sekular”.

“Kini turut sama berjuang bersama-sama para pemimpin DAP lain untuk mecapai matlamat yang dinyatakan oleh Perlembagaan DAP iaitu untuk `mengesahkan lagi dan memulihkan Perlembagaan Malaysia kepada rangka kerja sekular yang asal,” dakwanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Aziz Bari yang pernah terlibat dalam kontroversi mengkritik institusi raja merupakan calon Melayu tunggal DAP bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan diumumkan sebagai calon Menteri Besar Perak Pakatan Harapan baru-baru ini.

Kamarul berkata, Aziz Bari dalam bukunya pernah juga menyebut murtad boleh menggugat kestabilan dan keselamatan negara kerana gejala murtad akan mengelirukan dan merubah definisi Melayu di bawah perlembagaan.

Tambah beliau, Aziz Bari juga menyatakan murtad tidak termasuk di dalam ruang lingkup Perkara 11 kerana murtad itu bukan sejenis agama, manakala orang ateis tidak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Negara.

“Bagaimanapun, Abdul Aziz sudah akur sepenuhnya dengan pendirian pemimpin DAP lain mahupun pendirian pemimpin parti komponen Pakatan Harapan lain serta senyap tidak terkata bila rakan-rakan beliau seperti Tony Pua dan Mohamad Hanipa Maidin melaungkan murtad adalah hak asasi yang dilindungi oleh perlembagaan dan bahawa orang ateis mempunyai hak di bawah perlembagaan kita,” dakwanya.

Thursday 12 April 2018

PEJABAT AZMIN ALI SEDANG MUSNAHKAN DOKUMEN TENDER ???


KAMI SANGAT TERKEJUT MENERIMA KIRIMAN EMEL DARIPADA SHAH ALAM, DARIPADA PEJABAT AZMIN ALI ?. NAMPAKNYA DOKUMEN-DOKUMEN DAN TENDER-TENDER PERJANJIAN KONTRAK KERAJAAN NEGERI SEDANG DIMUSNAHKAN UNTUK TUJUAN MELUPUSKAN BUKTI. TERIMAKASIH KEPADA YANG SUDI MENGHANTAR GAMBAR. SILAKAN HANTAR SUPAYA RAKYAT SELANGOR MENGETAHUI KEGIATAN LICIK RASUAH MEREKA.

Sumber: http://mymassa.blogspot.my


P/S: JIKA TIDAK BENAR, HARAP AZMIN ALI DAN GENG2NYA DALAM SELANGOR BUAT PENAFIAN DENGAN KADAR SEGERA.

Tuesday 10 April 2018

PPBM MALUKAN DIRI TARIK SEMULA SAMAN TERHADAP ROS!!!



KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini menarik balik saman pemula difailkan terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) bagi menuntut deklarasi berhubung status pendaftaran parti itu.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili PPBM memberitahu pemberita bahawa Hakim Mahkamah Tinggi S. Nantha Balan membenarkan saman itu ditarik balik tanpa kos selepas pengurusan kes saman berkenaan di dalam kamarnya hari ini.

Peguam itu berkata PPBM menarik balik saman pemula itu berikutan parti berkenaan telah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Ketua Pengarah RoS, Surayati Ibrahim membubarkan sementara parti berkenaan di Mahkamah Tinggi di sini, pada 5 April lepas. Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said esok.

Pada 22 Feb lepas, PPBM melalui Setiausaha Agungnya, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh selaku plaintif memfailkan saman pemula dengan menamakan RoS sebagai defendan.

Dalam saman pemula itu, PPBM yang ditubuhkan pada 8 Sept 2016, memohon deklarasi bagi menuntut RoS mematuhi segala prosedur dan tidak boleh membatalkan parti berkenaan mengikut peruntukan di bawah Akta Pertubuhan 1966.....

Member BSK