Jumlah Pengunjung

Thursday 28 November 2013

RED BEAN ARMY KELAM KABUT PADAM SEMUA MAKLUMAT SEKARANG !!!



Memang bangsat betul la RED BEAN ARMY Cybertroopers upahan DAP sekarang ni, bukti makin jelas bila sekarang mereka makin gabra dan cuba memadamkan fitnah yang mereka tabur selama ini. Korang boleh baca dan nilaikan sendiri beginilah kerja mereka dan selepas ini mereka akan menafikan perkara yang telah mereka lakukan sebelum ini. 

Mungkin arahan kali ini telah membuatkan mereka pening kepala kerana sudah terlalu banyak cerita yang telah mereka buat dan mana mungkin mereka akan dapat padamkan bukti sececpat mungkin. Selepas ini kita akan dengar cerita dari pihak pakatan bahawasanya mereka tidak pernah mengeluarkan cerita isu 40 ribu bangla. 


Apa2 pon kita tunggu dan lihat....












BUKTI PEMIMPIN PAKATAN ANIAYA PENDUDUK MISKIN TEGAR !!!



Memang lah selangor kaya tapi rakyat selangor apa yg dapat selama 2 penggal PR pegang..Parlimen Malaysia bila nak naik Gaji Ahli Parlimen...ada dikalangan Parlimen PR menentang sekeras kerasnya...potong gaji menteri lah.Kan bangang namanya sedangkan MB PR sendiri naik...APa cerita..cer cerita puak PR? 

Lu orang pemimpin pakatan memang sembang kasi orang bimbang, kalau pemimpin UMNO habis korang kata macam2, phuiii....  terbukalah mata rakyat malaysia terhadap penipuan mereka selama ini...



LAGI PEMIMPIN PKR MENGAMUK DAN LANCAUKAN ANWAR IBRAHIM !!!


Seramai 108 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Roban yang diketuai Pengerusinya, Gani Eli mengumumkan keluar parti hari ini untuk menyertai Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Gani yang memimpin cabang itu sejak 2011 berkata, keputusan tersebut dibuat kerana barisan pemimpin PKR sama ada di peringkat negeri dan pusat mengabaikan kewujudan mereka sebagai penyokong setia parti itu.
"Selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), PKR seperti tidak ada hala tuju, kami dibiarkan begitu sahaja dan kami juga mula sedar parti itu tidak boleh diharap untuk memperjuangkan nasib penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mewakili kumpulan tersebut menyerahkan borang keahlian kepada Presiden SPDP, Tan Sri William Mawan Ikom di Ibu Pejabat SPDP di sini.

Mengulas lanjut, beliau mendakwa, lebih ramai ahli PKR Cabang Roban serta di sekitar kawasan Saratok akan mengisytiharkan keluar parti dalam masa terdekat.

Sementara itu, Setiausaha PKR Cabang Roban, Abang Mokhtar Abang Zulkifli yang turut mengikut jejak langkah Gani berkata, PKR boleh disifatkan sebagai parti yang tidak mempunyai masa depan.

"Berdasarkan prestasi semasa, SPDP dan Barisan Nasional (BN) meraih keyakinan kami untuk membawa pembangunan yang dimahukan rakyat," katanya.

William Mawan dalam pada itu mengalu-alukan keputusan kumpulan tersebut menyertai SPDP dan berharap lebih ramai lagi yang akan berbuat demikian untuk memperkukuhkan parti itu di peringkat akar umbi.

"SPDP berdepan pelbagai cabaran sejak beberapa tahun lalu namun perkhidmatan baik yang kita berikan berjaya mengukuhkan parti kerana terus mendapat kepercayaan rakyat berbanding parti pembangkang," katanya.


William Mawan Ikom (dua dari kiri) menerima borang keahlian daripada Gani Eli selepas mengumumkan keluar PKR di Kuching, Sarawak, semalam.










SEKIRANYA INI BERLAKU DI MALAYSIA BAGAIMANA, MALAYSIA KEJAM LAGI KE SEKARANG NI ?



Vietnam akan mengenakan denda sebanyak AS$4,740 (RM15,200) kepada sesiapa yang mengkritik kerajaan di laman sosial, di bawah undang-undang baharu yang diumumkan minggu ini.

Denda tersebut dikenakan sebagai hukuman terkini dalam usaha mempertingkatkan tindakan keras kerana perbezaan pendapat di negara ini.

Kritikan yang dilontarkan akan dikenakan denda jika dilihat sebagai "propaganda menentang kerajaan", atau menyebarkan "reaksi ideologi", mengikut undang-undang yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Nguyen Tan Dung.







Wednesday 27 November 2013

MATI LA ANWAR LEPAS NI !!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pembohong besar apabila menafikan pula tuduhan bahawa beliau pernah membuat kenyataan lebih 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
 
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar terpaksa menafikan perkara itu setelah rakyat menyedari bahawa dakwaan itu adalah pembohongan semata-mata.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Anwar kini menyalahkan orang lain pula dalam isu berkenaan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri mengakui mempunyai bukti bahawa tuduhan tersebut sememangnya dibuat oleh Ketua Pembangkang itu sendiri.

Menurutnya, Perdana Menteri telah mendapatkan rakaman, bahan-bahan ucapan (Anwar) daripada media-media siber yang memuat naik semua ucapan Ketua Pembangkang (menuduh 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi BN).

"Itulah (tuduhan) yang diulang-ulang di banyak tempat ketika membuat road show selepas PRU-13. Malah, ketika kempen pilihan raya lalu, mereka menyatakan ada 40,000 orang Bangladesh yang telah mengundi.

"Jadi apabila masyarakat sudah tahu ini merupakan satu pembohongan, mereka cuba alihkan kepada pihak lain. Perkara yang disebarkan oleh Ketua Pembangkang adalah satu pembohongan besar," katanya selepas mengadakan Lawatan Kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dan timbalannya, Datuk A. Paramasivam.

Ahmad Zahid mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bahawa Perdana Menteri mempunyai bukti bahawa Anwar membuat pembohongan apabila menafikan pernah membuat kenyataan sebanyak 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk untuk mengundi BN dalam PRU lalu.

Ahmad Zahid seterusnya meminta rakyat supaya menilai siapa yang bercakap benar dan siapa pula berbohong dalam isu tersebut.

Sementara itu, tentang ucapan penggulungan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu bersedia bermuzakarah dengan UMNO dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-59 semalam, Ahmad Zahid berkata, perkara itu adalah langkah yang baik dan harus dilihat dengan semangat ikhlas.

"Saya harap cadangan ini jangan ditangguhkan dan kita harus terbuka dan menerima baik cadangan Presiden Pas itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zahid berkata, kerajaan akan menguatkuasakan denda yang lebih tinggi kepada pemilik yang kehilangan kad pengenalan mereka.

Menurutnya, ini ekoran peningkatan kes kehilangan kad pengenalan bertaraf warganegara (MyKad) semakin membimbangkan selepas menunjukkan peningkatan ketara saban tahun.

Berdasarkan statistik, setakat 31 Oktober lalu, sebanyak 565,157 MyKad dilaporkan hilang berbanding kehilangan 429,137 MyKad sepanjang tahun lalu.
"Selama ini, denda hanya dikenakan untuk pemilik yang kehilangan kad pengenalan kali kedua atau seterusnya, namun dengan jumlah kehilangan (kad pengenalan) yang kini lebih daripada 500,000, pada hemat saya kita tidak boleh berkompromi lagi.

"Kementerian Dalam Negeri akan meminda Akta Fi 1951 supaya kadar denda lebih tinggi dikenakan kepada pemegang MyKad sekiranya berlaku kehilangan kad pengenalan diri itu," katanya.





11 PEMIMPIN PKR SABAH MENGAMUK !!! ANWAR MANA MAU LARI ???



Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 11 pemimpin cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN).
 
Menurut Perdana Menteri, jumlah itu tidak termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri itu yang sebelum ini telah pun berbuat demikian iaitu ADUN Kadamaian, Jeremmy Malajad@Malazad dan ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan.

Beliau turut mengumumkan akan berlaku gelombang kedua tindakan keluar parti itu dalam masa terdekat selepas hilangnya keyakinan mereka terhahadap kepimpinan PKR negeri.





KANTOI MAIN DENGAN PEREMPUAN LAIN, ORANG LAIN YANG JADI MANGSA !!! GAMPANG BETUL LA....



Gombak: Seorang wanita patah tulang hidung manakala bayinya berusia tiga bulan kini menerima rawatan di hospital kerana dikhuatiri mengalami gegaran otak, angkara amukan seorang suami yang naik minyak selepas kecurangannya dengan wanita lain terbongkar.

Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Desa Jaya, Kepong kira-kira jam 1 tengah hari Sabtu lalu, sebelum dua beranak terbabit dihalau keluar dari kediaman itu. Wanita berusia 33 tahun yang enggan dikenali itu berkata, kejadian bermula ketika dia mengemas rumah dan menjumpai telefon bimbit suaminya yang mengandungi mesej ayat-ayat cinta dengan seorang wanita.

Menurutnya, marah dan kecewa dengan kecurangan suami, dia segera menghubungi suaminya yang memiliki satu lagi telefon bimbit menyebabkan mereka bertengkar.

“Tidak lama kemudian suami pulang ke rumah dalam keadaan marah-marah dan terus memukul serta menumbuk muka saya beberapa kali.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menendang dan membelasah saya selama beberapa minit,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Wanita itu berkata, selepas puas membelasahnya lelaki berusia 30-an itu bagaikan hilang akal apabila mengambil pula bayi perempuan mereka yang demam dan ketika itu sedang tidur.
“Suami saya memukul dan mencampak bayi kami ke sofa. Akibat dicampak kira-kira dua meter, bayi saya menangis, namun suami masih berang apabila menghalau kami berdua keluar dari rumah.

“Sebaik keluar dari rumah itu, saya terus ke hospital dan sehingga kini (semalam) anak saya masih menerima rawatan. Doktor melakukan ujian imbasan untuk mengesan jika berlaku gegaran pada otak anak dan keputusannya masih belum diterima,” katanya.
Mangsa berkata, sebelum ini sudah beberapa kali dia dipukul namun kali ini suspek bertindak lebih teruk apabila bayi perempuan mereka turut menjadi mangsa.

Berikutan kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Desa Jaya dan tindakannya itu menyebabkan suaminya bertambah marah.

“Suami tahu saya membuat laporan polis kerana dia ada menghubungi dan mengugut mahu memukul saya. Katanya, apa yang berlaku adalah kesalahan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan mangsa.


Tuesday 26 November 2013

PUNCA PEMIMPIN PKR SABAH KELUAR PARTI BERAMAI-RAMAI DI DEDAHKAN !!!



Terlampau banyak campur tangan daripada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pusat antara faktor utama pemimpin daripada 11 cabang parti itu di Sabah bertindak keluar parti dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).
 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Matunggong, Datuk Jelani Hamdan berkata, tindakan itu bertentangan dengan kuasa autonomi yang dijanjikan kepada kepimpinan negeri termasuk dalam soal pelantikan ketua pembangkang dan jawatankuasa majlis pimpinan negeri parti itu.

Sebaliknya, kata beliau, kuasa pelantikan itu datang daripada seorang individu sama ada Ketua Umum parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya, Azmin Ali.

"Keputusan ini dibuat bukan soal pembangunan semata-mata, tetapi kita sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR peringkat pusat dan negeri.

"Harapkan nama parti itu sahaja keadilan tetapi apabila buat keputusan tidak melambangkan nama itu khususnya dalam soal autonomi untuk memberi kuasa penuh kepada Sabah bagi memilih pemimpin dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.





BILA ANWAR DAH TERDESAK, OPAH UMUR 80 TAHUN PON ANWAR SANGGUP LIWAT ???



Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat umpama terdesak dan cuba menyalahkan pihak lain berhubung dakwaannya sebelum ini yang mengatakan seramai 40,000 warga Bangladesh diimport untuk mengundi bagi menyokong BN pada PRU13 lalu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Anwar cuba mengalihkan pandangan kepada pihak lain selepas masyarakat telah menyedari perkara tersebut adalah satu pembohongan yang telah direka oleh pembangkang.


Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga telah mendapat serta memuat turun segala rakaman, bahan ucapan dan pelbagai maklumat yang diperoleh daripada media siber serta elektronik berhubung perkara tersebut.


“Janganlah apabila terdesak di dinding beliau (Anwar) menyalahkan perkara itu dibangkitkan oleh pihak lain. Sebaliknya, itu yang diulang di setiap negeri ketika jelajah selepas PRU13 malah sewaktu kempen juga mereka mengatakan benda yang sama,” katanya.


Beliau berkata, perkara itu turut memalukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana berita tersebut telah mendapat liputan di peringkat antarabangsa.


“Saya berharap masyarakat dapat menilai siapa yang bercakap benar dan berbohong dalam memanipulasikan serta menipu rakyat dalam hal berkenaan,” katanya.


Penafian Anwar dibuat selepas Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina menidakkan pembabitan warga Bangladesh dalam proses demokrasi di Malaysia dan menolak dakwaan kononnya 40,000 rakyat negara itu mengundi dalam pilihan raya umum lalu.



Monday 25 November 2013

PINTU HATI UMNO SENTIASA TERBUKA... PAS PULA BAGAIMANA ???



Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO bersifat terbuka berhubung kesediaan Pas untuk bermuzakarah dengan parti itu mengenai hal ehwal pentadbiran Islam di negara ini.
 
"Kita terbuka tetapi kita nak tengok apa skopnya dan kita nak minta penjelasan lanjut daripada pihak Pas," kata Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada 29 anggota Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam yang melahirkan kesediaan bermuzakarah dengan Umno dalam usaha untuk melaksana pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. 

Sementara itu, Najib berkata, ia adalah keputusan kerajaan negeri apabila Johor memutuskan cuti hujung minggu di negeri itu akan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu mulai 1 Januari depan.

"Ia adalah keputusan kerajaan negeri. Jadi mengikut Perlembagaan, kita perlu hormati apabila kerajaan negeri telah membuat keputusan," katanya.
Najib berkata, sektor swasta tidak akan terjejas kerana ia hanya melibatkan perkhidmatan kerajaan negeri.

Beliau berkata, kerajaan mewujudkan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menempatkan jabatan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di Johor Baharu.

"UTC akan dibuka tujuh hari seminggu dan orang ramai boleh memanfaatkannya," katanya.

Sabtu lepas, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan cuti hujung minggu di negeri itu ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu berkuat kuasa 1 Januari. 

Baginda bertitah hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan keberkatan hari itu hendaklah diambil peluang oleh umat Islam untuk memperbanyakkan amalan yang dituntut dan disunatkan. - BERNAMA




KISAH LAMA PELACUR KEGEMARAN PEMIMPIN PAS DI KELANTAN !!!


Sengaja aku ungkitkan cerita lama yang aku terbaca dari blog seseorang yang amat berpengaruh. Kisah yang menceritakan tentang pemerintahan sebenar sewaktu nik aziz memegang jawatang penting dalam negeri kelantan. ikuti kisahnya di bawah...

Liza, seorang Pelacur sedang bersedia untuk melayan pelanggan di premis pelacuran tidak sampai satu kilometer dari Pejabat Nik Aziz dan premis ini di dakwa dilindungi oleh MPKB Bandaraya Islam
 
Nasruddin Tantawi sahajalah harapan rakyat Kelantan untuk membersihkan segala bentuk maksiat seperti judi, pelacuran dan seks haram luar tabie yang berleluasa di Kota Bharu Bandaraya Islam. Pimpinan PAS Kelantan semuanya sudah terlalu dayus.

Ternyata Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam yang anak Nik Aziz yang bernama Nik Abduh pernah menjadi ahli majlis melindungi aktiviti-aktiviti maksiat dan pelacuran di dalam bandar Kota Bharu. Kenyataan ini memang memeranjatkan.

Setelah dua puluh tahun Kelantan di pimpin oleh Ulama dengan diperintah oleh Parti Islam, pusat placuran terancang dan karaoke-karaoke haram semakin berleluasa di Kota Bharu bahkan di dalam DUN Chempaka yang ADUN nya adalah Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul AM PAS.

Setelah sedekad Kota Bharu dimartabatkan oleh PAS sebagai Bandaraya Islam, rupa-rupanya itu hanyalah retorik politik. Itu sebenarnya penuh kepura-puraan. Itu sebenarnya penuh dengan kemunafikan.

Hari ini, saya ingin mengajak Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia untuk membersihkan Kota Bharu dari maksiat yang semakin berleluasa yang dilindungi oleh pihak berkuasa tempatan.


Shahidan, seorang pelacur Pondan yang menjalankan aktiviti di premis perlancongan berlesen di tengah bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.

Nik Aziz pula tidak perlu cabar sesiapa berdebat kerana Nik Aziz perlu bertaubat dan memikirkan bagaimana beliau mahu menjelaskan bukan kepada kami rakyat Kelantan, tetapi kepada Allah s.w.t tentang aktiviti maksiat yang dilindungi oleh Kerajaan Islam di bawah pimpinannya.

Sementara itu saya beri masa untuk anda semua melemparkan segala tuduhan kepada saya. Kata saya mabuk, kata saya kaki botol dan macam-macam lagi bagi menafikan apa yang akan saya dedahkan untuk beberapa hari yang akan datang.

Tetapi jangan dakwa bahawa aktiviti pelacuran dan lain-lain maksiat yang dilindungi pihak berkuasa memang berlaku di Kelantan tetapi kecil berbanding dengan kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional. Alasan itu tidak di terima. PAS memerintah Kelantan selama 21 tahun dan sepanjang tempoh itu ADUN PAS, EXCO PAS dan Pembangkang adalah dari kalangan orang Islam. Kota Bharu pula adalah bandar kecil sahaja.

Kalau 21 tahun PAS masih gagal menghapuskan aktiviti pelacuran di Kelantan, janganlah PAS bercakap untuk menghapuskan maksiat di Malaysia yang terpaksa Kerajaannya di kongsi dengan parti-parti bukan Islam.

Nasruddin Tantawi perlu tangguhkan dulu aktiviti menyerang majlis sambutan hari Valentine sebaliknya perlu bersihkan maksiat yang dilindungi oleh Parti Islam di Negeri Kelantan.



WALAU HARI RAYA SEKALI PON ANWAR TIDAK AKAN MINTA MAAF !!!



Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didesak agar segera meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana mendakwa seramai 40,000 warga Bangladesh telah dibawa masuk untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), Mei lepas.

Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berkata, dakwaan Anwar itu telah menyebabkan berlaku kekeliruan sehingga memberi kesan kepada pengundi tertentu untuk mengundi pada PRU-13 kerana dianggap sebagai warga Bangladesh.

"Dakwaan seperti ini mempengaruhi ramai orang dan ramai rakyat Malaysia dilayan secara tidak adil pada hari pengundian. Mereka dimarahi hanya kerana warna kulit mereka lebih gelap dan mereka dituduh sebagai warga Bangladesh.

"Anwar sebagai pemimpin pembangkang yang bertanggungjawab perlu meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana dakwaan seperti ini telah menjejaskan keputusan pilihan raya," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini semalam.

Setelah membuat dakwaan itu, Anwar baru-baru ini membuat pusingan U pula apabila menafikan membuat tuduhan bahawa kerajaan ada membawa masuk sebanyak 40,000 warga Bangladesh sebagai pengundi hantu.
Sebaliknya, Anwar menuding jari kepada penulis pro-UMNO kononnya memanipulasi isu itu.

Siew Keong berkata, pembohongan Anwar itu sama seperti episod yang berlaku pada 2008 apabila Anwar menuduh bahawa ramai wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan menyertai pakatan pembangkang dan bakal membentuk kerajaan baharu pada 16 September.








ANTARA PENIPUAN PRESIDEN PAS YANG AMAT DASYAT !!!



Pendirian Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) dipersoal kerana pada masa yang sama beliau juga mengagumi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hasan Malek berkata, Abdul Hadi seakan-akan tidak sedar bahawa rakan sekutunya itu turut terlibat dalam tuntutan yang dibuat oleh Comango.

"Saya cuma hairan apabila beliau seakan tidak sedar ataupun tidak perasan bahawa ramai orang menganggap Comango merupakan kawan baik atau sekutu Anwar.

"Tetapi Abdul Hadi pula menganggap Anwar sebagai pemimpin agung, ini yang saya rasa agak pelik sedikit," katanya semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi ketika menyampaikan ucapan dasar pada Muktamar Tahunan Pas Ke-59 yang menggesa kerajaan tidak menandatangani sebarang persetujuan yang bercanggah dengan Islam melalui sesi pendengaran Proses Semakan Berkala Majlis Hak Asasi Manusia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Hasan berkata, tindakan Pas yang menggesa kerajaan menolak sebarang usaha untuk membawa rakyat dalam negara ini mengamalkan gaya hidup bebas songsang yang terbabas daripada tabii kehidupan penciptaan manusia, harus dipuji.

Menurutnya, tindakan Presiden Pas itu yang meminta kerajaan tidak tunduk pada tuntutan Comango sangat dihargai.

"Kita amat menghargai apabila Abdul Hadi meminta kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan Comango yang mahu menghalalkan amalan kehidupan songsang, seks bebas serta lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

"Sebagai orang Islam, semua pihak bertanggungjawab mempertahankan hukum Allah yang tidak mengizinkan perkahwinan sejenis," ujarnya.









MAKIN JELAS PEMIMPIN DAP PU*I M#K KAN KAKITANGAN KERAJAAN !!!


Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi yang sedang melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini 'diserang' seorang kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) yang tidak berpuas hati dengan perkataan 'kucing kurap' yang digunakan wakil rakyat DAP itu bagi merujuk penjawat awam di negeri ini.
 
Mohd. Rofi Osman, 58, dengan lantang mendesak Jeff menarik balik kenyataan tersebut dan meminta maaf secara terbuka kepada semua kakitangan MPPP.
Bagaimanapun, Jeff seolah-olah tidak mengendahkan tuntutan Mohd. Rofi yang ditemani isterinya, Aminah Abdullah dan cuba mengelak daripada bersemuka dengan mereka.

Beberapa pembantunya cuba menghalang kedua-dua mereka daripada menghampiri ketika Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri itu mengadakan sidang akhbar berhubung penjaja haram di kawasan berkenaan.

Berikutan 'serangan' tersebut, Jeff terpaksa menamatkan segera sidang akhbar berkenaan lalu beredar dari situ.


JEFF Ooi (kanan, berkaca mata) enggan menemui kakitangan MPPP, Mohd. Rofi Osman (kiri, mengangkat tangan) yang meminta Ahli Parlimen Jelutong itu menarik balik perkataan 'kucing kurap' tang digunakannya merujuk kakitangan awam di Pulau Pinang, ketika beliau melawat Pasar Awam Jelutong di sini hari ini.





KANTOI WAKTU SEDANG PING PONG !!! HAHAHAHA....



BATU PAHAT: Dengan mengenakan bayaran tambahan RM50, pekerja pusat urut dan refleksologi di sebuah premis di Jalan Mohd Khalid di sini, sanggup menawarkan khidmat tambahan 'ringan-ringan' dan urutan 'ping pong'.

Dengan bayaran itu juga, wanita terbabit sanggup berbogel dan melakukan urutan badan ke badan kepada pelanggan. 

Aktiviti tidak bermoral itu bagaimanapun berjaya dikesan Jabatan Imigresen Johor Bahru yang menyamar pelanggan dalam Op Bersepadu 6P di tiga pusat urut berasingan di lokasi berkenaan pada jam 5.30 petang, hari ini.

Hasilnya, 18 wanita warga asing membabitkan lapan Thailand dan 10 China berusia 20 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua operasi yang juga Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor Khairulanuar Abu Bakar berkata, serbuan dilakukan hasil aduan awam serta risikan.


Sunday 24 November 2013

MUSLIMAT PAS KECEWA DI HARAMJADAHKAN OLEH MUSLIMAT PAS ???



Dewan Muslimat Pas kesal apabila ada dalam kalangan ahli parti yang menganggap haram mengundi calon Muslimat pada pilihan raya umum lepas. 

Ketua Dewan Muslimat, Siti Zailah Mohd. Yusoff berkata, ia berikutan terdapat anggota dan kepimpinan yang tidak mengiktiraf calon Muslimat di kerusi Dewan Undangan Negeri atau Parlimen. 

"Ini adalah bercanggah dengan keputusan Majlis Syura Ulama dan saya amat berharap perkara ini dapat diselesaikan. 

"Jika hendak Muslimat ke depan untuk bersaing dengan kepimpinan wanita dalam parti lain, untuk berdepan dengan Wanita dan Puteri UMNO, maka Muslimat perlu diposisikan agar mempunyai kemampuan yang sama," katanya pada sesi penggulungan Muktamar Pas ke-59 di sini, hari ini. 

Siti Zailah berkata, pihaknya tidak mendambakan jawatan pada peringkat pusat namun mengharapkan kerjasama mantap kerana Muslimat turut sama memainkan peranan besar dalam melaksanakan perjuangan parti. - BERNAMA





Tuesday 19 November 2013

PAS TIPU MELAYU PASAL HUDUD, DAP YANG UNTUK BESAR SEKARANG NI !!!



Harapan rakyat Kelantan untuk melihat pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan meskipun telah dijanjikan sejak tahun 1990 nampaknya terpaksa ditangguhkan lagi selepas Kerajaan Pas Kelantan mengakui masih belum bersedia melaksanakannya.
 
Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, ini berikutan persediaan untuk melaksanakan hukum hudud setakat ini hanya terhad kepada soal infrastruktur semata-mata sebaliknya dalam soal perundangan, masih banyak perlu dilakukan.

Beliau turut mengakui Jawatankuasa Teknikal Hudud yang dibentuk pada Oktober 2011 belum pernah mengadakan sebarang mesyuarat kecuali beberapa pertemuan biasa di antara ahlinya sebanyak empat kali.



"Saya kena jelaskan kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan (Datuk Daud Muhammad) itu bahawa bersedia itu daripada segi infrastruktur maknanya bangunan sudah ada cuma apa yang perlu ditambah adalah jumlah hakim dan kita perlu mewujudkan satu mahkamah khas untuk melaksanakan hudud.



"Sebab itu kita ada bajet RM1 juta untuk infrastruktur, cuma kena bagi masa sikitlah kepada kita, benda ini tidak boleh buat dengan tergesa-gesa, kita nak tengok daripada segi perundangan dan sebagainya, kita tidak mahu kita buat ini bertembung dengan banyak halangan, kita cuba melakukannya sebaik yang boleh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.



Mohd. Amar berkata demikian ketika mengulas penjelasan Daud seperti dilaporkan Utusan Malaysia Khamis lalu bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan enakmen itu yang dibentuk pada tahun 1993 bila-bila masa sekiranya Kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakannya.

Mengenai jawatankuasa itu, Mohd. Amar berkata mesyuarat hanya dijangka berjalan antara bulan Disember ini atau Januari tahun depan melibatkan pakar-pakar dalam perundangan Islam dan ahli akademik.





TERKINI... KARPAL SINGH BABIKAN PEMUDA PAS MALAYSIA ???



Pengerusi DAP, Karpal Singh menempelak Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang menuduhnya berbohong ketika menafikan pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.
 
Sambil memberi amaran supaya Raja Ahmad Iskandar berhati-hati dalam membuat kenyataan, Karpal turut menuduh Raja Ahmad Iskandar berbohong.
"Raja Ahmad (Iskandar) sepatutnya lebih berani untuk mengeluarkan keseluruhan transkrip yang akan menunjukkan saya merujuk supaya Pas mengadakan unit yang dibarisi oleh penyokong bukan Islam yang bukan ahli secara langsung, sekali gus mengecualikan Pas dalam organisasi politik yang saya maksudkan," katanya seperti dipetik menerusi portal propembangkang, Malaysiakini hari ini.

Semalam, Raja Ahmad Iskandar mendakwa mempunyai bukti Karpal berbohong apabila menafikan beliau pernah meminta supaya pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana membahayakan negara.

Beliau mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang, 5 November lalu.

Raja Ahmad Iskandar berkata, menerusi penelitian mereka terhadap rakaman tersebut jelas menunjukkan Karpal telah berbohong apabila menyatakan beliau tidak langsung menyarankan supaya Pas dibatalkan pendaftarannya sedangkan yang sebenarnya adalah sebaliknya.

Dalam pada itu, Karpal berkata, tuduhan Raja Ahmad Iskandar itu merupakan 'penipuan' (unadulterated lie) kerana dibuat berdasarkan rakaman sidang akhbar yang tidak lengkap ketika beliau membuat kenyataan mengenai isu tersebut.

Malah, Karpal menegaskan, Pas sepatutnya berterima kasih kepada beliau berbanding mendesak supaya memohon maaf menerusi seorang ahli politik yang digambarkan beliau tidak berpengaruh (minor politican) seperti Raja Ahmad Iskandar.





RAHSIA PAS LACURKAN AGAMA ISLAM TELAH TERBONGKAR !!!



Kerajaan Pas Kelantan didesak berterus-terang sama ada bersungguh-sungguh melaksana hukum hudud di negeri ini atau sebaliknya.
 
Desakan tersebut dibuat rakyat negeri ini berikutan Jabatan Kehakiman Syariah Kelantan mendedahkan pihaknya mempunyai kemudahan sekiranya Kelantan ingin menguatkuasakan undang-undang tersebut dalam masa terdekat.

Seorang penduduk, Mustapha Mohd. Ali, 58, berkata, dia meminta kerajaan negeri menjelaskan status sebenar pelaksanaan hukum hudud di negeri ini selepas lebih 20 tahun memerintah namun masih gagal dilaksanakan meskipun beberapa kali isu mengenainya dibangkitkan.

"Sekarang bukan lagi masanya Pas Kelantan hendak bermain tarik tali dalam isu hudud ini. Mereka perlu tegas, beri penjelasan sama ada akan laksanakan hudud atau sebaliknya. Kalau memang hendak buat, jelaskan bila akan buat.
"Kalau masih ada perkara yang tidak lengkap, apa lagi perkara yang tidak lengkap itu, mereka perlu jelaskan juga kepada rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Bagi Azman Ismail, 44, Pas Kelantan sering menimbulkan kekeliruan dan tidak memuaskan hati rakyat ketika menjawab isu pelaksanaan hukum Islam itu di negeri ini setiap kali dibangkitkan.

"Jawapan lazim mereka adalah tidak boleh tergesa-gesa, kena dapatkan pandangan pakar undang-undang dahulu. Sudah lama rakyat dengar alasan dan jawapan seperti ini," katanya.

Azman turut mempersoalkan, kredibiliti kerajaan negeri yang terpaksa mengambil masa begitu lama untuk mendapatkan pandangan pakar undang-undang bagi melaksana hukum tersebut sedangkan enakmen berkaitan telah diluluskan sejak 1993.

Sementara itu, Rosli Shafen, 44, berpendapat, hudud Pas Kelantan adalah retorik semata-mata bagi menarik sokongan pengundi terhadap parti itu.
"Jika Pas betul-betul hendak laksanakan hukum itu mereka tidak perlu tunggu hingga 25 tahun, tambahan sekarang ini mereka bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, lagi menyukarkan mereka," katanya.





Friday 15 November 2013

SAH... KEDAI WANGGEI IPOH MEMANG PENGOTOR !!!



IPOH: Sebuah restoran diserbu serta mendapat notis penutupan sementara oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, di sini, sebentar tadi.

Notis arahan penutupan dikeluarkan kepada pemilik premis Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah di Jalan Yang Kalsom di sini bermula jam 5 petang hari ini hingga 28 November. 

Ia berikutan premis perniagaan berkenaan didapati tidak bersih dan disucikan keadaannya sehingga mungkin mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang awam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983.




Member BSK