Jumlah Pengunjung

Wednesday 31 October 2012

DAP PULAU PINANG LUDAH UMAT ISLAM !!!


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Datuk Abdul Malik Kassim berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima tuntutan tersebut daripada penganjur majlis berkenaan.
“Saya tidak diberi tahu mengenai tuntutan berkenaan dan hanya mengetahuinya melalui akhbar.
“Oleh itu, tidak perlu untuk saya memberikan sebarang komen berhubung tuntutan-tuntutan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.





KAFIR HARBI GUNAKAN MELAYU ISLAM DALAM PERHIMPUNAN BERSIH 3.0 !!!

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said dan Pengerusi perhimpunan Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga bersama 11 individu lain yang terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah memfailkan tuntutan balas terhadap Kerajaan Malaysia.

Pada 15 Mei lalu, Kerajaan Malaysia menyaman Ambiga bersama kumpulan terbabit untuk menuntut ganti rugi khas RM122,000 atas dakwaan gagal mengawal perhimpunan yang diadakan pada 28 April lalu.
Samad pula bersama kumpulan itu dalam tuntutan balasnya mendakwa kononnya pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah bertindak menindas dengan sewenang-wenangnya dan secara tidak berperlembagaan.

Menurut Samad, pada 28 April lalu media massa telah memberikan liputan meluas sehingga mencemarkan reputasi Bersih 3.0 dan reputasi mereka.
Sehubungan itu, Samad dan ahli kumpulannya menuntut supaya Mahkamah Tinggi di sini mengisytiharkan Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak sah dan tidak berperlembagaan.

Mereka turut menuntut ganti rugi am dan teladan dengan jumlah yang tidak dinyatakan.
Tuntutan balas Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad Mohamed Said difailkan menerusi firma guaman Tetuan Shearn Delamore pada 11 Oktober lalu.
Peguam Kanan Persekutuan, Azizan Md. Arshad yang mewakili Kerajaan Malaysia selaku plaintif dalam saman induk memberitahu pemberita, Hakim Datuk John Louis O’Hara menetapkan 11 Disember depan bagi pengurusan kes saman itu





NIK AZIZ DESAK AHLI PAS UNTUK MERAYU AGAR DIA BERTANDING LAGI !!!

Isu peletakan jawatan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam politik semakin hangat diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan beliau semakin uzur dan akan bersara tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Menteri Besar Kelantan itu menyangkal dakwaan yang mengatakan beliau akan bersara setelah 22 tahun memegang jawatan tersebut.

“Syukur saya sihat dan masih boleh berkhidmat dan kita hanya perlukan akal yang bijak dan tajam untuk melakukan sesuatu perkara, bukan sahaja tubuh badan yang sihat.

“Badan sihat dan pemikiran yang tajam dan matang perlu untuk semua ini demi memartabatkan slogan negeri ini 'Membangun Bersama Islam'.

"Kami selalu berbincang pelbagai cara untuk memartabatkan slogan ini selaras dengan tindakannya,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Inovasi Peringkat Negeri Kelantan 2012 di Kompleks Kota Darulnaim, semalam.

Mursyidul Am Pas itu turut menegaskan, beliau masih lagi mampu untuk menerajui pucuk kepimpinan Pas dalam usaha menyatupadukan umat Islam.

"Saya bersedia untuk Pilihan Raya Umum akan datang kerana saya yakin Pas mempunyai kekuatan yang sendiri dan saya akan berundur bila tiba masanya nanti," katanya.

Nik Aziz berkata, isu kesihatan beliau bukanlah satu perkara yang perlu diketengahkan kerana apa yang penting adalah kekuatan minda dan fikiran untuk berjuang.

Beliau berkata, Islam secara asasnya menggalakkan budaya kreatif dan inovasi di kalangan umatnya dan perkara itulah yang perlu diketengahkan pada zaman sekarang.

"Hasil inovasi dan kreativiti ini nanti diharap dapat memberikan pulangan yang bermutu untuk perkhidmatan awam khususnya dan seluruh rakyat Kelantan amnya," katanya.




Tuesday 30 October 2012

RAHSIA DI SEBALIK AGENDA DAP SEBENARNYA !!!

Suatu ketika dulu, ramai kalangan pemimpin dan penyokong PAS yang begitu teruja dan terpesona dengan kepimpinan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Pulau Pinang, pernah menyamakan Setiausaha Agung DAP itu sebagai setaraf dengan Khalifah Umar Al-Khattab.

Sehinggakan ada segelintir pemimpin PAS yang secara sedar mendoakan kesejahteraan kepimpinan Guan Eng di Pulau Pinang semasa Khutbah Jumaat dibacakan.

Pelik? Tiada peliknya. Bagi PAS kepentingan undi dan kuasa duniawi amat penting dan kerana itu amat dihargai nilai persahabatannya dengan kafir harbi DAP berbanding persaudaraan sesama Islam.

Dalam pada PAS begitu teruja dengan 'kehebatan khalifah' Guan Eng, selang beberapa ketika kemudiannya beliau dinugerahkan dengan gelaran sebagai Father Joseph dari Gereja St. Anne, Bukit Mertajam sebagai perhargaan di atas sumbangan dana kepada gereja tersebut.

Penganugerahan gelaran Father Joseph kepada Guan Eng itu sebenarnya tidaklah mengejutkan, walaupun selama ini beliau sering berahsia berkaitan status agamanya.

Namun bagi penyokong PAS yang acapkali memuja muji Guan Eng konon bakal mengulangi kegemilangan Khalifah Umar Al-Khattab, tak sedikit yang terpinga-pinga apabila mengetahui rupa-rupanya Guan Eng adalah seorang penganut Kristian yang amat taat pada agamanya.

Mungkin ini dapat menjawab persoalan kenapa tiba-tiba sahaja perarakan Maulidur Rasul tidak lagi diadakan di Pulau Pinang. Barangkali ini semua adalah gara-gara betapa 'mesranya' Setiausaha Agung DAP itu dengan gaya kepimpinan ala khalifahnya yang selama ini di puja oleh PAS agaknya

Selain Guan Eng dan isterinya, Betty Chew, ramai lagi pemimpin DAP yang sedang menonjol tika ini rata-ratanya beragama Kristian, antaranya Terresa Kok, Ronnie Liew, William Leong, Ngeh Koo Ham @ James, Nga Kor Ming @ David, Tony Pua dan Hannah Yeoh.

Sebahagiannya dari mereka diketahui umum cukup keras dalam mencuit hak umat Islam termasuklah pernah mempertikaikan azan subuh, bacaan Al-Quran, tulisan jawi pada papan tanda jalan, mendesak penggunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan kitab Kristian dan gereja serta beberapa isu sensitif yang lain.

Selain itu, dikalangan pemimpin PKR pula seperti Xavier misalnya serta beberapa yang lain juga pernah mencetuskan kontroversi termasuklah menyampaikan 'tazkirah' di ruang utama solat surau.

Malah beberapa orang dari mereka juga merupakan orang kuat gereja yang pernah terbabit secara tidak langsung dalam usaha memurtadkan orang Islam.


DAP tetap DAP, sementelah lagi kini DAP sudah dikuasai kumpulan pemimpin yang beragama Kristian yang agak vokal mempertikaikan hak agama dan umat Islam, tidak mustahil mereka akan semakin berani mempolemikkan pelbagai isu sensitif berkaitannya.

Manakala PKR pula walaupun dikuasai oleh Anwar Ibrahim, namun kebanyakan hala tuju politiknya terlalu dekat dengan unsur Kristian termasuklah cukup sinonim dengan budaya candle light virgil serta pernah menamakan seorang penganut Kristian, Baru Bian sebagai bakal Ketua Menteri Sarawak.

Jelas sekali kerjasama dan persahabatan PAS dengan DAP tidak pun berjaya mengubah kepercayaan Guan Eng ataupun menyebabkan DAP semakin berlembut dengan Islam ataupun membawa PKR semakin dekat dengan Islam.

Sebaliknya yang berlaku, PAS pula semakin liberal dengan pendiriannya sehinggakan terikut-ikut rentak DAP serta PKR dengan melupakan terus semua perjuangannya untuk mendirikan Negara Islam dan menegakkan hukum hudud ala PAS.





GIAT MARA LAHIRKAN 35,000 PELATIH... SATU LAGI PRODUK BARISAN NASIONAL....

Sebanyak 35,000 pelatih yang dilengkapi pelbagai kemahiran berjaya dilahirkan di 231 Pusat GiatMara di seluruh negara setiap tahun.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, jumlah pengeluaran modal insan berkemahiran itu diyakini dapat ditingkatkan selepas GiatMara Stampin yang bernilai RM7 juta dirasmikan.

"Anak-anak muda ini bukan hanya mempunyai kemahiran bahkan turut dibantu dan dibimbing menjadi usahawan yang berjaya dan mampu berdikari dengan sokongan pelbagai agensi kerajaan.
"Sebagai contoh, bagi pelatih dalam bidang pembaikan motosikal, mereka berpeluang mendapatkan bantuan melengkapkan bengkel mereka dengan peralatan yang diperlukan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Pusat GiatMara Stampin, Kuching Sarawak baru-baru ini.
Yang hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri, Datuk Len Talif Salleh; Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar, Julaihi Narawi; Timbalan Ketua Setiausaha Sektor Ekonomi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Yussof Dohab; Pengerusi GiatMara, Datuk Shahiruddin Abd. Moin dan Ketua Eksekutifnya, Meriyam Abd. Majid.
Sementara itu, Mohd. Shafie dalam buku cenderamata pelancaran Giat Mara Stampin berkata, menjadi harapannya melihat GiatMara terus memainkan peranan penting melahirkan modal insan berkualiti.
Katanya, perkara itu sekali gus bagi menjayakan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebuah sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Jelas beliau, impak globalisasi itu telah memberi kesan langsung kepada corak dan sistem pendidikan secara keseluruhannya.
"Pendidikan teknikal dan vokasional telah diberi nafas baharu dan menjadi sebahagian daripada komponen penting dalam Pelan Transformasi Pendidikan Negara.
"Perkara itu turut menitikberatkan kelahiran modal insan yang kritis, kreatif dan inovatif tanpa mengabaikan nilai-nilai murni," katanya.





Monday 29 October 2012

BLOGGER PEMBANGKANG MELACURKAN AGAMA ALLAH !!!

Blogger pembangkang kini beralih kepada strategi melaga lagakan kepimpinan umno di peringkat negeri dengan kepimpinan di peringkat nasional. Mereka sengaja mereka reka cerita berkenaan adanya calon calon MB akan dicantas kerana mahu meletakkan calon pro Dato Seri Najib. Walhal kesemua ahli ahli umno adalah penyokong kuat Dato Seri Najib dan Tan Sri Mahyudin juga adalah penyokong yang paling kuat Mempertahankan kepimpinan Dato Seri Najib. Tektik kotor ini dapat dihidu apabila blogger pembangkang kini ketandusan isu dalam memburuk burukkan umno dan Dato Seri Najib kini amat disenangi oleh rakyat. Menteri Besar Perak juga sering diserang bertubi tubi oleh blogger pembangkang dalam siri siri fitnah mereka yang bertali arus. Pembangkang lebih tertumpu dalam isu politik melebihi daripada isu rakyat. Didalam sidang dun perak juga mereka lebih banyak melahirkan rasa tidak puas hati akan isu peribadi. Sepatuynya mereka membawa isu rakyat dan kawasan dun yang mereka wakili. Contoh terbaru ialah apabila fitnah yang dilontarkan kepada Dato Seri Zambry berkenaan isu rumah perak. Agak mengejutkan apabila blogger pro kerajaan yang telah menjawab dengan jujur telah dituduh dan dilaporkan kepada pihak polis atas tuduhan mengeluarkan rahsia kerajaan. Tujuan pembangkang sebenarnya bukan mahu berkhidmat kepada rakyat tetapi sebaliknya mahu menganiaya pemimpin umno. Rakyat harus menolak pembangkang dalam pru ini kerana mereka sebenarnya bukan mahu berkhidmat kepada rakyat tetapi sebaliknya hanya mahukan kuasa. Klik dibawah untuk lihat fitnah pembangkang...
http://mediaperak.net/2012/10/29/zambry-digugurkan-dari-jawatan-mb-haram-perak/


KARPAL SINGH... TAHUKAN ANDA TENTANG KENYATAAN DIA SEBELOM INI !!!

Pada 6 Februari 2009 Karpal Singh telah mengeluarkan kenyataan biadap kepada Sultan Melayu di Malaysiakini.

 Beliau berkata "Saya meminta Sultan menghenti dan berhenti daripada melantik seorang Menteri Besar BN dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini".Kenyataan ini boleh dibaca di Malaysiakini. Ini menunjukkan bahawa DAP cuba untuk menghapuskan kuasa Sultan dan Raja-Raja Melayu.
 



WAN AZIZAH NI PRESIDEN APA !!!

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu segera campur tangan serta bertegas di dalam konflik yang berlaku di Selangor kerana beliau merupakan ketua PKR iaitu parti yang telah diberi mandat memerintah negeri berkenaan. Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berkata, jika Wan Azizah enggan mengambil tanggungjawab tersebut, adalah lebih baik beliau meletakkan jawatan.
Malah, kata Muhamad Rahimi, sekiranya isteri kepada Ketua Pembangkang itu berpendapat kepimpinan parti tidak lagi dapat dikawal ekoran isu yang melanda Selangor pada masa ini, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu wajar mengambil tindakan membubarkan PKR.
''Berhentilah jadi seorang presiden parti hanya semata-mata Wan Azizah isteri Anwar. Wan Azizah sepatutnya menjadi presiden parti yang mampu memainkan peranan yang lebih penting termasuk boleh mengawal setiap masalah.




Sunday 28 October 2012

PAS TANAM KEBENCIAN PECAH BELAHKAN UMAT ISLAM MALAYSIA !!!

Khutbah 'kebencian' yang dikeluarkan oleh Dewan Ulama Pas Kelantan (DUPK) akan menyebabkan jurang perpecahan dalam kalangan umat Islam dan Melayu di negara ini semakin melebar. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, menanam kebencian kepada pemimpin adalah salah satu budaya yang dilakukan oleh parti tersebut semata-mata untuk mencapai matlamat politiknya, biarpun perkara itu akan memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.
Beliau berkata, khutbah pada Hari Raya Aidiladha memainkan peranan besar untuk menyatupadukan umat Islam, khususnya di Kelantan.

"Aidiladha adalah hari yang penting untuk kita bersyukur dengan nikmat Allah dan pengorbanan Nabi Ibrahim. Itu yang harus ditekankan, tidak perlu perkara lain diselit dalam khutbah terutama menjurus kepada kebencian dan ini amat malang bagi kita umat Islam.




ZULFAHMI KEJAR SEMULA PELUMBA LAIN DI AUSTRALIA !!! DOA DARI RAKYAT MALAYSIA YANG TERBAIK UNTUK ZULFAHMI...

PHILLIP ISLAND - Pelumba Moto3 negara, Muhammad Zulfahmi Khairuddin bangkit pada saat akhir pusingan kelayakan, semalam untuk catatan lima terpantas bagi menempah barisan kedua perlumbaan Grand Prix Australia hari ini.
Litar Phillip Island terus menguji kecekalan pelumba berusia 21 tahun itu selepas motosikalnya berdepan bermasalah ketika terikat pada kedudukan 17.
Enam belas minit sebelum berakhir sesi kelayakan selama 40 minit, bendera amaran hujan dikibar dan harapan seolah-olah tertutup sehinggalah 10 lagi menjelang tamat sesi itu, apabila semua penunggang termasuk Zulfahmi kembali beraksi untuk memperbaiki catatan masa masing-masing.
Pelumba AirAsia SIC Ajo Racing Team itu yang menduduki tempat ke-27 tahun lepas dalam kelas 125cc, kembali memecut selepas jenteranya yang berkuasa 250cc diberi sentuhan baru oleh para mekanik pasukan.
Dari kedudukan tangga ke-17, Zulfahmi meningkat ke tangga kesembilan dan meneruskan pecutannya untuk satu lagi lap terakhir.
Dalam sesi kelayakan semalam, Sandro Cortese mencatat masa terpantas satu minit 38.334 saat manakala Zulfahmi mencatat 1.39.229s.
Dia akan memulakan perlumbaan hari ini di barisan kedua bersama Danny Kent dan Miguel Olivera yang masing-masing menempah petak keempat dan keenam.
Sementara Cortese yang baharu sahaja dinobatkan selaku juara dunia kategori Moto3 di Litar Antarabangsa Sepang dan pemenang kelas 125cc tahun lalu akan menyertai rakan senegara dari Jerman, Jonas Folger yang mencatat 1.38.727s dan pelumba Sepanyol, Efren Vasquez ketiga terpantas dengan catatan 1.39.179s.
Mengulas persembahan Zulfahmi, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Razlan Razali berkata, pelumba itu berjaya mengawal keadaan dengan baik sekalipun berdepan dengan masalah.
"Ini membuktikan dia memiliki kualiti pelumba yang baik. Dia menunjukkan kematangan ketika berdepan situasi cemas dan masih memiliki semangat berjuang yang tinggi untuk bangkit mencari kedudukan terbaik walaupun ketinggalan pada awalnya.
"Posisi kelima membolehkan dia bersaing dengan kelompok utama. Apa yang diperlukannya sekarang adalah menyusun strategi yang baik untuk mendapatkan keputusan terbaik. Peluang menaiki podium tidak mustahil jika strateginya tepat, seperti yang dilakukannya di Sepang," kata Razlan.
Dengan GP Australia dan GP Valencia yang masih tinggal, Zulfahmi setakat ini mengumpul 112 mata.




Saturday 27 October 2012

SALMAN NAK JADI SALMAN KHAN !!! kui..kui..kui...

Budak nizar ni amat marah bila fitnahnya keatas Menteri Besar Perak berkenaan dengan rumah perak yang telah berjaya dicantas oleh blogger pro kebenaran iaitu PCT dan Bicara Perjuangan. Dalam fitnahnya yang berbentuk provokasi dan sekaligus telah dijawab dengan fakta bahawa rumah perak di batu feringghi itu sebenarnya tidak dijual, telah membuatkan salman cuba mengalihkan perhatian dengan meminta campurtangan polis dengan mendakwa maklumat tersebut di bawah akta osa.

Terbuktilah si salman ini sebenarnya tidak mahu rakyat mengetahui akan perkara yang sebenar dan cuba menggunakan undang undang untuk menekan sesiapa sahaja yang membawa kebenaran. Tindakan si salman ini juga dilihat sebagai tindakan yang terdesak untuk cover kebodohannya yang cuba meraih populariti dan mungkin mahu menjadi calon untuk pakatan pembangkang pada pru yang akan datang.

Harapan dia ialah serangannya terhadap Menteri Besar Perak yang bertali arus itu akan menaikkan sedikit milage nya sebagai calon. Macamana lah budak mental ni boleh terfikir nak jadi calon. Aku harap pas tak ambil dia ni sebagai calon. Tahap mental dia ni sama macam mental si nizar meroyan yang menyalak tak tentu pasal yang mengejar populariti.

Baca bawah ni bukti salman dah panik...

http://perakitedaily.blogspot.com/2012/10/pas-perak-gesa-siasat-blogger-dedah.html

Aku pun hairan dengan puak mental ni. Sekejap tak percaya pada polis tapi sekejap mengadu pada polis. Kadang kadang macam pondan pun ada bila asyik nak mengadu je. Sikit sikit mengadu. Mungkin sikap yang suka mengadu tu lah yang Anwar rasa teruja ngan budak ni kot. Yang hairannya kalau kita baca balik blog PCT tu takde pula dokumen perjanjian yang diletakkan. Yang ada hanyalah jawapan kepada soalan bodoh si salman tu. si salman ni nak apa sebenarnya? Bila dia tanya soalan dan beejaya dijawab dengan berfakta, tapi dia pula mengadu pada polis atas alasan dibawah osa pulak.

Engko betul betul bebal la salman. Engko nak menipu rakyat dengan otak bebal engko tu ke? Engko ingat rakyat bodoh ke sampai boleh terpedaya dengan game politik bodoh engko tu.

Aku nak tanya engko satu perkara, soalan engko yang berbentuk fitnah tu dah terjawab ke atau tidak?

Engko tak puas hati dengan jawapan tu ke atau engko tak puas hati pasal soalan bodoh engko tu dapat dijawab?

Baca jawapan kepada soalan fitnah salman...

http://perakct.blogspot.com/2012/10/fitnah-pas-isu-rumah-perak-di-batu.html





Friday 26 October 2012

NURUL IZZAH JANJI PARIA !!!


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dituntut menunaikan janji memberi elaun saraan kepada warga emas dan suri rumah Lembah Pantai, yang dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu. Janji tersebut dikatakan menjadi punca pengundi ‘terpaksa’ beralih arah kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) di Lembah Pantai ketika itu tidak mampu untuk menjanjikan perkara sama.
Perkara itu didedahkan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga pesaing Nurul Izzah bagi kerusi Parlimen Lembah Pantai pada 2008.
Shahrizat berkata, perkara itu antara perkara utama yang dijanjikan ketika kempen dibuat.
Menurutnya, beliau masih ingat ia antara yang ditanya pengundi adakah BN juga dapat menjanjikan hal sama.
“Ketika saya melawat rumah ke rumah, wanita dan warga emas di Lembah Pantai memberitahu yang mereka dijanjikan pemberian elaun sara diri sebanyak RM600 hingga RM1,500 mengikut kawasan, dan mereka tanya adakah saya boleh janjikan hal sama. Saja kata saya tidak mampu untuk berjanji kerana ia mustahil.
“Sehingga kini janji tersebut tidak dilunaskan. Janji untuk menjual unit-unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) juga diusahakan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, selaku Pengerusi BN Lembah Pantai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra Jentera Wanita Umno Lembah Pantai, bersama Raja Nong Chik, di sini, kelmarin.
Pertemuan antara Shahrizat dan Raja Nong Chik pada majlis tersebut sekali gus menolak dakwaan berhubung kekeruhan hubungan antara mereka yang didakwa pihak Pakatan Rakyat (PR) disebabkan perebutan calon bagi Lembah Pantai.
Malah pada pertemuan tersebut, Shahrizat turut menyatakan sokongannya terhadap Raja Nong Chik sebagai calon BN untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai pada PRU13.
“Beliau bersama-sama saya di Lembah Pantai sepanjang tiga penggal saya menjadi Ahli Parlimen di sini (Lembah Pantai).
“Saya bersama jentera Wanita akan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada beliau sebagai calon Parlimen Lembah Pantai seterusnya merampas kembali kerusi tersebut,” katanya.
Raja Nong Chik dalam pada itu berkata, beliau tidak terkejut dengan sokongan yang dinyatakan Shahrizat kerana telah sedia maklum sejak awal lagi.
Katanya, hubungan mereka tidak seperti digambarkan pihak pembangkang yang sememangnya menginginkan perpecahan dalam Umno.
“Semasa dalam Kabinet, saya duduk sebelah Shahrizat. Saya akui kadang-kadang saya ada perbezaan pendapat, tapi saya tidak pernah bergaduh dengan beliau,” katanya.


Thursday 25 October 2012

KISAH BENAR POCONG GANGGU PENDUDUK DI KAMPUNG TERSUSUN RAJA BASHAH KUALA KURAU PERAK !!!

KERIAN - Penduduk kampung tersusun Raja Bashah Kuala Kurau, di sini gempar dengan gangguan kelibat lembaga berkain putih atau dikenali sebagai hantu ‘pocong’ sehingga menyebabkan sebahagian besar mereka takut keluar rumah terutama waktu malam.
Seorang saksi kejadian, Mohd Desa Ahmad, 52, berkata, cerita kewujudan hantu itu mula tersebar di seluruh kampung sejak tiga bulan lalu apabila sebanyak tiga kes penemuan lembaga berkenaan dilaporkan sehingga kini.
Menurutnya, pengalaman terserempak dengan lembaga menyerupai hantu pocong benar-benar memberi igauan buruk setelah sebelum ini menganggap dakwaan beberapa penduduk sebagai tidak berasas.

“Kejadian itu berlaku semasa saya sedang mengambil angin di luar rumah baru-baru ini dan tercium bau aneh seakan-akan bau tanah kubur sewaktu sedang menghisap rokok.

“Pada masa sama, saya mendapati terdapat sebuah motosikal sedang melintasi hadapan rumah dan alangkah terkejutnya apabila terdapat satu objek berbungkus kain putih sedang ‘membonceng’ motosikal itu tanpa disedari penunggangnya,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di rumahnya di sini semalam.

Mohd Desa berkata, dia tergamam melihat objek berbungkus itu buat seketika, bagaimanapun keadaan menjadi lebih mengerikan apabila muncul di hadapannya secara tiba-tiba.
“Sedang saya tergamam melihat kejadian itu, tiba-tiba objek itu hilang dan paling memeranjatkan, lembaga itu muncul di hadapan saya dalam jarak 10 meter.
“Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika ini dan saya segera meluru masuk ke dalam rumah dan menutup semua tingkap serta pintu tanpa berfikir panjang,” katanya.
Seorang lagi saksi kejadian, Salleh Mat, 58, berkata, semasa kejadian dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berehat di ruang tamu sambil menonton televisyen pada jam 11 malam.
“Pada masa itu saya hendak menutup pintu belakang rumah kerana sudah lewat malam. Saya perasan ada kelibat seseorang di luar rumah berpakaian serba putih namun tidak berapa jelas kerana keadaan pada masa itu terlalu gelap.
“Saya pun turun dari rumah dan memberanikan diri untuk melihat dengan lebih dekat. Bagaimanapun, kelibat lembaga itu merupakan sebuah objek berbungkus yang menyerupai tubuh mayat yang dikafankan,” katanya.
Salleh yang terperanjat dengan kejadian itu terus memasuki rumah dan mengunci semua pintu dan tingkap sehingga menimbulkan kehairanan isteri dan anak-anaknya.

“Saya yakin lembaga yang saya lihat merupakan hantu pocong berdasarkan bentuk sama seperti manusia yang dikafankan di mana kain yang membaluti tubuh amat pudar selain mempunyai satu ikatan di atas kepala,” katanya.

Sementara itu, sumber dari penduduk asal kampung menceritakan kejadian ini dikatakan sering berlaku semasa pembukaan kampung ini sekitar tahun 1980-an sebelum isu itu lenyap beberapa tahun kemudian.

Bagaimanapun, kejadian penduduk ‘diganggu’ hantu pocong berulang kembali dipercayai berpunca perlaksanaan projek penempatan semula penduduk kampung yang dikatakan ‘mengganggu’ kediaman asal makhluk halus di sini.

“Berdasarkan cerita orang tua sebelum ini, kampung ini sebelum dibuka dipenuhi hutan nipah dan hutan paya bakau. Dikatakan pelbagai perkara buruk berlaku semasa pembukaan kampung.

“Ia disebabkan di kawasan hutan nipah ini terdapat banyak kubur-kubur lama yang tidak bertanda selain sebuah kubur ‘keramat’ yang dikatakan turut terletak di kawasan kampung kami,” katanya.

Seorang lagi penduduk yang ingin dikenali sebagai Radhi berkata, lokasi pangkalan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuala Kurau dan kawasan sekitarnya dikatakan berasal dari tapak perkuburan lama yang banyak terdapat di kawasan itu.

“Semasa pembinaan pangkalan itu, terdapat gangguan sebegini dialami penduduk kampung sebelum perkara sama berulang kembali sejak tiga bulan.

“Kami tidak menolak kemungkinan ‘kemunculan’ kembali makhluk berkenaan disebabkan kerja pembinaan penempatan semula penduduk kampung yang sedang dijalankan yang dipercayai menyebabkan makhluk itu ‘marah’ dan mengganggu kami,” katanya.



ALLAH TAALA BUKTIKAN NEGERI KELANTAN KURANG PELUANG PEKERJAAN !!!

Rakyat Kelantan merupakan yang tertinggi memohon pekerjaan melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sejak tiga tahun lalu disebabkan kekurangan peluang pekerjaan di negeri ini. Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, sejak tahun 2009 sehingga tahun lepas seramai 495,000 daripada 1.2 juta pemohon pekerjaan daripada Gred 1 sehingga Gred 41 adalah berasal dari negeri ini.
Beliau berkata, sejak lima tahun lalu, seramai 12,831 pemohon dari Kelantan tersebut diterima bekerja di sektor pekerjaan.
"Saya setuju mungkin faktor kenapa begitu ramai rakyat Kelantan memohon kerja ini disebabkan peluang kerja yang ada di Kelantan adalah sangat kurang dan faktor lain SPA akan buat kajian terperinci.
"SPA dengan kerjasama semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan duduk semeja untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk membuat penambahbaikan dalam soal memberikan ruang pekerjaan ini," katanya.




Wednesday 24 October 2012

ZULFAHMI KEKAL PRINSIP TIDAK SAMBUT KEMENANGAN DENGAN ARAK !!!



Tindakan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mengelak tradisi sambutan kemenangan podium dengan minuman keras pada upacara penyampaian hadiah Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabangsa Sepang, Ahad lalu mendapat pujian ribuan penyokong tempatan. Video yang memaparkan pelumba AirAsia-SIC-Ajo itu melarikan diri ketika minuman keras tersebut diserahkan kepada ketiga-tiga pemenang GP Malaysia sempat dirakam penyokong tempatan yang telah memuat turunkan ke dalam laman sosial, YouTube.
Tindakan anak muda kelahiran Banting, Selangor itu mengundang rasa hormat para peminat terhadap pelumba tersebut yang berani menyatakan pendiriannya lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan soal agama Islam.
Zulfahmi ketika dihubungi Utusan Malaysia, kelmarin berkata, sebagai seorang Islam, memang menjadi tanggungjawabnya untuk menolak sebarang perbuatan yang bercanggah dengan agama.
"Saya sebenarnya terlebih dahulu telah memaklumkan kepada pihak penganjur mengenai pendirian saya itu. Memang masa saya berada di atas podium, saya cuba mengelak apabila Sandro (Cortese) cuba menyemburkan arak ke arah saya. Ramai pelumba tidak memahami, tetapi apabila saya jelaskan, mereka akhirnya faham termasuk Sandro," katanya.
Zulfahmi memberitahu, meraikan kemenangan dengan menyembur minuman keras merupakan tradisi masyarakat barat dan orang Islam tidak seharusnya terikut-ikut atau meniru cara tersebut.
"Kita ada cara kita untuk meraikan kejayaan, bukan terikut-ikut cara mereka pula. Saya hargai pujian tersebut, tetapi bagi saya tindakan saya itu adalah normal kerana saya beragama Islam dan sewajarnya saya bertindak demikian kerana menyalahi hukum agama kita," tegasnya.
Pelumba yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 Sabtu lalu, melakar sejarah buat negara apabila muncul anak Malaysia pertama berjaya menaiki podium pada GP Malaysia 2012, Ahad lepas.
Dia diberi tentangan sengit apabila dipintas di garisan penamat oleh juara dunia Moto3 yang baru, Sandro Cortese untuk muncul naib juara pada saingan tersebut.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai pencapaian pada GP Malaysia yang berjaya menarik perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengucapkan tahniah kepadanya, Zulfahmi melahirkan rasa terkejut apabila kejayaannya di Sepang turut menarik perhatian pemimpin tertinggi negara.
"Saya tidak sangka Perdana Menteri tahu mengenai kejayaan saya ini, terima kasih kepada beliau. Saya harap kejayaan ini bukan yang pertama dan terakhir," katanya yang berangkat ke Australia, kelmarin untuk menyertai GP Australia di Litar Phillip Island hujung minggu ini.
Ketika diajukan dengan soalan yang lebih peribadi mengenai teman istimewa, Zulfahmi tidak menafikan yang dia sedang mengenali hati budi seseorang, tetapi hubungan tersebut masih di peringkat awal.
"Dia masih lagi belajar, saya pula jarang berada di Malaysia. Lagipun, kami cuma berkawan tidak ada yang lebih daripada itu. Saya baru berusia 21 tahun, perjalanan saya masih jauh," ujarnya.



Tuesday 23 October 2012

ZULFAHMI DILAMAR RED BULL KTM !!! TERIMA KASIH KERAJAAN BARISAN NASIONAL...

Karier Zulfahmi Khairuddin dalam perlumbaan MotoGP semakin cerah apabila pasukan Red Bull KTM Ajo telah menawarkan secara rasmi kepada pelumba negara berusia 21 tahun itu untuk bersama pasukan tersebut pada tahun 2013. Berita yang cukup menggembirakan itu disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali yang berkata, Zulfahmi bakal menjadi pengganti kepada juara dunia Moto3 musim ini, Sandro Cortese yang memilih berada dalam kategori Moto2 pada tahun depan.
Jika menjadi kenyataan, Zulfahmi yang sekarang berlumba bersama AirAsia-SIC-Ajo akan bergandingan bersama rakan sepasukan baru, Luis Salom yang kini berada di tempat kedua keseluruhan.
"Pasukan Red Bull KTM telah menyatakan minat mendapatkan Zulfahmi Khairuddin pada musim depan semasa perlumbaan di GP Jepun baru-baru ini.

"Sekarang segala perbincangan tengah berjalan dan seandainya tiada sebarang halangan, dia bakal bergandingan dengan seorang lagi pelumba baru, Luis Salom yang telah diumumkan bersama mereka bagi kategori Moto3 musim depan.
"Bagi saya, ini membuktikan ada pihak telah mengiktiraf kebolehan Zulfahmi dengan segala pencapaian yang dia telah lakukan pada musim ini dan kita memang mengharapkan agar dia mampu melangkah lebih jauh lagi pada masa akan datang," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, semalam.
Zulfahmi yang cemerlang menduduki tempat kedua pada perlumbaan GP Malaysia 2012 sekali gus menjadi pelumba tempatan pertama menjejak kaki ke podium berada di tempat ketujuh keseluruhan dengan 112 mata.

Menyentuh mengenai pengganti Zulfahmi di dalam pasukan AirAsia-SIC-Ajo, Razlan memberitahu pelumba Red Bull Rookies, Hafiq Azmi menjadi pilihan namun pihaknya tidak akan terburu-buru membawa pelumba itu menyertai MotoGP dalam masa terdekat.
"Hafiq masih muda iaitu berumur 15 tahun dan bagi memastikan dia mempunyai persediaan yang mantap, kami berbincang untuk satu persediaan kejohanan di Eropah.

"Dia (Hafiq) mungkin akan menyertai MotoGP musim depan dengan tiket wildcard terlebih dahulu dan kami akan sentiasa memantau perkembangannya, jika dia bersedia, baru dia akan didaftarkan pada perlumbaan MotoGP," katanya.



NIK AZIZ NYANYOK MUKA TAK MALU NAK BERTANDING LAGI !!!

UMNO tidak kisah sama ada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu terus bertanding atau tidak pada pilihan raya umum akan datang tetapi ahli akar umbi Pas patut menilai adakah Menteri Besar yang berusia 81 tahun itu masih tajam fikirannya atau tidak. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, parti itu mempunyai keyakinan tinggi merampas semula Kelantan walaupun Nik Abdul Aziz kekal bertanding kerana UMNO sudah mempersiapkan barisan kepimpinan yang mantap bagi menjayakan tujuan berkenaan.
Katanya, dengan barisan kepimpinan berwibawa diketuai Pengerusi Perhubungan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, rakyat Kelantan boleh membuat perbandingan siapa yang lebih layak dan sesuai untuk memimpin negeri tersebut kerana selama 22 tahun Pas memerintah terbukti gagal membangunkan Kelantan.



Monday 22 October 2012

HAFIZH HAMPIR MALUKAN PELUMBA DUNIA !!!

Pelumba wildcard negara, Hafizh Syahrin Abdullah hampir memalukan pemenang perlumbaan Moto2, Alex De Angelis pada Grand Prix Malaysia 2012 di Litar Antarabanga Sepang (SIC) semalam sebelum perlumbaan ditamatkan awal akibat hujan lebat. Hafizh, yang bermula pada petak ke-27 cemerlang apabila berada pada kedudukan paling hadapan pada pusingan kesembilan hingga ke-11.
Namun, pelumba negara itu menamatkan saingan pada kedudukan keempat apabila perlumbaan ditamatkan pada pusingan ke-15 daripada 19 pusingan keseluruhan.
De Angelis dari pasukan NGM Mobile Forward Racing mencatat masa 36 minit, 57.793 saat untuk tempat pertama, meninggalkan pelumba QMMF Racing, Anthony West di tempat kedua manakala pelumba Federal Oil Gresini Moto2, Gino Rea ketiga.
Kata Hafizh, pencapaian tempat keempat semalam didorong selepas melihat kejayaan pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin meraih kedudukan kedua.
�Sokongan penyokong tempatan yang luar biasa dan kejayaan Zulfahmi benar-benar membuatkan semangat saya berada pada tahap terbaik.
�Malah ketika dalam perlumbaan dan sewaktu litar mula dibasahi hujan, saya cuba untuk berada pada kedudukan hadapan bagi memberikan saingan kepada De Angelis dan pelumba lain.
�Namun disebabkan masalah pada tayar belakang akibat kerap menggunakan brek menyebabkan saya dipintas oleh pelumba lain termasuk De Angelis," katanya kepada pemberita selepas tamat perlumbaan.
Pelumba pasukan Petronas Raceline Malaysia itu menamatkan perlumbaan dengan masa 36; 60.734s.
Ia adalah peningkatan membanggakan buat Hafizh yang menduduki tempat ke-20 tahun lalu.
Lebih manis apabila Hafizh yang menimba pengalaman berlumba pada Kejuaraan CEV Buckler di Sepanyol turut mencatat masa sepusingan terpantas pada perlumbaan semalam iaitu 2:23.707s pada pusingan ke-10.

TERIMA KASIH TUN MAHADHIR ATAS KEJAYAAN ZULFAHMI !!!

Sejarah tercipta di Litar Antarabangsa Sepang semalam apabila dua pelumba muda negara, Zulfahmi Khairuddin dan Hafizh Syahrin Abdullah masing-masing cemerlang pada GP Malaysia 2012. Zulfahmi, yang bersaing dalam kelas Moto3, mencatat kejayaan sensasi apabila muncul pelumba Malaysia pertama menjejak kaki ke podium apabila menamatkan perlumbaan pada tempat kedua.
Pelumba kelahiran Banting, Selangor itu gah dengan kepantasan 40:54.151 saat, hanya 0.028 saat di belakang pelumba Red Bull-KTM-Ajo, Sandro Cortese yang hanya terdaya memintas Zulfahmi di garisan penamat untuk muncul juara.
Kemenangan itu membolehkan Cortese dinobatkan sebagai juara dunia Moto3 yang baru.
Jonas Folger dari pasukan Mapfre Aspar Team Moto3 ketiga dengan catatan 40'54.370s.
Tumpuan juga terarah kepada pelumba wildcard negara dalam kelas Moto2 yang mencatat tempat keempat, setelah menduduki tempat ke-20 pada perlumbaan tahun lalu.
Bermula pada petak pertama dan strategi yang tepat, membantu Zulfahmi meraih podium pertamanya apabila enggan mengetuai perlumbaan sebaliknya membenarkan Folger memintasnya di awal saingan.
Namun, pelumba Air Asia-SIC-Ajo itu yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 kelmarin, mengekori rapat Folger sehingga saingan berbaki tujuh pusingan sebelum memintas pelumba kelahiran Jerman itu untuk memimpin saingan.
Zulfahmi diberi tentangan sengit oleh Cortese yang akhirnya memintas pelumba negara itu pada saat akhir perlumbaan.
Zulfahmi yang mengumpul 112 mata untuk menghuni tangga ketujuh keseluruhan berkata, keyakinannya untuk melakar keputusan podium pertama dalam karier meningkat setelah dia menempah petak pertama pada sesi kelayakan, kelmarin.
"Saya juga semakin selesa dengan motosikal yang berfungsi dengan cukup baik. Terima kasih kepada jurutera dan krew pasukan yang bekerja keras pada perlumbaan ini," katanya.
Mengulas mengenai strategi perlumbaan, Zulfahmi memberitahu, dia sengaja membiarkan Folger memintasnya ketika perlumbaan bermula dan hanya mengekori rapat di belakang sehingga pusingan ke-11.
"Apabila hujan mula menitis pada penutup helmet, saya tidak lagi membuang masa dan memintas Folger untuk memimpin saingan sebelum Cortese memotong saya sebelum garisan penamat," ujarnya.

LESEN PERCUMA UNTUK BELIA... TERIMA KASIH NAJIB TUN ABDUL RAZAK !!!

PEKAN 21 Okt. - Sebanyak 234 belia lelaki dan wanita di daerah ini menerima lesen motosikal kelas B2 masing-masing melalui program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) yang disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.
Program anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda UMNO itu menjadikan Parlimen Pekan sebagai projek perintis bertujuan meningkatkan pengetahuan undang-undang jalan raya dan etika pemanduan dalam kalangan golongan sasaran.
Dalam ucapan ringkasnya pada majlis itu, Najib berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan yang dapat diberikan bagi meringankan beban rakyat.
"Saya ucap terima kasih kepada Pemuda UMNO menerusi SHEB yang diketuai Tengku Azman Tengku Zainol Abidin yang menjalankan program perintis ini," katanya.
Sementara itu, Tengku Azman berkata, program dengan kerjasama Kelab Anak Wawasan Pekan (Kawan) yang bermula Mei lalu dianjurkan bagi menggalakkan pemilikan lesen memandu yang sah dan memberi kesedaran kepada mereka mengenai pemanduan berhemah.
"SHEB menerima lebih 800 permohonan namun, hanya 234 peserta berjaya mendapat lesen.
"Melalui program BL1M ini, SHEB mendapat beberapa penemuan berhubung permasalahan lesen seperti tidak mampu membiayai kos belajar memandu yang tinggi, tidak mahir komputer bagi ujian lesen dan kesedaran yang rendah terhadap keselamatan," katanya.
Beliau ditemui Utusan Malaysia selepas Majlis Penyerahan Program Perintis BL1M Lesen B2 tersebut.
Sementara itu, bagi penerima BL1M, Mohd. Hazwan Abd. Halim, dari Kuala Pahang di sini, dia tidak menyangka akan memperoleh lesen memandu yang diidamnya selama ini secara percuma.
"Saya gembira dan tidak menyangka kerajaan akan memperkenalkan program seperti ini kerana selama ini hanya diumumkan bantuan buku atau pakaian sekolah.
"Tetapi kali ini lesen turut diberikan percuma. Tiada apa yang boleh saya katakan melainkan ucapan terima kasih kepada kerajaan ," katanya yang merupakan seorang juruteknik.
Bagi Nur Afifah Abu Talib, 21, dari Kampung Padang Polo di sini, program BL1M itu berjaya merealisasikan impiannya untuk memiliki lesen memandu.
"Sebelum ini tidak pernah terfikir untuk memiliki lesen memandu kerana masalah kewangan.
"Saya juga tidak bekerja dan tidak mungkin mampu untuk mendapatkannya sendiri," katanya sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas inisiatif tersebut.
Sementara itu, pada majlis sama turut diadakan program Jom Check Mata kendalian Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kerjasama Pergerakan UMNO Bahagian Pekan.
Menerusi program itu, kira-kira 1,200 orang hadir membuat pemeriksaan dan sebanyak 451 orang menerima cermin mata masing-masing secara percuma.
Dalam pada itu, seorang penerima cermin mata, Riana Fitri Lukman, 19, berkata, pemeriksaan mata dan pemberian cermin mata secara percuma dapat mengurangkan beban terutama golongan yang kurang berkemampuan.
"Kos membuat cermin mata pada masa kini boleh dikatakan agak tinggi dan saya lihat program seperti ini dapat membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar seperti saya.
"Sehubungan itu, saya harap program bermanfaat seperti ini wajar diteruskan demi kesejahteraan rakyat," katanya.

Sunday 21 October 2012

Zulfahmi catat sejarah raih podium Moto3

Pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin mencipta sejarah sebagai pelumba tempatan pertama meraih podium apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini. Zulfahmi, yang beraksi untuk pasukan AirAsia-Sic-Ajo menamatkan perlumbaan dalam masa 40:54.152s manakala pemenang, Sandro Cortese, dari Red Bull KTM Ajodari mencatat masa 40:54.123s.
Tempat ketiga dimenangi pelumba Mapfre Aspar Team Moto3, Jonas Folger (40:54.370s)


ISLAM PAS DAN ISLAM NABI MUHAMMAD saw...

Sesungguhnya jika orang Islam berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar, yang tidak diputarbelit oleh orang yang berkepentingan, orang Islam tetap maju dan berjaya dalam semua bidang. Tetapi ramai daripada kita yang tidak mengamal ajaran Islam. Dalam bidang perniagaan kita tetap berjaya jika kita beramanah, sabar, berdisiplin, membendung nafsu, jujur dan ikhlas. Tetapi apabila kita tidak sabar un...
tuk kaya cepat dan dengan itu menjual hak kita, nama kita, maruah bangsa kita, agama kita maka sudah tentu kita akan gagal dan rugi. Mungkin pada mulanya menjual hak kita akan memberi keuntungan segera pada kita. Menjual agama kita memberi kemenangan politik kepada kita. Tetapi akhirnya kita pasti akan rugi, tidak dipercayai, tidak dihormati, didakwa di mahkamah, didapati salah dan dihukum penjara. Bagi yang menjual agama kerana kepentingan tertentu mereka berdosa kerana mereka membawa kecelakaan kepada orang Islam, menjadikan mereka lemah, tertindas dan dihina bersama agama mereka. Apabila ada orang yang menghalangkan penguasaan ilmu kerana kononnya agama tidak menyuruh belajar ilmu yang mereka cap sebagai sekular dan dengan kerana itu orang Islam menjadi bodoh dan mudah dikuasai orang lain, maka tentulah orang Islam dan agama Islam akan rugi besar.

AES TIDAK DILAKSANA TERGESA-GESA...

Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tidak dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya kerajaan telah mencadangkan sistem sedemikian 10 tahun lepas, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha. Kong yang juga Setiausaha Agung MCA, berkata pada 2003 kerajaan meneliti sistem serupa di negara lain dan mendapati sistem tersebut berupaya mengurangkan kemalangan serta kematian akibat kemalangan sehingga 60 peratus.
Sebanyak sembilan syarikat menyertai tender AES pada 2006 dan tujuh daripadanya melaksanakan demonstrasi sistem masing-masing, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Agung Wanita MCA ke-37, di sini hari ini.
Menurut Kong jawatankuasa pemilih yang dianggotai antaranya Perbendaharaan, Pejabat Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia meneliti semua bidaan dan pada 2009, dua syarikat dipilih untuk memasang dan melaksanakan sistem itu.
Beliau juga memberi jaminan lebih banyak perbincangan dengan masyarakat sertai program kesedaran akan dilaksana bagi memastikan orang ramai memahami akan sistem tersebut.

Saturday 20 October 2012

SELAMAT HARI JADI ZULFAHMI !!! SATU LAGI PRODUK BARISAN NASIONAL !!!

Zulfahmi bermula petak pertama esok

Pelumba Moto3 negara Zulfahmi Khairuddin mengesahkan tempat untuk bermula petak pertama barisan hadapan pada perlumbaan Grand Prix Malaysia 2012 esok di Litar Antarabangsa Sepang selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan hari ini.

Ini juga adalah kali pertama pelumba pasukan AirAsia-Sic-Ajo itu meraih petak pertama dengan catatan masa dua minit 13.885 saat sementara tempat kedua milik pelumba Jonas Folger daripada pasukan Mapfre Aspar Team Moto3 manakala petak ketiga milik Sandro Cortese daripada pasukan Red Bull KTM Ajo.

PAS FITNAH SETPOL MB PERAK !!! BUKTINYA ADA DISINI......

http://perakite.blogspot.com/2012/10/setpol-zambry-rasmi-konsert-amal-tiger.html

Setelah gagal untuk memfitnah Menteri Besar Perak, kini Pas menghalakan serangan kepada Setiausaha Politik MB iaitu Datuk Haji Ahmad Shalimin Ahmad Shaffie. Tanpa usul periksa blogger pembangkang terus menyerang setpol MB itu dengan menuduh Datuk Shalimin bersubahat dengan konsert amal yang ditaja oleh pengeluar minum arak Tiger Beer. Sebenarnya Datuk Shalimin dijemput oleh Pengerusi Majlis pembangunan Smjk Malaysia untuk Majlis Jamuan Makan Malam Amal bagi mengutip derma untuk Sekolah Smjk Hua Lian. Kerajaan juga melalui Kementerian Pelajaran telah memberi bantuan sebanyak RM700 ribu bagi membantu sekolah tersebut.

Sebagai setpol kepada Menteri Besar Perak maka amatlah tidak sopan sekiranya jemputan untuk perasmian ditolak, kerana ahli persatuan itu adalah rakyat negeri Perak.

Datuk Shalimin juga tidak mengetahui konsert amal yang dijalankan oleh persatuan itu telah ditaja oleh Tiger Beer. Datuk Shalimin dijemput hanya untuk merasmikan majlis makan malam anjuran persatuan tersebut dan bukannya merasmikan program Tiger Beer.

Budaya masyarakat cina sebenarnya memang biasa mengadakan program makan malam dengan menjemput pemimpin tinggi kerajaan untuk meminta sumbangan dan derma. Sebenarnya pemimpin pakatan rakyat juga sudah biasa terlibat dengan makan malam sebegini.

Fitnah sebegini memang amat disukai oleh pencacai pakatan rakyat. Pernah berlaku kejadian dimana seorang penyokong pas memaki hamun pemimpin umno hanya gara gara pensel sekolah anaknya hilang. Puak pencacai ni memang terkenal suka menyalahkan orang tanpa usul periksa serta memfitnah telah menjadi darah daging dan menjadi budaya mereka.

Dibawah ini saya sertakan juga gambar pemimpin pakatan rakyat yang menghadiri satu program anjuran DAP Ipoh Barat dimana program ini bertujuan untuk mengutip sumbangan untuk Pilihanraya. Dalam program jamuan makan malam itu tiger beer dihidangkan juga di meja meja lain di belakang meja pemimpin melayu itu.

NIK AZIZ KENA TIBAI DENGAN MURSYIDUL AM TIBAI !!!

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip secara sinis meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak mempedulikan gesaan beberapa pihak termasuk ahli peringkat akar umbi Pas supaya beliau berundur daripada jawatan Mursyidul Am parti itu. Menurut Muhammad Zahid, ini kerana Nik Aziz mempunyai lima kriteria istimewa yang tidak ada pada pemimpin Pas lain bagi mengetuai parti tersebut.
Pertama katanya, Nik Abdul Aziz merupakan seorang yang mengutamakan perasaan sendiri dengan berdendam serta menentang UMNO sehingga sanggup membelakangkan Islam dan parti Melayu terbesar itu.
"Kedua, orang yang mahu menggantikan Nik Aziz mesti sanggup menjadi hamba Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun dalam proses itu Pas akan hancur. Ketiga, Nik Aziz sanggup meneruskan ukhuwah dengan DAP dan mempertahankan DAP sekalipun parti itu menentang hudud.

Friday 19 October 2012

NIK AZIZ MUSYRIDUL AM PAS MATI SYAHID !!!

Umno melakukan pelbagai usaha untuk meningkatkan syiar Islam bukan sahaja dalam pembinaan masjid, tetapi bidang lain seperti pendidikan, perundangan, ekonomi dan sebagainya.





Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara seperti itu tidak pernah dilakukan DAP hingga ke hari ini.

“Berapa banyak masjid dibina DAP?







“Apa sahaja berkaitan Islam seperti pelaksanaan hukum hudud dan sebagainya ditentang secara terang-terangan oleh DAP.

“Satu perkiraan politik yang amat silap apabila membandingkan DAP lebih baik daripada Umno hanya bertujuan memancing undi bukan Melayu menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Husam Musa semalam yang menyifatkan DAP lebih baik daripada Umno.





Menurutnya, kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan itu adalah silap kerana beliau tidak menilai sumbangan Umno bagi meninggikan syiar Islam di negara ini.


Husam turut merujuk penentangan DAP terhadap keputusan Kerajaan Pusat yang mengisytiharkan darurat di Kelantan pada 1978 dan peruntukan disalurkan kerajaan DAP Pulau Pinang kepada masjid di negeri berkenaan.



“Berapa banyak peruntukan DAP salurkan kepada masjid di Pulau Pinang berbanding apa dilakukan BN sebelum 2008 lalu?



“Jangan jadikan dua isu ini sebagai kayu ukur kepada Umno, sebaliknya dia (Husam) perlu lihat apa yang dilakukan oleh Umno selama ini bagi meninggikan syiar Islam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau harap masyarakat Melayu dan Islam dapat membuat penilaian tepat mengenai kenyataan itu.


Katanya, kenyataan itu sama sepertimana dilakukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sentiasa pertahankan DAP walaupun parti itu sentiasa menentang dasar perjuangan Pas.

Member BSK