Jumlah Pengunjung

Sunday 30 September 2012

ANWAR, LIM KIT SIANG & NIK AJIS MENGAMUK KERANA NAJIB!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pakatan pembangkang berasa tercabar apabila kerajaan memilih slogan �Janji Ditepati� termasuk ketika beliau membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat, semalam. Kata Perdana Menteri, keadaan itu berlaku kerana pembangkang sedar janji-janji yang ditabur mereka tidak mungkin dapat ditunaikan.

�Apabila kita pilih tema Janji Ditepati, mereka melenting sebab tahu janji mereka tidak boleh ditunaikan. Barisan Nasional (BN) tidak janji perkara yang tidak boleh ditunaikan, kita berpijak di bumi nyata," katanya ketika berucap pada majlis �Jelajah Janji Ditepati� di Stadium Belia dan Sukan Paroi di sini hari ini.
Lebih 20,000 anggota masyarakat dari seluruh pelosok negeri memeriahkan majlis itu yang turut dihadiri isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Pada majlis itu Najib turut melancarkan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban yang bakal dibina di empat lokasi strategik membabitkan pembinaan kira-kira 5,000 unit rumah dalam tempoh dua tahun.

Najib berkata, pemilihan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang diumum dalam Bajet 2013 juga merupakan satu sindiran kepada pembangkang ekoran menganjurkan Bersih 2.0.
�Kita namakan BR1M 2.0 sebenarnya satu sindiran sebab pembangkang anjur Bersih 2.0 yang langsung tidak bersih, tetapi kita bagi BR1M untuk kesejahteraan rakyat.
�Kalau negara kita makmur, kerajaan akan kongsi kejayaan dengan rakyat, jadi rakyat mesti yakin kerajaan sentiasa fikir apa yang telah dan yang baru akan dilakukan untuk rakyat," katanya.
Perdana Menteri mengaku selepas membentangkan Bajet 2013 semalam, banyak perkara yang difikirkannya terutama mengenai petikan surah Al-Baqarah yang beliau baca kerana membawa makna yang sangat mendalam.

Surah yang menekankan kepada melakukan kebaikan itu, katanya, sangat signifikan dengan apa yang dilakukan kerajaan, iaitu berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan dan bukannya menabur fitnah, mencerca dan jauh sekali tidak menunaikan janji.

�Atas dasar itu rakyat terus meletakkan keyakinan dan menyokong kerajaan pimpinan BN walaupun selepas 55 tahun merdeka dan melalui 12 kali pilihan raya umum.
�Hubungan yang saya anggap sebagai wa�ad antara kerajaan dan rakyat ini tidak mudah diputuskan dengan fitnah yang dilemparkan kerana rakyat yakin hanya satu kerajaan yang boleh menepati janji iaitu kerajaan BN," katanya.
Najib menjelaskan, Bajet 2013 bukan langkah untuk membeli undi rakyat tetapi merupakan komitmen kerajaan bagi memakmurkan negara.
Beliau berkata, kerajaan tidak harus dituduh bersifat populis kerana berjaya mencipta pelbagai kejayaan dan menunaikan janji yang diberi kepada rakyat.

Katanya, pelbagai dasar dan perbelanjaan yang dilaksana untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi sehingga negara mampu mencatat perkembangan memberangsangkan ketika dunia berdepan kemelut ekonomi, merupakan antara kejayaan besar kerajaan selain penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) yang mencatat Terbitan Saham Awal (IPO) kedua tertinggi selepas Facebook.
�Ini kebanggaan kita, jadi kita tak boleh dituduh sebuah kerajaan yang bersifat populis.
�Kerajaan yang bersifat populis adalah kerajaan yang tidak bertanggungjawab, yang menjanjikan perkara-perkara yang tidak mungkin dapat dilaksanakan," katanya.

WANITA UPAHAN ANWAR IBRAHEM...

TERKINI & SENSASI !! FOTO GADIS CINA YANG BUAT BAJET PAKATAN HARAM BEJADAH !!? C...
OPY BAJET 2013 SINGAPURA ?

Sesiapa yang melihat penyediaan bajet PR kali ini pasti dapat merasakan perbezaan yang ketara. Nampak kali ini, Anwar hendak menekankan agenda meruntuh, demonization beberapa agensi kerajaan yang dibina oleh kerajaan.

Meruntuh sahaja? Apa sebenarnya yang Anwar inginkan? Apa program baru yang Anwar nak tawarkan.

Rupa-rupanya, ada budak baru yang membuat kerja bajet PR tahun ini. Rafizi dan Tony Pua pun tidak memberikan input yang diharapkan.

Katanya, orang baru yang lebih menarik perhatian Anwar mempunyai pemikiran yang sangat lateral dan mempunyai idea yang sangat baru.

Tricia Yeoh
Tricia Yeoh – adalah permata baru dalam PKR. Sekarang ini menjadi Research Officer TS Khalid Ibrahim (18k sebulan); Tricia sudah mula digunakan Anwar di peringkat yang lebih tinggi, Level nasional.

Tricia ini memang mempunyai minda ‘samarata’ – egalitarian. Semua mesti sama rata. Tak boleh ada perkauman dan sebagainya.

Pemikiran seperti Tricia Yeoh ini memang kena dengan fahaman politik Anwar sekarang. Gung-ho liberalism. Liberalkan semua perkara.

Anwar sendiri sudah memaklumkan kepada TS Khalid, bahawa Tricia perlu berada di dalam Parlimen untuk PRU yang akan datang ini. Salah satu kawasan Parlimen – urban seat di Selangor akan menjadi milik Tricia Yeoh. Anwar mahu budak muda ini diberikan peluang yang lebih luas.

Tapi Anwar tidak tahu satu perkara, dalam pada Anwar percaya dengan kebijaksanaan Tricia – satu bab daripada bajet (mengenai perumahan); sebenarnya disediakan oleh orang lain.

Tricia yang tidak faham sangat mengenai property – telah sub-con penyediaan bajet ini kepada seorang lower rank legal officer HDB Singapura.Sebab itu, Anwar tidak ada modal lain, kecuali menggunakan model HDB Singapura.



WANITA INI DIBERI GAJI 18K BERJAYA MEMPERBODOH ANWAR !!!!
 

Saturday 29 September 2012

GEMPAR TERBARU!!! ORANG BUJANG DILIWAT ANWAR IBRAHIM...

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pelaksanaan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua dengan kriteria penerima diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas, berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan. Perdana Menteri berkata, pemberian sebanyak RM250 menerusi bantuan dikenali BR1M 2.0 itu mula dibayar awal tahun depan.
Kriteria penerima masih sama iaitu ketua isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
Menurut beliau, bantuan itu akan memanfaatkan 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion.
"Penerima BR1M tidak perlu lagi mendaftar untuk kali kedua, manakala pemohon baru pula perlu mendaftar mulai November 2012 secara dalam talian atau kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara," katanya pada pembentangan Bajet 2013 di Parlimen hari ini.

BR1M 2.0 merupakan susulan kepada BR1M tahun ini yang menyaksikan kerajaan Persekutuan memberi bantuan RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang dimanfaatkan oleh 4.3 juta isi rumah, membabitkan peruntukan hampir RM2.16 bilion.
Dalam pada itu Najib berkata, bagi mengurangkan kos penghantaran dan pengagihan lebih tinggi yang mengakibatkan harga keperluan di Sabah, Sarawak dan Labuan lebih mahal, kerajaan memperuntukkan RM386 juta untuk membuka 57 buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Tambahnya, kerajaan juga akan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak serta Labuan termasuk penghantaran ke kawasan pedalaman.
"Sebagai contoh di Ba'kelalan, Sarawak, gas memasak 14 kilogram setong dijual pada harga RM70. Dengan program penyeragaman harga, gas memasak itu boleh dibeli hanya dengan harga RM26.60 setong," katanya.
Menurut beliau, sebagai tambahan bagi meringankan beban rakyat berulang alik menggunakan perkhidmatan feri dari Labuan ke Sabah dan Sarawak, kerajaan akan memberi diskaun tambang kepada semua penumpang sebanyak 50 peratus.
Diskaun sama turut diberikan ke atas tambang feri bagi kenderaan komersial yang mengangkut barangan keperluan asas dan binaan ke Labuan.

Friday 28 September 2012

OLD TOWN WHITE COFFEE HINA AGAMA ISLAM..!!! JOM BOIKOT...

Tahukah kita selama ini bahawa pemilik Oldtown White Coffee adalah Ngeh Koo Ham merupakan Pengerusi DAP Perak? kenyataan Ngeh Koo Ham di laman sosial Twitter yang jelas menghina Islam dan Rasulullah SAW dgn mengatakan "Khairy nak orang Islam membantah Sam Bacile. Untuk Islam atau kepentingan politik. Tidakkah orang Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga untuk ini"


Tahukah kita jgk terdapat menu2 di Oldtown White Coffee jgk xmempunyai sijil halal. makanan2 yg syubahah dan was2 ni la di sumbat ke dlm perut2 org Islam mjd darah daging. KITA SEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM YANG LAIN! BOIKOT OLDTOWN WHITE COFFEE!!!

 

Thursday 27 September 2012

AMINAH ABDULLAH MENANG SAMAN TERHADAP PEMIMPIN PKR...



BEKAS KETUA WANITA PKR MENANG SAMAN FITNAH

GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memerintahkan tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) masing-masing membayar ganti rugi RM30,000 kepada bekas Ketua Wanita PKR negeri ini, Aminah Abdullah, dalam satu saman fitnah.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk GV Varughese membuat keputusan itu selepas mendapati Ketua Wanita PKR Pulau Pinang Norhayati Jaafar, Timbalan Ketua PKR Cabang Jelutung Jab Samad dan Setiausaha PKR Cabang Jelutong Anuar Kamaruddin mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap Aminah dalam akhbar Harakah edisi 20-22 Mei tahun lepas.
...

Pada 15 Jun 2011, Aminah memfailkan saman fitnah RM6 juta terhadap semua defendan berkenaan serta tiga lagi iaitu wartawan Harakah Mohd Sabri Said, Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman dan Pas. Bagaimanapun, pada prosiding hari ini, Aminah diarah membayar RM15,000 sebagai kos kepada Mohd Sabri, Ahmad Lutfi dan Pas selepas mahkamah menerima pembelaan mereka.

Dalam penyataan tuntutan, Aminah mendakwa laporan akhbar itu, antara lain, bermaksud beliau seorang yang jahil agama dan tiada sebarang pengetahuan syariat Islam, menerima umpan kebendaan daripada Umno, termasuk dituduh menggesa Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bercerai dengan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Selain itu, beliau mendakwa pada sekitar 20 hingga 21 Mei 2011, ketiga-tiga pemimpin PKR, pada satu sidang akhbar di Galeri Pejuang, Cheruk Tok Kun, Bukit Mertajam, dengan niat jahat mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, kecaman berbentuk peribadi serta tuduhan tidak berasas yang bertujuan mengaib, menjatuhkan maruah, nama baik dan reputasinya.

Sementara itu, Aminah, yang ditemani anggota keluarga serta rakannya, ketika ditemui di luar mahkamah, melahirkan rasa syukur dan gembira dengan keputusan itu.

"Kak Min rasa bersyukur... apa yang penting ialah moral dan maruah, Kak Min mahu kemenangan sahaja," katanya.

Aminah diwakili peguam Saiful Ambar Abdullah Ambar manakala defendan oleh peguam VS Raveentharan.

MALAYSIAKINI DITAJA OLEH YAHUDI SOROS !!!

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupakan salah seorang daripada tiga Pengarah MKini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita propembangkang Malaysiakini. Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.
Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah MKini Dotcom pada Julai tahun lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekad lalu.
Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom.
Menurut Sivarasa, dia membayar sebanyak RM5,000 bagi 5,000 unit saham ketika beliau dijemput untuk menyumbang kepada penubuhan portal berita itu 13 tahun lalu.
"Ia adalah untuk tujuan yang berbaloi. Saya masih memiliki 5,000 saham daripada 4.5 juta saham yang diterbitkan," katanya dalam wawancara dengan akhbar The Star.
Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (Suaram).
Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.
Malaysiakini dan Suaram menjadi perhatian pelbagai pihak ekoran dakwaan mereka antara beberapa organisasi yang menerima dana asing.

Dua penyumbang utama dana itu ialah National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI) iaitu pertubuhan yang dikaitkan dengan Soros yang menaja pelbagai pertubuhan di seluruh dunia yang selari dengan objektif penubuhan mereka.
MDLF memiliki 1.316 juta unit saham dalam Mkini Dotcom manakala Pramesh dan seorang lagi Pengarahnya, Steven Gan masing-masing memiliki 1.385 juta dan 1.328 juta saham.
Sebelum ini, Pramesh mendakwa, MDLF memiliki kira-kira 29 peratus saham dalam syarikat tersebut manakala selebihnya dimiliki oleh pengasas bersama dan kakitangan mereka.
Bagaimanapun di sebalik pendedahan demi pendedahan mengenai Malaysiakini, Pramesh tetap bertegas portal berita itu bersifat bebas, namun beberapa blog mempersoalkan kenyataan itu ketika beberapa pemimpin pembangkang merupakan pemegang sahamnya.
Sementara itu, laporan kewangan syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu.
Bagaimanapun, 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah sebanyak RM5.1 juta.
Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada Kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Foundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa).

CILAKA!!! ANWAR IBRAHIM PULA HINA ISLAM


Lepas seorang-seorang pemimpin pembangkang menghina agama islam, yang saya hairankan dimana letaknya otak mereka sebelom mereka mahu mengeluarkan sesuatu kenyataan, mereka berebut kuasa sehingga tergamak menghina agama islam dan perasaan umat islam sendiri, saya takut sekiranya perkara begini terus berlaku ALLAH taala akan menurunkan bala yang amat dasyat pada rakyat malaysia.
Cuba kita lihat contoh rakyat di negara jiran kita, mereka terpaksa mencari makan di negara kita, adakah akan datang disebabkan tingkah laku pemimpin pembangkang menghina agama islam nanti akan menyebabkan ALLAH taala murka dan sekali gus menjadikan negara kita seperti indonesia, kita pula yang terpaksa mencari rezeki dinegara orang. Mahukah kita bekerja sebagai buruh paksa nanti..   NAUZZUBILLAH...

Berikut adalah sedikit petikan dari berita yang saya sambil tentang kenyataan anwar ibrahim yang telah menghina agama dan penganut islam...

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa menghina seluruh umat Islam ekoran tindakan beliau yang bersetuju bahawa umat Islam menghadapi masalah jiwa apabila mereka membuat bantahan keras terhadap penerbitan dan penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims. Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kenyataan yang bersifat memperkecilkan usaha bantahan umat Islam tersebut seperti yang dilaporkan dalam akhbar Britain, The Scotsman kelmarin, jelas memperlihatkan sikap sebenar Anwar walaupun filem Innocence of Muslims itu terbukti telah menghina Islam dan Rasulullah SAW.
Beliau berkata, di dalam artikel tersebut, Anwar juga sanggup menyatakan umat Islam mudah marah dan beremosi di saat berlakunya penghinaan terhadap Islam.

Wednesday 26 September 2012

PANAS!!! NGEH KOO HAM HINA ISLAM & MELAYU LAGI....

SIAL DAN CILAKA PUNYA KOMUNIS... BAYANGKAN JIKA MEREKA MEMERINTAH NEGARA KITA, TIADA LAGI KEDAI MAKAN YANG TERTULIS HALAL... JIKA INI YANG BERLAKU BAGAIMANA NANTI KITA DAPAT MEMBEZAKAN YANG MANA HALAL DAN YANG MANA TIDAK... MATI HIDUP SEMULA PON AKU TIDAK AKAN BENARKAN MEREKA MEMERINTAH NEGARA NENEK MOYANG AKU INI...
Ngeh Koo Ham ni masih TAK SERIK . Baru-baru ni dia hina kita mempertahankan Nabi Muhammad SAW. Sekarang mempertikaikan SIJIL HALAL pada kopi. OLD TOWN WHITE COFFEE yang dikatakan miliknya.
JOM KITA SEMUA BOIKOT RESTAURANT NI...  DEMI AGAMA ISLAM, BANGSA MELAYU KITA DAN TANAH AIR KITA....  ALLAHHUAKBAR............

ADAM ADLI & KHALID MOHD ISMAITH KECEWAKAN MISI ANWAR IBRAHIM

Kumpulan Pro-Aspirasi meneruskan penguasaan pilihan raya kampus sesi 2012/2013 dengan memenangi dua pertiga pusat pengajian tinggi awam.

Pada pilihan raya kampus yang diadakan secara berperingkat dan selesai malam tadi, Pro-Aspirasi dipercayai menang di 17 universiti.

Pro-Mahasiswa pula mengekalkan kemenangan mereka di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dalam pada itu, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pula menggantung keputusan pengundian malam tadi ekoran masalah teknikal dalam sistem e-undi. Pengundian semula, menggunakan sistem kertas, dijangka diadakan minggu depan.

Di Universiti Putra Malaysia (UPM)pengisytiharan rasmi calon yang berjaya pada pemilihan ini hanya akan diumumkan 1 Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan MPP 2012, Prof Datuk Dr Mohd Fauzi Ramlan berkata, keputusan akan diumumkan selepas proses bantahan dan rayuan selesai.



"Bantahan akan dijalankan esok (hari ini)dan keputusan bantahan pada 27 September, kemudian rayuan terhadap keputusan pula pada 28 September dan Keputusan rayuan pada 30 September.

"Jadi, keputusan rasmi akan diumumkan 1 Oktober ini," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sebanyak 80.37 peratus pelajar keluar mengundi di Serdang dan 90 peratus di Kampus Bintulu, Sarawak, daripada 25,006 pelajar.

Usaha mendapatkan komen jurucakap Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa masih belum berhasil. Bagaimanapun difahamkan kumpulan Pro-Mahasiswa akan mengadakan sidang media di ibu negara hari ini.



Berdasarkan maklumat diperoleh dari seluruh negara, Pro-Aspirasi menang di Universiti Tun Hussein Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Teknologi Mara, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknikal Malaysia. Pusat pengajian tinggi ini dimenangi Pro-Aspirasi setakat Khamis lalu.

Semalam, ia meneruskan penguasaan di Universiti Malaysia Perlis, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terenganu, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPM dan Universiti Sains Malaysia serta Universiti Teknologi Malaysia.

Pengurusan tiga universiti sebelum ini mengumumkan bahawa tidak ada kumpulan Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa di kampus masing-masing, antaranya Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Terengganu serta Universiti Teknikal Malaysia,

Sekiranya ketiga-tiga universiti berkenaan dikategorian tidak memihak mana-mana kumpulan, kumpulan Pro-Aspirasi dilihat menguasai sehingga 14 pusat pengajian tinggi awam.

Kumpulan Pro-Mahasiswa mengekalkan pengaruh di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang akan mengadakan pemilihan semula dilihat menarik untuk diikuti.

DAP PERAK UGUT NIZAR & PAS


Ketika kemarahan pelbagai pihak terhadap tindakan biadab Datuk Ngeh Koo Ham yang memperlekehkan bantahan umat Islam terhadap filem Innocence of Muslims memuncak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula menganggap ia bukan isu. Bekas Menteri Besar Perak itu mengambil sikap berdiam diri dan enggan memberi sebarang komen walaupun beliau sebelum ini sering dilihat mahu menjuarai isu-isu berkaitan Islam.
Malah, Mohammad Nizar menganggap permohonan maaf yang dibuat oleh Pengerusi DAP Perak tersebut sudah memadai.
''Nak komen apa, dia dah minta maaf. Saya rasa, bila dia dah minta maaf, memang dia nak rujuk supaya minta maaf, itu sajalah.
''Ada benda yang memang saya akan beri komen. Macam benda ini, tak perlu beri komen sebab ia bukannya isu apa pun,'' ujarnya

Tuesday 25 September 2012

PERKHIDMATAN AIR DISELANGOR SEMAKIN BANYAK...


PUCHONG 25 September – Sebuah premis rumah urut yang menawarkan khidmat mandi buih kepada pelanggannya di Bandar Puteri di sini lumpuh apabila kegiatan mereka berjaya dihidu pihak berkuasa tempatan (PBT).

Dalam serbuan dilaksanakan anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)itu, 10 wanita warga Vietnam, enam pelanggan dan seorang pekerja dicekup.

Ketika serbuan, tukang urut warga asing terbabit dikatakan asyik memandikan pelanggan mereka dalam keadaan berbaring di dalam bilik mandi yang berada di setiap ruang dipisahkan dengan dinding.

Pengarah Jabatan Penguatkuasaan MPSJ, Ahmad Hasan berkata, empat premis diperiksa, tiga daripadanya didapati mematuhi syarat dan notis dikeluarkan pihak majlis seminggu sebelum ini.

Katanya, pemantauan dilakukan setelah tempoh notis tamat bertujuan supaya pengusaha premis mematuhi syarat lesen.

Beliau berkata, serbuan ke atas sebuah premis pusat penjagaan kesihatan yang kononnya menjalankan perkhidmatan urutan mendapati pengusaha gagal mempamerkan lesen perniagaan sah.

“Kebiasaannya pengusaha hanya menawarkan kadar khidmat urutan sebanyak RM40 hingga RM50 tetapi premis ini menawarkan harga dari RM150.

“Pengusaha didapati menawarkan aktiviti mandi buih kepada pengunjung dalam keadaan berbogel,” katanya.

Pihaknya percaya wujud aktiviti pelacuran di premis itu dan kesemua ditahan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

TERKINI..!!! ANWAR IBRAHIM DISERANG PENYAKIT MISTERI...

Kena racun arsenik, suntikan HIV... sampai sekarang dia masih hidup dan sihat walafiat...

Pernah kena sembur masa demonstrasi sampai pakai pendakap leher dan terlantar macam nak mati... tapi alhamdulilah boleh menari lepas tu...

Berkerusi roda , sakit pinggang tapi boleh lagi berjalan dan berkempen sana sini... Hebat Raja Drama ni...

p/s: Tapi kesian kepada penyokong PAS pun turut menjadi bebal sokong pak syeikh ni kikiki
APA-APA PON MEMANG AKU BOLEH IKHTIRAF LA YANG ANWAR IBRAHIM NI MEMANG PELAKON TERBAIK DUNIA...
 

Monday 24 September 2012

YAHUDI TAJA PESAWAT UNTUK ANWAR IBRAHIM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui penerbangan beliau bersama-sama beberapa pemimpin pembangkang menggunakan jet eksekutif yang gambarnya kini tersebar di Internet benar dan ditaja seorang 'kenalan'.
Ada kemungkinan pesawat berkenaan ditaja oleh YAHUDI untuk menjahanamkan negara malaysia. Persoalannya sekarang mengapa anwar tidak mendedahkan nama penaja tersebut.
Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar menjelaskan, beliau telah dihubungi 'kenalannya' itu bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Sabah sebelum menuju ke Sarawak.

Sunday 23 September 2012

20 ANGGOTA DAP KELUAR PARTI

Seramai 20 anggota DAP di Taman Bintang, Pantai Remis keluar daripada parti itu semalam.

Semalam, seramai 20 anggota DAP di Taman Bintang, Pantai Remis mengumumkan keluar daripada DAP dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka bertindak sedemikian ekoran DAP tidak mengotakan segala janji yang ditabur selama ini.


TIPS UNTUK MEMBURUKKAN KERAJAAN...

Cabang pembangkang burukkan kerajaan

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Suara Rakyat Malaysia (Suaram) disifatkan sebagai antara 'cabang' pembangkang atau lebih tepat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam usaha memburuk-burukkan kerajaan.
Bekas Pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong (gambar) berkata, pertubuhan tidak berdaftar itu juga tidak pernah mengamalkan ketelusan dan kebebasan serta tidak pernah berjuang menegakkan hak asasi manusia seperti dilaung-laungkan.
"Suaram hanya berjuang untuk kepentingan pembangkang termasuk ke arah penubuhan sebuah negara republik dan pemikiran liberal.
"Mereka juga tidak hanya mahu memansuhkan hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam, malah sebarang perkara yang ada kaitan dengan ajaran Islam dan budaya orang Melayu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kontroversi berkaitan Suaram yang dipertikaikan banyak pihak ketika ini kerana didakwa cenderung menyokong agenda pembangkang selain turut terlibat secara aktif dalam program anjuran pembangkang.
Menurut Lum Yong, hakikat Suaram berpaksikan kepada pembangkang dapat dilihat dengan jelas apabila hampir keseluruhan penggerak pertubuhan itu terdiri daripada pemimpin pembangkang dan aktivis propembangkang.
Mereka katanya, termasuk Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Subang; R. Sivarasa dan Cynthia Gabriel yang dilantik kerajaan PKR Selangor sebagai Ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Menurut beliau, Suaram juga tidak mempunyai bukti kukuh dalam mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu pembelian kapal selam Scorpene serta penglibatan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu.
"Tetapi kita mempunyai bukti Suaram sebenarnya tidak bertindak sebagai sebuah pertubuhan bebas dalam isu ini sebaliknya menjadi tangan ghaib kepada pembangkang untuk memalukan negara dan menjatuhkan kerajaan," katanya.

Islam untuk kuatkan politik atau politik untuk kuatkan Islam?

SAYA mewakili jutaan lagi umat Islam di tanah Melayu ini mahu melihat janji-janji Parti Islam SeMalaysia (Pas) ditepati. Janji mesti ditepati, seperti janji-janji kerajaan Barisan Nasional (BN).
Janji Pas supaya hukum hudud dilaksanakan, yang merupakan perjuangan mutlak Pas wajib dikotakan.
Sebenarnya Pas dan Hudud tidak boleh dipisahkan. Seruan Ustaz Nasharudin Mat Isa kelmarin kepada Mursyidul Amnya, Nik Aziz Nik Mat amat tepat sekali. Nik Aziz yang telah memperjuangkan hudud sejak lebih 22 tahun lalu hendaklah menunaikannya. Pelaksanaan hukum hudud tidak boleh dilengah-lengahkan.
Nik Aziz sudah memerintah Kelantan sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1990. Saya ditugaskan ke Kelantan sebagai pemberita sebaik-baik sahaja Nik Aziz menduduki kerusi MB Kelantan. Siang malam dia bercakap pasal hudud. Naik jemu kami, para pemberita ketika itu mendengar mengenai hudud.
Tapi sehingga kini habuk pun tak ada. Saya hairan mengapa Nik Aziz mempermain-main hukum Allah seperti yang diterangkan di dalam al-Quran dan Hadis?
Hukum Allah ialah perintah. Sama ada suka atau tidak kita kena ikut. Jika itu cadangan yang dilontarkan Pas, maka laksanakanlah.
Jangan letak tanggungjawab itu kepada orang lain.
Rakyat Kelantan yang memberi undi kepada Pas kerana mahu melihat pelaksanaan hukum itu dijalankan selama ini masih tertunggu-tunggu.
Jika bukan kerana janji hukum hudud sudah pasti rakyat Kelantan tidak akan memberi undi kepada Pas dan Nik Aziz.
Nik Aziz patut memberitahu tempoh selewat-lewatnya bila pelaksanaan hudud boleh dilakukan di Kelantan. Jangan asyik mengatakan UMNO yang menolak hudud.
Kuasa sudah ada dalam tangan Nik Aziz selama 22 tahun. Sudah empat kali PRU berlalu (selepas 1990) dan setiap kali kempen PRU itu lagu-lagu hudud diputarkan balik dengan menggunakan radio lama, namun janji itu masih belum dikotakan.
Yang hairannya rakyat Kelantan terus percaya dan menunggu-tunggu bilakah hukum Allah itu boleh dilaksanakan.
Nik Aziz kena jujur dengan rakyat Kelantan dan berusaha bersungguh-sungguh semasa dia masih hidup dan memegang kuasa.
Jika mereka bercita-cita untuk ke Putrajaya, maka prinsip perjuangan hudud ini hendaklah dipegang kuat, waima tentangan daripada Karpal Singh sekali pun. Ini kerana sepanjang pengetahuan kita, Karpal sendiri belum menarik balik kata-katanya "langkah mayat aku dulu".
Nik Aziz kena berani menyatakan pendirian Pas kepada konco-konconya dalam DAP dan PKR. Sebagai mengaku dirinya ulama dan pemimpin politik Islam, Nik Aziz tidak wajar berdolak-dalik dan meletakkan kegagalan hudud itu kepada UMNO.
Saya hairan selepas 22 tahun janji ini dilontarkan, kajian mengenai pelaksanaan hukum ini masih belum selesai dijalankan oleh pihak kerajaan Pas negeri Kelantan.
Baru-baru ini kerajaan Pas Kelantan menubuhkan satu jawatankuasa kecil dan yang peliknya jawatankuasa kecil itu hendak menubuhkan satu lagi jawatankuasa kecil bagi mengkaji hal-hal teknikal mengenai pelaksanaan hukum itu.
Ini menunjukkan kerajaan Pas Nik Aziz tidak membuat persiapan awal. Lagu hukum hudud telah mula diputarkan sejak menjelang PRU 1990, tapi jawatankuasa kecil hanya ditubuhkan baru-baru ini saja.
Kesimpulan saya senang saja: Perjuangan Pas ialah menggunakan agama Islam untuk kekuatan politiknya; manakala UMNO menggunakan politik untuk menguatkan Islam.
Kekuatan Pas hanya ceramah, ceramah, ceramah selama 365 hari atau tahun lompat 366 hari setahun, termasuk di atas mimbar khutbah Jumaat dan khutbah raya.
UMNO sebaliknya menggunakan politik untuk membina masjid-masjid, perbankan Islam, universiti-universiti Islam, Darul Quran dinaikkan taraf kepada kolej universiti, di Terengganu, misalnya kerajaan UMNO sejak sekian lama telah menubuhkan pusat pengajian al-Quran pelbagai qiraat dan lain-lain yang tak mampu ditulis di ruangan ini.
Ketahuilah rakyat Melayu Islam Malaysia bahawa kerajaan BN yang diterajui oleh pemimpin UMNO telah banyak menggubal undang-undang menepati hukum Islam yang bukan atas nama hukum hudud Pas.
Fikir-fikirkanlah... Wasalam.

Saturday 22 September 2012

NGEH KOO HAM (DAP) TERUS HINA ISLAM DAN MELAYU...


Rakyat perlu 'buang' Koo Ham, DAP

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan kepercayaan diseru supaya bersatu menolak DAP dan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada pilihan raya umum akan datang kerana didakwa gagal menghormati hak serta seperjuangan agama lain.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, ia terbukti melalui tindakan Koo Ham melalui laman mikro Twitter beliau mempersoalkan tidakkah umat Islam membuang masa menyertai perhimpunan membantah penerbitan filem Innocence of Muslims yang menghina agama itu.

Kata Khairy, persoalan yang ditimbulkan Koo Ham tersebut adalah mengecewakan kerana pembangkang termasuk Ahli Parlimen Beruas itu sebelum ini menyokong penganjuran perhimpunan haram Bersih, kononnya bagi menuntut sistem pilihan raya yang adil dan bersih.

Namun, dalam isu Innocence of Muslims, katanya, kenyataan Koo Ham seperti memperlihatkan imej Nabi Muhammad SAW dan Islam adalah tidak penting untuk dipertahankan umat Islam.

KEMEWAHAN ANWAR DAN KUNCU-KUNCUNYA...

Kutip Derma Untuk Biaya Anwar Dan Gerombolannya Naik Jet Ke Borneo?

Menakjubkan minda saya, mereka ke sana menggunakan jet peribadi eksekutif yang kelihatan begitu eksklusif bergaya! Sudah tentu mahal harga penerbangan mereka itu, bukan?

Bukan calang-calang untuk mampu menaiki sebuah jet eksekutif sebegitu. Rasanya kalau golongan berpendapatan sederhana sudah tentu tidak mampu untuk menaiki pesa...
wat semewah itu. Yang miskin tak payah cakaplah, tengok di tepi lapangan terbang sajalah…

Saya benar-benar berkerut dahi melihat senyuman Anwar di atas pesawat tersebut, mungkin juga dia ketawa di dalam hati melihat beberapa orang kanannya yang kelihatan seperti “jakun” yang tidak pernah naik jet sepanjang hayat mereka.

Apatah lagi melihat Zuraidah “Mak Lampir” yang tersengih-sengih macam kerang busuk di atas jet itu dan mungkin gambar tersebut akan disimpan sebagai kenangan terindah seumur hidupnya. Harap-harap dia tidak jaja gambarnya itu ke hulu ke hilir di Parlimen Ampang nanti!

Selama ini memang Anwar berlakon di depan rakyat. Kononnya dia tidak kaya raya, dia hanya bergaji RM1 bila dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dan Pakatan Haram terpaksa kutip derma dari rakyat untuk berjuang.

Masih ingat Rafizi Ramli yang kini didakwa atas kesalahan melanggar BAFIA? Masih ingat lagi tentang Tony Pua yang mengadakan majlis makan malam amal untuk mengutip dana membantunya menghadapi kes saman di mahkamah?

Apakah wang derma yang diterima dari karung ceramah PAS, PKR dan jualan meja DAP itu digunakan Anwar, Tian Chua, Dr. Hatta Ramli dan Zuraidah sewenang-wenangnya untuk melaram melancong ke Labuan dan Sabah?

Hebat benar Anwar dan puak-puak penjilatnya bergerak ke sana ke mari. Belum berkuasa di Putrajaya pun mereka sudah tunjuk lagak bermewah-mewah sedangkan mereka sebok mencanang keliling negara bahawa mereka “kering kocek”.

Kalau “kering kocek”, rasanya naik Air Asia pun sudah memadai atau jika mahu membantu MAS, rasanya kos penerbangan kedua syarikat penerbangan itu tidaklah semahal menyewa sebuah jet eksekutif.

Saya tertanya-tanya, tidakkah Rafizi teringin untuk menyiasat segala perincian akaun kos rombongan Anwar dan pasukan gerilanya ke pulau Borneo itu? Atau Rafizi hanya pilih kasih menyiasat sebelah pihak saja? Teluskah begitu?

ANWAR.....Chinadoll & Shamsidar tak dibawa bersiar siar ke ??? hehehehe
See more

Friday 21 September 2012

NAJIB mahu orang ramai sokong demo Pemuda Umno SELEPAS SOLAT JUMAAT HARI INI...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru orang ramai agar menyokong usaha Pemuda Umno yang akan mengadakan perhimpunan aman esok bagi mengecam filem Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina Nabi Muhammad SAW.
Menurutnya, filem dan karikatur terbaru membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.
“Kita mengutuk sekeras-kerasnya penerbitan dan penyiaran filem yang bersifat anti-Islam, Innocence of Muslims dan karikatur yang menghina  Nabi Muhammad oleh sebuah majalah Perancis, yang telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, hari ini.
Beliau yang juga Presiden Umno berkata, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima walaupun atas nama kebebasan bersuara yang merupakan pegangan kuat masyarakat Barat, kerana ia telah mencemar kesucian Islam serta kemuliaan Nabi Muhammad.
Bagaimanapun katanya, dalam umat Islam mempertahankan kesucian agama Islam, pendekatan yang berhemah mesti digunakan dalam melahirkan perasaan tidak puas hati dan bantahan terhadap filem dan kartun itu.
"Bantahan umat Islam secara keganasan dan melampau dalam isu ini sehingga membawa kepada kematian, kecederaan dan kemusnahan harta benda tidak sepatutnya berlaku. Ini kerana Islam tidak menggalakkan penggunaan keganasan sebagai cara menyelesaikan masalah," katanya.
Perdana Menteri sebaliknya, dialog dan kerjasama antara masyarakat untuk memupuk toleransi dan persefahaman perlu dipupuk sepanjang masa sebagaimana yang digerakkan oleh Malaysia menerusi Gerakan Kesederhanaan Global (GMM).
Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Dewan Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo, esok.
Khairy berkata, perhimpunan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen serta lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat esok manakala Dewan Pemuda Pas akan menganjurkan protes di pekarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak
di sini.
Selain parti-parti komponen, antara NGO terlibat dalam protes di pekarangan Masjid Kampung Baru esok termasuk Pertubuhan Peribumi Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Alumni Aspirasi dan Belia 4B.
Dalam pada itu, Najib berkata, MT Umno turut mengutuk kenyataan tidak bertanggungjawab Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman sosial Twitternya yang mempertikaikan tindakan umat Islam membantah dan menentang filem Innocence of Muslims.
Najib berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin DAP itu jelas memperlekehkan umat Islam dan tidak menjaga sensitiviti agama negara ini.

"Kenyataan pemimpin ini jelas memperlekehkan umat Islam dan menunjukkan DAP tidak peka kepada isu-isu yang berkaitan dengan umat Islam," katanya.
Najib turut mempersoalkan keikhlasan Khoo Ham yang memohon maaf atas keterlanjurannya melalui Twitter, hari ini.

"Dalam isu agama kita tidak boleh cakap sebegitu dan bila timbulkan kemarahan, kita begitu senang memohon maaf," katanya.

'Dunia berjaga-jaga, protes filem hina Nabi dijangka besar'

KUALA LUMPUR - Benua Eropah dan Asia khususnya negara-negara Arab mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghadapi protes baru hari ini dijangka lebih besar berbanding hujung minggu lalu bagi memprotes filem dan karikatur menghina Nabi Muhammad SAW.

Himpunan aman juga akan diadakan hari ini di ibu negara oleh parti-parti politik dan badan bukan kerajaan.

Semalam, kedua-dua pemimpin tertinggi Umno dan Pas - Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Ni Mat,  menyeru ahli dan penyokong turun padang menyertai himpunan aman yang akan diadakan selepas solat Jumaat.

Kedua-dua Najib dan Nik Aziz membuat seruan secara terbuka, yang lazimnya akan diterima oleh penyokong masing-masing.

Pemuda Pas menganjurkan himpunan aman di Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di sini manakala Pemuda Umno pula di pekarangan Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Umumnya, demonstrasi hari ini, hari Jumaat, dilihat akan diadakan dalam skala besar susulan kemunculan karikatur dalam majalah Perancis, Charlie Hebdo sementara kemarahan berkaitan filem Innocense of Muslims belum reda.

Protes bermula pada 11 September lalu di Libya, di mana ia membawa kepada empat kematian termasuk Duta AS ke negara itu.

Awal minggu ini, kumpulan Hezbollah menggesa agar protes "segar" diadakan.

Dalam protes semalam di Islamabad, Teheran dan Kabul, 50 orang cedera.

Polis Perancis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga manakala kawalan keselamatan di kebanyakan premis misi diplomatik Perancis di luar negara dipertingkatkan.

Begitu juga di kedutaan AS di kebanyakan negara Islam.

Pihak berkuasa Perancis tidak memberi kebenaran untuk mengadakan demonstrasi di Masjid Besar di Paris.

Dalam pada itu, mahkamah Los Angeles pula telah menolak tuntutan seorang aktres Innocence of Muslims agar treler filem itu dikeluarkan dari  YouTube.

Cindy Lee Garcia menyaman kedua-dua penerbit filem dan Google.

Nasrudin: Pas hormat pendirian Pemuda Umno

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menerima secara terbuka dan menghormati pendirian Pemuda Umno yang mahu mengadakan himpunan aman secara berasingan hari ini bagi membantah filem Innocence of Muslim dan karikatur dalam majalah Perancis.
Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya wajar menghormati pendirian dibuat Ketua Pemuda Umno dan Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin selepas mereka bersama-sama berbincang kelmarin.
"Saya hormati sikap dan pendirian beliau," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Semalam, Khairy berkata, Pemuda Umno akan mengadakan protes berasingan daripada Pemuda Pas bagi mengecam penerbitan filem anti-Islam  Innocence of Muslims dan kartun di dalam majalah Perancis Charlie Hebdo.
Katanya, ia dilakukan atas faktor keselamatan setelah berbincang dengan Ketua Pemuda Pas dan mendapat nasihat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein.
"Kami risau dari segi keselamatan apabila terlalu ramai penyokong politik yang berbeza bertembung di Kedutaan Amerika Syarikat, keadaannya panas
dan kami telah buat keputusan itu. Tujuan esok melahirkan bantahan filem Innocense of Muslim, jangan perkara itu ditenggelami oleh kerana insiden yang boleh berlaku.
"Saya juga rujuk kepada Menteri Dalam Negeri, hendak pastikan esok (hari ini) selamat dan saya dapat nasihat lebih baik kita pecahkan crowd, kalau tidak (akan menjadi) terlalu ramai dan ada kebimbangan sesuatu boleh berlaku dan kita tak nak hantar mesej yang salah kepada masyarakat dunia," katanya.
Khairy berkata, perhimpunan Pemuda Umno, pergerakan Pemuda parti-parti komponen serta lebih 10 badan bukan kerajaan (NGO) akan diadakan di perkarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat manakala Pemuda Pas akan menganjurkan protes di perkarangan Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.
Selain parti-parti komponen, antara NGO terlibat dalam protes di perkarangan Masjid Kampung Baru esok termasuk Pertubuhan Peribumi Perkasa, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia Malaysia, Alumni Aspirasi dan Belia 4B.
Minggu depan, Khairy berkata Gerakan Pemuda Umno turut akan menganjurkan program Malam Cintai Rasul atas objektif yang sama bagi melahirkan
bantahan, namun dalam bentuk yang lebih tenteram.
Semalam, Khairy mengumunkan yang perhimpunan oleh Pemuda Umno akan diadakan secara berasingan di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat hari ini.
Mengulas lanjut, Nasrudin berkata, himpunan aman oleh Pemuda Pas yang juga dikenali sebagai  Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW akan diadakan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak.

"Jika timbul kekacauan atau provokasi, itu bukan berpunca daripada pihak Dewan Pemuda Pas," tegasnya.

Tambah beliau, Pemuda Pas juga memberi amanah penuh kepada Unit Amal untuk mengawal himpunan agar berlangsung dengan aman dan terkawal.

Menurut beliau lagi, peserta Xpresi Hijau Kasih Nabi SAW juga  tidak dibenarkan membawa senjata atau apa jua yang merbahaya dan boleh mengancam keselamatan peserta dan orang ramai.


Kartun hina nabi pula dibantah

PARIS 20 Sept. - Berpuluh-puluh ribu ekspatriat Perancis yang tinggal di negara-negara Islam bimbang akan menjadi sasaran seterusnya bantahan, ekoran penerbitan majalah satira negara ini yang memaparkan karikatur bogel Nabi Muhammad SAW, semalam.
Demonstrasi ganas telah mengakibatkan lebih 30 kematian minggu lalu ekoran penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims yang menjadikan Amerika Syarikat (AS) sebagai sasaran.
Namun, menteri-menteri Perancis bimbang fokus itu beralih ke arah kepentingan negara ini yang berada di luar negara.
Kerajaan Sosialis Perancis, turut berdepan dengan dilema tentang bagaimana untuk menguruskan kemarahan kira-kira empat juta umat Islam di negara ini setelah penerbitan karikatur oleh majalah Charlie Hebdo itu.
Beribu-ribu salinan tambahan majalah itu dijangka akan terus laris hari ini setelah cetakan biasa sebanyak 75,000 salinan habis terjual hanya dalam tempoh beberapa jam, semalam.
Umat Islam yang menghadiri solat Jumaat di Masjid-masjid Perancis esok akan mendengar khutbah menggesa supaya mereka bertenang dan pada masa sama menggesa kerajaan menyekat penyiaran sebarang bahan berunsur penghinaan.
Kerajaan turut mengerahkan polis antirusuhan bagi melindungi pejabat Charlie Hebdo yang turut diserang dengan bom api tahun lalu ekoran penerbitan artikel yang menghina Nabi Muhammad.
Editor majalah mingguan berhaluan kiri itu, Stephane Charbonnier juga telah melantik pengawal peribadi, namun beliau tidak menyesal akan perbuatannya dan menepis dakwaan menyatakan penerbitan karikatur itu dibuat pada masa yang salah.
Dalam perkembangan berlainan di Kabul, ratusan penduduk Afghanistan mengadakan demonstrasi hari ini, membantah tindakan penyiaran karikatur berkenaan dengan melaung-laungkan 'Pergi mati Perancis' dan 'Pergi mati Amerika'.
Protes yang sama turut diadakan di hadapan Kedutaan Perancis di Teheran dan Lebanon.

BUKTI NED taja Suaram RM1.6 juta

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pertubuhan tidak berdaftar, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menerusi Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara Inisiatif) didakwa menerima dana secara konsisten daripada National Endowment for Democracy (NED) sejak 2005 hingga 2011 berjumlah kira-kira RM1.6 juta.
Dana daripada NED itu yang diterima dalam jumlah RM204,000 hingga RM306,000 setahun merupakan sebahagian daripada keseluruhan kira-kira RM2.4 juta dana asing yang disalurkan kepada Suaram bagi tempoh sama.
Selain NED, Suaram turut menerima dana daripada Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang, George Soros berjumlah kira-kira RM845,835.
Suaram dan Suara Inisiatif dipimpin individu sama iaitu Dr. Kua Kia Soong yang merupakan Pengarah Eksekutif Suaram selain turut bertindak sebagai Pengarah Suara Inisiatif.

Thursday 20 September 2012

SELEPAS SOLAT JUMAAT ( MASJID NEGERI PERAK ) 21.9.2012

- ESOK SELEPAS SOLAT JUMAAT ( MASJID NEGERI PERAK ) 21.9.2012
- PERHIMPUNAN (BERARAK DARI MASJID Negeri Perak) ke BANGUNAN DAP (IPOH RAYA) PANGGIL SEBANYAK BOLEH, BIAR KITA GEGAR PEJABAT DAP ESOK, KITA SUARAKAN KEPADA KURANG HAJAR BIN HARAM JADAH NIE JANGAN CELUPAR...


INSYALLAH... DEMI MARUAH ISLAM DAN BAGINDA RASULLULAH...

Cat Farish dilantik Duta YBU

IPOH -  Sikap keprihatinan dan kesedaran sosial yang ada pada penyanyi, Cat Farish mendorong  Yayasan Bina Upaya  (YBU) memilih beliau sebagai Duta pertama YBU dengan harapan mampu menarik minat generasi baru menggembleng tenaga mencapai matlamat yang diharapkan.

Cat Farish ketika ditemui mengakui berbesar hati dengan pemilihan dirinya sebagai duta.

“Kepercayaan yang dipertanggungjawabkan ini tidak akan saya sia-siakan bagi menyumbang bakti kepada masyarakat yang memerlukan keprihatinan dan sokongan.

“Saya mahu generasi muda-mudi hari ini tampil mengerahkan tenaga untuk bersama-sama ke arah yang lebih produktif. Penyertaan  sebagai sukarelawan YBU dari semua golongan ini akan dapat memperkemaskan lagi semua aktiviti yang akan dijalankan,” katanya.

Buat masa ini, beliau telah mencadangkan beberapa  inisiatif  kepada pihak pengurusan YBU  untuk tujuan memantapkan lagi usaha promosi.

Antaranya menyiarkan di  saluran 1Malaysia TV yang merupakan saluran televisyen online yang hanya boleh dilayari melalui internet, setiap aktiviti yang dijalankan bersama YBU.

“Sebagai Ketua Pegawai Operasi 1Malaysia TV, saya menawarkan sesi penggambaran  slot video selama 15 minit untuk semua  aktiviti  yang melibatkan YBU. Saya menamakan slot ini sebagai ‘Kami Kesah’  yang menumpukan kepada  masyarakat keterbawahan yang disasarkan YBU,” katanya.

Beliau yakin, YBU mampumenjadi satu organisasi yang berwibawa dan membina upaya masyarakat keterbawahan tanpa merentasi batasan agama, kaum dan latar belakang.

Majalah Perancis pula hina nabi

PARIS 19 Sept. - Selepas filem yang menghina Nabi Muhammad SAW diterbitkan di Amerika Syarikat, kini sebuah majalah satira di Perancis, pula menerbitkan kartun yang memaparkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel.
Penerbitan karikatur itu dijangka memburukkan lagi ketegangan selepas tercetus demonstrasi ganas di seluruh dunia ekoran penyiaran filem anti-Islam, Innocence of Muslims, yang dihasilkan di Amerika Syarikat (AS).
Muka depan majalah Charlie Hebdo itu menggambarkan seorang penganut Islam berkerusi roda ditolak oleh seorang Yahudi Ortodok di bawah tajuk 'Intouchables 2'.
Ia merujuk kepada filem Perancis yang berkisar tentang seorang lelaki kulit hitam yang menolong seorang golongan bangsawan yang lumpuh.
Satu lagi kartun yang dipaparkan pada muka belakang majalah mingguan itu pula menunjukkan kartun yang menggambarkan Nabi Muhammad dalam keadaan bogel yang hanya berserban.
Ia mendedahkan bahagian punggung Nabi Muhammad kepada seorang pengarah filem, adegan yang diilhamkan daripada sebuah filem pada 1963 yang dibintangi aktres terkenal Perancis, Brigitte Bardot.
Laman web Charlie Hebdo hari ini tidak boleh dilayari selepas dihujani dengan komen-komen kemarahan terhadap penyiaran gambar itu.
Majalah itu sebelum ini terkenal dalam menerbitkan isu-isu kontroversi berkaitan Islam.
Dalam pada itu, Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault berkata, orang ramai yang tersinggung dengan penyiaran kartun berkenaan boleh membawa perkara itu ke mahkamah selepas beliau menyatakan 'rasa tidak setuju terhadap perbuatan berlebih-lebihan tersebut'.
Bagaimanapun, beliau menegaskan Perancis tetap mengamalkan kebebasan bersuara.
''Kita berada di sebuah negara yang mana kebebasan bersuara adalah dijamin termasuk kebebasan untuk membuat karikatur.
''Kalau ada rakyat yang tersinggung dengan kepercayaan mereka dan berfikir terdapat pelanggaran undang-undang, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah,'' katanya kepada radio RTL.
Sementara itu, Menteri Luar Perancis, Laurent Fabius pula berkata, negara ini telah meningkatkan keselamatan di kedutaannya di negara-negara yang mungkin mencetuskan kemarahan dengan penerbitan karikatur itu.

SUARAM HALANG ROS MASUKI PREMIS

PETALING JAYA 19 Sept. - Sekumpulan pegawai dari Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini dilarang daripada memasuki pejabat Suara Rakyat Malaysia (Suaram) di Jalan Gasing di sini, untuk mendapatkan dokumen bagi membantu siasatan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Pasukan terdiri daripada empat pegawai ROS dan dua anggota polis itu tiba di premis tersebut pukul 11.55 pagi namun dihalang kakitangan Suaram daripada memasuki pejabat.
Menurut Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman, ROS diberi mandat untuk menjalankan siasatan ke atas Suaram yang tidak berdaftar dan tidak pernah mengemukakan permohonan untuk didaftarkan.

Member BSK