Jumlah Pengunjung

Saturday 27 January 2018

PEMIMPIN PKR BERTUMBUK HINA MELAYU BODOH SAKAI MASUK HUTAN!!!

Gambar hiasan

Insiden yang berlaku antara jam 9:30 sehingga 10:30 pagi tadi di Restoran Maya, Jalan Beserah, Kuantan tidak kurang hebatnya. Insiden tersebut membabitkan ahli MPP PKR yang juga Pengerusi PKR merangkap Adun Bandar, Terengganu, Azan Ismail dengan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.


Semuanya bermula apabila Azan menegur Lee Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu. Azan Ismail menyatakan, pebuatan Lee Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekaligus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang dipilih menjadi pemimpin PKR. Azan turun menasihati Lee Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak mengikut perasaan.

Rupa-rupanya teguran tersebut tidak dapat diterima oleh Lee Chean Chung. Berlakulah pertikaman lidah antara Lee Chean Chung. Saksi menyatakan, Lee Chean Chung tidak dapat menerima teguran Azan Ismail kerana AZAN ISMAIL ADALAH MELAYU. Ketika bertikam lidah, Lee Chean Chung secara sengaja telah mengejek Azan dengan menyatakan, 'MELAYU SEMUANYA BODOH' dan memberitahu kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang. 'MELAYU SAKAI MASUK HUTAN' menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar Lee Chean Chung kerana bermulut celupar. Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan.

Berbeza pula dengan rakan Lee Chean Chung - juga seorang Cina - apabila melihat Azan mulai kendur, telah mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan. Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, yang turut menyaksikan pergaduhan antara kedua-dua pemimpin PKR berlainan bangsa itu, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat menghentam kepala Azan Ismail.

Apabila menyedari pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut diminta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua-dua pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran.

MELAYU BODOH dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN merupakan punca pergaduhan tersebut. Tanggapan hodoh dan hina terhadap orang Melayu oleh Lee Chean Chung pula menjadi punca kemarahan dan reaksi spontan Azan Ismail yang mahu menampar mulutnya. Manakala sikap tidak boleh menerima teguran daripada seorang Melayu walaupun menganggotai parti yang sama, menjadi punca Lee Chean Chung hilang hormat kepada ahli MPP PKR yang pernah menjadi Ahli Parlimen Indera Mahkota.
(SUMBER

Tuesday 23 January 2018

TERKINI.. DAP UMUMKAN SENARAI AGIHAN KERUSI PERAK!!!


Memang mengejutkan berita tentang agihan kerusi negeri Perak. Senarai yang telah dikeluarkan menunjukkan sememangnya pemimpin bangsa Melayu dalam Pakatan Harapan hanyalah menjadi hamba abdi kepada pemimpin DAP Perak. Tiada penambahan untuk pemimpin Melayu dalam agihan kerusi mereka, malahan makin berkurang lagi untuk mereka. 

Untuk lebih detail sila baca dibawah.. 

Maklumat berwibawa yang perolehi dari Perak menyatakan bahawa agihan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak antara parti-parti dalam Pakatan Harapan telah pun selesai dilakukan setelah beberapa mesyuarat dilangsungkan antara delegasi DAP yang diketuai oleh Nga Kor Ming, delegasi PKR yang diketuai oleh Dr Lee Boon Chye, delegasi PPBM yang diketuai oleh Mohd Azni Mohd Ali dan delegasi AMANAH yang diketuai oleh Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Tidak seperti dalam PRU 13 di mana PAS yang mendominasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat dengan 22 kerusi, diikuti oleh PKR dengan 19 kerusi dan DAP dengan 18 kerusi, dalam PRU 14 ini parti dalam Pakatan Harapan yang mendominasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak adalah DAP dengan 18 kerusi, diikuti oleh PKR dan PPBM dengan 14 kerusi dan AMANAH di tempat tercorot dengan 13 kerusi.

Agak pelik juga bila AMANAH Perak, negeri asal Penasihat Umumnya, Ahmad Awang, yang pimpinannya dibarisi oleh nama-nama gah seperti Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, Dr Muhaimin Sulam dan Dr Fakhruldin Hashim, hanya menduduki tempat tercorot dalam agihan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak ini, apatah lagi bila Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Perak adalah pemimpin AMANAH Perak, iaitu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Apa sudah jadi dengan para pemimpin AMANAH Perak, khususnya Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin? Ke mana perginya laungan AMANAH ganti PAS? Kenapa AMANAH yang terpaksa paling banyak berkorban kerusi kepada PPBM, sebuah parti yang diketahui dipenuhi dengan pelbagai masalah di Perak? Mengapa dibiarkan sahaja DAP mendominasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak ini dan mengapa tiada walau sebiji kerusi pun yang DAP diminta lepaskan kepada mana-mana parti lain?

Paling penting ialah, bila DAP yang mendominasi agihan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak ini, tidakkah Pakatan Harapan Perak merasa bimbang dengan persepsi pengundi Melayu Islam terhadapnya? Tidakkah ini akan memberikan gambaran bahawa jika Pakatan Harapan memenangi Dewan Undangan Negeri Perak, kalaupun bukan wakil rakyat DAP yang akan menjadi Menteri Besar Perak, DAP-lah yang akan menjadi pemegang kuasa sebenar di dalam Kerajaan Pakatan Harapan Perak?      

SENARAI PENUH AGIHAN KERUSI PAKATAN HARAPAN BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

18 KERUSI MILIK DAP:

N17 POKOK ASSAM: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N18 AULONG: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N22 JALONG: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N25 CANNING: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N26 TEBING TINGGI: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N27 PASIR PINJI: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N28 BERCHAM: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N29 KEPAYANG: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N30 BUNTONG: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N31 JELAPANG: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N32 MENGLEMBU: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N33 TRONOH: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N37 PANTAI REMIS: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N40 MALIM NAWAR: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N41 KERANJI: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N50 SITIAWAN: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N55 PASIR BEDAMAR: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP
N57 SUNGKAI: PRU 13 DAP: PRU 14 DAP

14 KERUSI MILIK PPBM (10 PPBM AMBIL DARI PAS DAN 4 PPBM AMBIL DARI PKR):

N2 TEMENGOR: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM
N5 SELAMA: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N12 SELINSING: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N15 TRONG: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N19 CHENDEROH: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N21 LINTANG: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N24 HULU KINTA: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM
N38 BELANJA: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N42 TUALANG SEKAH: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM
N47 AYER KUNING: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N51 PASIR PANJANG: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N53 RUNGKUP: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N56 CHANGKAT JONG: PRU 13 PAS: PRU 14 PPBM
N59 BEHRANG: PRU 13 PKR: PRU 14 PPBM

14 KERUSI MILIK PKR (2 PKR AMBIL DARI PAS):

N3 KENERING: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N7 BATU KURAU: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N9 KUALA KURAU: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N10 ALOR PONGSU: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N13 KUALA SAPETANG: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N34 BUKIT CHANDAN: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N36 PENGKALAN BAHARU: PRU 13 PAS: PRU 14 PKR
N44 SIMPANG PULAI: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N45 TEJA: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N46 CHENDERIANG: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N48 SUNGAI MANIK: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N52 PANGKOR: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N54 HUTAN MELINTANG: PRU 13 PKR: PRU 14 PKR
N58 SLIM: PRU 13 PAS: PRU 14 PKR

13 KERUSI MILIK AMANAH (10 AMANAH AMBIL DARI PAS DAN 3 AMANAH AMBIL DARI PKR):

N1 PENGKALAN HULU:  PRU 13 PKR: PRU 14 AMANAH
N4 KOTA TAMPAN: PRU 13 PKR: PRU 14 AMANAH
N6 KUBU GAJAH: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N8 TITI SERONG: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N11 GUNONG SEMANGGOL: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N14 CHANGKAT JERING: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N16 KAMUNTING: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N20 LUBOK MERBAU: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N 23 MANJOI: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N35 MANONG: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N39 BOTA: PRU 13 PKR: PRU 14 AMANAH
N43 SUNGAI RAPAT: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH
N49 KAMPONG GAJAH: PRU 13 PAS: PRU 14 AMANAH

Friday 12 January 2018

RIDZUAN HASHIM PUN MAKAN PENAMPAR FARID KAMIL!!!



SEHARI sebelum Datuk Farid Kamil ditahan kerana menampar anggota polis bertugas dan orang awam di Balai Polis Kota Damansara, pelakon Ridzuan Hashim, 53, terlebih dulu menjadi mangsa penampar pelakon dan pengarah terkenal itu.

Ridzuan ketika dihubungi mengaku tidak tahu mengapa Farid menamparnya ketika di lokasi penggambaran drama Uniknya Cinta, Rabu lalu.

“Kejadian berlaku jam 1.30 pagi pada 10 Januari lalu di studio milik Soffi Jikan ketika berlangsung penggambaran drama arahan Shuhaimi Lua Abdullah.

“Tidak semena-mena Farid menampar pipi kiri saya sampai jadi merah. Apabila saya jerit ‘Oi kenapa kau tampar aku’ dia terus berlari keluar meninggalkan premis yang menjadi lokasi penggambaran,” katanya kepada Harian Metro.


Kata Ridzuan, sebelum kejadian dia baru keluar dari tandas dan memakai stokin di bilik wardrobe.

“Tiba-tiba Farid masuk dan bertanya ada baju tak. Saya beritahu itu semua baju pelakon dan saya terus tunduk memakai stokin.

“Entah kenapa dia terus menampar saya. Apabila saya jerit tanya kenapa dia terus lari keluar daripada premis itu dan tidak patah balik untuk mengambil keretanya.

“Ketika itu saya lihat dia seperti kebingungan. Kru dan pelakon lain menjadi saksi apabila saya menjerit namanya dan mereka juga melihatnya berlari keluar.

“Bagaimanapun, saya tidak membuat laporan polis kerana kami sama-sama kawan. Saya maafkan dia dan tidak berdendam dengannya. Lagipun dia ada anak isteri, saya tak mahu mereka tertekan.

“Kalau saya buat laporan polis, perkara itu akan jadi besar dan berpanjangan,” katanya.

Mengulas kejadian Farid ditahan kemudian direman, Ridzuan mengaku terkejut dan berharap masyarakat tidak menjatuhkan hukum kepada Farid.

Katanya, Farid masih muda dan dia sayangkan masa depan pelakon dan pengarah itu.

“Itu antara sebab mengapa saya tidak buat laporan polis kerana tidak mahu kejadian itu dispekulasikan. Nanti orang ingat saya yang cari pasal.

“Saya juga bukan jenis yang suka mengadu dengan wartawan. Selepas kejadian itu, saya malas nak fikir lagi dan terus masuk ke set penggambaran sehinggalah semua babak saya selesai jam 4.30 pagi,” katanya.

Monday 1 January 2018

ROLLS ROYCE ABG TERLAJAK LARIS KANTOI TIPU ORANG RAMAI..???


KERETA Rolls Royce dipercayai milik Pengarah Urusan D'herbs Holding Sdn Bhd, Datuk Aliff Syukri, antara 20 kenderaan disita dalam Op Patuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Jalan Bangsar, malam tadi.

Dalam operasi bermula 8.30 malam itu, kereta mewah berkenaan yang disewa warganegara Australia itu disita kira-kira 11 malam, kerana kesalahan kawasan pengisytiharan penggunaan Lesen Kenderaan Motor (LKM).

Pemeriksaan JPJ melalui sistem jabatan itu mendapati kereta berkenaan didaftarkan atas nama Datuk Aliff Syukri.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi JPJ Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata, selain kesalahan berkenaan kenderaan berkenaan turut disaman kerana nombor plat tidak mengikut spesifikasi.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan menggunakan LKM Sarawak dengan harga RM5,000 iaitu jauh lebih murah berbanding LKM yang patut digunakan.

“Siasatan mendapati harga sebenar LKM yang perlu dibayar kira-kira RM20,000.

“LKM di negeri itu (Sarawak) hanya boleh digunakan untuk kenderaan di negeri berkenaan sahaja dan kita sedang menyiasat bagaimana kenderaan berkenaan boleh berada di semenanjung,” katanya pada sidang media Op Patuh di Jalan Bangsar, malam tadi.

Mengulas operasi berkenaan, Wan Ahmad Uzir berkata, 2,080 kenderaan diperiksa dalam operasi di Jalan Bangsar dan Jalan Genting Klang.

“Sebanyak 297 kenderaan dikenakan tindakan kerana pelbagai kesalahan, antaranya menggunakan nombor plat tidak mengikut spesifikasi, LKM tamat tempoh dan tiada lesen memandu.

"Operasi membabitkan 170 anggota dan pegawai turut membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

(SUMBER) 

Member BSK