Jumlah Pengunjung

Monday 31 October 2016

900 RIBU PENJAWAT AWAM BAKAL DIBUANG KERJA???


Tony Pua Kiam Wee berkata,  jika Pakatan  dapat memerintah kerajaan pusat  satu cadangan akan kemukakan  sebagai  satu projek yang dinamakan “Projek Khas Mengurangkan Kakitangan Awam” untuk mengurangkan bilangan kakitangan awam berperingkat-peringkat setiap tahun.-  Sinchew Daily News m/s 91 November 2011 (Selasa)

Sekarang kita sedang berhadapan dengan pelbagai tekanan dan terus memperjuangkan apa yang kita harus perjuangkan.  Begitu juga pada pihak pembangkang , mereka akan terus melakukan penafian dan bantahan walaupun ianya untuk kebaikan rakyat.

Kekejaman ini bukan setara  lagi malahan ianya dilakukan  bertali arus. Dan kita sedang melihat bahawa bukan kaum India dan Cina atau Kadazan serta Iban yang diserang akan tetapi , serangan dilakukan secara terangan terhadap bangsa Melayu.

Bangsa Melayu sekarang ini sedang berhadapan dengan kumpulan pembangkang bukan hanya untuk politik tetapi yang membawa fahaman  liberal dan pluralism yang mana  akan menghalalkan apa juga tindakan termasuk  agama.

Bangsa Melayu adalah yang beragama Islam, setiap genap dan sudut sedang cuba mempertahankan apa yang dimiliki  selama ini. Pemimpin Melayu juga yang berada didalam Pakatan sedang di”kaldaikan” oleh DAP agar melakukan serangan ini.

DAP sebagai big boss mereka hanya memberikan arahan dan perlaksanaannya dilakukan tanpa mempedulikan tindakan  mereka itu  akan memudaratkan bangsa mereka sendiri.

Sejak 1969-sekarang perancangan untuk melenyapkan budaya, penguasaan bangsa itu terus dilakukan terhadap bangsa Melayu. Ianya dilakukan dengan konsisten oleh DAP tanpa ada perubahan kecuali pertukaran slogan mengikut  semasa dan matlamatnya tetap sama.

Serangan DAP serta beberapa pemimpin Melayu yang membantu DAP ini terus mempertikaikan hak-hak orang Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, Agama Islam, Bahasa serta Raja Melayu tanpa ada sesuatu tindakan yang drastik melalui perundangan dilakukan untuk mempertahankan.

2011, Tony Phua pernah menyuarakan akan memperkecilkan kapasiti penjawat awam disemua jabatan dengan alasan ianya merugikan  perbelanjaan kerajaan. Pada masa yang sama mereka juga menempelak kerajaan dalam isu pengangguran di Malaysia.

Pakatan  Pembangkang dengan angkuh  bercadang tidak akan gunakan budaya lama yang dilakukan oleh kerajaan membuat pengambilan graduan universiti untuk dimuatkan ke dalam sektor kerajaan, pada masa sama mungkin Pakatan  akan buat penambahan kakitangan awam, tetapi penambahan itu perlu yang berkualiti tinggi, dan memilih kakitangan awam yang punyai daya saing

Saranan ini kosisten apabila  Lim Kit Siang juga memperkatakan hal ini  pada tahun 2013. Seterusnya  cadangan-cadangan berkaitan penjawat awam di perkatakan juga oleh Penang Institut  sebagai satu cadangan agar kerajaan  melakukan pengurangan tersebut.

Perkara yang sama juga dibongkar oleh Setiausaha Lajnah Asas Tani & Alam Sekitar PAS Pusat, Huzir Sulaiman. Yang membongkar  perancangan  untuk mengurangkan penjawat awam  seramai 900 ribu orang jika Pakatan dapat memerintah dengan sokongan PAN, PKR dan Bersatu pada PRU14 nanti.

Cadangan yang dibuat dari badan penasihat polisi kepada Kerajaan DAP Pulau Pinang ini sememangnya telah diketahui  sejak dahulu lagi, Namun tahap kesedaran  pemimpin dan penyokong DAP dikalangan orang Melayu hanya berkisar pada isu politik dan bukan isu bangsa dan kuasa orang Melayu dalam politik Malaysia.

Badan pemikir Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Penang Institute berkaitan dengan reformasi sektor perkhidmatan awam. DAP itu telah menggesa kerajaan supaya mereformasikan dan mengurangkan saiz sektor perkhidmatan awam, bagi mengurangkan defisit belanjawan.

Badan pemikir itu berkata terlalu banyak wang diperuntukkan untuk perkhidmatan awam yang dianggap satu pembaziran terlampau dan ianya merugikan kerajaan dalam perbelanjaan  mengurus. DAP berpendapat belanjawan berimbang tidak mungkin tercapai dalam masa terdekat ekoran perbelanjaan untuk perkhidmatan awam yang besar.

Penang Institute memberitahu belanjawan kali ini memperuntukan RM214.8 bilion sebagai perbelanjaan mengurus, dimana RM77.4 bilion untuk emolumen dan RM32 bilion untuk bekalan dan perkhidmatan.

Perancangan yang dibuat oleh DAP ini bukan setakat kepada perkhidmatan awam malah, MARA, kouta ke Universiti terutama UiTM , dan berbagai lagi yang berkaitan dengan orang Melayu dipertikaikan. Pertikaian yang dilakukan hanya untuk mendapatkan  apa yang dikatakan keadilan semua pihak.

Tetapi disatu sudut yang lain, DAP telah lupa apa yang terkandung didalam kontrak sosial yang mana beberapa perkara tidak boleh dipertikaikan dengan persetujuan yang telah dibuat oleh pemimpin dahulu.

Jika mereka iaitu penyokong pembangkang dikalangan orang Melayu  merasakan pembangkang dapat membela nasib mereka, ternyata mereka silap. Belum berkuasa, DAP telah berani mengisytiharkan untuk mengecilkan saiz jabatan Kerajaan. Ini bermakna, makin ramai yang bekerja dengan Kerajaan terutamanya orang Melayu akan hilang pekerjaan.

Sunday 30 October 2016

RAHSIA UGUTAN TUN MAHADHIR DAN RAHSIA GERAKAN KERJA NAJIB UNTUK RAKYAT!!!


DS Najib menubuhkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah untuk membebaskan industri tenaga daripada cengkaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan taikun2 IPP yang menjadi tuan besar kepada Tenaga Nasional Berhad.

Mereka sedar sekiranya perancangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu berjaya, ia akan menyebabkan kawalan mereka terhadap industri tenaga berakhir. Oleh itu mereka mula melakukan sabo­taj terhadap 1MDB, mula-mula dengan mensabotaj tawaran per­­mulaan awam (IPO) dan kemudian me­­­­nyebarkan kisah bahawa 1MDB mengalami kerugian RM42 bilion.

Nilai aset 1MDB melebihi liabiliti sebanyak RM9 bilion dan apa yang dikatakan ke­rugian RM42 bilion itu adalah jumlah pinjaman.

DS Najib tahu mengapa Dr. Mahathir menyerang 1MDB sejak Disember 2014 dan ia tidak mempunyai kaitan dengan gerakan ‘Selamatkan Malaysia’ seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri itu.

Perdana Menteri juga tahu matlamat Dr. Mahathir sejak 1990 adalah untuk me­nguasai industri tenaga yang menya­lurkan kira-kira RM20 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP).

Apabila DS Najib men­jadi Perdana Menteri, industri tenaga dikuasai oleh proksi dan kroni Dr. Mahathir.

DS Najib tidak boleh me­miliknegarakan agensi yang telah diswastakan, maka pengambil­alihan IPP perlu dilakukan secara komersial melalui sebuah GLC.

Selepas kontrak berpuluh2 tahun IPP tamat, 1MDB telah membeli dan mengambilalih beberapa IPP milik taikun besar yang juga kroni2 Dr. Mahathir. Maka berakhirlah era 'kegemilangan dan kemewahan' IPP yang selama berpuluh2 tahun mencerut leher TNB dan mengikis kekayaan negara melalui pemberian subsidi dan penjualan tenaga kepada secara 'paksa'. Yang menjadi mangsa adalah pengguna tenaga.

Kempen 'SELAMATKAN MALAYSIA' bukanlah hakikat sebenar untuk menyelamatkan Malaysia dari dirosakkan oleh DS Najib tetapi adalah untuk menyelamatkan INDUSTRI TENAGA swasta yang dikuasai taikun2 besar yang selama berpuluh tahun mengaut keuntungan yang kini semakin runtuh akibat tindakan DS Najib yang membeli IPP yang telah tamat kontrak melalui 1MDB.

Thursday 27 October 2016

SELEPAS HOSPITAL.. KINI AMBULANS PULA TIBA-TIBA TERBAKAR!!!


KUALA KANGSAR: Sebuah ambulans terbakar di persimpangan lampu isyarat Taman Bunga Raya di sini, malam ini.

Dalam kejadian jam 8.50 malam, ambulans itu yang dikatakan dalam perjalanan pulang dari Ipoh secara tiba-tiba terbakar di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada orang awam jam 8.59 malam sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Anggota yang tiba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh tiga minit dan dua kakitangan hospital yang berada dalam ambulans dapat keluar dan tidak cedera.

"Tiada pesakit dalam ambulans berkenaan ketika kejadian," katanya.

Wednesday 26 October 2016

PEMBORONG RUGI BESAR KERAJAAN KEKALKAN HARGA MINYAK MASAK!!!


RAKYAT Malaysia boleh menarik nafas lega dengan pengumuman bahawa harga minyak masak kekal. Pengekalan harga tersebut diumum Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Putrajaya pagi ini.

Di sebalik kebimbangan orang ramai dan belian panik, kerajaan hari ini mengumumkan harga minyak masak tetap kekal RM2.50 sekilogram.
Sebelum ini media pembangkang melaporkan kerajaan bakal memansuhkan subsidi minyak masak mulai bulan depan dan bakal menyebabkan harganya meningkat di pasaran. 

Bagaimanapun ia dinafikan Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani yang menyatakan belum ada sebarang mengenai pemansuhan subsidi minyak masak dibuat ketika ini.


Tuesday 25 October 2016

KENAIKAN GAJI MINIMUM AKAN MUFLISKAN NEGARA - TUN MAHADHIR!!!


Gaji minimum sebanyak RM1,500 telah dicadangkan oleh Pakatan Harapan dalam bajet alternatif 2017 yang diumumkan minggu lepas. Namun pelaksanaan gaji minimum ini, jika diperhalusi adalah tidak praktikal kerana pembayaran gaji dilaksanakan mengikut produktiviti, bukannya pihak ketiga.

Malah kenaikan gaji ini mungkin boleh memufliskan Malaysia apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

Mungkin yang tertanya-tanya siapa yang membuat kenyataan berkenaan. Tidak lain adalah pemimpin pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu telah melihat mengenai perkara ini empat tahun lepas dan pernah menulis mengenainya dalam blog beliau, berjudul `Minimum Pay’ pada 2 Mac 2012.

Dalam tulisannya itu, Dr Mahathir  melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.

“Jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.

“Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita .Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah,” katanya.

Ternyata pendirian Dr. Mahathir mengenai gaji minimum telah diluahkannya sejak empat tahun lalu dan ia berbeza dengan pendirian pembangkang yang mencadangkan gaji minimum RM1,500 tanpa mengambil kira kemampuan majikan.

Ia juga menunjukkan Dr. Mahathir tidak sependapat dengan rakan-rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan. Semua tahu pembangkang telah lama mencadangkan gaji minimum ini sementara Dr. Mahathir pula diketahui membantah pelaksanaan gaji minimum.

Gara-gara pendirian Dr. Mahathir mengenai gaji minimum ini juga, beliau pernah dibidas oleh pembangkang ketika itu dengan Anwar Ibrahim merupakan pemimpin pembangkang yang paling lantang mengecamnya sehinggakan Anwar mendakwa Mahathir hanya mahu mengkayakan kroni semata-mata.

Bagi Pakatan Harapan pula, memandangkan mereka sudah menguasai dua negeri, Pulau Pinang dan Selangor, jadi moleklah sekiranya negeri-negeri terbabit melaksanakan dulu gaji minimum ini.

Tidak guna jika mereka sekadar bercakap mengenai pelaksaan gaji minimum sebanyak RM1,500 tetapi tidak mampu melaksanakan di Selangor dan Pulau Pinang.

http://www.malaysiakini.com/news/190933

http://chedet.cc/?p=712

Monday 17 October 2016

ROYALTI MINYAK, TUN MAHADHIR MULA TABUR JANJI PARIA!!!


KERAJAAN Kelantan hanya akan menikmati royalti minyak selepas Pembangkang mampu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?

Suatu kenyataan 'jijik' daripada Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara tiba-tiba menyentuh soal isu yang telah bermain sejak sekian lama itu.

Terbukti Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM telah mula terdesak untuk mengaut sokongan daripada masyarakat majoriti Melayu di negeri 'Che Siti Wan Kembang'.

Sedarkah Dr Mahathir bahawa di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyebut : "Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976? Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969)."

Dr Mahathir sebenarnya telah lama akui bahawa negeri Kelantan tidak layak terima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar persisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer (3 batu nautika).

Malah, Dr Mahathir sendiri tidak menyokong usaha berkenaan semasa dia bersama UMNO suatu ketika dahulu kerana dia sedar hal sebenar.

Dia sendiri juga turut didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sebaliknya beliau hanya buat-buat lupa kerana menyangka orang lain sudah nyanyok dan mudah alpa.

Juga Dr Mahathir cerdik bermain emosi rakyat negeri berkenaan. Dia tahu, dengan memainkan persepsi royalti ini, ia mampu dengan mudah untuk mengemis simpati rakyat negeri Kelantan.

Adakah rakyat Kelantan sudah lupa atau saja buat-buat lupa pekara yang pernah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen tetapi tidak sempat dibincangkan berikutan kesuntukan masa?

Anwar Ibrahim pernah membawa usul bagi meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat dengan tujuan agar royalti diberi kepada negeri Kelantan.

Ini bermakna pembangkang sendiri tahu jika Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak dipinda, sampai bila-bila negeri Kelantan tidak berhak mendapat royalti tersebut.
Pekara utama perlu diketahui oleh rakyat Kelantan adalah, jika layak menerima royalti, Dr Mahathir tidak akan menanam harapan royalti akan diperolehi setelah pembangkang menguasi persekutuan, dia pastinya akan berucap dengan nada lain.

Tujuan usul itu ke Dewan Rakyat adalah semata-mata mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Siapa yang meminda dan bertanggungjawab mengubal dan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 hingga menyebabkan negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak? Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan Perdana Menteri yang memegang kuasa selama 22 tahun.

Dalam isu ini juga rakyat harus baca kembali kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Takkan sudah lupa, suatu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang berkenaan disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (rujuk Bernama - 1November, 2000).

Walaupun rentak dan senario para ahli politik yang memperjuangkan atau terlibat dalam isu royalti minyak ini telah berubah, tetapi kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

Hakikatnya, Dr Mahathir cuba menggaburi mata rakyat negeri Kelantan dengan isu royalti minyak ini kerana dia amat trauma dan takut untuk berbicara soal hukum Hudud di hadapan rakyat negeri berkenaan.

Walhal, isu yang lebih aula bagi Kelantan sekarang adalah Hudud dan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang kini dalam proses pindaan.

Wednesday 12 October 2016

SAH.. MAHADHIR HIRUP CIRIT BIRIT KELUARGA ANWAR!!!


Mahathir Mahu Berdamai,  Anwar & Keluarga Belum Tentu Lagi

Dalam kenyataan terbarunya semalam, Tun Mahathir menyatakan dia sudah tidak ada apa apa lagi yang mahu digaduhkan bersama Anwar.

Erti kata Mahathir sudah berdamai dengan Anwar.

Laporan berita berbahasa Inggeris pula membuat tajuk "I’ve buried the hatchet with Anwar: Dr Mahathir"

Namun harus diingat , ini adalah kenyataan Mahathir , bukan kenyataan dari pihak Anwar.

Mahathir ada kepentingan mahu menggunakan nama Anwar dalam kempennya mahu menjatuhkan Datuk Seri Najib.

Ini kerana kedudukan Mahathir sendiri sudah dalam keadaan defisit sokongan maka Mahathir amat perlu menggunakan segala baki apa yang ada waima menggunakan nama Anwar.

Tambah lagi Mahathir sedang cuba mengabui Raja Raja Melayu bahawa dia sudah dapat banyak sokongan dari banyak pihak untuk kempennya mempengaruhi mereka.

Mahathir juga sudah memakai baju T yang menunjukkan perkataan “Rakyat Tuanku”.

Ini semua kerana Mahathir berada dalam keadaan tertekan dan desperado.

Ketika Mahathir datang mengadap Anwar di mahkamah pertama kali dulu , dikhabarkan ia di atur oleh Azmin Ali.

Anwar sebagai orang dewasa dan matang politik tidak merasa sebarang kerugian pada hal itu.

Namun setelah perjumpaan itu , dilihat puak Mahathir pula yang berlebihan menggunkankan hal pertemuan  itu untuk “political mileage” mereka.

Malah ada penyokong taksub Mahathir mengumpamakan seperti sepasang suami isteri yang hendak berdamai dan seiapa mempersoalkan
nya adalah bersifat syaitan.

Pembicara ini terlupa apa yang telah Mahathir sendiri ajar sekian lama kepada seluruh rakyat bertahun tahun lamanya, bahawa Anwar ini tidak boleh dipercayai tidak boleh dipakai dan jahat wataknya.

Itu yang telah diajar oleh Mahathir.

Maka apabila pertemuan “hijack” antara Mahathir dan Anwar terjadi , tentu sekali menjadi perbualan dan kritikan masyarakat.

Begitu mudah sekali setelah minda rakyat dipermainkan dan diperbodohkan sekian lama  berkenaan watak Anwar yang di “demonise” kan  , tiba tiba Mahathir sendiri menjilat apa yang dia ludahkannya.

Dalam hal ini , siapakah yang keliru dan bengong? Mahathir atau pengkritik?

Kita boleh tolak ketepi sahaja pendapat pentaksub Mahathir kerana apa apa pendapat mereka bukanlah berpaksikan kepada realiti dan kebenaran tetapi kepada pemujaan dan pembelaan sahaja.

Ketika pertemuan terjadi antara Mahathir dengan Anwar di mahkamah tempoh hari, Wan Azizah dan Nurul Izzah juga turut bersama berada di situ.

Namun mereka pilih untuk keluar sebaik sahaja Mahathir “enter frame” menemui suami dan ayah mereka,

Ini adalah petunjuk jelas bahawa mereka belum lagi boleh menerima orang yang menghancurkan keluarga mereka satu masa dulu.

Malah dari sumber yang kami dapati , Anwar ada juga mengarahkan kepada orangnya, ketika dia akan berada di mahkamah pada hari ini, dia tidak mahu ada cubaan membawa Mahathir bergambar dengannya.

Jika benar, maka kita faham lah bahawa keuntungan terlihat bersama hanya menguntungkan Mahathir dan bukannya Anwar.

Keluarga Anwar belum lagi memaafkan Mahathir, malah salah seorang anak Anwar mahu Mahathir membuat kenyataan rasmi memohon maaf.

Tetapi apa yang kita saksikan , Mahathir hanya menyatakan dia sudah berdamai dengan Anwar dan bukannya memohon maaf.

Bahkan jika Mahathir mahu memohon maaf pun, dia harus pohon maaf dengan ahli UMNO terlebih dahulu, kerana mempergunakan mereka untuk berlawan dengan Anwar dimana kemudian Mahathir dengan mudah berdamai dengan Anwar.

Jadi rumusan yang kita boleh buat adalah kenyataan Mahathir hanya “one sided” dan berbentuk syok sendiri sahaja , bagi pihak Anwar dan keluarga belum tentu lagi mereka sudah berdamai dengan Mahathir.

Orang sedang lemas seperti Mahathir akan buat apa sahaja malah seketul najis yang terapung pun akan cuba dicapainya..


Wednesday 5 October 2016

CUEPACS TEGAS TUNTUT BONUS 2 BULAN GAJI!!!



KOTA BHARU: CUEPACS mengekalkan tuntutan dua bulan bonus kepada 1.6 juta penjawat awam akhir tahun ini.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata tuntutan itu adalah relevan dengan keadaan semasa yang menyaksikan kenaikan pelbagai harga barangan.

Beliau berkata, tuntutan itu dianggap tidak keterlaluan kerana ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membayar bonus pekerja antara lima hingga tujuh bulan.

"Walaupun dalam keadaan ekonomi tidak menentu, kerajaan perlu menimbang memberi bonus seperti diminta," katanya pada sidang media selepas majlis Penerangan isu semasa penjawat awam bersama kakitangan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi CUEPACS Kelantan Izuddin Ab Rasid; Presiden Kesatuan Kakitangan KADA, Mohd Rodi Nor; dan Timbalan Pengurus Besar KADA, Nik Roslan Idris.

Azih berkata, angka dua bulan itu relevan pada masa ini dan CUEPACS tidak akan mengguna pendekatan ugutan atau tekanan terhadap kerajaan.

"Kerajaan memahami apa yang dialami penjawat awam terutama kakitangan kumpulan B40 dan M40 yang tertekan dengan kos sara hidup," katanya.

Member BSK