Bertempat di kediaman Menteri Besar Perak telah diadakan
satu majlis makan malam Ketua Pemuda UMNO Malaysia bersama pemuda2 UMNO negeri
Perak. Ternyata anggaran kehadiran sebanyak 4000 pemuda UMNO telah menjadi
sebaliknya. Khairy Jamaludin selaku ketua pemuda UMNO Malaysia agak terkejut dengan kehadiran di luar
jangkaan sebanyak 8000 pemuda UMNO seluruh perak.
Didalam ucapan, Khairy telah memberitahu lawatan ini adalah negeri
yang ke Lapan semperna jelajah beliau bertemu dengan pemuda UMNO seluruh Malaysia.
Katanya majlis bertemu pemuda UMNO negeri perak merupakan majlis yang paling
memeriah. Jika begini sambutan orang muda tidak mustahil Negeri perak akan
dapat di kekalkan kepada BARISAN NASIONAL
pada PRU 13 akan datang.
Beliau juga berkata walaupun beliau bukan dari negeri perak,
namun beliau pernah berkhidmat dibawah kepimpinan YAB Datuk Seri Zambry Abd
Kadir semasa beliau menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia dulu, dan sepanjang itu
juga beliau amat mengenali YAB Menteri Besar yang mana pada pendapat beliau
Menteri Besar Perak adalah seorang yang bertanggungjawab serta berdedikasi
dalam melaksanakan tugas membela nasib rakyat khususnya pemuda.
No comments:
Post a Comment