Jumlah Pengunjung

Saturday, 23 February 2013

Hadi Awang Pulak Kantoi Dengan Anwar Ibrahim !!!




Wow...PAS tikam belakang Anwar..ini sudah menarik....Kalau tak percaya cuba baca pendedahan yang dibuat oleh sebuah portal yang sangat pro pakatan haram ini...

PAS jangan ingat pergerakan pemimpin-pemimpin parti tersebut tidak berada dibawah radar parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP.

Sebab itulah, pertemuan dan rundingan sulit antara Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali dengan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, berada dalam pengetahuan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tutuplah macam mana tutup pun, Anwar akan tahu juga. Tidak setakat itu, buah butir pertemuan tersebut juga dalam pengetahuan Anwar.

Suarapakatanrakyat.com dimaklumkan bahawa tindakan PAS menawarkan kerusi Perdana Menteri kepada Tengku Razaleigh jika Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang juga, berada dalam pengetahuan Anwar, lama sebelum pertemuan membincangkan perkara tersebut diadakan dengan Datuk Harun Din, selaku Timbalan Mursyidul Am PAS, di rumah beliau di Bangi (jangan tanya dimana kami tahu).

Kononnya Anwar tidak bermoral dan tidak mendapat sokongan orang Melayu, maka itu Tengku Razaleigh perlu dilantik sebagai Perdana Menteri sementara. Apa punya tanggapan macam ini?

Perkara ini membuktikan bahawa ada cubaan untuk PAS mengkhianati Anwar dan Pakatan Rakyat yang telah sebulat suara memilih beliau sebagai calon Perdana Menteri.

Walaupun Harun Din cuba meredakan ketegangan dengan mendakwa Tengku Razaleigh hanya Perdana Menteri sementara, tapi penulis yakin, pemimpin veteran UMNO tersebut tidak akan melepaskan jawatan itu kepada Anwar bila tempohnya sampai.

Apa PAS sudah lupa, lama sebelum Anwar, Tengku Razaleigh sudah mengintai jawatan Perdana Menteri tersebut apabila mencabar mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan tahun 1987? Ingat dia bodoh nak serahkan jawatan tersebut kepada Anwar begitu sahaja?

Tengku Razaleigh adalah haiwan politik yang tidak punya akal, hanya naluri kuat untuk menjadi Perdana Menteri.

Dalam masa sama, dengan mengadakan pertemuan sulit seumpama itupun sudah merupakan satu tindakan biadap yang tidak boleh diterima. Bagaimana PAS berani mengadakan rundingan dengan Tengku Razaleigh dan membelakangkan Anwar? Apa kompromi yang cuba dicapai?

Suarapakatanrakyat.com ingin menegaskan disini bahawa kami adalah penyokong kuat Anwar dan sama sekali tidak boleh menerima tindakan seumpama ini, walaupun bertujuan baik. Ulama tak ulama, tapi kalau dah memperkhianati perjuangan Pakatan Rakyat, mereka adalah musuh kami.

Tidak ada siapa, waima Tengku Razaleigh yang boleh menjadi Perdana Menteri selepas Pakatan Rakyat menang, hanya Anwar seorang sahaja.

PAS boleh nafikan perkara ini. Tapi isu ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat PKR baru-baru ini yang dipengerusikan Anwar. Anwar ternyata ‘meletup’ dengan cadangan Harun Din tersebut.

Ternyata PAS adalah rakan yang tidak boleh dipercayai.

** Bak kata Karpal Singh...Anwar Ibrahim harus bertaubat....



(SUMBER)


No comments:

Post a Comment

Member BSK