Kelmarin pada 22 Februari 2013 (jumaat), Menteri Belia dan Sukan (YB Dato Sri Ahmad Shabery Cheek telah turun padang menemui peniaga2 yang telah di zalimi Kerajaan DAP Pulau Pinang. Seramai 15 mangsa telah berdialog untuk menceritakan masalah yang telah mereka alimi di Taman Negara Teluk Bahang. Ternyata mereka terlalu gembira atas keperihatinan Dato Shabery Cheek. Mereka mengaku telah menjadi mangsa kezaliman diatas tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang telah merobohkan gerai2 mereka di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota tanpa sebarang notis.
En. Reduat (gambar di atas) merupakan seorang peminjam Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) Kementerian Belia & Sukan, beliau begitu kesal kerana beliau langsung tidak di beri peluang untuk mempertahankan gerainya. Surat permohonan rayuan beliau juga lansung tidak dilayan oleh MPPP.
M.Balakrishnan (gambar di atas) memberitahu, (perkara begini lansung tidak pernah berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional, tetapi lihatlah kini, apabila kerajaan DAP berkuasa mereka bertindak sesuka hati mereka dengan merobohkan gerai saya yang terletak di Batu Feringgi tanpa memberi sebarang notis.
Dato' Sri Shabery Cheek amat kesal dan simpati keatas peniaga yang terlibat kerana tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang telah merobohkan gerai-gerai dan pada yang sama menutup periuk nasi peniaga-peniaga ini dengan alasan-alasan yang tidak munasabah. Menurutnya lagi, alasan boleh direka bagi menghalalkan segala tindakan dan wajar peniaga-peniaga ini diberikan pilihan untuk berniaga ditempat lain.
Selama ini Kerajaan DAP Pulau Pinang menganggap sentimen-sentimen "peaceful for existance" dari kaum bukan Melayu yang didakwa kurang berpuashati dengan dasar-dasar Kerajaan BN masih boleh dimainkan dan digunakan. Sentimen yang ditunjukkan secara emosi di peringkat akar umbi itu tidak disedari kerajaan DAP Pulau Pinang yang akan membuatkan orang muda kembali bersama BN.
Kerajaan DAP Pulau Pinang juga beranggapan golongan muda masih lagi tak berpuashati dengan kaedah-kaedah lama seperti ISA dan AUKU dan terus kekal dan tidak berubah. Kerajaan DAP harus sedar semua sudah berubah. Proses transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri telah mengubah hampir kesemuanya dan telah diterima dengan baik serta mendapat sokongan rakyat khususnya golongan muda,
Tambahnya lagi, sebelum 2008, dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.
Jika dahulu DAP mendakwa Kerajaan BN menutup peluang pekerjaan tapi sekarang Kerajaan DAP sendiri yang menutup peluang pekerjaan dengan meroboh gerai-gerai dan menghalang peluang perniagaan. Tambah Menteri Belia dan Sukan itu, Kementerian sedia mempertimbangkan rayuan peniaga yang terlibat dalam membayar balik pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) disamping membantu peniaga yang terlibat di dalam skim-skim pinjaman yang melibatkan agensi-agensi persekutuan yang lain.
Tambahnya lagi, dahulu dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Sekiranya ada usaha membuka perniagaan lain dan mencari perniagaan lain untuk sementara waktu yang tidak melibatkan tempat, kerajaan BN akan cari jalan untuk membantu," katanya.
Kementeriannya akan mengumpul maklumat peniaga melalui pegawai-pegawai di negeri termasuk belia yang menghadapi masalah berniaga akibat penganiayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang. END.
Tambahnya lagi, dahulu dasar Kementerian Penerangan pada waktu itu tidak menghiraukan laporan blog, namun kini semuanya sudah berubah kerana Perdana Menteri sendiri memainkan peranan aktif dalam penggunaan media sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Sekiranya ada usaha membuka perniagaan lain dan mencari perniagaan lain untuk sementara waktu yang tidak melibatkan tempat, kerajaan BN akan cari jalan untuk membantu," katanya.
Kementeriannya akan mengumpul maklumat peniaga melalui pegawai-pegawai di negeri termasuk belia yang menghadapi masalah berniaga akibat penganiayaan Kerajaan DAP Pulau Pinang. END.
No comments:
Post a Comment