MEKAH – Seorang jutawan wanita dan 95 orang pengikutnya yang terdiri daripada warga Malaysia dan Indonesia ditahan dalam satu serbuan oleh pihak berkuasa Arab Saudi di sebuah villa di sini semalam.
Berumur 52 tahun, dia dan pengikutnya diberkas kerana disyaki menjalankan kegiatan ‘mencurigakan’ dan ‘penyelewengan’ dalam agama.
Serbuan dibuat di tiga buah lokasi banglo mewah iaitu dua buah di daerah Al Khalidiya dan sebuah lagi di kawasan di antara Mekah dan Jeddah.
Difahamkan, wanita berkenaan yang juga KETUA KUMPULAN itu kini hidup mewah di sini hasil daripada kegiatan ‘mencurigakan’ dia dan pengikutnya itu.
Kawan aku diberitahu yang kesemua banglo itu dipercayai disewa untuk memudahkan kegiatan dan pergerakan ahli kumpulan tersebut.
No comments:
Post a Comment