Jumlah Pengunjung

Saturday, 30 March 2013

BERHATI-HATI DENGAN PARTI PEMBANGKANG BEBERAPA HARI SEBELUM HARI MENGUNDI !!!




Lazimnya, tempoh berkempen yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya adalah antara 7-10 hari selepas penamaan calon hingga jam 12 tengah malam sebelum hari pengundian.

Saya dimaklumkan bahawa banyak NGO pro-pakatan telah pun memasuki kampung-kampung dan taman-taman perumahan tertentu di Pulau Pinang dengan menawarkan bantuan material & tidak menggalakkan pengundi keluar mengundi di hari pembuangan undi dan ada di kalangan para pengundi merasa takut dan diancam keluarga mereka oleh orang yang tidak dikenali yang menghulurkan bantuan material tersebut. 

Di kalangan para pengundi di sekitar Selangor pula mereka menerima perutusan dari Ketua Umum PKR serta bahan kempen tertentu supaya menyokong pakatan haram, yang diposkan ke alamat rumah masing-masing.

Jelas dan terang bahawa pakatan haram teramat terdesak sehinggakan sepanjang tahun merupakan kempen pilihanraya dan saya melihat ada kewajaran Suruhanjaya Pilihanraya menolak cadangan pakatan haram supaya tempoh berkempen dilanjutkan sehingga 21 hari.

Dan terkini, suatu taktik kotor & jijik juga dikesan oleh unit risikan parti. Mereka dikatakan akan mendekati penduduk khususnya di kawasan yang dikenali sebagai "kubu BN", kononnya untuk menerangkan kaedah dan proses pengundian menggunakan dakwat kekal. Mereka akan mencalit jari mereka dengan dakwat kekal yang sebenar yang sukar untuk dihilangkan. 

Tujuannya ialah apabila tiba hari mengundi, para penyokong BN ini tidak akan dibenarkan untuk mengundi kerana di jari mereka sudah terdapat kesan dakwat hitam. Ingat! Dakwat kekal yang dicalit di jari hanya boleh 'hilang' selepas tujuh hari.

Diharap dalam tempoh itu anda tidak akan melayan sesiapa yang datang ke rumah anda, sama ada dalam keadaan mencurigakan ataupun tidak.

Semua ketua-ketua PDM dan ketua-ketua cawangan  mohon alert perkara ini dan jaga pengundi di tempat masing-masing.....!!!


No comments:

Post a Comment

Member BSK