Calon PAS tidak risau akan kedatangan PRU13 ini kerana mereka sedar bahawa pengikut PAS terlalu bodoh. Memang terlalu mudah bagi mereka menipu penyokong PAS yang tegar. Strategi calon PAS yang selama ini dianggap 'menjadi'adalah strategi guna gambar Mursyidul Am PAS kerana tokoh ini yang kononnya dianggap wali ini mampu menarik pengundi.
Dahulu Nik Aziz pernah berkata " Saya takkan masuk ke dalam rumah yang mana ada gambar pemimpin atau manusia digantung dalam rumah tersebut" tetapi sekarang ini sang Munafik Nik Aziz ini terpaksa menjilat ludahnya semula.
Perangai Nik Aziz yang boleh ubah kenyataan bila-bila masa ini telah difahami oleh rakyat Malaysia. Bukan sekali dua Nik Aziz keluarkan 'fatwa' sesat dalam menjuarai sesuatu isu malah Nik Aziz dilihat konsisten memutarbelit sesuatu fatwa karut yang beliau sendiri reka.
Malahan dalam isu umur sebagai pemimpin, Nik Aziz pernah dengan lantang mengecam Tun Mahathir agar berundur dari jawatan Perdana Menteri setelah beliau dan parti pembangkang hilang akal untuk mengalahkan UMNO dan BN. Bukan sekadar cabaran biasa malah Nik Aziz mempertaruhkan jawatan Menteri Besar yang disandang beliau.
'Saya sanggup lepaskan jawatan Menteri Besar Kelantan kiranya Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia' – inilah ayat yang lebih kurang keluar dari mulut seorang manusia yang disanjung tinggi oleh seluruh penyokong totok Pas.
Ternyata kata-kata Nik Aziz satu sen pun tak bukan saja jawatan Menteri Besar boleh pakai, malah jawatan Mursidul Amnya pun takkan beliau lepaskan selagi hayat dikandung badan. Para penasihat dan kroninya akan hancur dan hilang mata pencarian kiranya Nik Aziz bukan lagi Menteri Besar.
1. Skandal Kohilal…
Akibat lemah pengurusan, kurang pengetahuan dalam perniagaan yang akhirnya silap membuat pelaburan, kira-kira 20,000 ahli Koperasi Al Hilal Berhad (KOHILAL) terpaksa redho dengan leburnya RM45 juta wang yang mereka laburkan semenjak tahun 1986 hingga 2010. Sehingga kini KOHILAL masih belum dapat membayar dividen yang tinggi kerana berterusan menanggung kerugian. Redho jer la ye…
2. Skandal Kelantan Gold Trade (KGT)…
Wang pelabur Jepun, Takao Kono sebanyak US$1 juta (RM3.19 juta) dilesapkan melalui penipuan terancang. Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti (SS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melakukan siasatan dan pendakwaan terhadap penyelewengan tersebut. Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang bertanggungjawab ke atas KGT diam seribu bahasa. Lobai bersorban menyonglap lagi…redho jer la weh.
3. Hutan diragut, balak dikaut, rasuah dipungut oleh lebai-lebai berjanggut…
Rezab hutan di Kedah dan Kelantan ditebang demi duit balak, tanah pula digadai kepada pelabur asing kononnya untuk buat ladang rakyat…tetapi akhirnya terbengkalai. Khazanah alam, kawasan rekreasi dan sungai musnah. Rakyat terpaksa guna air kotor bagi kegunaan harian seperti mandi, minum dan membasuh. Pemimpin Negeri tak nak bertanggungjawab, salahkan orang lain pulak. Tak pe kita mesti redho walaupun ditipu lebai kepiah putih, demi masuk surga terpilih.
4. Tabung Memali…kutip beribu-ribu
Kutipan derma karung beribu-ribu ringgit tak sampai ke tangan balu, waris dan anak-anak mangsa tragedi Memali 1985. Para waris hanya dijanjikan keredhoaan illahi dan surga yang sedang menanti…walhal wang kutipan dijoli untuk kepentingan peribadi pemimpin atasan parti. Kena tipu musti redho, baru dapat surgo.
5. Tanah Rezab Melayu dijadikan jirat Cina…
Penduduk Sg Kob, Karangan Kulim memprotes tindakan kerajaan PAS Kedah membenarkan pembinaan jirat Cina mega di tanah rezab Melayu yang dikelilingi majoriti kampung Melayu. Urusan tanah terletak di bawah Kerajaan Negeri, namun Kerajaan Pusat juga dipersalahkan kononnya memberikan kelulusan tapak tersebut sebelum tahun 2004. Walhal kelulusan pembinaan dibuat pada Mei 2008 sebaik saja Pakatan Rakyat menguasai Kedah. Nak redho lagi ker !
No comments:
Post a Comment