Jumlah Pengunjung

Thursday, 18 April 2013

ANWAR BAKAL TUMBANG DI PERMATANG PAUH !!!





Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh ditewaskan sekiranya semua pihak bekerjasama untuk menjayakan matlamat itu.

Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, perkara itu bukan sesuatu yang pelik atau mustahil untuk dilakukan.

"Kita yakin kerana calon BN, Dr. Mazlan Ismail dan pengendali blog Papagomo yang bakal mencabar Anwar di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 bukan calang-calang orang," katanya ketika menyampaikan ceramah pada majlis pelancaran Buku Jing-Gay tulisan penulis blog Papagomo di Dataran Sri Perak, Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul di sini malam tadi.

Yang turut hadir, bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan Presiden Barisan Bersatu Nambikei, B. Kalaivanar.

Buku tersebut merupakan manifesto yang mengandungi 41 janji ditawarkan Papagomo kepada para pengundi di kawasan Parlimen Permatang Pauh.



No comments:

Post a Comment

Member BSK