Seperti biasa, apabila pilihanraya semakin hampir, pelbagai
cerita atau gossip termasuk fitnah semakin rancak melanda. Tapi adakalanya
sesuatu kisah itu tidak boleh dipandang remeh apabila ia sudah mula menjadi
mimpi ngeri bagi kebanyakan penduduk yang dianggap bagi sesetengah meraka boleh
dijadikan sebagai bahan ‘mainan politik’.
Seperti kisah yang berlaku di Kampong Sawah Laku Bukit
Kepong, Ledang, Johor. Badariah Baba, seorang ibu tunggal yang tinggal
bersendirian telah menjadi mangsa kepada pihak terdesak yang inginkan
kemenangan pada PRU-13 ini. Mengetahui mangsa tinggal bersendirian, maka dia
dijadkan sasaran utama dalam strategi kotor mereka semata-mata untuk
mendapatkan undi walaupun secara dasarnya mereka tahu perbuatan mereka sama
sekali menyalahi undang-undang.
Kedatangan mereka bertiga ke rumah mangsa termasuk
pasangan berpurdah hitam serta menutup separuh muka telah memberikan kesan
trauma kepada mangsa yang sehingga kini takut untuk menerima sebarang tetamu.
“Makcik jangan menyesal ye!” adalah antara
ugutan baca seterusnya...
No comments:
Post a Comment