Jumlah Pengunjung

Saturday, 27 April 2013

HADI AWANG KENA MAKI DENGAN AKAR UMBI PAS KERANA PERLEKEH HUKUM ALLAH !!!



Kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa perbuatan zina merupakan perkara kecil dibidas oleh penyokong akar umbi parti tersebut.Bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, perbuatan zina adalah satu dosa besar dan ianya tidak harus dipandang ringan oleh mana-mana umat Islam.

"Kami menyangkal sepenuhnya dan mengecam kenyataan Presiden yang mengatakan zina merupakan perkara kecil.""Sejak bila zina ini menjadi (perkara) kecil. Sejak kawan dengan Anwar Ibrahim dan DAP ke? Ataupun ada wahyu baru yang mengatakan zina ini perkara kecil?," katanya dalam satu sidang media di Bukit Mertajam, semalam.Jelas beliau, kenyataan oleh Hadi tidak boleh diterima ekoran PAS merupakan sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan perbuatan zina ditegah oleh Islam.

"Kami yang turut terpalit dibawahnya (PAS) sebagai ahli menganggapnya sebagai perkara yang besar.""Kalau ini fitnah, ianya fitnah yang besar. Sebab zina dosa besar." katanya lagi.
Beliau yang mengulas mengenai dakwaan beberapa pihak mengenai penglibatan pemimpin PAS yang dikaitkan dengan skandal video seks baru-baru ini mendesak agar pemimpin tersebut digantung keahliannya dari PAS.

Tambahnya penggantungan tersebut adalah wajar dan ianya harus dilakukan sehingga siasatan penuh selesai dijalankan dan boleh berkhidmat kembali dengan parti sekiranya didapati tidak bersalah.Katanya lagi, sekiranya bersalah individu tersebut harus dipecat dengan serta merta.



2 comments:

  1. bagi penyokong taksub hadi awang, mereka akan tatap sokong dia walau apa pun dia cakap dan dia buat.

    jemput ziarah blog saya. terima kasih.

    http://ujang509.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. mamak mana plk yg ngaku ahli akar umbi pas ni..btl ker hj hadi ckp mcm tu..kna tgk full text ucapan die dulu sblom buar tuduhan...die xsbt ker psl syirik kpd Allah yg kita kdg2 buat tanpa disedari

    ReplyDelete

Member BSK