DAP tidak layak untuk menuduh UMNO sebagai parti
perkauman kerana parti itu sendiri terlalu kerdil dalam politik di
negara ini selain mampu bertukar wajah seperti musang berbulu ayam.
Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin berkata, DAP
tidak akan mampu memperoleh kemenangan lebih banyak kerusi Parlimen
daripada yang sedia ada sekarang jika mengambil kira populasi penduduk
Cina di Malaysia yang semakin mengecil.
Jelas beliau, dari segi teorinya, jika parti itu bertanding di
kawasan pengundi berbilang kaum, maka DAP hanya mampu memperoleh
majoriti 40 peratus, iaitu jumlah kemenangan yang jauh lebih kecil
berbanding UMNO.
''Membandingkannya dengan UMNO, hanya menunjukkan DAP tak dapat
membezakan antara konsep busut, bukit dan gunung, maka dalam konteks ini
secara jelas DAP adalah parti bersaiz sebuah busut dan tidak layak
dibandingkan dengan UMNO, sebuah parti sebesar sebuah gunung.
''Nampaknya DAP sudah menjadi parti bersaiz busut yang bongkak.
Perangai Si Luncai DAP ini elok diperhatikan saja. Biarkan Luncai terjun
dengan labu-labu kecilnya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng melalui artikel yang disiarkan di laman webnya di www.limguaneng.com
baru-baru ini yang menyebut keengganan UMNO menjadi parti tunggal yang
inklusif atau berbilang kaum menunjukkan parti tersebut berterusan mahu
memecah-belahkan rakyat negara ini mengikut kaum demi memelihara
kekuasaan mereka.
Semalam, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim
berkata, tindakan Guan Eng itu dilihat melucukan kerana DAP sendiri
terbukti mengamalkan gaya politik cauvinis melampau sehingga meresahkan
orang Melayu di negara ini.
Dalam pada itu, Shamsul Amri yang juga Timbalan Pengerusi Majlis
Profesor Negara berkata, adalah lebih baik DAP membandingkan kedudukan,
tujuan, matlamat dan pencapaiannya dengan MCA yang ditubuhkan hanya
khusus untuk kaum Cina.
Menurut beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu
membuktikan perkara tersebut iaitu mereka menang semata-mata kerana
sokongan pengundi Cina setempat.
''MCA dari awal menyatakan nama dan tujuan kewujudannya untuk kaum
Cina, tidak berselindung dan bermuslihat serta berpura-pura sebagai
parti berbilang kaum.
No comments:
Post a Comment