Jumlah Pengunjung

Showing posts with label KBS. Show all posts
Showing posts with label KBS. Show all posts

Thursday, 10 September 2015

MALAYSIAN YOUTH VOLUNTEER COMMUNITY CETUS FENOMENA BARU NEGARA !!!


Minggu lalu pada 6 september, bertempat di Taman DR Seenivasagam Ipoh telah berlangsungnya satu program SilverYouth Fest 2015. Pelbagai acara telah diadakan disana termasuklah satu pasukan yang sedang diwujudkan oleh Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan iaitu  Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC).



Ipoh, 6 September 2015 – Menyedari betapa pentingnya komunikasi ketika bencana alam, Majlis Belia Malaysia (MBM) mengambil langkah proaktif melahirkan sukarelawan mahir dalam mengendalikan radio amatur atau ham operator. Pasukan ini diyakini mampu dan berupaya menghulurkan bantuan sekiranya berlaku sesuatu kecemasan atau bencana alam
Kewujudan pasukan ini adalah sebahagian dari kepakaran Malaysian Youth Volunteer Community (MYVOC) yang di wujudkan oleh MBM dengan kerjasama KBS.
Ketua Penerangan MBM, Saudara Mohammad Rizan Hassan berkata, pasukan radio amatur ini merupakan perkhidmatan radiokomunikasi bagi tujuan latihan diri, perhubungan dan laporan yang dijalankan oleh sukarelawan terlatih tanpa ada kepentingan kewangan.
Menurut Rizan Hassan, pengendali radio amatur pada dasarnya menjadikan alat komunikasi itu sebagai hobi bagi berhubung dengan rakan-rakan yang lain di seluruh negara, namun mereka turut memainkan peranan penting membantu pihak berkuasa ketika kecemasan dan bencana.
“Sebagai contoh, ketika banjir besar melanda Kelantan yang lalu, kumpulan radio amatur menghulurkan bantuan dari segi komunikasi berikutan sistem talian selular mengalami gangguan,” katanya lagi.
Tambah beliau, ”MBM kini memfokuskan latihan kepada sukarelawan yang berdasarkan bidang dan kepakaran masing-masing. Ini bermakna, MBM menerusi MYVOC akan mempunyai sukarelawan yang terlatih yang akan bergerak di bawah pengawasan miimum ketika kerja lapangan nanti”.
Pasukan ini juga mendapat perhatian dan pujian YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak ketika merasmikan SilverYouth Fest 2015 di Ipoh tempohari. Beliau yang melawat gerai pameran MYVOC turut memuji usaha KBS-MBM ini yang dilihat sentiasa terkehadapan dalam misi-misi bantuan kemanusiaan. Turut sama dalam lawatan itu ialah YAB Datuk Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak dan Saudara Hasnul Fairuz, Presiden Majlis Belia Negeri Perak.
Penyertaan MYVOC di dalam SilverYouth Fest 2015 adalah dalam rangka Konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC sempena sambutan Hari Kebangsaan 2015. Selain dari pameran radio amatur, MYVOC turut menampilkan pasukan perubatan yang mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada para pengunjung. Pemeriksaan kesihatan meliputi pemeriksaan tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan khidmat nasihat kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.













Monday, 25 May 2015

#FBP2015 VIDEO KONSERT SEARCH FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA !!!

Yazid, selaku pemain drum kumpulan Search, ramai yang tidak mengetahui tentang kesihatannya sekarang. Pelbagai penyakit yang sedang dihadinya sekarang langsung tidak mematahkan semangatnya untuk bersama Search dalam persembahan penutup Festival Belia Putrajaya 2015 semalam. 

Sayu aku melihat depan mata aku sendiri bila setiap soalan yang wartawan tanyakan hanya dijawab oleh isterinya sahaja, menurut kata isterinya, Yazid tidak mempunyai kekuatan badan dan fikirannya. Namun aku begitu kagum dengan permainan Drum yang Yazid tunjukkan semasa persembahan semalam. 

Bayangkan, selesai sahaja persembahan, Yazid tidak boleh terus bagun begitu sahaja, anak lelakinya perlu mengurut belakang pinggangnya dan Yazid memerlukan masa paling cepat 5 minit untuk bangun dan Yazid juga tidak mampu bangun sendirian, Yazid harus di angkat dan dipapah turun dari pentas drum. Selepas itu, Yazid harus berjalan dengan tongkatnya sambil dipimpin oleh anak lelakinya menuju ke belakang pentas. 

Sebelum Search beraksi Akim and The Majestret juga beraksi di pentas yang sama.

Apa-apa pun aku memang respek dan tabik spring pada Yazid atas semangat jitu yang di pamerkan hanyalah untuk memenuhi permintaan peminat-peminat Search. Di bawah aku sediakan sedikit video semasa konsert berlangsung semlam untuk tatapan yang tidak dapat hadir semalam.

SEARCH... LU MEMANG LEGEND....



PUTRAJAYA- Persembahan kumpulan lagenda rock tanah air , Search di pentas utama malam tadi sememangnya hebat dan bertenaga serta memukau hampir 10 ribu pengunjung yang hadir di Festival Belia 2015.

6 buah lagu yang dinyanyikan ternyata menarik perhatian pengunjung yang dilihat bernyanyi bersama-sama kumpulan yang dianggotai oleh, Din , Kid, Nasir, Yazid dan Amy.

Antara lagu yang memukau pengunjung di pentas utama ialah,Isi dan Kulit, Pawana , Isabella ,Pelesit Kota, Fantasia Bulan Madu, dan Satu Bangsa dan Satu Arah.

Turut mencuri tumpuan ialah kemunculan Menteri Belia dan Sukan YB Khairy Jamaluddin diatas pentas utama.Rata-rata pengunjung yang hadir memberi maklum balas yang positif tentang konsert serta pengisian Festival Belia kali ini .

Festival Belia Putrajaya berakhir malam tadi, dengan kehadiran ratusan ribu pengunjung sejak Khamis lalu. Pelbagai aktiviti disusun bagi memastikan ianya mengikut kesesuaian dan citarasa anak muda hari ini. 4 zon diwujudkan dengan tema “Showcase Of Talent”, dimana ianya dipecahkan mengikut konsep Rakan Muda yang telah dijenamakan semula mulai tahun ini.

Terima kasih kepada mereka yang hadir dan semua yang terlibat tahun sama ada secara langsung dan tidak langsung, jumpa lagi tahun hadapan.

SUMBER ORANG MUDA TV

AKIM AND THE MAJESTRET









Sunday, 24 May 2015

#FBP2015 BMX BERTEMBUNG SKATEBOARDS DI DATARAN GEMILANG !!!



Skateboard dan BMX, bertempat di dataran gemilang putrajaya festival belia telah menjadi tumpuan peminat-peminat sukan ini dari hari pertama lagi festival ini berlangsung. Enjoy, itulahyang dapat dilihat dari reaksi anak-anak muda yang berada dikawan ini ditambah pula dengan kehadiran Menteri belia dan Sukan ke tempat mereka. 

Pendapat penulis, memang sukan ini sentiasa menjadi pilihan anak muda masa kini kerana sukan ini dapat menyihatkan tubuh badan. Jika dahulunya, sukan sebegini dipandang seperti membuang masa dan seolah-olah tidak berfaedah dan terlalu mengikut budaya barat. Namun kini, perubahan zaman telah menukarkan pemikiran masyarakat malaysia tentang sukan ini disebabkan oleh sambutan yang amat menggalakkan dan kini terbukti sukan begini dapat mengelakkan dari anak muda kita membuang masa begitu sahaja dari melakukan perkara yang tidak berfaedah.

Sepanjang lawatan penulis ditempat ini, golongan anak muda ini sentisa menunjukkan sikap saling bantu membantu sesama mereka, berkongsi pengalaman dan saling tukar menukar idea baru mereka demi memastikan apa yang mereka lakukan menjadi sesuatu yang terkini.

Diharap pihak Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dapat mempertingkatkan lagi sukan ini agar bakat-bakat yang ada pada anak muda malaysia dapat cepat diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi demi memastikan matlamat kerajaan untuk membantu belia tercapai.











#FBP2015 SOUND CHECK SEARCH BIKIN GEGAR PENONTON !!!



Sound Check SEARCH dipentas utama sebentar tadi dah memang gempak,  berpusu-pusu penonton memenuhi depan pentas mahu melihat sendiri artis rock lagenda Negara dari jarak dekat. Yazid selaku pemain drum telah mempamirkan ketukan yang padu walaupon dari wajahnya yang menampakkan dirinya tidak sihat, ini semua dilakukan demi untuk memberi hiburan yang maksimum kepada peminat-peminatnya.




Kid, Nasir dan amy sememangnya berbisa kerana pengalaman mereka yang selama ini sentiasa memukau penonton yang seolah-olah sudah tidak sabar menantikan persembahan mereka pada mala mini. Dalam masa yang sama, penonton bertanya dimanakah Din selaku pemian gitar kedua Search ? Jangan bimbang, mala mini Din akan beraksi bersama-sama Search untuk menghiburkan semua.



Dapat penulis berikan sedikit gambar dan video untuk tatapan pembaca-pembaca sementara kita menantikan persembahan yang sentiasa dinantikan oleh semua peminat rock tanahair. Apa-apa pon penulis minta maaf kerana kualiti bunyi dalam rakaman video ini tidak begitu memuaskan.


Jom Rock and Roll…










Saturday, 23 May 2015

#FBP2015 PEMINAT MERUSUH DI KONSERT ANUAR ZAIN !!!


Kecoh, itu yang terjadi semasa konsert anuar zain di Festival Belia Putrajaya 2015 sebentar tadi. Jangan panik, bukannya peminat merusuh kerana apa, tetapi peminat sudah seolah-olah merusuh apabila Anuar Zain turun ke bawah pentas bila melayan berpuluh-puluh selfie bersama peminatnya di hadapan bawah pentas.




5 lagu yang dinyanyikan oleh anuar zain sememangnya amat memukau ditambahkan lagi dengan suaranya yang merdu dan menghiburkan sememangnya sentiasa tidak cukup untuk hiburan peminatnya pada malam ini. Namun tindakan anuar zain melayan peminatnya dengan tanpa letih dan jemu membuatkan peminatnya yang hadir begitu terhibur sepanjang konsert berlangsung.



Anuar zain pandai melayan peminatnya, manakan tidak, jarang penulis melihat ada artis yang sanggup melayan peminatnya berselfie sambil menyanyi menghiburkan peminatnya sehinggalah sesebuah sebuah lagu. Diharap anuar zain terus maju dan bertahan selamanya didalam industri muzik malaysia.




Sebelum persembahan anuar zain juga, penonton-penonton telah dihiburkan oleh Hafiz Shuib yang sememangnya mempunyai peminat-peminatnya tersendiri. Persembahan bermula pada pukul 9 malam dan berakhir pada pukul 11 malam.




Malam esok pula, kumpulan rock lagenda malaysia SEARCH akan tampil menghiburkan pengunjung-pengunjung di Festival Belia Putrajaya 2015. Jumpa esok semua..





#FBP 2015 SIMFONI DRUM CERIAKAN PENGUNJUNG DI ZON SELATAN !!!



Komuniti Drum Circle adalah kumpulan yang terdiri daripada pelbagai golongan yang bermain pelbagai jenis drum dan percussion didalam bentuk bulatan sebagai satu aktiviti riadah.

Komuniti Drum Circle tidak memerlukan kepakaran atau kepandaian bermain drum sebaliknya akan diajar oleh seorang ketua yang dipanggil drum circle facilitator dan juga dibantu oleh "professional drummer".

Di karnival belia putrajaya 2015,Drum Simfoni telah di jemput untuk menganjurkan 2 program iaitu Komuniti Drum Circle dan Bengkel Bermain Djembe yang di jalankan di zon selatan.

Sambutan amat mengalakkan.Jika berminat untuk menjemput Drum Simfoni ke tempat anda sila hubungi Drum Simfoni 016 9789553.









Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kumpulan ini, sila KLIK DISINI..









Member BSK