Jumlah Pengunjung
Showing posts with label GST. Show all posts
Showing posts with label GST. Show all posts
Tuesday, 20 June 2017
TUN MENGAMUK SYED SADDIDQ KENCING PEMIMPIN PPBM???
Ketua ARMADA PPBM, Syed Saddidq Syed Abdul Rahman telah membocorkan rahsia besar pihak pembangkang dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau telah mendedahkan kepada tiga lagi Exco ARMADA berkenaan pertemuannya dengan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamed dan Tun Daim Zainuddin bagi merancang mengenai isu DOJ-US yang dibangkitkan pada 15 Jun 2017 lepas.
Syed Saddiq turut menerangkan kepada tiga Exco ARMADA tersebut berkenaan perancangan dan perkara yang bakal berlaku kepada Malaysia selepas isu ini dibangkitkan pada Khamis lepas.
Rahsia besar yang dibocorkan Syed Saddiq adalah berkenaan Daim membayar kepada Clinton Foundation sebanyak USD5 juta atau sekitar RM22 juta melalui orang tengah bagi memastikan DOJ mengganggu Najib.
Isu DOJ-US yang timbul baru-baru ini telah dirancang dengan teliti oleh Mahathir dan Daim, serta mereka turut merancang langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan sebaik sahaja isu ini meledak.
Syed Saddiq juga memberitahu kepada ketiga-tiga exco ARMADA bahawa sejumlah RM50 juta telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut dan sebahagiannya disalurkan kepada Sarawak Report.
Kesimpulannya, Syed Saddiq telah sedia maklum lebih awal berkenaan isu DOJ dan bayaran sebanyak USD5 juta kepada pihak luar bagi mewujudkan isu untuk menjatuhkan Najib.
Pendedahan konspirasi ini membuktikan Mahathir membiayai pihak luar bagi tujuan kepentingan politiknya.
Friday, 21 April 2017
RARA KENCING PENDUDUK MELAYU KAJANG !!!
Assalammualaikum, sambungan kisah penipuan Rara DAP dari bahagian satu (Klik sini untuk cerita pertama) berkenaan Uptown Putra Kajang yang menjadi isu yang hangat dibantah oleh penduduk disana baru-baru ini.
Pada kali ini aku sertakan beberapa bukti yang menunjukkan sememangnya penubuhan Uptown ini sangat dibantah oleh penduduk disana atas beberapa sebab.
Antaranya adalah:
1. Tapak lokasi Uptown tersebut terletak hanya dalam jarak 50 meter dari Maahad Tahfiz Darul Huffaz dan Sekolah Agama Raudhah.
2. Lokasi Uptown ini juga sangat hampir dengan kawasan kediaman penduduk dan ini tentunya mengganggu ketenteraman penduduk setempat.
3. Jumlah tempat letak kereta yang dicadangkan oleh pihak penganjur iaitu sekitar 150 sehingga 200 petak dijangka memang tidak akan mencukupi dan pastinya akan menambahkan lagi kesesakan jalan persekitaran perumahan.
4. Tiada lampu isyarat di persimpangan lokasi perniagaan ke Taman Kajang Impian juga ke Jalan Kajang Impian. Jalan ini juga sentiasa mengalami kesesakan trafik dan pastinya kesesakan akan bertambah buruk sekiranya operasi perniagaan tetap dijalankan disini.
5. Jalan di sepanjang lokasi juga merupakan laluan bagi ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dan sekiranya operasi Uptown tersebut tetap dijalankan disini dikhuatiri akan lebih menyumbangkan kepada kesesakan trafik dan akan lebih MERBAHAYAKAN KESELAMATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH di sekitar tapak lokasi.
6. Tapak Uptown tersebut juga berhampiran dengan kediaman asrama pekerja asing iaitu didalam jarak 50 meter. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada penduduk tempatan di kawasan perumahan berhampiran kerana dengan wujudnya operasi perniagaan tersebut, dikhuatiri gejala sosial akan semakin sukar dikawal kerana tapak itu akan menjadi tumpuan ramai terutama sekali golongan pekerja asing dan pendatang asing yang mendiami kawasan asrama di sekitar lokasi operasi perniagaan. Ini juga akan memberikan impak yang besar terhadap keselamatan dan keharmonian masyarakat tempatan setempat.
7. Permohonan penganjur secara jelas menyatakan bahawa mereka ingin membuka peluang dan melibatkan para peniaga bukan warganegara Malaysia di dalam operasi perniagaan tersebut bagi menarik perhatian pekerja warga asing yang mendiami kawasan sekitar. Ini secara jelas dan nyata bahawa peluang perniagaan yang ditawarkan tidak akan memanfaatkan ekonomi rakyat tempatan apatah lagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta beberapa ahli Majlis Perbandaran Kajang dari PAS bersetuju dan berkongsi kebimbangan bersama masyarakat setempat tentang gejala sosial yang akan berlaluasa akibat operasi perniagaan tersebut nanti.
Berdasarkan maklumat terdahulu juga, pihak MPKJ telah menolak permohonan yang sama dan sebab-sebab penolakan adalah sama seperti yang disenaraikan dalam penjelasan diatas.
Penganjur yang berbangsa cina ini juga telah menggunakan KHIDMAT SAMSENG yang telah dikenal pasti sebagai Geng Kucing Merah bagi menghalang pihak PBT dari melaksanakan kerja perobohan struktur haram yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah penganjur yang telah mempunyai rekod penganjuran yang tidak baik dibenarkan dan diberi lesen untuk menguruskan operasi perniagaan serta lokasi yang sama ?
Dan salah seorang Ahli Majlis juga yang bernama RaRa dari DAP yang kini sedang kuat berceramah bersama Lim Kit Siang telah bersetuju menyokong permohonan Uptown gila ini. Jadi apakah sebenarnya muslihat RaRa disebalik ceramahnya yang menghasut anak muda dan menyebarkan dakyah yang kononnya Kerajaan Barisan Nasional mengabaikan dan membebankan rakyat tetapi dalam masa yang sama, dia telah menyokong untuk meluluskan Uptown yang untuk dibuka dan diberi peluang kepada warga asing ?
Mengapa RaRa sendiri tidak menghalang Uptown ini ? Sepatutnya RaRa menyokong dan menubuhkan Uptown untuk penduduk tempatan tetapi sebaliknya berlaku di balik kata-kata didalam setiap ceramah hasutannya bersama kepimpinan DAP.. (sila rujuk nama ahli majlis yang menyokong permohonan Uptown gila ini dibawah)
| No 12 merupakan nama RaRa wanita bertudung dari DAP yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang menyokong permohonan Uptown Gila ini. |
Dibawah aku sertakan sedikit dokumen minit mesyuarat yang awal yang lalu yang menunjukkan bukti bahawa permohonan ini pada awalnya memang tidak diluluskan.
| Kecoh sewaktu penduduk setempat membantah di tapak operasi |
Akan bersambung pada siri cerita yang ketiga nanti...
Tuesday, 5 May 2015
GST DI PRK PERMATANG PAUH JADIKAN RAMAI MATI KEBULUR ???
Setiap kali menjelang pilihan raya, peniaga di kawasan sekitar terbabit pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menambah pendapatan.
Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh kali ini, peniaga turut merasai 'durian runtuh' ekoran kebanjiran penyokong, pemerhati dan wakil media dari dalam dan luar kawasan.
Peniaga nasi daging, Siti Fatimah Md Isa, 51, berkata warungnya menjadi meriah sejak hari penamaan calon 25 April lepas berikutan ramai yang datang menjamu selera ketika tengah hari dan malam.
Warung Pak Lang Ti, yang dibuka dua tahun lepas di Permatang Pasir itu turut menyajikan makanan selera orang kampung seperti mi bandung, mi goreng dan laksa yang antaranya menjadi menu utama pengunjung.
"Sempena PRK ini, saya terpaksa menyediakan bahan-bahan masak untuk nasi daging sebanyak dua kali ganda berbanding sebelum ini. Kalau dulu kami hanya guna tiga kilo beras setiap hari tetapi sekarang kena masak enam kilo," katanya kepada Bernama.
Siti Fatimah berkata sebanyak 60 pinggan nasi daging boleh dijual sehari daripada 30 pinggan sebelum ini kerana ramai pengunjung luar yang datang balik untuk menjamu selera selepas mencuba buat kali pertama.
"Cakap ja nasi daging, orang mesti tau itu dari utara. Ia adalah makanan tradisional yang popular. Ada pelanggan dari luar seperti Johor Baharu dan Perak pasti akan datang buat kali keduanya kerana mereka rasa makanan itu unik dan cukup berempah," katanya.
Menurutnya nasi daging warung Pak Lang Ti disajikan bersama air asam, air rebusan daging dan kuah kari itu adalah resipi daripada bapa mentuanya yang dahulunya mengusahakan perkhidmatan katering.
Siti Fatimah berkata nasi daging tetap dijual pada harga RM4 sepinggan walaupun musim pilihan raya dan tidak akan mengambil kesempatan terhadap pelanggan.
Sementara itu, satu lagi menu tradisi, laksa sambal sotong turut menjadi tumpuan ramai ketika pilihan raya kali ini dan peniaga Azar Noor Zakaria, 54 turut merasai durian runtuh itu.
"Seminggu sebelum PRK kami telah membeli bekalan seperti laksa, sotong kering dan ikan sardin untuk menampung pengunjung yang ramai. Memang seronok lah sekali sekala ada sambutan tinggi, pendapatan itu bolehlah lebih sikit," katanya.
Hidangan laksa warung Selera Idaman Utara itu berlainan dengan laksa biasa kerana sotong, tofu, cucur udang disajikan bersama laksa dengan kuah pedas resipi sendiri. - Bernama
Monday, 4 May 2015
PENGUNDI PERMATANG PAUH PERLU AJAR KEPADA PENIPUAN LIM GUAN ENG !!!
Pengundi di Permatang Pauh diminta memberi satu tamparan politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana gagal membina rumah mampu milik di negeri ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, ini kerana kesibukan Guan Eng berpolitik 24 jam sehingga gagal menyediakan rumah berkenaan bagi keperluan rakyat negeri ini yang boleh diterjemahkan melalui undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh 7 Mei ini.
Beliau berkata, cadangan kerajaan Pusat untuk membina 10,000 rumah mampu milik di negeri ini juga tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa syarat ketat yang dikenakan Guan Eng kepada agensi kerajaan Pusat di negeri ini.
Katanya, kerajaan Pusat boleh membina rumah untuk rakyat negeri ini jika kerajaan negeri tidak mampu membina rumah mampu milik.
"Saya dapati kerajaan negeri mengenakan pelbagai syarat yang ketat kepada agensi kerajaan Pusat, menyebabkan pembinaan rumah tidak dapat dilaksanakan.
"Kebenaran merancang dan membina rumah di atas tanah negeri ini adalah bidang kuasa kerajaan negeri untuk mendapat kelulusan," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Bomba Komuniti di Bandar Perda di sini hari ini.
Abdul Rahman berkata, kegagalan kerajaan negeri untuk membina rumah mampu milik menyebabkan permintaan terhadap 30,000 rumah mampu milik bagi keperluan rakyat negeri ini tidak dapat dilaksanakan.
"Sudah tiba masanya kerajaan negeri duduk berbincang dengan kita dan menghentikan retorik bermain politik.
"Saya nak tanya Guan Eng harga rumah di negeri ini turun ke naik sehingga rakyat berpendapatan rendah dan sederhana tidak mampu membelinya?" ujarnya.
TIAN CHUA DITAHAN PDRM KERANA HURU HARAKAN NEGARA LAGI !!!
BUTTERWORTH 3 Mei - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua ditahan polis di Seberang Jaya di sini tengah malam tadi, dipercayai bagi membantu siasatan berhubung penglibatannya dalam perhimpunan di ibu negara kelmarin.
Tian Chua yang juga Ahli Parlimen Batu ditahan kira-kira pukul 12 tengah malam.
Menerusi akaun Twitternya, Tian Chua mendakwa ditahan ketika memandu di Seberang Jaya selepas menghadiri ceramah PKR di Taman Tun Hussein Onn, Permatang Pauh di sini.
Menurutnya, beliau dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini, sebelum dibawa ke Kuala Lumpur.
Penahanan Tian Chua itu menyaksikan enam pemimpin pembangkang setakat ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran perhimpunan tersebut.
Mereka ialah Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke Siew Fook; aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S. Arutchelvan.
Monday, 27 April 2015
DEMI ISLAM PAS BANGSATKAN WAN AZIZAH DI PRK PERMATANG PAUH !!!
Ramai telah mengetahui, kempen pilihanraya kecil di permatang pauh kali ini PKR tidak akan mendapat bantuan dari PAS untuk membantu kempen di sana. Ini semua atas sebab Wan Azizah sendiri selaku Presiden PKR yang telah mengeluarkan kenyataan tidak akan menyokong perlaksanaan hukum hudud yang akan di bentangkan oleh PAS dalam sidang parlimen tidak lama lagi.
Ok, sememangnya aku respek dengan tindakan terbaru PAS ini demi untuk agama islam dimasa hadapan. Tetapi adakah dengan tindakan PAS memboikot kempen pilihan raya kecil permatang pauh ini akan menyebabkan kekalahan PKR kepada Barisan Nasional nanti ? Jawapannya hanya ada pada pengundi-pengundi di permatang pauh.
Sekiranya pengundi-pengundi permatang pauh benar-benar hormatkan dan sayangkan agama islam, maka pendapat aku pengundi-pengundi disana harus membuktikan dengan memberi satu pengajaran kepada PKR dan DAP untuk menghormati agama islam selepas ini. Jangan terpedaya dengan helah PKR dan DAP yang sedang memainkan isu GST membebankan rakyat, sedangkan hakikatnya mereka juga mahu melaksanakan GST sekiranya mereka menjadi kerajaan pusat.
Ramai kawan-kawan aku berkata bahawasanya Barisan Nasional tidak akan dapat mengalahkan PKR di pilihanraya kecil permatang pauh sekali lagi kali ini, adakah benar atau tidak ? Pendapat aku, tiada yang mustahil dalam dunia ini sekiranya ALLAH S.W.T. mahukan apa yang dimahukan (KUN FA YA KUN).
Untuk melihat sahih atau tidak PAS telah memboikot PKR dalam kempen pilihanraya kali ini, anda semua boleh terus membaca dibawah..
PERMATANG PAUH - Niat Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) untuk membantu calon PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk menang di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh seolah terbantut apabila Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menyerbu bilik gerakan mereka.
Bilik gerakan PasMa yang baru didirikan di Bandar Perda diserbu penguatkuasa SPR yang meminta pihak NGO itu segera menurunkan "banner" kempen yang terpampang di bilik gerakan tersebut.
Arahan menurunkan "banner" tersebut dipercayai kerana tindakan itu menyalahi garis panduan undang-undang kempen pilihanraya di negara ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang arahan dari pihak SPR kepada NGO pro-Pakatan Rakyat itu untuk menutup bilik gerakan berkenaan.
Ketua Penerangan PasMa Pulau Pinang, Nasoruddin Shah Mat yang turut berada di bilik gerakan berkenaan akur dengan arahan tersebut, namun enggan mengulas ketika ditanya Kedahnews.com.
Difahamkan bahawa PasMa telah mengerah kira-kira 1,000 ahli NGO itu ke Permatang Pauh untuk memberi sokongan kepada PKR setelah dikhabarkan tentang tindakan "boikot" penyokong PAS tempatan terhadap Wan Azizah.
Akar umbi PAS, khususnya sayap Pemuda parti itu dilaporkan bertindak memboikot PRK Permatang Pauh ekoran pendirian PKR yang bersekongkol dengan DAP untuk menolak hudud dan enggan meminta maaf pada PAS.
Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Adun PAS Pengkalan Kundor semalam memberitahu bahawa PasMa akan memberi jawapan sama ada bertukar menjadi sebuah parti politik atau kekal sebagai sebuah NGO pada Jun ini.
sumber kedah news
Wednesday, 1 January 2014
RAKYAT PERAK TAK HIRAUKAN BERUK-BERUK PAKATAN DI DATARAN STATION KERETAPI IPOH !!! KESIANN...
Program Lepak Santai Tolak GST dan TPP anjuran AMK Perak malam tadi tidak menjadi tumpuan sempena sambutan ambang tahun 2014 di perak.
Beberapa pemimpin muda PR terdiri Pemuda Pas Perak, Dapsy Perak, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan AMK Perak diberi peluang menyampaikan ucapan berkenaan isu semasa khususnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) .
Pada himpunan berkenaan borang bantahan kenaikan harga barang turut diedarkan bagi memungut suara orang ramai mengenai kenaikan harga barang.
Selain itu, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) turut menganjurkan Program Kepedulian Sosial dan Imarah Ummah.
Program berkenaan menampilkan beberapa persembahan berbentuk Islamik yang turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Mohd Nizar Zakaria.
Kedua-dua program berkenaan diadakan di Dataran Medan Stesen di sini hari semalam dan dari apa yang dapat aku lihat malam tadi memang program bodoh mereka ini langsung tidak mendapat sambutan dan perhatian dari rakyat perak.
Beberapa pemimpin muda PR terdiri Pemuda Pas Perak, Dapsy Perak, Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan AMK Perak diberi peluang menyampaikan ucapan berkenaan isu semasa khususnya cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) .
Pada himpunan berkenaan borang bantahan kenaikan harga barang turut diedarkan bagi memungut suara orang ramai mengenai kenaikan harga barang.
Selain itu, Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) turut menganjurkan Program Kepedulian Sosial dan Imarah Ummah.
Program berkenaan menampilkan beberapa persembahan berbentuk Islamik yang turut disertai Exco Kerajaan Negeri, Mohd Nizar Zakaria.
Kedua-dua program berkenaan diadakan di Dataran Medan Stesen di sini hari semalam dan dari apa yang dapat aku lihat malam tadi memang program bodoh mereka ini langsung tidak mendapat sambutan dan perhatian dari rakyat perak.
Subscribe to:
Posts (Atom)
















