Jumlah Pengunjung

Showing posts with label PRU 14. Show all posts
Showing posts with label PRU 14. Show all posts

Friday, 21 April 2017

RARA KENCING PENDUDUK MELAYU KAJANG !!!



Assalammualaikum, sambungan kisah penipuan Rara DAP dari bahagian satu (Klik sini untuk cerita pertama) berkenaan Uptown Putra Kajang yang menjadi isu yang hangat dibantah oleh penduduk disana baru-baru ini.

Pada kali ini aku sertakan beberapa bukti yang menunjukkan sememangnya penubuhan Uptown ini sangat dibantah oleh penduduk disana atas beberapa sebab.

Antaranya adalah:

1. Tapak lokasi Uptown tersebut terletak hanya dalam jarak 50 meter dari Maahad Tahfiz Darul Huffaz dan Sekolah Agama Raudhah.

2. Lokasi Uptown ini juga sangat hampir dengan kawasan kediaman penduduk dan ini tentunya mengganggu ketenteraman penduduk setempat.

3. Jumlah tempat letak kereta yang dicadangkan oleh pihak penganjur iaitu sekitar 150 sehingga 200 petak dijangka memang tidak akan mencukupi dan pastinya akan menambahkan lagi kesesakan jalan persekitaran perumahan.

4. Tiada lampu isyarat di persimpangan lokasi perniagaan ke Taman Kajang Impian juga ke Jalan Kajang Impian. Jalan ini juga sentiasa mengalami kesesakan trafik dan pastinya kesesakan akan bertambah buruk sekiranya operasi perniagaan tetap dijalankan disini.

5. Jalan di sepanjang lokasi juga merupakan laluan bagi ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dan sekiranya operasi Uptown tersebut tetap dijalankan disini dikhuatiri akan lebih menyumbangkan kepada kesesakan trafik dan akan lebih MERBAHAYAKAN KESELAMATAN PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH di sekitar tapak lokasi.

6. Tapak Uptown tersebut juga berhampiran dengan kediaman asrama pekerja asing iaitu didalam jarak 50 meter. Ini akan mendatangkan kebimbangan kepada penduduk tempatan di kawasan perumahan berhampiran kerana dengan wujudnya operasi perniagaan tersebut, dikhuatiri gejala sosial akan semakin sukar dikawal kerana tapak itu akan menjadi tumpuan ramai terutama sekali golongan pekerja asing dan pendatang asing yang mendiami kawasan asrama di sekitar lokasi operasi perniagaan. Ini juga akan memberikan impak yang besar terhadap keselamatan dan keharmonian masyarakat tempatan setempat.

7. Permohonan penganjur secara jelas menyatakan bahawa mereka ingin membuka peluang dan melibatkan para peniaga bukan warganegara Malaysia di dalam operasi perniagaan tersebut bagi menarik perhatian pekerja warga asing yang mendiami kawasan sekitar. Ini secara jelas dan nyata bahawa peluang perniagaan yang ditawarkan tidak akan memanfaatkan ekonomi rakyat tempatan apatah lagi meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta beberapa ahli Majlis Perbandaran Kajang dari PAS bersetuju dan berkongsi kebimbangan bersama masyarakat setempat tentang gejala sosial yang akan berlaluasa akibat operasi perniagaan tersebut nanti.

Berdasarkan maklumat terdahulu juga, pihak MPKJ telah menolak permohonan yang sama dan sebab-sebab penolakan adalah sama seperti yang disenaraikan dalam penjelasan diatas.

Penganjur yang berbangsa cina ini juga telah menggunakan KHIDMAT SAMSENG yang telah dikenal pasti sebagai Geng Kucing Merah bagi menghalang pihak PBT dari melaksanakan kerja perobohan struktur haram yang tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa.

Persoalannya sekarang, bagaimanakah penganjur yang telah mempunyai rekod penganjuran yang tidak baik dibenarkan dan diberi lesen untuk menguruskan operasi perniagaan serta lokasi yang sama ?

Dan salah seorang Ahli Majlis juga yang bernama RaRa dari DAP yang kini sedang kuat berceramah bersama Lim Kit Siang telah bersetuju menyokong permohonan Uptown gila ini. Jadi apakah sebenarnya muslihat RaRa disebalik ceramahnya yang menghasut anak muda dan menyebarkan dakyah yang kononnya Kerajaan Barisan Nasional mengabaikan dan membebankan rakyat tetapi dalam masa yang sama, dia telah menyokong untuk meluluskan Uptown yang untuk dibuka dan diberi peluang kepada warga asing ?

Mengapa RaRa sendiri tidak menghalang Uptown ini ? Sepatutnya RaRa menyokong dan menubuhkan Uptown untuk penduduk tempatan tetapi sebaliknya berlaku di balik kata-kata didalam setiap ceramah hasutannya bersama kepimpinan DAP.. (sila rujuk nama ahli majlis yang menyokong permohonan Uptown gila ini dibawah)

No 12 merupakan nama RaRa wanita bertudung dari DAP yang merupakan Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang menyokong permohonan Uptown Gila ini.

Dibawah aku sertakan sedikit dokumen minit mesyuarat yang awal yang lalu yang menunjukkan bukti bahawa permohonan ini pada awalnya memang tidak diluluskan.

Keputusan ditolak


Dari sewaan untuk bazar ramadhan kepada sewaan perniagaan setiap hari.



Kecoh sewaktu penduduk setempat membantah di tapak operasi



Akan bersambung pada siri cerita yang ketiga nanti...



Monday, 17 October 2016

ROYALTI MINYAK, TUN MAHADHIR MULA TABUR JANJI PARIA!!!


KERAJAAN Kelantan hanya akan menikmati royalti minyak selepas Pembangkang mampu menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional (BN)?

Suatu kenyataan 'jijik' daripada Tun Dr Mahathir Mohamed yang secara tiba-tiba menyentuh soal isu yang telah bermain sejak sekian lama itu.

Terbukti Dr Mahathir selaku Pengerusi PPBM telah mula terdesak untuk mengaut sokongan daripada masyarakat majoriti Melayu di negeri 'Che Siti Wan Kembang'.

Sedarkah Dr Mahathir bahawa di dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dengan jelas menyebut : "Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976? Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969)."

Dr Mahathir sebenarnya telah lama akui bahawa negeri Kelantan tidak layak terima royalti minyak berikutan kesemua pelantar minyak dan gas berkenaan berada di luar persisir pantai negeri iaitu pada 5.56 kilometer (3 batu nautika).

Malah, Dr Mahathir sendiri tidak menyokong usaha berkenaan semasa dia bersama UMNO suatu ketika dahulu kerana dia sedar hal sebenar.

Dia sendiri juga turut didakwa terlibat dalam pengstrukturan royalti dan pendaratan minyak semasa menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, sebaliknya beliau hanya buat-buat lupa kerana menyangka orang lain sudah nyanyok dan mudah alpa.

Juga Dr Mahathir cerdik bermain emosi rakyat negeri berkenaan. Dia tahu, dengan memainkan persepsi royalti ini, ia mampu dengan mudah untuk mengemis simpati rakyat negeri Kelantan.

Adakah rakyat Kelantan sudah lupa atau saja buat-buat lupa pekara yang pernah dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Parlimen tetapi tidak sempat dibincangkan berikutan kesuntukan masa?

Anwar Ibrahim pernah membawa usul bagi meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 di Dewan Rakyat dengan tujuan agar royalti diberi kepada negeri Kelantan.

Ini bermakna pembangkang sendiri tahu jika Akta Kemajuan Petroleum 1974 tidak dipinda, sampai bila-bila negeri Kelantan tidak berhak mendapat royalti tersebut.
Pekara utama perlu diketahui oleh rakyat Kelantan adalah, jika layak menerima royalti, Dr Mahathir tidak akan menanam harapan royalti akan diperolehi setelah pembangkang menguasi persekutuan, dia pastinya akan berucap dengan nada lain.

Tujuan usul itu ke Dewan Rakyat adalah semata-mata mahukan Akta Petronas 1974 dipinda supaya membolehkan royalti dibayar bagi mana-mana penggalian minyak atau gas dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE).

Siapa yang meminda dan bertanggungjawab mengubal dan meminda Akta Kemajuan Petroleum 1974 hingga menyebabkan negeri Kelantan tidak layak menerima royalti minyak? Siapa lagi jika tidak lain tidak bukan Perdana Menteri yang memegang kuasa selama 22 tahun.

Dalam isu ini juga rakyat harus baca kembali kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang yang menjelaskan bahawa sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

Takkan sudah lupa, suatu ketika dahulu Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PAS Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang berkenaan disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (rujuk Bernama - 1November, 2000).

Walaupun rentak dan senario para ahli politik yang memperjuangkan atau terlibat dalam isu royalti minyak ini telah berubah, tetapi kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

Hakikatnya, Dr Mahathir cuba menggaburi mata rakyat negeri Kelantan dengan isu royalti minyak ini kerana dia amat trauma dan takut untuk berbicara soal hukum Hudud di hadapan rakyat negeri berkenaan.

Walhal, isu yang lebih aula bagi Kelantan sekarang adalah Hudud dan pemerkasaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 yang kini dalam proses pindaan.

Member BSK