Jumlah Pengunjung

Showing posts with label ahli pas. Show all posts
Showing posts with label ahli pas. Show all posts

Tuesday, 5 November 2013

AHLI PAS TUMBUK WANITA UMNO TELAH DI TANGKAP !!!

Seorang lelaki yang terlibat dalam kes tumbuk seorang Anggota Jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Batu di hadapan Sekolah Kebangsaan Ulu Sedaka di sini pagi ini, ditahan polis kira-kira enam jam selepas kejadian itu.
  
Suspek berusia lingkungan 20-an itu ditahan di sekitar kawasan Ulu Sedaka pada pukul 3.30 petang dan telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah keterangannya diambil.
  
Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, pihak polis menggiatkan usaha menjejaki lelaki tersebut setelah menerima laporan mangsa kira-kira pukul 11 pagi.
  
"Setelah siasatan dijalankan, polis berpuas hati dan membebaskan (suspek) dengan jaminan polis. Namun kita ada hak memanggil semula suspek pada bila-bila masa sahaja jika perlu bagi meneruskan siasatan," katanya dalam sidang media di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Daerah Yan hari ini.
  
Pagi tadi, Norsidah Abu Bakar yang juga Ketua Wanita Cawangan Bandar Baru Sentul (1C) mendakwa ditumbuk penyokong Pas ketika merayu undi di hadapan sekolah itu.

Menyentuh mengenai jumlah laporan polis dari tarikh penamaan calon bagi PRK Dun Sungai Limau 23 Oktober lepas hingga pengundian ditutup 5 petang tadi, katanya sebanyak 155 laporan polis telah dibuat.
  
"Pelbagai kes dilaporkan namun semua bukanlah melibatkan kes yang berat," katanya.
  
Ketika ditanya mengenai sama ada isteri bekas Menteri Besar Kedah Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah tampil membuat laporan polis mengenai adanya pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu menggunakan namanya, Ahmad berkata tiada sebarang laporan diterima setakat ini.
  
Katanya hari ini polis hanya menerima dua laporan iaitu kejadian tumbuk dan kes mencabut bendera parti.
  
PRK Dun Sungai Limau hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari Pas.

Monday, 30 September 2013

ADA AHLI PAS YANG TAK SANGGUP JADI BABI !!!

Ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak rela membiarkan parti itu menjadi 'pak sanggup' dalam segala isu dan kecelaruan yang melanda sekutu-sekutunya di dalam pakatan pembangkang.
Ahli Pas Cawangan Kampung Binjai, Kepala Batas Pulau Pinang, Mahzan Zahid, 34, berkata, imej Pas turut terjejas dengan kontroversi pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP.
Beliau yang menganggotai Pas sejak 12 tahun lalu memberitahu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilanda krisis perebutan kuasa terutama di Selangor.

"Selain itu, kita mempunyai masalah dengan PKR dan DAP di semua negeri khususnya dalam soal pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.
"Saya berasa amat malu kerana masalah-masalah yang berlaku itu menunjukkan Pas tidak mempunyai persefahaman dan keserasian dengan DAP serta PKR," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mahzan mengulas saranan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dalam ucaptama Multaqa Ulama Se-Malaysia di Kedah pada 14 September lalu yang mencadangkan jawatankuasa khas ditubuhkan segera bagi mengkaji kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap Pas serta menilai kembali tahaluf siyasi dalam pakatan pembangkang.

Tambah beliau, saranan tersebut menunjukkan Harun ingin melihat Pas dihormati kawan dan lawan.
Jelasnya, Harun amat mengambil berat dan meneliti cadangan-cadangan yang dibentangkan para ulama pada multaqa tersebut.

"Saya menyokong sepenuhnya saranan Harun agar parti mengkaji semula tahaluf siyasi bersama DAP dan PKR yang sememangnya perlu dilakukan selepas Pas kehilangan sokongan pada PRU-13," ujarnya.

Wednesday, 20 March 2013

PAS Benarkan GAY & LESBIAN Dalam MANIFESTO TERBARU PAKATAN !!!

PAS Membisu Tiada Hudud Dalam Manifesto PR

Sehingga ke hari ini, memang agak sukar untuk kita menemui mana-mana penyokong PAS yang dengan bangganya bercerita panjang mengenai Manifesto PR sekali pun sudah hampir sebulan Manifesto Pakatan Harapan Rakyat itu diperkenalkan kepada umum.

Sebaliknya menjadi satu perkara biasa apabila kita melihat ada ahli dan penyokong PAS yang hanya membaca isi kandungan Manifesto PR sekadar seimbas lalu, malah tidak pelik bila ramai pula yang hanya melihat kulit depan tanpa teruja untuk melihat isi dalamnya.

Manifesto PR yang dilancarkan pada 25 Februari lepas itu benar-benar mengakibatkan penyokong PAS mengalami kejatuhan moral dan semangat masing-masing gara-gara isu perlaksanaan hudud tidak mendapat tempat dalam manifesto tersebut.

Mereka terkedu, sedih dan segala macam perasaan berkecamuk dalam diri masing-masing, mungkin kerana itulah dalam kebanyakan aktiviti ceramah dan kempen politik PR termasuk PAS semakin suram dan hambar sejak akhir-akhir ini.

Selama ini dalam tempoh lebih dua dekad lalu para pemimpin dan penyokong PAS gah mengusung isu hudud sehingga tergamak memandang rendah keIslaman orang UMNO, akhirnya kini mereka terkebil-kebil tak keruan ibarat tertelan kahak sendiri lagaknya.

Hingga saat ini para pemimpin PAS terpaksa mendiamkan diri dan membisu dari menjawab persoalan kenapa isu hudud di tolak oleh PR, tersilap memberi jawapan bimbang diterjah gertakan si abang besar DAP, tersasul memberi alasan risau hubungan PAS dengan PKR semakin renggang.

Jika dijawab secara retorik sambil menjual temberang, mereka takut menyebabkan ahli dan penyokong PAS tiba-tiba naik berang kerana diberi pengharapan dan janji bulan bintang yang tak kesampaian.

Alih-alih ramai pemimpin PAS berpendapat lebih baik diam menjadi si bisu sekalipun tindakan tersebut sebenarnya tambah memburukkan keadaan dan menimbulkan lebih banyak keraguan berputik dalam hati orang bawahan.

Akhirnya dalam keadaan ini, DAP dan PKR yang terus tersenyum sinis kerana berjaya membuktikan kepada pengikut masing-masing bahawa hala tuju PR ditentukan oleh mereka dan pemimpin PAS pula akan kekal sebagai balaci yang setia menurut perintah.

Mungkin dalam hari-hari terakhir menjelang PRU 13 akan ada segelintir pemimpin PAS yang masih cuba menjadi penjual ubat di jalanan sesekali mencanangkan semula isu perlaksanaan hukum hudud untuk menarik semula perhatian penyokong bawahan, tapi apa lagi gunanya?

Hakikat kebenarannya PAS telah gagal mempengaruhi PR untuk menerima hudud sebagai dasar bersama PR dan selagi itu ketetapan rasmi PR maka selama itulah hudud yang di canang oleh PAS akan kekal sebagai angan-angan dan umpan politik kepartian sahaja.

(SUMBER)

Sunday, 17 March 2013

Lagi Ahli PAS Keluar Parti Di KELANTAN !!!

ABDULLAH Mat Yasim (tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat yang menyertai UMNO dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di Rantau Panjang malam tadi.

RANTAU PANJANG 17 Mac - Hampir 40 penyokong tegar Pas dari Kampung Kiat dekat sini, bertindak menyertai UMNO selepas kecewa dengan kerajaan Pas Kelantan yang disifatkan terlalu berpolitik berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Borang permohonan keahlian mereka diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang, Datuk Abdullah Mat Yasim dalam Majlis Selamat Tinggal Pas di kampung tersebut malam tadi.

Seorang penyokong Pas, Yazid Salleh, 41, berkata, dia berasa kecewa terhadap pemimpin parti itu sehingga mendorongnya untuk menyertai UMNO.
"Kita tidak pernah meminta lebih-lebih daripada Pas. Tapi sebagai kerajaan yang diberi amanah, mereka sepatutnya faham keadaan serta kedudukan rakyat di bawah.

"Kami amat kecewa setelah 22 tahun memerintah Pas dilihat seolah-olah mementing kepentingan politik parti berbanding rakyat," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Yazid yang mewakili kumpulan berkenaan menyerah borang permohonan menyertai UMNO mendakwa, mereka tidak pernah mendapat apa-apa manfaat daripada kerajaan Pas negeri meskipun sebelum ini memberi sokongan penuh kepada parti itu.

Dakwanya, perjuangan Pas jauh berbeza dengan UMNO yang sentiasa mengutamakan rakyat walaupun hanya bertindak sebagai pembangkang di negeri ini.

"UMNO tidak pernah abaikan kami meskipun mereka tahu bahawa kami ini adalah penyokong tegar Pas," katanya.
Sementara itu, Abdullah menafi sekeras-kerasnya dakwaan kononnya siri penyertaan penyokong Pas ke dalam UMNO yang berlaku di bahagian Rantau Panjang hanya gimik politik membabitkan orang Thailand dan penyokong asal UMNO.

"Laporan dan dakwaan itu sebenarnya tidak benar belaka. Ia dibuat semata-mata bagi menutup keresahan mereka berikutan gelombang kebangkitan rakyat di Rantau Panjang ini semakin terserlah menyokong UMNO.
"Kita memang meneliti maklumat sebenar sebelum menerima (permohonan keahlian) mereka," katanya.

Sunday, 27 January 2013

Ahli PAS desak Guan Eng Jangan Biadap !!!

Sebahagian daripada penyokong Pas mengadakan demontrasi mendesak Lim Guan Eng supaya meminta maaf berhubung isu penggunaan kalimah Allah di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah, semalam. - Mingguan/Kamal Basir

Sekumpulan penyokong akar umbi Pas mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ekoran permintaannya agar kalimah Allah digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu.
Kumpulan tersebut turut mengadakan perhimpunan aman di Masjid Kampung Sepom, Tikam Batu di sini selepas solat zuhur sebagai menyatakan bantahan terhadap Guan Eng.
Selain memijak gambar pemimpin DAP itu, mereka turut membawa sepanduk pelbagai mesej protes seperti, Pemimpin Islam Dalam PR Wajib Keluar DAP, Halau DAP dan Petugas Pas Jangan Undi DAP.

Member BSK