Jumlah Pengunjung

Showing posts with label bini mat yo. Show all posts
Showing posts with label bini mat yo. Show all posts

Thursday, 7 November 2013

BERITA PANAS... BINI MAT YOO TERKEJUT BABI !!!



Aku rasa mengamuk sakan bini Mat yoo sekarang ni bila mana tindakan bodohnya sebelum ini yang telah menghina seorang tua bekerja sebagai jaga yang bergaji hanya sekitar rm 1000 untuk memberi keluarganya makan telahbertukar menjadi lebih GLAMOUR dari dirinya. Kini pakcik jaga tersebut telah di tawarkan berlakon oleh sebuah produksi Drama. Hehe... Lepas ni boleh la bini Mat yoo selalu tengok pakcik tu dalam drama yang akan keluar tidak lama lagi... hehe...  ok korang baca kat bawah...



PENGAWAL keselamatan, Azman Md Nayan sekali lagi menjadi bualan ramai di alam maya apabila fotonya bersama aktres jelita, Izara Aishah dan pelakon meningkat naik, Dazrin Kamarudin di kawasan parkir di sebuah lapangan terbang tersebar luas.

Difahamkan, mereka sedang menjalani penggambaran untuk drama TV9, Cinta Pandang Ke-2 arahan pengarah berbakat besar M Nazir Juhan atau Jet Lee.


Penampilan pengawal keselamatan itu yang sebelum ini terlibat kontroversi kerana insiden maki hamun oleh isteri kepada pemain bola sepak terkenal negara ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.


Selain ada yang memuji, ada juga menyifatkan bahawa produksi drama tersebut sengaja mencari publisiti di atas kontroversi yang melanda pengawal keselamatan itu.


Bagaimanapun, pengarah drama berkenaan, Jet Lee memberitahu, penglibatan Azman dalam drama arahannya itu hanya satu kebetulan.


"Ketika itu, kami sedang buat penggambaran di kawasan parkir, sebuah lapangan terbang.


"Oleh kerana melibatkan tempat parkir, kami memerlukan seseorang yang beruniform, jadi pengurus produksi panggil Azman untuk menjadi pelakon tambahan sebagai pengawal keselamatan yang juga memang tugasnya.


"Kebetulan pula, waktu itu dia sedang berehat makan tengah hari," katanya pada Zass.


Mengulas mengenai babak berkenaan yang dikatakan sama seperti pernah dialami oleh pengawal keselamatan itu, kata Jet Lee, dia tidak berniat untuk menyindir apatah lagi menyinggung perasaan orang lain dengan watak yang diberikan kepada Azman itu.


"Dia bawa watak sebenar, jadi saya hanya suruh dia berkelakuan seperti dia sedang bekerja.


"Jadi, sebagai seorang pengawal keselamatan di kawasan parkir dia berhak untuk menegur apa yang betul atau tidak," katanya sambil memberitahu babak lakonan Azman hanya mengambil masa selama dua minit.


Drama adaptasi novel Karangkraf


Bercerita lebih lanjut mengenai drama rantaian terbarunya, Cinta Pandang Ke-2, Jet Lee berkata ia adalah drama adaptasi novel berjudul sama karya Laila Kamilia yang diterbitkan oleh Kumpulan Media Karangkraf.


Drama 13 episod ini diterbitkan oleh ZK Creative Production Sdn. Bhd dan akan ditayangkan di slot Aurora di TV9 dan bakal menemui penonton Disember nanti.


"Selain Izara dan Dazrin, drama bersiri ini turut dibintangi Maria Farida, Ridzuan Hashim, Norman Hakim, Erynne Erynna, Along Eyzendy, Amira Rosli, Abby Nour dan ramai lagi," katanya.


Ketika ditanya mengenai cabarannya, Jet Lee menjelaskan dugaan utamanya adalah faktor cuaca yang kini tidak menentu menyebabkan terdapat sedikit gangguan perubahan jadual.


Drama bersiri Cinta Pandang Ke-2 berkisar mengenai seorang rakan lama Zairul lakonan Dazrin dan Ainnur Azleen (Izara) yang tidak pernah sebulu walaupun mereka berdua sekelas.


Tindakan Zairul yang sering menyakitkan hati Ainnur menyebabkan wanita itu berasa hati lalu bertukar sekolah. Mereka terpisah bertahun lamanya sehingga dipertemukan semula di tempat kerja sehingga membuatkan Zairul jatuh cinta dengannya.



Saturday, 5 October 2013

BINI MAT YO BUAT HAL LAGI... KALI INI DENGAN JPJ PULAK ???



Bukan lagi pelik. Tiada yang pelik! Selepas kontroversi hinaan dan adegan maki hamun terhadap pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang, isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam membuat tindakan "kurang ajar" sekali lagi apabila sekeping gambar tersebar yang mengandungi nota yang mencabar dan mengutuk anggota penguatkuasa.



Siti Aisya Adam didakwa telah menerima dua saman serentak dari JPJ dan sekeping nota yang ditinggalkan di hadapan keretanya yang berbunyi penghinaan kepada anggota penguatkuasa JPJ. Adalah tidak dipastikan kesahihan gambar ini, namun sekiranya benar adalah satu penghinaan anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas.

Aku bukanlah prejudis terhadap isteri Mat Yo ini, namun jika dilihat terhadap kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Skypark Subang, tidak mustahil juga tindakan ini dilakukan oleh "individu yang sama".
 

Friday, 4 October 2013

SYARIKAT PAK CIK GUARD NAK BINI MAT YO SAMPAI MAIN TAIK.. !!!



Kalau semalam, isteri pemain bolasepak iaitu Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo), 27, iaitu Siti Aisya Adam, 24, telah meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana  mengeluarkan kata-kata berunsur hinaan dan memukul pengawal keselamatan di lapangan terbang Subang, Azman Mohd Nayan, 46, hari ini Harian Metro melaporkan majikan Azman akan meneruskan tidakan saman terhadap Aisya, dengan tidak mengambil kira sama ada laporan polis ditarik balik atau permohonan maaf dibuat.

Menurut majikan Azman, Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd, Mukhveer Singh Gill, tindakan saman tetap akan diambil memandangkan wanita itu terlebih dahulu mengatakan akan mengambil tindakan mahkamah. SMS dari Aisya yang telah diterimanya berbunyi begini:-

Klik untuk memulakan pagi yang hebat dengan tips Ms. Rosy
“pls stop calling. I have clearly video with sound my husband just wanna protect n of coz will proceed to court. just wait for our lawyer. TQ”

Tambah Mukhveer lagi, syarikatnya sebagai syarikat yang bertanggungjawab akan melakukan apa saja untuk mempertahankan dan melindungi hak pekerjanya. Mengikut maklumat yang kami terima, kes saman ini akan diuruskan oleh peguam syarikat walaupun terdapat belasan peguam yang menawarkan khidmat percuma untuk mempertahankan Azman di mahkamah.

Sementara itu, banyak video-video parodi turut dihasilkan oleh orang ramai berkaitan insiden itu. Yang terbaru, pelawak terkenal Jepp dan Johan dikatakan turut merujuk kepada insiden itu dalam persembahan lawak mereka untuk rancangan Super Spontan semalam.

SUMBER



Sunday, 29 September 2013

VIDEO PENYOKONG BOLA SEPAK JOHOR NYANYI LAGU BODOH UNTUK MAT YO !!!



Tindakan sekumpulan penyokong Johor Darul Takzim yang mencipta lagu Ku Yakin Mat Yo Tak Salah dan dimuat naik di YouTube nyata mengundang komen negatif daripada pengunjung laman sesawang video itu.
 
Rakaman video berdurasi 57 saat yang memaparkan pemain bola sepak pasukan itu, Norshahrul Idlan Talaha dikelilingi sekumpulan penyokong skuad Harimau Selatan sambil menyanyikan lagu tersebut dimuat naik semalam.

Video itu dipercayai dirakam selepas Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo selesai menjalani latihan di Padang Seri Gelam, di sini dan turut memaparkan pemain berkenaan mengambil gambar bersama kumpulan penyokong terlibat.

Bait-bait lagu tersebut antaranya berbunyi "ku yakin Mat Yo tak salah, kami selalu berada di sini, di sini kami ada untukmu, ku yakin Mat Yo tak salah" sememangnya tidak mendapat sokongan daripada mereka yang menonton video itu. 

Mat Yo dan isterinya, Siti Aisya Adam mendapat perhatian umum sejak beberapa hari lalu ekoran rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita dipercayai Siti Aisya mencerca seorang pengawal keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, dimuat naik di laman YouTube.





Saturday, 28 September 2013

MAT YO PENGECUT... LARI NAMPAK WARTAWAN ???




Penyerang Johor Darul Takzim, Nor Shahrul Idlan Talaha atau Mat Yo terus 'membisu' daripada mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kontroversi melibatkan isterinya yang didakwa memaki hamun dan mengasari seorang pengawal keselamatan baru-baru ini.

Usaha wartawan untuk menemuramah Mat Yo yang hadir pada sesi latihan bagi persediaan menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Padang Seri Gelam di sini petang ini bagaimanapun hampa apabila penyerang sensasi itu memberi alasan sudah terlambat untuk sesi latihan berkenaan.

"Saya dah lambat ni, nak pergi training (latihan),'' katanya ringkas.

Wartawan yang sekali cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemain tersebut sebaik tamat sesi latihan gagal apabila Mat Yo yang diiringi dua pengawal keselamatan terus berlalu pergi bersama kereta Mini Cooper berwarna putih miliknya itu.

Insiden kekecohan membabitkan isteri Mat Yo dengan seorang pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang pada 12 September lalu tersebar meluas di media sosial baru-baru ini.

Rakaman berdurasi 54 saat itu turut menampakkan wajah Mat Yo yang menyaksikan ‘perang mulut’ antara isterinya dengan pengawal keselamatan terbabit, Azman Md Nayan, 49.
Kejadian itu dipercayai berpunca apabila pengawal keselamatan berkenaan meminta pasangan tersebut mengalihkan kenderaan yang dinaiki mereka kerana berada di kawasan yang tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, imej wanita berkenaan tidak kelihatan dalam rakaman yang dipercayai dibuat menggunakan telefon bimbit.

Berikutan insiden berkenaan, kedua-dua pihak membuat laporan polis.



pada yg tak tengok video lagi boleh klik sini...



Wednesday, 25 September 2013

VIDEO PENGAKUAN JAGA DI SEPAK BINI MAT YO !!!



Dalam artikel aku sebelom ini, KLIK SINI ada aku menceritakan dan aku sertakan bagaimana biadapnya bini mat yo terhadap seorang jaga tua. Artikel kali ini pula merupakan sambungan video pengakuan dari seorang jaga tua yang mencari rezeki halal untuk menanggung anak isteri makan apabila di sepak oleh bini mat yo. Dalam pengakuan dari pakcik ini, mat yo juga terlibat menolaknya hingga jatuh. Siap la korang laki bini lepas ni, cctv ada merakamkan adegan kekejaman yang telah korang laki bini lakukan terhadap seorang pakcik tua ni. 

Menurut dalam rakaman pengakuan video ini, bini mat yo telah menjual nama kerabat, yg kononnya mereka ini adalah dari kalangat kerabat, kerabat mana aku tak pasti la.. kerabat kesultanan sulu boleh jadi la...  apa2  pon korang layan la video kt bawah ni.





Tuesday, 24 September 2013

VIDEO ISTERI MAT YO BIADAP ???

Tak tahu apa punca sebenar yg sampai mat yoo dgn bininya bertindak hingga mengundang perbuatan yg amat biadap terhadap seorang lelaki tua. Mungkin bini mat yo ni merasakan mereka ini perlu dilayan seperti pasangan VIIP oleh seorang lelaki tua yg hanya bekerja sebagai seorang JAGA. Melihat pada rakaman videeo tersebut seperti bini mat yo ni macam budak sekolah TADIKA. Entah la, ALLAH maha besar... suatu hari nanti ALLAH pasti membalasnya...

Korang nilai la sendiri dan korang lihat la video kt bawah, kalau rasa nak meludah tu korang bleh terus meludah pada gambar mana2 yg korang rasa korang patut lepaskan geram...  




Member BSK