Jumlah Pengunjung

Showing posts with label lagu mat yo. Show all posts
Showing posts with label lagu mat yo. Show all posts

Saturday, 5 October 2013

BINI MAT YO BUAT HAL LAGI... KALI INI DENGAN JPJ PULAK ???



Bukan lagi pelik. Tiada yang pelik! Selepas kontroversi hinaan dan adegan maki hamun terhadap pengawal keselamatan Lapangan Terbang Skypark Subang, isteri Mat Yo, Siti Aisya Adam membuat tindakan "kurang ajar" sekali lagi apabila sekeping gambar tersebar yang mengandungi nota yang mencabar dan mengutuk anggota penguatkuasa.



Siti Aisya Adam didakwa telah menerima dua saman serentak dari JPJ dan sekeping nota yang ditinggalkan di hadapan keretanya yang berbunyi penghinaan kepada anggota penguatkuasa JPJ. Adalah tidak dipastikan kesahihan gambar ini, namun sekiranya benar adalah satu penghinaan anggota penguatkuasa yang menjalankan tugas.

Aku bukanlah prejudis terhadap isteri Mat Yo ini, namun jika dilihat terhadap kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Skypark Subang, tidak mustahil juga tindakan ini dilakukan oleh "individu yang sama".
 

Sunday, 29 September 2013

VIDEO PENYOKONG BOLA SEPAK JOHOR NYANYI LAGU BODOH UNTUK MAT YO !!!



Tindakan sekumpulan penyokong Johor Darul Takzim yang mencipta lagu Ku Yakin Mat Yo Tak Salah dan dimuat naik di YouTube nyata mengundang komen negatif daripada pengunjung laman sesawang video itu.
 
Rakaman video berdurasi 57 saat yang memaparkan pemain bola sepak pasukan itu, Norshahrul Idlan Talaha dikelilingi sekumpulan penyokong skuad Harimau Selatan sambil menyanyikan lagu tersebut dimuat naik semalam.

Video itu dipercayai dirakam selepas Norshahrul atau lebih dikenali sebagai Mat Yo selesai menjalani latihan di Padang Seri Gelam, di sini dan turut memaparkan pemain berkenaan mengambil gambar bersama kumpulan penyokong terlibat.

Bait-bait lagu tersebut antaranya berbunyi "ku yakin Mat Yo tak salah, kami selalu berada di sini, di sini kami ada untukmu, ku yakin Mat Yo tak salah" sememangnya tidak mendapat sokongan daripada mereka yang menonton video itu. 

Mat Yo dan isterinya, Siti Aisya Adam mendapat perhatian umum sejak beberapa hari lalu ekoran rakaman video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita dipercayai Siti Aisya mencerca seorang pengawal keselamatan, Azman Md. Nayan, 49, dimuat naik di laman YouTube.





Member BSK