Jumlah Pengunjung

Showing posts with label majlis syura pas. Show all posts
Showing posts with label majlis syura pas. Show all posts

Sunday, 24 March 2013

MAJLIS SYURA PAS MASUK MAHARAJA LAWAK MEGA !!! #rempuh243 #jomsokongbn




Penulis terbaca satu kenyataan yang boleh dianggap kelakar. Bila satu majlis Syura parti yang tak berapa nak stabil pendiriannya pasal Islam boleh menasihatkan Kerajaan tentang keselamatan.
Majlis Syura Pas yang tak boleh nak 'pertahankan Kalimah Allah' hingga terpaksa digugut oleh Ustaz Haron Din, kini cuba mengajar Kerajaan dalam soal keselamatan? Memang satu perkara yang tidak boleh diterima akal.
"Majlis Syura Ulamak menganggap kewajipan menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab bersama. Majlis Syura Ulamak juga menentang sebarang ancaman keselamatan yang dilakukan oleh mana-mana pihak, samaada dari dalam mahupun luar negara.
"Majlis Syura Ulamak menyarankan agar Kerajaan Malaysia memastikan tiada lagi ancaman keselamatan terhadap rakyat dan negara di masa hadapan. Jika berlaku juga, Majlis Syura Ulamak mendesak agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera, agar keselamatan rakyat dan negara terjamin," katanya.
Bukan penulis nak 'kondem' Majlis Syura Pas ni, bagus juga kenyataan mereka. Sekurang-kurangnya kita tahu, mereka ni mengambil berat soal keselamatan negara. Tetapi ayat 'agar tindakan diambil dengan penuh kebijaksanaan dan lebih segera' tu yang membuatkan penulis rasa kelakar.

Sudah tentu Majlis Syura Pas ni tak tahu, soal keselamatan negara bukan perkara yang main-main. Walaupun mereka menceroboh, tetapi kita masih boleh guna 'perbincangan' untuk selesaikan masalah. Sebab mereka tidak lakukan sebarang tindakan 'luar jangka'.
Lagi satu, tindakan 'menyerang' dan walaupun mempertahankan tanah air, akan menyebabkan dendam disebelah pihak. Mungkin kita beri alasan untuk pertahankan tanah air. Tetapi disebelah puak penganas, ia bersifat dendam dan mungkin akan dibalas kelak.
Sekarang ni si penganas mati, meninggalkan anak, dan anaknya akan membesar dan mungkin akan cuba membalas dendam atas kematian bapanya tu. Benda ni akan jadi panjang, dan bersambung.
Kalau kita dapat selesaikan perkara ini dengan 'perbincangan' perkara ini akan selesai dengan mudah. Sebab tu Kerajaan bertindak menyelesaikan dulu dengan cara baik, namun penceroboh menganas, dan kerajaan terpaksa bertindak mempertahankan negara.
Kerja keselamatan negara ini bukan kerja main-main. Bukannya boleh serang sesuka-hati. Kita bukan Amerika yang samseng! Kita lebih suka pendamaian, sebab itu PM Najib Razak sentiasa jadi pendamai bila ada peperangan.
Tetapi kali ni, kita terpaksa menyerang mereka kerana mereka menganas dan menceroboh. Apakah Majlis Syura Pas faham akan semua ini? Atau mereka hanya tahu bercakap dan bercakap demi bercakap?
Masalah bible melayu dan kalimah Allah pun tak boleh keluar kenyataan 'bersama' lagi nak sibuk cakap pasal keselamatan negara? Akai ada ka?

Monday, 11 February 2013

Majlis Syura PAS tonton Video Seks Anwar Ibrahim !!!






Keputusan Majlis Syura Pas yang didakwa menolak Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyandang jawatan perdana menteri jelas membuktikan Pakatan Rakyat (PR) hanya menggunakan Ketua Pembangkang itu untuk kepentingan parti.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, penolakan itu jelas memperlihatkan Anwar sebagai alat untuk meraih undi rakyat kerana gelombang populariti yang dibawa Ketua Umum PKR itu pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, pastinya Anwar dijanjikan dengan ganjaran manis untuk terus membawa PR lebih jauh sedangkan Pas dan DAP jelas menolak Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mereka menang dalam Pilihanraya Umum ke-13 (PRU13).

"Majlis Syura Ulama Pas sendiri dikhabarkan menolak sekiranya Anwar dilantik menjadi pemimpin nombor satu negara dan ahli bersepakat untuk terus memilih Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri.

"Penolakan ini jelas membuktikan Anwar gagal untuk mendapatkan pengiktirafan Pas untuk menjawat jawatan itu dan bergantung harap kepada DAP.

"Saya percaya sentimen dalam kalangan pemimpin dan ahli Pas itu sendiri sememangnya tidak mahu Anwar dipilih," katanya ketika diminta mengulas laporan media mendakwa Majlis Syura Ulama menolak Anwar menduduki jawatan itu sekiranya PR berjaya menang dalam PRU13 nanti.

Meskipun kesahihan pendirian Majlis Syura itu masih belum dipastikan, namun ia didakwa dibuat dalam satu perbincangan tertutup melibatkan beberapa ahli majlis berkenaan.

Mengulas lanjut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata, DAP sendiri juga secara terang-terangan menolak Anwar untuk dilantik sebagai pemimpin nombor satu negara selepas pendedahan yang dibuat di Parlimen.

"Saya lihat pemimpin PR ini akan cuba pelbagai cara termasuk mempergunakan Anwar untuk meraih kuasa mentadbir negara demi membolehkan mereka terus menang dalam PRU13 akan datang.

"Saya harap rakyat dapat menilai sikap sebenar pemimpin PR ini yang tidak pernah sebulu untuk mencapai kata sepakat termasuk isu penggunaan kalimah Allah untuk bukan beragama Islam," katanya.

Terdahulu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu hadir merasmikan Program Pelancaran Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Parlimen Tanjong Karang di Padang Astaka Tanjong Karang di sini, semalam dan menerima pendaftaran seramai 3,200 peserta.







Thursday, 31 January 2013

Majlis Syura PAS Ikut Arahan Anwar Ibrahim !!!



Tindakan Majlis Syura Ulama Pas mengumumkan pemecatan bekas Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya kelmarin menimbulkan misteri dan pelbagai persoalan yang masih tidak terjawab.
Antara persoalannya ialah punca pemecatan itu berlaku sama ada disebabkan kegagalan Ahli Parlimen Bachok berkenaan hadir ke mesyuarat Majlis Syura Ulama Pas atau ekoran tindakannya mengiringi lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini.
Malah sumber berkata, tidak mustahil berita pemecatan yang diumumkan sejurus selepas kepulangan Nasharudin mengiringi lawatan Perdana Menteri ke Gaza bertujuan mengalihkan isu kalimah Allah yang sebelum ini menjadi perbualan hangat dalam masyarakat.
“Lebih menimbulkan persoalan selain berita pemecatan itu lewat diumumkan iaitu selepas dua minggu keputusan dibuat (13 Januari), surat mengenai pemecatan ini juga sehingga kini masih belum diterima oleh Nasharudin," kata sumber itu kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam perkembangan berkaitan sumber itu berkata, jika alasan tidak hadir mesyuarat digunakan untuk memecat Nasharudin, mengapa salah seorang ahli Majlis Syura Ulama Pas iaitu Datuk Mohamed Daud Iraqi yang juga sering tidak hadir mesyuarat tidak dikenakan tindakan sama.
“Sepatutnya Daud Iraqi juga wajar dipecat kerana sering tidak hadir dalam mesyuarat. Bagaimana pula tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sering keluar mesyuarat awal dengan pelbagai alasan. Paling lama sepuluh ke 15 minit. Adakah ini dibolehkan?" ujar sumber itu.
Sumber itu berkata lagi, tidak keterlaluan juga tindakan yang sama wajar dikenakan terhadap Ahli Jawatankuasa Pas Pusat yang sering tidak hadir ke mesyuarat.
Berhubung kegagalan Pas menyerahkan surat pemecatan kepada Nasharudin sumber itu memberitahu, keadaan itu sememangnya menimbulkan misteri dan persoalan kerana keputusan pemecatan itu telah berlaku pada 13 Januari lalu.
“Di mana keberkesanan pentadbiran Majlis Syura Ulama Pas dan Setiausaha Agung Pas menguruskan perkara ini. Satu lagi persoalan adakah benar keputusan memecat Nasharudin itu telah dibuat pada 13 Januari lalu.
“Atau kemungkinan juga pemecatan itu dibuat selepas pemimpin-pemimpin Pas melihat Nasharudin mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza baru-baru ini. Segala-galanya mungkin," katanya lagi.
Satu lagi perkara yang boleh dipertikaikan kata sumber itu, Pas tidak mengikut tata cara pemecatan yang betul kerana Nasharudin sebelum dipecat tidak diberi surat tunjuk sebab dan haknya untuk membela diri.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, sekiranya tindakan Nasharudin mengiringi Perdana Menteri ke Gaza dianggap satu kesalahan, dua lagi pemimpin kanan Pas juga perlu dikenakan tindakan sama kerana mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah baru-baru ini.
“Dua pemimpin ini merupakan Ahli Parlimen Pas. Mereka dikatakan telah mengiringi seorang Menteri Kabinet ke Eropah. Sekiranya Nasharudin dikatakan bersalah kerana mengiringi Perdana Menteri, dua pemimpin kanan ini juga boleh dikenakan tindakan atas alasan yang sama," ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, kata sumber itu, Nasharudin bukan sekali dua diberi peluang untuk mengiringi pemimpin utama kerajaan ke luar negara bahkan beliau pernah diberi tanggungjawab menjadi wakil Malaysia.
“Pernah satu ketika iaitu pada tahun 2011 Nasharudin telah diberi kepercayaan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk mewakilinya dalam persidangan Speaker negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Damsyik meskipun Nasharudin seorang Ahli Parlimen Pas," katanya lagi.
Sementara itu Nasharudin ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan bahawa beliau belum menerima surat pemecatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama Pas setakat hari ini.
“Saya masih menanti surat itu, sepatutnya saya sudah menerimanya kalau betul keputusan pemecatan dilakukan pada 13 Januari lalu," katanya.





Sunday, 27 January 2013

Majlis Syura PAS dah jadi Majlis Syura Syaitan !!!



Tahniah PAS , pada ketika semua pihak mempertikaikan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam Majlis Syura PAS bertindak menggugurkan keanggotaan Ustaz Nasharudin dari Majlis Syura PAS.Walaupun Majlis Syura PAS telah membuat keputusan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan Islam namun di peringkat Pakatan Haprak ianya masih kekal dengan keputusan yang dibuat oleh Hadi bersama kepimpinan DAPigs dan PKR.

Persoalannya mengapa Majlis Syura PAS langsung tidak mengambil sebarang tindakan susulan supaya keputusan diperingkat Pakatan Haprak itu ditarik balik sebaliknya boleh pula mengadakan mesyuarat bagi membincangkan tentang kedudukan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura ?

Alasan pengguguran Ustaz Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura kerana melanggar peraturan berjamaah dilihat cukup memalukan lebih-lebih lagi dalam keadaan penggunaan kalimah Allah masih menjadi teka teki dalam Pakatan Haprak.

Dalam hal ini dimana kredibiliti anggota Majlis Syura PAS yang dianggotai oleh ulama PAS sekiranya urusan parti diletakkan lebih penting dari membetulkan tentang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam ?

Majlis Syura Ulama PAS dalam mensyuaratnya pada 13 Januari lalu telah memutuskan untuk menggugurkan Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai anggotanya. Keputusan itu dibuat kerana beliau didapati telah melanggar peraturan-peraturan berjamaah seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Syura Ulama PAS, lapor 'Harakah Bil 1813 Edisi Isnin, 29 Januari 2013 pada muka belakangnya.  

Setiausaha Majlis Syura, Dato' Nik Muhamad Zawawi Salleh menjelaskan, selain itu, Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini merugikan parti. Menurut beliau, selain itu, gelagat bekas Timbalan Presiden PAS itu juga didapati telah menimbulkan suasana yang keroh di kalangan ahli-ahli parti.

Majlis Syura Ulama PAS juga mendapati tindak tanduk Nasharudin kebelakangan ini telah menimbulkan fitnah bagi jamaah, di samping bercanggah dengan kaedah-kaedah dan pendirian yang dibuat oleh parti, tegasnya kepada Harakah 25 Januari lalu.

Bagaimanapun, tegas Ustaz Nik Zawawi, keahlian Nasharudin dalam PAS masih dikekalkan, tetapi kedudukannya sebagai ahli biasa sahaja. Ustaz Nik Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama

PAS Pusat menjelaskan, keputusan yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama PAS hanya menggugurkan beliau sebagai ahli Majlis Syura Ulama PAS, bukannya menggugurkan beliau daripada parti.sumber kerispusaka 

Tahniah PAS !!


Monday, 21 January 2013

HADI AWANG U TURN pertahankan majlis SYURA !!!



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan tunduk dengan desakan DAP agar beliau mengkaji semula keputusan Majlis Syura Ulama parti itu yang berpendirian kalimah Allah hanya untuk umat Islam.
Setiausaha Politiknya, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika dihubungi di sini hari ini berkata, Abdul Hadi akan mempertahankan pendirian Majlis Syura itu walaupun jelas bertentangan dengan pendirian pakatan pembangkang.
Ahmad Samsuri menegaskan, beliau yakin Presiden Pas itu tetap dengan pendirian serta keputusan yang telah diambil oleh Majlis Syura Ulama Pas tempoh hari berhubung isu itu.
"Saya pasti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap dengan keputusan rasmi yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama. Beliau tidak akan sekali-kali berganjak dengan desakan DAP itu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.





Sunday, 20 January 2013

PAS kena tampar dengan OKU lagi !!!



Karpal Singh beri amaran kepada presiden Pas agar beri arahan kepada dewan ulama pas supaya menarik balik larangan penggunaan kalimah Allah dalam bible. Jika amaran ini tidak diendahkan pas akan ditendang keluar dari pakatan rakyat
Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh telah meminta agar Majlis Syura PAS membuat keputusan yang selari dengan kehendak serta pendirian Pakatan Rakyat, terutama sekali yang membabitkan KALIMAH ALLAH. Secara tidak langsung, Karpal Singh kembali mengulangi pendiriannya, PAS perlu melangkah mayatnya terlebih dahulu jikalau hendak memperjuangkan Islam, Negara Islam atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan Islam.

Majlis Syura PAS pada 14 Januari lalu telah membuat keputusan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam untuk sebarang tujuan kerana ia bertentangan dengan maksud sebenar KALIMAH ALLAH yang tidak boleh diterjemahkan dalam mana-mana bahasa di dunia ini.



Pada malam Tahun Baru, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah membuat perutusan di blognya, mendesak agar Kerajaan Persekutuan membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible versi Bahasa Melayu. Bible versi bahasa lain selain daripada Bahasa Melayu, tidak pula menukarkan perkataan GOD dan LORD kepada ALLAH, malah DAP secara tegas berpendirian bahawa KALIMAH ALLAH hanya sesuai untuk Bible berbahasa Melayu sahaja.

PAS dari tahun 2008 lagi telah bersetuju agar KALIMAH ALLAH dibenarkan guna kepada orang bukan Islam, terutama untuk tujuan penyebaran agama mereka. Konon-kononnya dengan cara itu, Islam dapat didakwahkan kepada mereka.

Bagaimanapun, berdasarkan kepada keadaan semasa dan sejarah, KALIMAH ALLAH yang digunakan di dalam Bible versi Bahasa Melayu hanya digunakan untuk memurtadkan umat Islam, sepertimana yang digunakan dalam Bible versi Bahasa Arab. Bible dalam Bahasa Latin yang menjadi Bible utama dan diterjemahkan ke bahasa-bahasa lain, tidak langsung mempunyai sebarang kalimah ALLAH.

‘Arahan’ daripada Karpal Singh itu, sebenarnya mempunyai signifikan yang cukup besar kepada PAS. Walaupun bunyinya cukup lunak dan bersopan santun, Karpal Singh telah meminta agar Presiden PAS menggunakan kuasanya untuk memansuhkan keputusan Majlis Syura,

NIK AZIZ tak mampu nak kata apa dah !!!



Selepas isu Negara Islam, Hudud & segala macam wayang keagaamaan 
yang PAS pentaskan di panggung politik mereka.... LPFnya adalah Karpal Singh.
Kini Karpal sekali lagi bersuara tapi melibatkan isu kalimah ALLAH... 
mampukah PAS mempertahankan pendirian atau buat U-turn sekali lagi??? 



KARPAL SINGH beri amaran semula pada PAS !!!



Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh akan menyuruh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengkaji semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.

 
Beliau berharap Abdul Hadi akan menentukan semula pendirian Pas agar tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu.



Member BSK